13.11.12

Kerajaan Syria Yang Sah!

PENJELASAN :

Ada pengunjung yang menyebut bahawa perlantikan Syaikh Muaz al-Khatib sebagai Presiden pakatan pembangkang Syrua adalah tidak layak kerana beliau tidak bersama-sama mujahidin di medan jihad.

Untuk makluman semua, sebelum ini beliau merupakan komander mujahidin yang turut sama-sama turun ke medan jihad. Beliau pernah ditangkap dan diculik beberapa kali oleh pihak rejim.

Selepas berjaya dibebaskan hasil bantuan sahabat-sahabat mujahidin yang lain, beliau dibuang negara kerana beliau sangat digeruni oleh rejim Basyar.

Selepas itu, beliau meneruskan usaha-usaha untuk menggulingkan rejim melalui luar negara sehingga dilantik menjadi Presiden pakatan pembangkang sekarang.

Doakan keselamatan beliau.
 
=================
 
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang terdiri daripada negara Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Qatar dan Kuwait telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka mengiktiraf Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria (National Coalition for the Forces of the Syrian Revolution and Opposition) sebagai wakil rakyat Syria yang sah.

Pengiktirafan tersebut dinyatakan oleh Ketua GCC, Abdullatif al-Zayani. Kami juga ingin mendesak agar OIC juga bangkit menyatakan pengiktirafan terhadap pakatan pembangkang tersebut.

Bersatu untuk ummah!
 

No comments: