macam biasa, selepas PRU akan dibuat kajian kenapa sesuatu parti itu kalah...
Salah satu adalah mood sesuatu bangsa/kaum dalam membina sokongan secara zahir di atas kertas undi berbanding sokongan kehadiran pada satu-satu program.
Ini membuktikan kehadiran yang ramai pada satu-satu programm bukan petanda kekal yang undian akan sebanyak itu..
Ikuti PANDANGAN orang parti berdasarkan apa yang dilaporkan oleh akhbar...
=======================
KAJIAN 1
Pengundi Cina pura-pura sokong
07/05/2013 3:13am
SHAH ALAM – Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di Selangor pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) disebabkan Tsunami Cina di negeri ini
dengan para pengundi Cina berpura-pura menyokong BN tetapi mengundi
calon parti pembangkang.
Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar menegaskan, secara
fizikalnya sokongan yang ditunjukkan kaum Cina terhadap BN dalam
pelbagai program yang dianjurkan sepanjang tempoh berkempen dilihat amat
baik.
“Dalam mana-mana program, kehadiran masyarakat Cina adalah di luar
dugaan kami apabila mereka yang hadir sampai 10,000 orang berbanding
hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang kita jangkakan.
“Bagaimanapun, pada hari pengundian, undi yang BN dapat adalah tidak
seperti apa diharapkan dan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri (DUN) yang diramalkan menang berpihak kepada pembangkang,”
katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Noh berkata, salah satu buktinya ialah semua saluran pengundian di
kawasan majoriti pengundi Cina di Parlimen Tanjong Karang yang
dimenanginya memihak kepada pembangkang dan begitu juga yang berlaku di
Parlimen atau DUN lain yang dikuasai majoriti pengundi Cina.
“Padahal di Tanjong Karang, tidak ada bantuan yang kita tidak beri
atau tolong masyarakat Cina. Apa lagi yang mereka mahukan?” soalnya
dalam nada kesal.
Ketika ditanya sama ada faktor calon menyebabkan kekalahan BN di
peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Noh
menafikannya kerana ada calon yang diterima baik pimpinan BN dan jentera
parti juga kalah.
Bagaimanapun, berdasarkan keputusan PRU-13, beliau melihat golongan
muda khususnya di Parlimen Tanjong Karang sudah kembali menyokong BN dan
parti tersebut masih mempunyai harapan untuk menawan Selangor pada
pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, katanya, satu kajian komprehensif dan post mortem
akan dijalankan bagi mengenal pasti kehendak sebenar masyarakat Cina di
Selangor dan faktor-faktor lain yang menyebabkan kekalahan BN.
Antara kerusi DUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Cina
dan dimenangi calon Pakatan Rakyat ialah DUN Sekinchan, Kuala Kubu
Baharu, Rawang, Teratai, Parlimen Pandan dan Parlimen Puchong.
Cubaan BN untuk merampas semula Selangor pada PRU-13 gagal apabila
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP memenangi 44 daripada 56 kerusi
DUN.
PKR memperoleh 14 kerusi, Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi manakala BN sekadar memenangi 12 kerusi.
Bagi kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat mendapat 17 daripada 22 kerusi Parlimen.
Pada PRU-12, BN Selangor tewas di tangan PKR, Pas dan DAP selepas
memperoleh 20 daripada 56 kerusi DUN manakala bagi kerusi Parlimen, BN
mendapat jumlah kerusi sama seperti PRU-13.
Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain
menyifatkan masyarakat Cina yang memihak dan memberikan kemenangan
kepada DAP sebagai tidak tahu untuk berterima kasih.
Tegasnya, golongan itu merupakan satu kelompok yang bijak mengatur
sandiwara hanya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan
diri.
“Pengundi Cina tidak tahu menilai pengorbanan yang dibuat oleh
pemimpin negara kerana menganggap kerajaan pada hari ini adalah kuasa
asing yang tidak perlu untuk dihargai,” tegasnya.
KAJIAN 2
Trend polarisasi kaum wajar dibendung
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, amalan mengundi berdasarkan kaum seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perlu dihentikan.Beliau berkata, trend polarisasi kaum itu tidak sihat dalam kehidupan masyarakat majmuk seperti Malaysia.
"Kita tidak boleh membiarkan satu kaum menyokong satu pihak manakala kaum yang lain menyokong pihak yang satu lagi.
"Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan ketegangan hubungan kaum dan mengundang ketidakstabilan politik," ujar beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pada PRU-13, BN berjaya menang di 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk majoriti mudah di peringkat kerajaan Persekutuan selain memperoleh 274 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.
BN bagaimanapun gagal dalam usaha menawan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan selain ditentang hebat di Johor berikutan undi masyarakat Cina yang memihak kepada pembangkang.
Muhyiddin menyeru rakyat supaya melupakan sengketa semasa pilihan raya dan anggaplah ia sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang matang.
"Sebagaimana BN menghormati dan menerima keputusan rakyat di negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang, pihak pembangkang juga wajib menghormati keputusan rakyat yang telah memberikan mandat kepada BN," jelasnya.
Beliau turut mengajak rakyat agar bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentuk Malaysia yang lebih bersatu padu, makmur dan progresif.
=============
KAJIAN 3
Sentimen kaum, emosi punca hilang 23 kerusi
Johor Bahru: Kecenderungan pengundian mengikut emosi dan sentimen
perkauman menjadi punca Barisan Nasional (BN) tewas pada 18 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen.
Pengerusi BN Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata situasi dialami negeri ini sama dengan keadaan dihadapi seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Seperti kata Perdana Menteri, keadaan ini tidak sihat untuk seluruh
negara. Bila tengok hasil pengundian, kita boleh nampak bagaimana tindak
tanduk ramai pengundi yang terbawa-bawa dengan penuh emosi.
Bentuk ciri luar biasa
“Selain daripada polarisasi, ia juga padat dengan emosi dan sentimen di kalangan pengundi, yang membentuk ciri luar biasa dalam PRU kali ini,” katanya pada sidang media, awal pagi semalam.
Pada PRU-13 semalam, pengaruh undi Cina menyaksikan semua calon MCA selaku wakil BN berdepan dengan DAP tewas bagi semua kerusi DUN seluruh Johor.
MCA juga hanya menang tipis berdepan DAP di Parlimen Labis dan menewaskan PKR di Tebrau serta mengalahkan wakil PAS di Ayer Hitam dan serta calon Melayu DAP di Tanjung Piai, yang majoriti Melayu.
Pengerusi BN Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata situasi dialami negeri ini sama dengan keadaan dihadapi seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bentuk ciri luar biasa
“Selain daripada polarisasi, ia juga padat dengan emosi dan sentimen di kalangan pengundi, yang membentuk ciri luar biasa dalam PRU kali ini,” katanya pada sidang media, awal pagi semalam.
Pada PRU-13 semalam, pengaruh undi Cina menyaksikan semua calon MCA selaku wakil BN berdepan dengan DAP tewas bagi semua kerusi DUN seluruh Johor.
MCA juga hanya menang tipis berdepan DAP di Parlimen Labis dan menewaskan PKR di Tebrau serta mengalahkan wakil PAS di Ayer Hitam dan serta calon Melayu DAP di Tanjung Piai, yang majoriti Melayu.
Abdul Ghani yang turut mengalami kekalahan ketika berdepan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam saingan di Parlimen Gelang Patah, turut menyifatkan sentimen sama dialami oleh BN di kawasan bandar dan pekan di seluruh negeri.
Dalam saingan di Parlimen Gelang Patah, Abdul Ghani memperoleh 39,522 undi manakala Kit Siang 54,284 undi, iaitu majoriti 14,762 undi.
Katanya, situasi itu juga susulan tindakan pihak pembangkang membangkitkan isu tertentu secara berselindung, menguatkan lagi tindakan pengundi memilih berdasarkan polarisasi.
=======
KAJIAN 4
Pergeseran bukan punca kekalahan di Kedah
Beliau berkata, apa yang berlaku antara beliau dengan bekas Menteri Besar itu hanyalah perbezaan pendapat dalam soal pentadbiran, bukan isu politik yang menjejaskan persiapan menghadapi PRU.
Kita sebagai orang politik harus terima hakikat ini. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah” Phahrolrazi Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah
“Kalah menang adat pilihan raya. Kita sebagai orang politik harus terima hakikat ini. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Kita akan kembali sebagai pembangkang dan akan jalankan tugas sebagai pembangkang,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Phahrolrazi turut meminta semua pimpinan akar umbi PAS menangani isu dalaman pada peringkat kawasan untuk mencari penyelesaian bagi memantapkan kembali jentera parti itu selepas ini.
“Mungkin ada rasa tak puas hati dan ia tak dapat kita tangani sebelum PRU. Mungkin ada permintaan rakyat yang tak dapat kita tunaikan hingga mereka terasa hati dengan kerajaan negeri ketika itu.
Sebagai parti politik, kita perlu sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kekuatan parti untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya
No comments:
Post a Comment