30.9.09

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat



PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.





GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

24.9.09

Antara Sahabat Dan Kenalan

Hari raya ke 4, saya menerima mesej SMS daripada individu yang saya kenali sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuanganya

SMSnya adalah luahan hatinya yang lama berbuku. Luahan untuk menghilangkan rasa stress diri bila menghadapi kegentingan dan kegetiran perjuangan.

"Dalam masa saat susah, kita akan kenal siapa itu kenalan, siapa itu kawan dan siapa itu sahabat. Siapa yang dapat menjiwai kita secara lisan, siapa yang menjiwai kita secara perbuatan atau pengorbanan hakiki.

Siapa yang banyak memberi alasan dan siapa yang berusaha memberikan penyelesaian.

Walaupun manusia menjanjikan kpd kita itu dan ini, jangan letak harapan yang terlalu tinggi kerana nanti kita akan berduga nestapa...."

Saya tidak membalas sms itu kerana saya tahu, beliau dalam keadaan dukaan yang amat sangat. Saya berdoa pada Allah agar Allah membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya kerana Allahlah yang layak membantunya.

Kita Sebagai manusia akan sentiasa diuji bagi mantapkan keutuhan diri... ujian adalah sesuatu yang berat untuk kita hadapi.... namun ianya tetap datang..dan terus datang.

Sehinggakan orang menyebutnya sebagai CABARAN yang perlu dihadapi.

Ada orang menyebut, "saya tidak mahu menangis lagi... kerana saya susah puas menangis.. kalau saya terus menangis...sudah tiada air mata yang akan keluar... semuanya udah kekeringan.

Dalam kesusahan, kita akan betul-betul kenal kawan dan sahabat... kawan ketawa ramai, kawan menangis mungkin seorang dua, kawan menangis adalah sahabat kita.

Namun begitu, dunia sekarang ini.... sahabat bagaimanapun... untuk menerima bantuan kewangan adalah sesuatu yang menjadi cabaran kerana majoriti sekadar mampu untuk memberikan keperluan keluarga sahaja.

Sahabat hanya mampu mendengar rintihan kesusahan kita.. tetapi pada hakikatnya mereka tak mampu menyelesaikan masalaah kita... kita luahkan untuk menghilangkan perasaan yang berbuku dihati untuk menukar diri kita daripada beremosi kepada lebih rasional.

Ketika lebih rasional inilah aqal kita mempu berfungsi secara terbaik untuk berfikir dan merancang strategi kejayaan kita.


Tak ramai sahabat kita berduit untuk betul-betul membantu.... mungkin jiwa kita cepat terguris apabila permintaan/hajat kita ditolak oleh mereka....

atau mungkin cara penolakan itu sedikit kasar buat jiwa kita yang beremosi atau terlalu sensitif buat ketika itu...

BERSABARLAH!.....bersabarlah..... bersabarlah...

Setiap kesusahan pasti ada kejayaan dan kesenangan..

Arang perlu berada diperut bumi berkurun-kurun lamanya... menghadapi haba lebih 1000 darjah celsius untuk menukarkannya menjadi BERLIAN yang bernilai...

Bersabarlah.... sahabatku.....


Hijjaz... Kau Sahabat Kau Teman


Kawan... Apalah Yang Kau Kesalkan...




16.9.09

Warna Pilihan - Warna Lambang Peribadi



Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin
memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang
artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia
begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini
juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa
pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia
melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.
Merah juga berkait dengan kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan
kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih
saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan
kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental
warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia
dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam
pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan
menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia
dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat
pengecut.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga
melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua
keadaan.

Coklat
Ia tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan
warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika membelanjakan
20 wangnya. Sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut
untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi, tidak hairanlah jika mereka ini
mempunyai simpanan yang banyak.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna
hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga juga
dikatakan tidak banyak bercakap.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang
tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan
khas dalam bidang kerohanian.

15.9.09

Temubual Bersama Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Berhubung Konsep Melayu

Melayu dalam Perlembagaan

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu.

Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.

Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.

Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-

undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.

Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

TIPS KEMBARA ILMU - INTERNASIONAL

Thx buat Sifoo Feasibilities Study, Al Fadhil Al Ustaz Sifoo Izhan Hamidi atas curahan pengalaman yang begitu cantik dan indah serta berharga ...

**************************************************************************************

MUSAFIR ILMU: JAKARTA 1-3 SEPT 2009 / 11-13 RAMADHAN 1430H



Pendahuluan

Penulisan ini bertujuan berkongsi sebuah pengalaman musafir ilmu menyempurnakan tugasan dalam rangka kunjungan silaturrahim ke Jakarta dan kawasan sekitarnya.


Persiapan Awal

Kemampuan menjangka dan membuat perencanaan awal merupakan salah satu faktor yang akan menentukan tahap kejayaan menyempurnakan misi dan matlamat musafir ilmu. Antara persiapan awal sebelum berangkat ialah:


a) Persiapan teknikal

Merangkumi penelitian kesahan pasport, tempahan tiket penerbangan, komunikasi dengan wakil atau hos tempatan, perencanaan jadual perjalanan dan tentatif program, aturan temujanji, anggaran belanjawan, penukaran matawang asing dan sebagainya. Tujuannya supaya musafir berjalan lancar tanpa sebarang gangguan bersifat teknikal.


b) Persiapan logistik

Merangkumi tempahan tempat penginapan, kemudahan pengangkutan, peta dan panduan lokasi tujuan, kemudahan bersahur dan iftar (kerana musafir pada bulan Ramadhan), kemudahan komunikasi (local simcard) dan sebagainya. Tujuannya supaya dapat bermusafir dalam keadaan kondusif. Justeru, fokus dan perhatian dapat ditumpukan sepenuhnya untuk menyempurnakan misi dan matlamat musafir ilmu.


c) Penyeragaman imej

Merangkumi aspek pemakaian, fail dokumen, kad pengenalan diri dan sebagainya. Profil syarikat dan cenderamata yang seragam disediakan sepadan dengan bilangan kunjungan. Tujuannya supaya imej dan identiti syarikat dapat dizahirkan secara profesional.


d) Persiapan mental dan fizikal

Merangkumi penjelasan dan perbincangan secara intensif misi dan matlamat yang ditetapkan untuk dicapai oleh musafir ilmu. Pada masa yang sama merangka strategi yang bersesuaian. Tujuannya supaya mampu menangani cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi dari pelbagai perspektif secara berhikmah.


e) Persiapan bahan ilmiah

Merangkumi pengumpulan bahan-bahan dan data-data berkaitan, mendapatkan pandangan dan pendapat individu dan pihak-pihak yang berautoriti, memohon maklumat ringkas dari wakil atau hos tempatan dan menyelami kisah-kisah kejayaan dan kegagalan yang berkaitan. Tujuannya supaya gambaran awal yang tepat menjadi asas dalam kotak pemikiran.


Penyelarasan Minda

Bermula sejak persiapan awal, penyelarasan minda dilakukan terutama di kalangan anggota misi musafir ilmu. Kaedahnya ialah dengan cara:

a) Perbincangan

b) Penyelidikan awal

c) Pembahagian tugasan

d) Perkongsian hasil

e) Penyeragaman tindakan


Penyelarasan minda juga sentiasa dikemaskini secara berkala terutama sebelum dan selepas selesai fokus kunjungan. Tujuannya supaya anggota misi sentiasa bersedia dan berada pada landasan yang tepat untuk merencanakan kunjungan yang seterusnya.


Mengemudi Pertemuan

Gabungan kemahiran berunding dan pengalaman kerja merupakan resipi terbaik untuk mengemudi pertemuan secara objektif, neutral dan berefikasi. Secara umumnya inilah 10 teknik yang digunakan. Namun susunannya bergantung pada sasaran dan pendekatan pihak penerima kunjungan. Antara teknik-teknik utama mengemudi pertemuan adalah seperti berikut:


a) Memperkenalkan identiti organisasi dan diri

AASB diperkenalkan sebagai sebuah badan perundingan, kajian dan latihan yang utama serta menjadi rujukan di Malaysia. Memiliki perunding yang berkelayakan dan berkemampuan serta khazanah pengalaman yang unik. Berhasrat membina sinergi dengan saudara serumpun agama dan bangsa.


b) Mendengar penuh perhatian

Setiap penerangan yang disampaikan oleh pihak hos diberikan perhatian dengan sepenuhnya walaupun tersasar dari objektif yang telah ditetapkan. Kemahiran mendengar secara berempati dipraktikkan dengan sepenuhnya

.

c) Mencuit perasaan dan memecahkan halangan komunikasi

Sedikit jenaka mampu meredakan suasana dan menggalakkan berlakunya komunikasi dua hala secara lebih kondusif. Berhati-hati supaya tidak berlebih-lebihan jenaka sehingga memudarkan tahap keseriusan.


d) Mengambil iktibar rahsia kejayaan dan kisah kegagalan

Persoalan yang kerap dikemukakan ialah berkaitan kisah-kisah kejayaan dan formula yang digunakan serta kisah-kisah kegagalan dan iktibar yang diperolehi.


e) Menyaring maklumat

Misi dan matlamat kunjungan dijadikan sebagai asas untuk menyaring di antara maklumat yang hanya perlu didengar dengan maklumat yang perlu difokuskan. Langkah susulan ialah dengan mengemukakan persoalan pada maklumat yang perlu difokuskan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci.


f) Membentangkan perspektif lebih luas (big picture)

Hasil saringan maklumat membolehkan status quo sesebuah organisasi ditentukan. Maka langkah seterusnya ialah membentangkan perspektif yang lebih luas terutamanya berkaitan dengan fungsi dan peranan yang mampu diterokai oleh organisasi tersebut.


g) Menyuarakan tambah nilai

Seterusnya ialah mencadangkan beberapa aspek tambah nilai yang mampu laksanakan oleh organisasi tersebut untuk menjadikan usahanya mendatang impak yang lebih besar.


h) Membuka ruang sinergi

Menawarkan kepakaran sama ada segi perundingan, kajian dan latihan sebagai mekanisme sinergi bagi organisasi tersebut melangkah maju ke hadapan. Menjelaskan potensi dan peluang yang tersedia untuk dimanfaatkan secara bersama.


i) Memperingatkan batasan masa

Menguji kesungguhan dan menagih komitmen rakan sinergi dengan memperingatkan bahawa hambatan masa adalah cabaran utama yang perlu diberikan perhatian.


j) Menguruskan masa

Mengawal dan mengemudi pertemuan secara bijaksana berpandukan masa yang telah diperuntukkan dan dipersetujui bersama.


Semakan Hasil

Baki masa sebelum berangkat kembali ke tanah air dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat semakan hasil dari musafir ilmu yang telah dilaksanakan. Merangkumi dapatan dari kunjungan, pengiktibaran yang diperolehi dan aspek-aspek yang boleh dipertingkatkan. Beberapa isu utama dijadikan sebagai persetujuan awal untuk menjadi fokus dalam merencanakan langkah seterusnya.


Tuaian Hasil

Tugasan seterusnya ialah membina sebuah rangka kerja berdasarkan perolehan maklumat dari musafir ilmu yang telah dilaksanakan. Segala catatan dan dokumen yang diperolehi dijadikan sebagai rujukan utama.


13.9.09

Pil multivitamin bawa keburukan - Betul ke?

Pil multivitamin bawa keburukan

Betul ke Statement/artikel dalam ruangan KESIHATAN Akhbar Kosmo ini..... lebih-lebih lagi diletakkan nama besar disitu.... bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain?
Baca n berfikir akan kebenaran dan kepalsuan atau kekeliruan yang ada?

SEBAHAGIAN besar pengguna sebenarnya tidak memerlukan pil multivitamin.


PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.
Menurut bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain, Brian Ratcliffe, sejumlah RM3.6 bilion dihabiskan dalam pengambilan multivitamin setiap tahun yang sebenarnya sihat dan tidak memerlukan pil tersebut.
Jelasnya lagi, antara keburukan pengambilan pil tersebut seperti minyak ikan sebagai multivitamin ialah ia mampu meningkatkan fenomena tulang rapuh pada masa akan datang kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan tanpa disedari.
Kebanyakan pengguna mengambil pil multivitamin kerana kebimbangan tidak berasas terhadap kesihatan mereka serta dipengaruhi oleh iklan pihak farmasi.

=====================================================
Artikel ini tidak habis dalam penyataannya, apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Brian Ratcliffe ...
1). Masalah mutivitamin atau masalah minyak ikan yang digunakan sebagai multivitamin?

2) Masalah pengambilan multivitamin yang mengandungi vitamin A,B,C,D,E,KALSIUM, MAGNESIUM, SELENIUM + PELBAGAI GALIAN TAMBAHAN atau masalah berlebihan vitamin A sahaja?
3) Kenapa statement ini dinyatakan selepas beliau bersara daripada jawatan penasihat pemakanan kerajaan Britain? Kenapa tidak semasa? Siapa dibelakangnya? Siapa yang membayarnya mengeluarkan statement itu? Adakah Beliau orang yang pertama menentang vitamin ini? atau banyak dah statement yg keluar sebelum beliau?
4). Di manakah artikel asal beliau?

Kalau kita tanya kepada pengguna Multi Vitamin yang original tentang kesihatan mereka selepas pengambilan multivitamin....
Majoriti memberikan jawapan yang positif.... banyak penyembuhan yang berlaku..
Farmasis adalah berbeza dgn doktor...
Nutrisen juga berbeza dgn doktor..
Kebanyakan doktor di Malaysia mempelajari 2 - 3 subjek sahaja tentang pemakanan/vitamin ini.... mereka lebih menumpukan kpd ubat-ubatan berasaskan drugs....

Industri pengeluaran vitamin tentulah berbeza dan kontradik dgn industri ubat-ubatan.
Industri ubat-ubatan tentulah akan lebih maju sekiranya ramai pesakit yang muncul setiap hari memerlukan ubat yang dikeluarkan oleh mereka.... bagaimanakah mereka membina pengiklanan..... boleh jadi menggunakan figure-figure tertentu yang ada nama untuk sebarkan kefahaman kpd pengguna.

Industri kesihatan pula mengeluarkan vitamin berdasarkan kajian mereka terhadap penyakit yang mana ianya berfungsi sebagai
1) Pencegahan terhadap jangkitan atau kedatangan penyakit baru dgn memberikan makanan yang sempurna kepada sel-sel serta membangunkan sistem imun untuk melawan penyakit.

2) Membantu sel dan sistem imun merawat diri yang terkena penyakit.

3) Mengekalkan kesihatan tubuh.....

Kedua-dua industri ini akan bertentangn selama-lamanya kerana matlamat berbeza....

Justeru itu tidak hairanlah pelbagai penyataan atau artikel dikeluarkan....
SIAPAKAH YANG TERANIAYA?
Tentulah pengguna seperti kita yang kurang ilmu pengetahuan tentang kesihatan....

wassalam

12.9.09

TTT _ hari Ke 5_ Hari Akhir

Pada hari ini, kelas dimulakan lebih awal iaitu 8.30pagi berbanding pukul 9 pagi. Semua trainers datang awal dgn semangat yang berkobar-kobar sama ada ready untuk present atau berdebar-debar... semua sequence sapa yang present dahulu sudah ditetapkan...

Pada hari ini, kulihat interaksi antara presentator (pembicara) dan pendengar cukup baik kerana semangat TeamWork yang ditunjukkan....

Antara modul-modul yang dipersembahkan dalam masa 15 minit setiap modul ialah

1. Cara Buat Marketing - Abang Bad
2. Corrosian - Fakhri
3. Teamwork - Zulkiflee Focus Learning
4. Big Picture - Abg Kamarul Bahri Focus Learning
5. Tall Ship Program (Black Pearl - Puteri Mahsuri) - Faisal
6. PSMB - Firdaus
7. PSMB-Skim SBL - Mimie
8. Dinamika Minda - Allwee
9. Pengurusan Stress - Fauziah
10. Customer Services - Zalena Fokus Learning
11. Let Speak English - kuh -tuh -puh oleh azmi
12. Product Cycle - Wong
13. Pembangunan Komunikasi n ICT - Mun Yee aka Syarifah
14. Photography - Sandy Tan
15. Corporate Grooming - Nur Hidayah Kaur
16. Perkhidmatan (Hospitaliti) - Hasni Focus Learning

Setiap trainer yang persembahkn modul dalam masa 15 minit ini mempunyai kelebihan dan kredibiliti

Setiap individu punyai keunikan sendiri untuk tarik audien berinteraksi dan ada kalanya audien membuat pro-active untuk menceriakan majlis....

Akhirnya, TTT provider memaklumkan semua dalam position "PASS" kerana 50% berdasarkan soalan test selepas setiap modul dan 50% adalah berdasarkan presentation ini.

Untuk jadi kompeten trainer perlu lulus minimum 80%.

Anyway, banyak pengalaman yang dapat kuceduk sama ada daripada TTT trainer atau ketika bersembang-sembang dgn Trainers Peserta atau ketika dalam perjalanan menuju Solat Jumaat.... setiap pengalaman yang dikutip amat berharga jika kita tahu menggunakannya atau ianya hanyalah sekadar mewujudkan keceriaan bersembang dan berborak.

Selamat menjadi Certified Trainer PSMB buat semua kekawan yang hadir......!

Wassalam

Dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri... 2009

Ramadhan Assalam


Sami Yusuf-Eids Song



Come To Me - Sami Yusuf

10.9.09

TTT - Hari Ke 4

Salam,

Pada hari ke 4, kami meneruskan pengembaraan ilmu mempelajari sesuatu yang majoriti trainer tahu tentangnya iaitu bagaimana untuk mantapkan modul dan mantapkan persembahan dengan menyediakan assessment dan juga evaluation.. di samping meneliti standard modul sebagai asas teori dalam bagimana hendak conduct atau deliver presentation atau persembahan atau penyampaian sesuatu modul.

Bila disebut assessment vs evaluation, maka akan timbul pertentangan secara terminologi dan bukannya konsep antara TTT provider dengan peserta trainer. Di sinilah perlunya budaya berhemah, bertolak ansur atau win-win situation... 


TTT provider perlu mendengar penjelasan daripada peserta trainers dan peserta trainers juga perlu buka minda dan hati untuk memahami penjelasan TTT provider. 

Kalau tidak.... suasana menjadi hangat.... Akhirnya kusedari sebenarnya masing-masing memahami apa yang diucapkan kalau berbeza ialah penggunaan terminologi atau in arabic known as istilahaaat.

Assessment adalah penilaian ketika program berjalan atau ketika kelas berjalan bagi mempastikan peserta memahami apa yang diajar atau ditunjukkan. Manakala evaluation ditafsirkan penilaian selepas program atau pada penghujung program... persoalan biasanya lebih memfokuskan apa pandangan peserta pada apa yang diajar... pengajar.. struktur modul...tempat...makanan dan seterusnya...

Ada sesetengah trainers menggunakan evaluation pada makna assessment dan meletakkan konsep pre, current-within dan post....

Kok manapun maknanya yang penting ialah mekanisme iaitu terdapat 2 penilaian iaitu setiap modul, peserta dinilai kefahaman mereka dan setiap penghujung program peserta boleh juga dinilai kefahaman dalam keseluruhan modul + mendapatkan pandangan peserta pada program yang dianjurkan....

Maka berakhirlah hari 4 dan esok ada presentation berdasarkan lesson plan atau session plan selama 15 minit.... mencabar jugak pada yang biasa deliver 2 jam atau 2 hari program... nak compact kpd 15 minit....... cabaran buat trainer untuk menguna competency nya.....

9.9.09

TTT _ Hari Ke 3

Salam,

Masa berlalu begitu pantas...tup...tup dah masuk hari ke 3..... mcmbiaslah hari ni belajar sehari tentang Bagaimana nak design modul... apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira...

Konsep yang digunakan sama seperti semalam iaitu praktis..praktis...praktis...

Pelbagai video didedahkan untuk mantapkan kefahaman....

Ada group ambil serius dan ada yang tak... ada trainer individu ambil serius dan ada yang tak....

Pengendali tak strict sangat..... hanya beliau ingin kami mengalami proses sahaja.... kerana nak buat modul pada dunia realiti bukanlah sehari dua malah boleh mencapai ke tempoh sebulan hingga 3 bulan bergantung kpd sejauh mana mudah atau susah atau beratnya sesuatu modul yang dicipta atau program yang dicipta..... beliau hanya sekadar ingin tunjukkan flownya sahaja sebagai suggestion kerana sesetengah syarikat menyediakan unit khas untuk buat modul...

Perbahasan, perdebatann dan bertukar idea serta pandangan menjadi kebiasaan bagi sessi kali ini malah pengendali pula nampak seronok dgn situasi itu...... bertukar perbezaan berdasarkan perbezaan background. Ada trainer bergerak secara "oneman show", ada bergerak berdua, ada yang bekerja di bwh syarikat training yang hanya tahu deliver latihan, ada yang kena buat semua sebagai satu latihan hidup.

Namun begitu kurasa beruntung kat AASB nie, sebab semua segmen dalam TTT ni telah kami lalui..... thnx to Dato' Aidit....sebab wujudkan suasana itu...

Kamilah sebagai marketing person, kamilah find gap yang diperlukan oleh client dengan terlibat dalam research atau TNA (bahasa trainer), kamilah yang designkan modul sebelum dirujuk kpd Dato, dan kami jugalah yang deliver ke client
..... malah reportpun kami dilatih ke arah itu.... so itulah seorang kompeten trainer sebenarnya.....

Yang paling bagusnya ialah kami terlibat dalam pelbagai bidang dan bukan fokus kepada 1 atau 2 bidang sahaja..... jadi bila terlibat dalam modul design modul nie.... kita nampak perbezaan respond....


syukur alhamdulillah.... apa yang perlu kena sharp kan lagi sesharpen yang mungkin.

wassalam.

8.9.09

TTT - Hari ke 2

Pada hari ke 2, perjalananku menghadapi jem di depan mid valley... almaklumlah org selangr dah mula kerja balik... nasib baik ada lebuhraya SPRINT... bolehlah short cut ke damansara walaupun kena tol RM1.50... kalau nak lalu Jalan Maaruf... alamak terlekatlah kat situ pula 3o minit. Dahlah jem depan midvlley pun mengambil masa 30 minit walaupun dekat aje kilometernya....

Hari ini belajar TNA, Training Needs Analysis, nampak mcm interesting... tapi jikalau pendekatan yang diambil terlalu profesional... ianya akan jadi kalut dan mulut... terutama kpd trainer yg baru mengenali TNA secara sistematik...... nasib baik aku pernah membaca nota ttg TNA daripada kekawan yang pernah ikuti TTT dgn providers yang lain.... mcm biasa provider aku ni jenis yang tak bagi nota tebal, hanya nota ringkas dan slides yang hampir berbeza dgn nota.....

Kelas jadi kecoh dgn perdebatan demi perdebatan oleh mereka yang tak yakin yg TNA ni releven dgn alam dunia latihan sebenar.... yang pada mereka TNA sepatutnya dilakukan oleh Training Manager atau HR Department dan bukannya trainer...

Pada mereka, kalau trainer kena buat marketing then TNA then design modul then bagi latihan dan...dan...dan... matilah mereka... ponat dibuatnya...

Ada trainer yang dlm position senior consultant menyatakan tugas mereka ialah bagi latihan ...biasanya so called TNA ni ..unit pemasaran yang buat...

Bila dinyatakan TNA ini melebihi apa yang unit pemasaran buat.... terdiam mereka....


Provider mengambil pendekatan belajar sikit dan terus praktis.... sekali lagi menimbulkan sedikit kekecohan kpd bebrapa orang yang outspoken.... soalan-soalan yang dikeluarkan terlalu bengkang bengkok menjadikan proses pembelajarn memeningkan aku ...kekawan semeja dan juga memenatkan provider untuk menjawabnya....

Namun begitu, bagiku bila kita buat secara praktikal ni...ianya byk membuka dimensi minda melihat TNA daripada pelbagai approach.

Secara konklusinya,... TNA proses dan method hampir sama dgn research.. atau dgn bahasa buat ...ialah buat research untuk melihat keperluan pelanggan dan menjadi isu sebenar masalah yang timbul sama ada ianya bersifat training issues atau non-training issues.... daripada itu lahirlah langkah ke 5 TNA iaitu membuat modul berdasarkan laporan TNA dgn syarat dipersetujui oleh syarikat yang melantik kita....


Proses nampak mcm mudah tapi flownya nampak mcm payah terutama ketika nakk buat soalan untuk di suitkan dgn competency yang wujud malah memnuhi sub-competency yang juga wujud....

Disamping menyediakan approach yang sistematik dgn bahan-bahan tersusun seperti soalan-soalan, carta,, sheet, table dan struktur pelbagai method yang perlu dicipta untuk mendapatkan result yang hampir tepat.....

Wassalam

7.9.09

Train The Trainer PSMB

Alhamdulillah, hari pertama aku di program TTT = Train The Trainer PSMB (HRDF) telah tamat pada pukul 4.30pm. Ada 4 hari lagi yang perlu kuhabiskan sebelum lulus sebagai Certified Trainer HRDF /PSMB.

Pelik tapi Benar jugak, setelah hampir 8 tahun berkecimpung dalam bidang latihan... barulah diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkan sijil Certified Trainer ini..... sebelum ini telah kulalui latihan TOT = TTT oleh 3 trainer utama secara inhouse training.... walaupun isi lebih kurang sama tetapi masyarakat lebih menilai sijil Certified Trainer PSMB ini....

Ingatkan aku seorang sahaja yang kira lewat ambil... rupanya ada jugak trainer lain yang dah berpengalaman 10, 15 dan 20 tahun dalam dunia latihan korporat datang untuk ambil sijil ini semata-mata itu adalah requirement daripada setengah-setengah syarikat. Lebih-lebih lagi zaman sekrang ni kebanyakan latihan sedikit slow demandnya.

Trainer yang mengajar kami adalah cukup terlatih dalam TTT ini..... berhadapan dengan majoriti experienced trainers.... kecoh kelas jadinya... setiap ayat dan perkataan dipantau sama ada sesuai atau tidak..... lastly kelas menjadi medan debat walaupun melibatkan isu-isu yang kecil seperti perkataan "judgemental" adakah sesuai digunakan secara positif.... kenapa tak ganti dgn perkataan "deceive"atau "decisive" ?. Ada pula tak setuju "deceive"atau"decisive"? almaklumlah ada 2 orang trainer dalam tatabahasa BI......

Ada setengah trainer pula berlumba-lumba nak tunjuk sapa bagus dalam penghujjahan..... mcm-mcm gelagat manusia yang bergelar trainers ni almaklumlah salah satu ciri trainer yang kompeten ialah " knowledgable" walaupun tak kena pada tempatnya.

Tapi ku perhatikan pengendali ini seorang yang terlatih sebab setiap hujah itu diajak berfikir secara rasional dan mudah.... tak perlu kusutkan diri dgn istilah tetapi yang terbaik ialah kesan kefahaman kpd pendengar....

Satu lagi yang mnjadi isu ialah kenapa training ni tak boleh mengubah attitude client....? 


Mereka berhujjah jika dinyatakan hal tersebut kpd HR Client maka confirm mereka tak akan dapat bizness punya......

aku tersenyum mendengar penghujjahan itu... nampak gaya trainers yang terlibat adakala tidak telus dan mulus dgn client..... 


mereka sekadar mendapatkan projek dan boleh jadi bersifat "touch and run" atau "hit and run away" dan bukannya "hit and stay"... 

sepatutnya HR client dididik dgn konsep sebenar training yang mampu menyediakan skill dan ilmu manakala merangsang manusia untuk berubah dengan memberikan stimulasi untuk awareness, interest dan desire yang akhirnya akan melahirkan tindakan sendiri dan seterusnya membina kumpulan perubahan....akhirnya membina company development....

Antara lain yang kutengok ialah kebenaran my ceo, Dato' Aidit yang sentiasa memberikan penekanan kepada kami bahawa "jangan jadi hamba pada slides" tetapi slideslah yang sepatutnya jadi hamba kepada kita.

Pengendali TTT ini membuktikan kehebatan ilmunya dgn melaksanakan konsep "slides mrngikuti tunjuk ajarnya" danbeliau tak bergantung kpd slides.... ini menyebabkan trainers yang datang danbuat kecoh terdiam seketika.....

Ada yang pengendali buat ialah mereka menepati setiap objektif modul walaupun melangkau slides "here dan there". sekejap ke page 98 then patah balik ke page 94.... bagi yang baru dalam bidang lathan pening jugak nak turuti pointnya tapi bagi trainer terlatih mereka ada cara memahaminya.....

Antara yang menarik hari ini ialah

KRA vs KPI

Key Result Areas vs Key Performance Index

sesuatu yang pernah diajar kpdku sewaktu aku di boarding school dulu atas nama lain.....

Wassalam

6.9.09

MINDA USAHAWAN.... RAJA KURMA

“INI adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.

“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.


PROFIL
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 50 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan

INFO
> Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988)
> Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma
> Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei

INFO KURMA
> Nama saintifik kurma ialah phoenix dactylifera L
> Mengandungi karbohidrat tinggi dan membekalkan tenaga kepada manusia
> Boleh dijadikan jem, sirap dan halwa
>Kurma yang ada di pasaran antaranya kurma nabi, kurma madu, kurma merah dan kurma ajwa
> Selain kaya zat besi, kurma kaya kalium yang berfungsi menstabilkan tekanan darah dan mencegah risiko lumpuh separuh badan
> Pengambilan kurma boleh mengurangkan panas badan
> Boleh meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak
> Kurma kaya zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C