17.7.09

Perihatinkah kita atau terlalu kepenatan?

Awak nampak apa yang saya nampak?

wanitaku Kredit gambar dari sini


Ini antara serpihan contoh sikap kurang sopan di kalangan masyarakat kita. Kalau masuk bab kebiadaban di jalan raya, lagi panjang isunya.

Orang kita sangat bangga apabila dilabelkan sebagai bangsa yang peramah, berbudi bahasa dan bersopan santun. Gambaran ini seolah-olah menjadi ‘lambang rasmi’ masyarakat kita.

Hasil tinjauan rambang majalah Reader’s Digest disiarkan pada Jun 2006 meletakkan Kuala Lumpur di tangga ketiga daripada 35 ibu negara paling kurang berbudi bahasa selepas Bucharest dan Mumbai.

Kepincangan dalam sistem sosial, mengakibatkan wujudnya generasi yang bijak pandai, tapi tercicir dari segi budi bahasa. Budi bahasa dan kesopanan tidak diwarisi, sebaliknya ia perlu dipelajari dan dijadikan amalan sepanjang hayat.

Kata imam al-Ghazali, kita mesti belajar untuk hidup beradab, bukan menjadi biadab.

1 comment:

Jet Li (Malaysia) said...

kesian makcik dokong anak tu, yang kat depan dia tu buat-buat tidur plak..yang lain buat bodo je.. kalau ya pun tak nak bagi duduk, pelawa la minta tolong riba anak dia.. dok gitu..

Kalau Jet Li,. mesti bagi punya..