7.5.13

Bye.... Bye.... SMS!

Whatsapp, Twitter saingi SMS

Whatsapp, Twitter saingi SMS 
1. Aplikasi chatting mampu mengirim sebanyak 41 bilion pesanan setiap hari.
 
2. WhatsApp juga menyatakan mereka mengirimkan pesanan sebanyak 18 bilion sehari.
 
3.  Pesanan melalui Facebook sebanyak 10 bilion pesanan.
 
 
Di awal kemunculan telefon bimbit kita hanya boleh menelefon saja, kemudian memasuki pula era meninggalkan pesanan melalui pager, di mana pengguna menerima pesanan ringkas dan jika mahu mengetahui lanjut perlu menelefon ke pusat panggilan.
Mungkin bagi remaja kini, mereka tidak mengetahui mengenai perkembangan telefon bimbit dan sistem pesanan ringkas sebegini kerana teknologi kini menyediakan pelbagai kemudahan perhubungan.
Malah pernah terjadi satu tahap di mana pengguna gemar menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbanding menelefon kerana ia mudah dan menjimatkan.


Itu dulu, jika lihat sekarang ini semuanya masih lagi berhubung melalui telefon bibit tetapi bukan melalui SMS lagi. Pelbagai aplikasi chatting sudah boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Populariti ini sedikit sebanyak mengorbankan SMS. Fakta tersebut semakin diperkuat dengan adanya kajian yang baru saja dilakukan oleh Financial Times.

Dalam kajian tersebut dinyatakan bahawa SMS memang miliki lebih banyak pengguna dibandingkan dengan aplikasi chatting. Namun jika dikira dari jumlah pesanan yang dikirim, aplikasi chatting ternyata jauh lebih banyak.

Melalui kajian mendapati aplikasi chatting mampu mengirim sebanyak 41 bilion pesanan setiap hari. Angka tersebut dua kali ganda dibandingkan pesanan yang dikirim melalui SMS.

Fakta ini juga turut diperkuatkan dari dakwaan pihak WhatsApp yang mengatakan bahawa mereka memiliki lebih banyak pengguna berbanding Twitter. Pihak WhatsApp juga menyatakan mereka mengirimkan pesanan sebanyak 18 bilion sehari, jumlah itupun lebih banyak dibandingkan pesanan melalui Facebook sebanyak 10 bilion pesanan.

No comments: