29.7.09

Nikah Mut'ah - Haram Disisi Kita Umat Islam

Baru-baru ini akhbar tanahair menceritakan ramai gadis tempatan
terpedaya dengan cinta lelaki asing. Ada juga lelaki asing yang
menawarkan nikah mutaah. Di tempat saya, terdapat pelajar
Iran meminta dicarikan pasangan untuk nikah muta'ah.

Secara ringkas, nikah muta'ah adalah haram di sisi 4 mazhab
ahli sunnah (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali). Adapun mazhab
Syiah seperti Syiah Imamiah menganggapnya halal.

Berikut saya akan ceritakan serba sedikit tentang 'Nikah Muta'ah'
di sisi Syiah agar tidak ada yang terpedaya lantas melakukannya
atas nama agama.

Saya akan cedok tulisan ustaz Asri Yusuf dari kitabnya
"Maqalaat Asr", "Syiah Imamiyyah: Mazhab ke 5 dan sedikit
bacaan saya mengenai fatwa Syeikh Syaltut (Syeikh Azhar).

Kedudukan Muta'ah dalam ajaran Syiah

1) AL-Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhammad AL-Baqir

bahawa beliau berkata: "Bukan dari kalangan kami orang yang

tidak mempercayai raj'ah (kebangkitan semula para Imam

sebelum qiamat utk menghukum orang-orang yg menentang

dan memusuhi ahlul Bait) dan tidak menganggap halal muta'ah kita".

(Rujukan: Man Laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.458, syeikh Abbas

AL-Qummi-Muntaha AL-Amal j.2 hal.34).


2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sinan dari Jaafar

As Shadiq katanya; "Sesungguhnya Allah Tabarakawataala

telah mengharamkan segala bentuk minuman yg memabukkan

ke atas syiah kita dan menggantikannya dengan muta'ah."

(Rujukan: Ibnu Babwaih Al-Qummi- Man Laa Yahdhurul Faqih

J.3 hal.467, Al-Murru Al Amili-Wasaailu As Syiah j.14 hal.438).


Keutamaan dan Fadhilat Nikah Muta'ah menurut Syiah.

Utk menggalakkan amalan muta'ah ini mereka mengadakan

sekian banyak hadis-hadis palsu atas nama para Imam 12

mereka dan atas nama Nabi saw. Antaranya:

i) Mereka meriwayatkan dari Nabi saw bahawa baginda saw

bersabda: "Sesiapa yg keluar dari dunia (mati) dlm keadaan

tidak pernah melakukan muta'ah, ia akan datang pada hari

qiamat dalam keadaan rompong." (Mullah Fathullah Kasyaani-

Tafsir Manhaj As-Shadiqin jz 2 hal 489).


ii) Ketika Nabi saw mikraj ke langit, baginda saw telah

ditemui Jibril seraya berkata: Wahai Muhammad, Allah

Tabarakawataala berkata: Sesungguhnya Aku telah

mengampunkan orang yg telah melakukan muta'ah dgn

perempuan dari kalangan umatmu. (Man Laa Yahdhurul Faqih

j.3 hal.463, Wasaailu As-Syiah j.14 hal.442, Biharu Al-Anwar

j.100 hal 306).

iii) Diriwayatkan dari Soleh bin Uqbah dari Ayahnya dari

Muhammad al-Baqir, katanya, "Aku berkata kepada

Muhammad al-Baqir; Adakah orang yg melakukan muta'ah itu

mendapat pahala? Muhammad al-Baqir berkata: "Ya kalau

ia melakukan muta'ah dgn niat kerana Allah dan sebagai

bantahan terhadap orang yg tidak menerimanya, maka tiada

sepatah perkataan pun yg diucapkannya kpd perempuan

yg dilakukan muta'ah dgnnya melainkan Allah Tabarakawataala

menuliskan utknya satu kebajikan dan tiada dihulurkannya

tangannya kpd perempuan itu melainkan ditulis Allah satu

kebajikan utknya. Apabila ia menghampiri perempuan itu

nescaya Allah ampunkan satu dosanya. Apabila ia mandi,

Allah mengampunkan dosa-dosanya sebanyak bilangan bulu

yg dilalui air di atas tubuhnya. "Maka aku pun berkata (ayah Soleh),

"Sebanyak bulu ditubuh?" Muhammad al-Baqir berkata:

"Ya, sebanyak bilangan bulu ditubuh orang itu."

(Man Laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.463, Wasaailu As Syiah

j.14 hal.442, Biharu Al-Anwar j.100 hal 306)



BAGAIMANA MUTA'AH BOLEH TERJADI
.

Setelah melihat kedudukan dan fadhilat nikah muta'ah di sisi syiah,
maka tidak hairanlah bagi penganutnya utk mengamalkan nikah tersebut
atas nama agama. Sekarang mari kita lihat bagaimana nikah muta'ah
boleh berlaku dikalangan penganut syiah. Nikah muta'ah ini boleh
berlaku seperti berikut:

1) Tanpa wali, tanpa saksi dan tanpa perisytiharan. (At-Thusi,
Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal. 248,249,254, An-Nihayah hal.489).

2)Di mana-mana sahaja antara seorang lelaki dgn seorang perempuan.
(Khomeni-Tahrir AL-Wasilah,j. 2 hal.292).

3) Dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi.(Khomeni- Tahrir AL-
Wasilah,j.2 hal.292) .

4) Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau
tidak. (Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.253, An-Nihayah hal.489).
At-Tusi meriwayatkan daripada Fadhal Maula Ahmad ibn Rasyad bahawa
dia menceritakan kepada Jaafar As-Sadiq a.s, "Bahawa aku telah
berkahwin dgn seorang perempuan secara muta'ah. Setelah itu timbul
dalam hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Maka aku
menyelidiki keadaan yg sebenarnya. Tiba-tiba aku dapati memang benar
dia mempunyai suami". Dia (Jaafar) berkata:"Kenapa kamu selidiki?" (Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.253).

5) Dengan perempuan dlm lingkungan umur yg tidak tertipu iaitu 10
tahun. Abu jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur
perempuan yg boleh dilakukan muta'ah. Beliau menjawab, "iaitu kanak-
kanak yg tidak tertipu. Berkata perawi, "aku pun berkata; semoga
Allah mendamaikan anakmu, berapakah minima umur perempuan yg tidak tertipu?" "Beliau menjawab, "Sepuluh tahun". (AL-Istibshar jilid 3
hal.461, Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.463).
AL-Hulli dlm kitab Fiqhnya (Syarai' al-Islam, jilid.2 hal.186)
mengatakan: "Seorang gadis cerdik yg sudah baligh mengaqadkan
muta'ahnya sendiri. Walinya tidak berhak membantah, samada ia
masih dara atau janda."

6) Dengan bayaran mas kahwin yg tidak terlalu besar, hanya mamadai
dgn segenggam gandum, atau segenggam makanan atau buah tamar, atau
satu dirham bahkan kurang dari satu dirham. (Al-Furu' min Al-Kafi
jilid 5 hal.457,Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.260 ).



7) Dengan perempuan tanpa had iaitu tidak terbatas sampai
empat orang sahaja. Mengikut apa yg mereka riwayatkan
daripada Jaafar al-Sadiq, beliau ada berkata: "Berkahwinlah
dgn mereka secara muta'ah walaupun sampai 1000 orang kerana
mereka itu termasuk di antara perempuan yg disewakan."
(AL-Istibshar j.3 hal.147, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.259)

8) Untuk jangka masa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan,
sebulan, seminggu, sehari….Sekurang- kurang tempoh bagi
muta'ah itu boleh dilakukan mengikut sebagaimana yg tersebut
dalam riwayat dari Ali bin Muhammad al-Jawad (Imam ke 10 di
sisi Syiah) bahawa beliau pernah ditanya: "Berapa lamakah
sekurang-kurangnya tempoh muta'ah itu boleh dilakukan?
Adakah harus seseorang melakukannya dgn syarat sekali
persetubuhan? Beliau menjawab; "Ya, tidak mengapa tetapi
bila selesai (dari persetubuhan itu) hendaklah memalingkan
mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu.
(Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.460, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.267).

9) Dengan seorang perempuan berapa kali? Perempuan itu tidak
haram kepada lelaki yg telah melakukan muta'ah dgnnya walau
berapa kali sekalipun. Ini tersebut dlm riwayat syiah dari Aban
bahawa ada orang bertanya Jaafar as-Shadiq tentang bolehkah
seseorang melalukan muta'ah dengan seorang perempuan beberapa
kali? Jaafar as-Shadiq menjawab: "Tidak mengapa, ia boleh
melakukan muta'ah dengannya seberapa kerap yg dikehendakinya" .
(Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.460, Wasaailu As-Syiah, j.14 hal.480)

Satu lagi riwayat dari Jaafar as-Shadiq bahawa beliau ditanya
tentang seorang yg berkahwin dgn seorang perempuan secara muta'ah;
berapa kalikah ia boleh melakukan muta'ah dengannya?
Jaafar as-Shadiq menjawab: "Sebanyak yang disukainya."
(Qurbul AL-Isnad hal.109, Wasaailu As-Syiah, j.14 hal.480,
Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.460).

10) Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi
sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa
keengganan perempuan tersebut bergaul dgn lelaki yg mengadakan
aqad muta''ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan aqad muta'ah
utk 10 hari dan menentukan maskahwinnya RM100.00, tetapi si lelaki
bimbang perempuan yg ia lakukan muta'ah utk 10 hari itu tidak akan
memenuhi tempoh yg dipersetujui, maka bolehlah ia mengaqad muta'ah
dgn bayaran maskahwin secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan
itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja,
maka lelaki itu perlu membayar RM50.00 sahaja. Ini berdasarkan
riwayat mereka(syiah) daripada Umar bin Hanzalah katanya; "Aku
bertanya Jaafar as-Shadiq, "Bolehkah aku mengadakan aqad muta'ah
dgn seorang perempuan selama sebulan dgn tidak memberikan kpd
perempuan itu sebahagian daripada maskahwinnya? Jaafar as-Shadiq
menjawab: "Ya, boleh. Ambillah daripadanya sekadar masa
keengganannya (untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan
ambillah separuh, jika sepertiga bulan ambillah satu pertiga."
(Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.461, Wasaailu As-Syiah, jilid 14
hal.481, Biharu AL-Anwar J.100 hal.310).

SIAPAKAH YG DIBENARKAN MENGAMAL MUTA'AH?

.
Syiah meriwayatkan bahawa Imam AR-Ridha (Imam yg ke 8 di sisi syiah) berkata: "Muta'ah itu tidak halal kecuali kpd orang yg mengertinya. Ia haram kepada orang yg jahil tentangnya.( Man laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.459). Maksudnya,ia halal untuk penganut-penganut ajaran syiah.

SYARAT-SYARAT YG DIMESTIKAN DALAM AQAD MUTA'AH
.
Terdapat hanya dua syarat sahaja yg mesti disebutkan di dalam aqad utk menjadikan aqad itu sebagai aqad muta'ah iaitu:

i) tempoh atau jangkamasa muta'ah dan
ii) maskahwinnya.
Ini berdasarkan jawapan Jaafar as-Shadiq kpd orang yg bertanya tentang apa yg mesti disebutkan di dalam aqad muta'ah. Kata beliau: "Maskahwin yg maklum utk jangkamasa yg maklum.
(Wasaailu As-Syiah, j.14 hal.465, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.262).

HAK MENERIMA PUSAKA HASIL PERKAHWINAN SECARA MUTA'AH.
.
Tidak ada hak menerima pusaka daripada pihak lelaki dan perempuan yg mengamalkan muta'ah. Hukum ini adalah berdasarkan riwayat dari Said bin Yasar bahawa ia bertanya Jaafar as-Shadiq tentang lelaki yg mengahwini seseorang perempuan secara muta'ah dan ia tidak mensyaratkan hak menerima pusaka di antara satu sama lain. Jaafar as-Shadiq menjawab: "Tiada hak menerima pusaka bagi mereka berdua samada lelaki itu mensyaratkan atau tidak mensyaratkan (di dalam aqad). (Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.265, AL-Furu' min AL-Kafi, j.5 hal.465).

SEBAIK-BAIK PEREMPUAN UTK DIMUTA'AHKAN

Syiah mengajar apabila seseorang mahu melakukan muta'ah dengan seorang perempuan, hendaklah dia mencari seorang perempuan mukminat, terpelihara kesucian dirinya, terhormat, pintar, dan beraqidah dgn aqidah yg benar. Akan tetapi jika perempuan yang mempunyai sifat-sifat ini tidak ditemui, boleh juga dilakukan aqad muta'ah dengan perempuan-perempuan yang lain. (Syeikh At-Thusi, An Nihayah hal.490, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.252)

Perbezaan antara perkahwinan menurut ahli sunnah dgn perkahwinan
cara muta'ah.
.
Berikut disenaraikan beberapa perbezaan penting di antara perkahwinan yg sah menurut ahli sunnah dgn perkahwinan cara muta'ah yg diharamkan
di sisi ahli sunnah tetapi digalakkan oleh syiah.
.

PERTAMA:
Ahli Sunnah: Perkahwinan ini terjadi dgn sighah atau lafaz aqad nikah
dihadapan wali dan 2 orang saksi.
Syiah: Perkahwinan terjadi dengan aqad muta'ah walaupun tanpa wali
dan saksi.

KEDUA:
Ahli Sunnah: Suami bertanggungjawab menanggung nafkah isteri termasuk
tempat tinggal dan sebagainya.
Syiah: Lelaki bebas dari menanggung sebarang nafkah terhadap isteri.

KETIGA:
Ahli Sunnah: Seseorang lelaki tidak harus menghimpunkan lebih drpd 4
orang isteri dlm satu masa dgn syarat yg rumit dan sukar pula.
Syiah: Seseorang lelaki harus menghimpunkan seramai mana perempuan
yang diingininya tanpa syarat.

KEEMPAT:
Ahli sunnah: Perempuan akan mewarisi harta suami bila dia meninggal.
Syiah: Isteri tidak berhak mendapat harta pusaka drpd suami.

KELIMA:
Ahli sunnah: Persetujuan bapa merupakan satu syarat bagi sahnya
perkahwinan anak dara.
Syiah: Persetujuan bapa tidak merupakan syarat dalam semua keadaan.

KEENAM:
Ahli Sunnah: Tempoh perkahwinan berterusan selagi suami isteri itu
hidup dan tidak berlaku penceraian.
Syiah: Tempoh perkahwinan mut'ah mungkin setengah jam, sehari,
seminggu mengikut apa yang dilafazkan oleh seorang lelaki.

Berikut disertakan perbezaan penceraian (talak) antara perkahwinan
Ahli Sunnah dan perkahwinan secara muta'ah.

PERTAMA:
A.Sunnah: Penceraian berlaku apabila lelaki melafazkan talak dengan
sedar, pilihan sendiri dan bukan dengan dipaksa.
Syiah: Penceraian berlaku apabila habis tempoh yang disebutkan
dalam aqad.

KEDUA:
A.Sunnah: Edah talak bagi perempuan yg ditalak ialah tiga kali suci
atau tiga kali haid (khilaf ulama').
Syiah: Edah penceraian ialah seperti edah hamba iaitu separuh drpd
edah orang merdeka.

KETIGA:
A.Sunnah: Wajib bagi suami menanggung nafkah isteri semasa edahnya.
Syiah: Seseorang bebas daripada sebarang nafkah terhadap isteri semasa
edahnya.


PANDANGAN ULAMA SUNNI TENTANG NIKAH MUTA'AH.

Setelah kita melihat nikah muta'ah dari kaca mata syiah,

maka sekarang marilah kita melihat apa kata ulama sunni

mengenai nikah muta'ah itu.

i) Syeikh Azhar, Al-Marhum Syeikh Mahmud Syaltut pernah

berkata, "Bahawa syariat yg mengharuskan perempuan berkahwin

dalam satu tahun dgn 11 orang lelaki, dan mengharuskan pula lelaki

berkahwin setiap hari dengan beberapa ramai perempuan tanpa

membebankannya dgn bebanan dan tanggungjawab perkahwinan,

tidak mungkin datangnya dari Allah swt Tuhan Sekelian Alam dan

tidak juga ia syariat yg memelihara kesucian dan kehormatan

manusia. (Syeikh Mahmud Syaltut, AL-Fatawa, hal.274-275) .

Kenyataan Al-Marhum Syeikh Mahmud Syaltut ini lanjutan dari

jawaban beliau terhadap hukum nikah muta'ah.

ii) Bekas Mufti Besar Pakistan, Mufti Wali Hasan dalam satu

tulisannya pernah menyatakan:" Syiahlah satu-satunya ajaran

di atas muka bumi ini yg menganggap jenayah berbohong dan

berzina sebagai suatu yang mendatangkan pahala dan menaikkan

darjat seseorang. Sesuatu aliran fahaman biar bagaimana hina

sekalipun seperti Atheism tetap menganggap bohong dan zina

sebagai tingkah laku yg salah dan tidak berakhlak, tetapi syiah

menganggapnya sebagai sebahagian daripada tuntutan Iman

dengan menukar nama bohong kepada "taqiyyah" dan zina

kepada "muta'ah".

Penutup:

Sebagai penutup, elok kita melihat pandangan cendikiawan

syiah sendiri yg berusaha sedaya upaya utk memperbetul dan

memurnikan ajaran syiah termasuklah nikah muta'ah. Beliau

ialah Dr.Musa Al-Musavi. Dalam bukunya "As-Syiah

wa at-Tashih" beliau menulis:

"Bahawa Islam datang untuk memuliakan manusia sebagai

yang tertera di dlm firman Allah yg bermaksud;"Sesunggu hnya

kami telah memuliakan manusia"(al- isra':70) dan Rasulullah saw

pernah bersabda;"Sesungguh nya aku telah diutuskan utk

menyempurnakan akhlak yg mulia."

Adakah Islam menentukan peraturan-peraturan yg mengharuskan

kebebasan seks yg menjatuhkan maruah perempuan dgn

meletakkannya disatu tempat yg tidak dapat kita temui walaupun

di dlm masyarakat yg mengamalkan "libertinism" disepanjang

sejarah? Tidak dapat kita temui juga di dlm istana Louis ke 14

di Versailes, Peranchis ataupun di dalam mahligai-mahligai

sultan-sultan Turki dan maharaja-maharaja Parsi.

Manusia yg disebut dlm ayat al-quran yg mulia itu merangkumi

lelaki dan perempuan. Akhlak yg dibawa oleh Rasulullah saw itu

pula adalah utk menyempurnakan kedua-dua jenis manusia

lelaki dan perempuan. Bagaimana mungkin seseorang itu

dapat menjaga kehormatannya dan terpelihara akhlaknya dgn

adanya undang-undang muta'ah ini? Apa yg dinikmati oleh

perempuan dari peraturan dan undang-undang muta'ah ini

hanyalah kehinaan dan kehilangan maruahnya apabila ia

dianggap sebagai matabenda yg boleh ditimbunkan oleh lelaki

tanpa had. Perempuan yg telah dimuliakan oleh Allah

sebagai ibu yg melahirkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita

agung dengan memberikan darjat yg tidak diberikan kepada

orang lain. Justru ia meletakkan syurga dibawah tapak kakinya

sebagaimana sabda Nabi saw.

"Syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu".

Layakkah ia menghabiskan waktunya di dalam pangkuan lelaki,

seorang demi seorang, atas nama syariat Muhammad??

(As-Syiah wa at-Tashih hal.109 dan 111).

Demikianlah pandangan seorang cendikiawan syiah tentang

muta'ah yg fitrah kemanusiannya masih suci dan belum

ternoda lagi. Tetapi apakan daya, usaha-usahanya itu akan

hilang dgn sia-sia dan akan menjadi debu yg berterbangan

kerana konsep muta'ah itu sudah sebati dan menjadi darah

daging ajaran syiah yg tidak mungkin dipisahkan lagi.

Di hadapan kita sekarang hanya ada satu jalan sahaja yg

dapat menyelamatkan kehormatan wanita khususnya dan

kemanusiaan amnya iaitulah jalan ahli sunnah wal jamaah.

... TAMAT ...

Thank to Ustaz ahmad KIKIAN

No comments: