8.11.12

BAHANA KOMEN NEGATIF DI FACEBOOK

Facebook ditubuhkan untuk membina jaringan kawan yang akhirnya menjadi jaringan business sama ada sebagai pembeli atau pengedar atau pengilang...

 Sayangnya, ramai menjadikan FACEBOOK sebagai medium untuk lepaskan perasaan seperti perkataan "boring hari ni," "Hatiku terluka lagi" sebagai sebagainya...

Ada juga menjadikan FACEBOOK sebagai alat propaganda..sama ada berbentuk politik atau bebas.

Ada juga menjadikan FACEBOOK sebagai tempat meletakkan kutukan, ugutan dan lawak jenaka.....

 TAPI impaknya ialah:.....

 

 Kena belasah sebab Facebook



DI SINILAH tempat seorang wanita dibelasah sekumpulan sembilan individu di Jalan Kepong Isnin lalu.


KUALA LUMPUR - Gara-gara memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook, seorang pekerja salun cedera selepas dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong di sini Isnin lalu.

Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita.

Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios.

Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya.

Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan

======

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi komen mengutuk pakaian teman maya di facebook (fb), seorang wanita bersama suami dan adiknya dibelasah lebih 10 orang bersenjatakan kayu dan parang dalam kejadian di Kepong Baru, di sini, Isnin lalu.

Kejadian ala samseng itu berlaku jam 12.30 tengah malam Isnin lalu, ketika mangsa yang mahu dikenali sebagai Lisa, 18, pertama kali berjumpa wanita itu yang tidak puas hati dengan komennya di fb.
“Saya mengenalinya melalui fb sejak setahun lalu dan kerap berbual di alam siber, namun tidak pernah berjumpa,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Lisa berkata, dia tidak menyangka rakannya di laman sembang sosial sejak setahun lalu itu dengan tiba-tiba terguris hati berhubung komennya yang mengutuk pakaiannya.

Lagipun, katanya, itu bukan pertama kali mereka bergurau seperti itu dan dia bersedia berjumpa apabila wanita berusia 30-an itu masih tidak puas hati biarpun dia beberapa kali meminta maaf.

No comments: