22.5.13

APABILA TENTERA ALLAH BERBICARA.....

RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma

RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma
Bencana angin kencang paling buruk landa AS sejak 2 tahun lalu

Moore (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam.
Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Dua orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang runtuh akibat dilanda puting beliung di bandar Oklahoma City. Sebanyak 91 orang terkorban termasuk 20 orang kanak-kanak dalam bencana itu, kelmarin. - REUTERS 
 
MOORE, Oklahoma 21 Mei - Sekurang-kurangnya 91 orang termasuk 20 kanak-kanak dikhuatiri terbunuh apabila satu puting beliung sebesar 3.2 kilometer melanda pinggir bandar Oklahoma City, semalam memusnahkan kediaman penduduk dan sekolah.

Menurut pihak hospital, sekurang-kurang 60 daripada 240 mangsa yang cedera merupakan kanak-kanak.

Sebuah sekolah rendah, rumah-rumah dan sebuah hospital merupakan antara bangunan yang ranap mengakibatkan penduduk bandar yang didiami kira-kira 50,000 orang itu terkejut dengan kemusnahan dan kehilangan jiwa.

Presiden Barack Obama mengumumkan kawasan bencana besar di Oklahoma dan mengarahkan bantuan Persekutuan bagi membantu usaha kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan Moore.
Krew kecemasan bertungkus-lumus mencari sisa runtuhan Sekolah Rendah Plaza Tower yang menerima kesan langsung puting beliung yang berlaku pada sebelah petang, kata Gabenor Oklahoma, Todd Lamb kepada CNN.

Laman Facebook sekolah itu 'dibanjiri' mesej daripada pengguna dari seluruh negeri yang merayu: ''Sila cari kanak-kanak ini''.

Pemeriksa perubatan Oklahoma berkata, 20 daripada 91 orang yang dipercayai terbunuh merupakan kanak-kanak.

Jabatan itu telahpun mengesahkan kematian seramai 51 orang dan mendapat maklumat daripada perkhidmatan kecemasan untuk menerima lebih 40 mayat yang ditemui daripada runtuhan bangunan.

''Kami sangka kami telah mati kerana kami berada di dalam bilik bawah tanah yang turut diterbangkan angin. Sisa bangunan mula menghempap kami dan kami menyangka kami telah mati,'' kata Ricky Stover semasa memeriksa kesan kemusnahan rumahnya.

Bandar Moore kini musnah dengan serpihan bangunan berada di mana-mana, papan tanda hilang, lampu rosak, rumah musnah dan kenderaan tercampak akibat bencana itu.

Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam.
Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.

Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.

Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion).

Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.

Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini.
"Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.

Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda.

"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya.

Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. - Reuters



No comments: