11.11.12

20 askar Bashar maut letupan bom

Lebih 20 askar Bashar maut letupan bom

DARAA - Dua serangan bom berani mati menggegarkan bandar ini semalam, yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 20 askar rejim Presiden Bashar Al-Assad, kata sebuah kumpulan permerhati.

Kumpulan Permerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, letupan berkembar pada awal pagi itu berlaku di zon keselamatan yang menempatkan bangunan perisikan tentera dan sebuah kelab pegawai tentera di sini.

Beberapa aktivis pula berkata, sekitar 30 buah kereta kebal yang digunakan untuk membedil bandar ini dan kawasan sekitarnya turut ditempatkan di sebuah stadium berdekatan.

Daraa, yang terletak di selatan Syria merupakan bandar kelahiran Bashar.
Menurut mereka, dua letupan itu disusuli beberapa pertempuran antara tentera rejim dengan penentang, Tentera Pembebasan Syria yang berjuang untuk menggulingkan Bashar dengan izin Allah.

No comments:

Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda membaca dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri...