7.7.09

Kalau Anda Bercita-cita Hendak Berhenti Kerja....

IKUTILAH KISAH ZAMRI NAYAN sebagai satu pedoman....


Sekiranya anda mahu berhenti kerja atau mahu menjana pendapatan sampingan daripada internet, teruskan membaca kerana maklumat yang akan anda jumpa bakal mengubah hidup anda.

Nama saya Zamri Nanyan dan saya telah menjana pendapatan secara online sejak tahun 2003 lagi.

Walaubagaimanapun, konsep make make money online ini sebenarnya telah disalah tafsir. Kalau sekadar buat duit secara online sahaja, ianya tidak akan membantu anda mencapai kebebasan kewangan yang anda impikan selama ini.

Sebelum itu, saya kongsikan dulu sedikit kisah saya untuk tatapan anda.

Saya bekerja dengan sebuah syarikat multinasional dengan pangkat yang boleh dibanggakan.

Selama 12 tahun saya bekerja, syarikat telah memberikan saya saham syarikat bernilai 6-angka, gaji bulanan yang tetap, pakej insurans yang bagus dan pelbagai jenis faedah lain yang saya dapat. Apa lagi yang saya nak? Semuanya ada.

Tetapi, saya tidak seronok dan tertekan bekerja di sana.

Baru-baru ini, ayah saya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital beberapa kali.

Saya berharap sangat untuk pergi menziarahi beliau selalu tetapi apa kan daya... saya tak dapat melaksanakan niat saya itu. Waktu saya banyak dihabiskan di pejabat dan saya hanya ada 2 hari sahaja di hujung minggu untuk pergi melawat beliau.

Masalahnya, waktu hujung minggu saya pula selalunya saya peruntukkan untuk anak dan isteri saya. Jadi sekarang, saya terpaksa bahagikan 48 jam yang saya ada itu untuk keluarga dan juga ibubapa saya.

Kemudian saya sedar.

Saya mempunyai gaji yang lumayan tetapi tidak mempunyai aset yang paling berharga dalam hidup, iaitu – MASA.

Selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan.

Cukuplah setakat ini saja. Saya hendak berhenti kerja. Dengan cara ini, saya mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan ibubapa saya.

Tetapi, sebagai seorang suami dan ayah, saya tak boleh fikir untuk diri saya sahaja. Saya tak kan ada lagi pendapatan yang tetap dari pekerjaan saya dan saya perlu memastikan saya mampu menjana pendapatan secara konsisten daripada internet.

Saya perlu pastikan pendapatan dari internet menyamai gaji saya sekarang dan saya perlu konsisten membina sebuah perniagaan internet supaya saya lebih bersedia untuk berhenti kerja nanti.

Memang tidak menjadi masalah buat saya untuk menjana pendapatan daripada internet. Tetapi masalahnya pendapatan saya tidak stabil. Ada waktunya saya menghasilkan seribu sebulan sahaja dan ada ketikanya saya berjaya mendapat setinggi 30 ribu sebulan. Berapa sahaja pendapatan saya pun, ianya masih tetap tidak stabil dan konsisten.

Pada hari baik, pendapatan saya boleh mencecah RM100,000.

Jumpalah pakar.....

No comments: