8.11.12

Liga Arab: Kerajaan Syria tidak akan bertahan lama

Liga Arab: Kerajaan Syria tidak akan bertahan lama

KAHERAH 8 Nov. - Liga Arab semalam mendakwa, kerajaan Syria yang dipimpin Presiden Bashar al-Assad tidak akan kekal untuk tempoh yang lama dan mendesak kumpulan pembangkang mengadakan pertemuan di Qatar dengan mengenepikan perbezaan pendapat mereka.

Ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi berkat, kumpulan pembangkang perlu bersatu-padu kerana kerajaan Bashar tidak akan bertahan lama dan satu hari nanti, situasi akan berubah di Syria

Nabil berkata demikian ketika beliau dilaporkan akan ke Doha untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pembangkang Syria. - AFP

No comments: