13.7.09

Pelajar Kita dikuasai oleh ?

Isu pelajar kita melakukan pelbagai pergerakan atau perlakuan yang menyedihkan sentiasa terpampar di dada-dada akhbar... hari ini isu kungfu pasal kecantikan dan kecerdikan... mula2 dipukul...selepas itu pukul sesama sendiri?.. pelik bunyinya...


Kenapa hal ini terjadi?.. pelajar dah sampai peringkat sekolah menengah... sepatutnya sudah matang pemikiran dan tingkahlaku... ilmu yang diberikan di sekolah tentang alam, moral dan akhlaq sepatutnya telah dihadam dan diamalkan dalam diri sendiri.... dan bukan sekadar dihafal atau faham sementara dan diluahkan di atas kertas sahaja supaya nampak cerdik pada keputusan peperiksaan...

Sebab itu ada peribahasa untuk golongan pelajar... "alim sebelum peperiksaan dan menjadi jahil selepas peperiksaan"

Apakah kesilapan falsafah pendidikan negara?... apakah kesilapan dan kelemahan perlaksanaan program pendidikan di Malaysia.....?

Bagi ustaz dan uztazah yang mengajar subjek pendidikan Islam.... apakah lagi ruang-ruang yang boleh diperbaiki supaya pelajar dapat menghadamkan ilmu menjadi amalan harian dan bukan sekadar di atas kertas peperiksaan.....


Pelajar yang bijak, cerdik dan cantik adalah pelajar yang matang akhlaqnya, ilmunya, aqalnya, emosinya dan kerohaniannya


Pelajar berkung fu di surau


Salah satu aksi pelajar perempuan yang bertumbuk di surau Ketengah Jaya, Dungun baru-baru ini.



Salah seorang pelajar yang
bergaduh.


KUALA TERENGGANU - Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.

Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.

Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.


Inilah surau Ketengah Jaya di Terengganu yang menjadi lokasi kung fu lima pelajar yang bergaduh baru-baru ini.





Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.

Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar.

Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.

Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.

Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.

1 comment:

Jet Li (Malaysia) said...

Asas pendidikan adalah sebenarnya bermula dari rumah, dari kedua orang tuanya sendiri atau penjaganya. Kalau keharmonian rumah tangga tidak teratur atau tidak diisi dengan keagamaan especially ugama "ISLAM" maka kemantapan peribadi anak2 yanglahir dari rumah itu sangat rapuh.

Di sekolah memang ada pengajian agama, moral dan sebagainya tetapi didalam "suasana pembelajaran yang tiada keberkatan" seolah-olah tidak memberi kesan dalam pembentukan peribadi dan akhlak pelajar-pelajar. Mereka hanya belajar semata-mata untuk menduduki peperiksaan BUKAN belajar diatas dasar kewajiban menuntut ilmu untuk menjadi amalan hidup yang dikategorikan sebagai ibadah.

Apakah yg saya maksudkan sebagai suasana pembelajaran yang tiada keberkatan ialah pembelajaran dalam keadaan yang tidak "bersedia" untuk belajar dan dalam ajlis yang bercampur gaul. Hari ini banyak majlis-majlis ilmu. tazkirah-tazkirah yang dianjurkan seperti di forum-forum perdana, di dalam slot2 TV dan sebagainya. Cuba bandingkan dengan majlis ilmu yang dibuat di masjid atau surau-surau. Dari segi kehadiran memang banyak yang hadir ditempat2 yang terbuka seperti forum perdana dan sebagainya. Tetapi kehadiran pendengar2 dengan keadaan yang penuh dengan keegoan duniawi dan penuh "tabarruj", datang dengan tidak bertudung, dengan bersosek make up, gelang besar dan sesetengah slot2 TV yang memanggil ustaz2 untuk berbicara, tetapi pengacara perempuannya tidak bertudung dan tidak memakai pakaian mengikut syarak. Jadi sesetengah yang datanghanya untuk melihat perempuan2 cantik yang sudah pasti ada disana, bukan datang untuk majlis ilmu. Ini yang saya maksudkan majlis yang tidak ada keberkatan.

Berbeza dengan majlis yang diadakan di masjid atau surau, semua datang bertudung dan menutup aurat, sudahla bertudung litup, tempat duduk pula dipisahkan dengan tabir pula. Jadi disini seolah2 tidak ada ruang utk datang bersuka-suka atau semata-mata untuk melihat perempuan cantik. Jadi bagi saya, majlis2 ilmu yang diadakan di jalanan itu memang tidak memberi kesan kepada pembentukan akhlak. - jet li(M)