SEKUMPULAN murid SK St. Thomas, Kuantan gembira dengan berita pemansuhan PPSMI yang diumumkan semalam.
PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.
Akhbar UTUSAN
keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan. Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.
“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.
“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.
Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.
“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.
Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.
Banyak persoalan yang timbul?
1. Kenapa perlu tunggu sehingga 2012?
2. Dah tahu impak nak berapa cantik.... kenapa nak terus kan juga?
3. Apa impaknya jika dibatalkan terus tahun depan? adakah dibuat kajian ke atas sasaran kesan pembatalan tahun 2012 dengan pembatalan secepat mungkin?
4. Untuk siapakah benefit pemansuhan yang perlu dibuat dalam masa 3 tahun lagi.... pemimpin politik kah atau anak-anak yang sedang menghadapi kesukaran pembelajaran ini atau juga guru yang mengajar yang sengsara dan beremosi dalam proses memberikan ilmu kpd pelajar.....?
5. Bergembirakah anak-anak di pendalaman dgn keputusan ini yang bermakna belajar tahun 3 sekarang masih kena ambil UPSR dalam PPSMI ? Boleh berubahkah keputusan peperiksaan mereka menjadi lebih baik?
6. Secara logik aqal... dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris akan menyebabkan pelajar boleh menguasai bahasa inggeris secara total?
7. Kita belajar matematik dan sains ini ....untuk bahasakah atau untuk kefahaman yang boleh dipraktiskan?
8. Jepun maju teknologi yang menggunakan matematik dan sains dengan bahasanya..... german dan perancis maju teknologi dgn bahasanya... tapi kenapa kita nak guna bahasa inggeris untuk maju seperti jepun, german dan perancis...... teruk sangat ke BM kita....?
========================================================
KOMEN DR M dalam berita harian
Mansuh PPSMI jejas masa depan anak-anak: Dr Mahathir
PUTRAJAYA: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekali gus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan berkenaan menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.
"Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.
"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui Sains dan Matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya.
Dr Mahathir dalam sidang akhbar yang sama turut menafikan bahawa beliau bersetuju dan menerima hakikat pemansuhan dasar berkenaan, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan tengah hari tadi. "Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan 'consultation', tapi cuma taklimat," katanya.
Semasa mengumumkan perkara itu, Muhyiddin berkata Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah.
Katanya, beliau dan pegawai kanan kementerian itu telah berbincang lebih tiga jam dengan Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai kesukaran untuk meneruskan PPSMI, masalah keupayaan guru dan murid menguasai bahasa Inggeris serta jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, dan antara sekolah kebangsaan dan bukan kebangsaan.
"Dr Mahathir umumnya menerima hakikat ini," kata Muhyiddin. - Bernama
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
Mansuhkan PPSMI 2012: Tidak penuhi tuntutan, lebih ramai jadi 'mangsa' Azamin Amin Thu | Jul 09, 09 | 9:16:15 am MYT |
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada 2012 , dianggap belum memenuhi harapan tuntutan banyak pihak yang memperjuangkan isu ini di samping terus menambahkan lagi jurang pencapaian para pelajar yang tertinggal akibat dasar ini. Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekiranya pemansuhan itu ditamatkan serta merta ianya tidak akan menimbulkan masalah memandangkan sudah ada buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan memang ramai guru yang sudah pun mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahas tersebut. "Pelajar yang kini menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran itu dan sepatutnya dengan segera dapat ditukar kepada Bahasa Melayu. "Ini supaya mereka tidak terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. Katanya membiarkan pelajar sekolah luar bandar tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu akan terus membiarkan jurang pencapaian melebarkan dan pelajar berkenaan terus tertinggal. Teras katanya kesal kenapa dengan pelbagai pendirian dan kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak yang jelas menunjukkan pelajar luar Bandar akan terjejas dan pencapaian keseluruhannya akan merosot , baru kini kerajaan akhirnya mengaku pada hal sebelum ini pihak Kementerian Pelajaran beria-ia benar mempertahankan kejayaan PPSMI. "Kemerosotan pencapaian adalah akibat dari kedegilan pihak kerajaan untuk akur kepada suara pelbagai pihak termasuk dari kelangan para pendidik , ahli akademik , ibu bapa dan ahli agama," kata Azmi. Kini barulah semuanya terpaksa diterima termasuk pengakuan betapa kajian universiti-universiti tempatan pun mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI, katanya "Kini setelah 6 tahun kita dapati ratusan ribu generasi pelajar PPSMI menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. "Jika pihak kerajaan tidak berdegil ,ratusan ribuan pelajar yang berkenaan tidak akan rugi menghadapi tekanan kerana dinafikan hak untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri," katanya yang berharap dasar ini dimansuhknan dengan kadar segera sebelum tiga tahun lagi seperti yang diumumkan. |
000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
No comments:
Post a Comment