24.9.09

Antara Sahabat Dan Kenalan

Hari raya ke 4, saya menerima mesej SMS daripada individu yang saya kenali sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuanganya

SMSnya adalah luahan hatinya yang lama berbuku. Luahan untuk menghilangkan rasa stress diri bila menghadapi kegentingan dan kegetiran perjuangan.

"Dalam masa saat susah, kita akan kenal siapa itu kenalan, siapa itu kawan dan siapa itu sahabat. Siapa yang dapat menjiwai kita secara lisan, siapa yang menjiwai kita secara perbuatan atau pengorbanan hakiki.

Siapa yang banyak memberi alasan dan siapa yang berusaha memberikan penyelesaian.

Walaupun manusia menjanjikan kpd kita itu dan ini, jangan letak harapan yang terlalu tinggi kerana nanti kita akan berduga nestapa...."

Saya tidak membalas sms itu kerana saya tahu, beliau dalam keadaan dukaan yang amat sangat. Saya berdoa pada Allah agar Allah membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya kerana Allahlah yang layak membantunya.

Kita Sebagai manusia akan sentiasa diuji bagi mantapkan keutuhan diri... ujian adalah sesuatu yang berat untuk kita hadapi.... namun ianya tetap datang..dan terus datang.

Sehinggakan orang menyebutnya sebagai CABARAN yang perlu dihadapi.

Ada orang menyebut, "saya tidak mahu menangis lagi... kerana saya susah puas menangis.. kalau saya terus menangis...sudah tiada air mata yang akan keluar... semuanya udah kekeringan.

Dalam kesusahan, kita akan betul-betul kenal kawan dan sahabat... kawan ketawa ramai, kawan menangis mungkin seorang dua, kawan menangis adalah sahabat kita.

Namun begitu, dunia sekarang ini.... sahabat bagaimanapun... untuk menerima bantuan kewangan adalah sesuatu yang menjadi cabaran kerana majoriti sekadar mampu untuk memberikan keperluan keluarga sahaja.

Sahabat hanya mampu mendengar rintihan kesusahan kita.. tetapi pada hakikatnya mereka tak mampu menyelesaikan masalaah kita... kita luahkan untuk menghilangkan perasaan yang berbuku dihati untuk menukar diri kita daripada beremosi kepada lebih rasional.

Ketika lebih rasional inilah aqal kita mempu berfungsi secara terbaik untuk berfikir dan merancang strategi kejayaan kita.


Tak ramai sahabat kita berduit untuk betul-betul membantu.... mungkin jiwa kita cepat terguris apabila permintaan/hajat kita ditolak oleh mereka....

atau mungkin cara penolakan itu sedikit kasar buat jiwa kita yang beremosi atau terlalu sensitif buat ketika itu...

BERSABARLAH!.....bersabarlah..... bersabarlah...

Setiap kesusahan pasti ada kejayaan dan kesenangan..

Arang perlu berada diperut bumi berkurun-kurun lamanya... menghadapi haba lebih 1000 darjah celsius untuk menukarkannya menjadi BERLIAN yang bernilai...

Bersabarlah.... sahabatku.....


Hijjaz... Kau Sahabat Kau Teman


Kawan... Apalah Yang Kau Kesalkan...




No comments: