5.7.09

Pembuangan Pekerja?

Isu pembuangan pekerja adalah isu yang amat sensitif untuk dibicarakan kerana ianya melibatkan kredibiliti individu atau kelompok yang dikenali sebagai HR.

Pekerja yang bermasalah atau tidak berdisiplin setelah diberi pelbagai reminder, teguran, kaunseling, perbincangan dari hati ke hati... mungkin layak untuk meninggalkan syarikat.

TETAPI......

Sekali buat silap... terus di suspendkan seminggu dua, gaji diholdkan sehingga ssiasatan selesai.....kalau disiasat 2 minggu... bermakna dalam "bercuti itu = no gaji"....

kalau didapati bersalah atau sabit maka terus di fired tanpa proses membela diri maka..... ADAKAH ITU TINDAKAN YANG BETUL dari department yang bergelar HR?

ITUlah persoalan yang dikemukan oleh peserta kepada kami, barisan perunding ketika rehat menjamu selera.........

SATU persoalan yang berat dan mencabar untuk menjawabnya kerana

"dibuang mati bapak.... ditelan mati omak!"

=======================================================

Keputusan HR ini, kami tak berapa nak sentuh kerana ianya melibatkan keputusan, dasar HR dan syarikat...

Namun sebgai perunding latihan modal insan, apa yang kami boleh perkatakan ialah

berhati-hatilah dalam menangani isu pembuangan pekerja... walaupunn syarikat perkhidmatan menyatakan bahawa "our customer always right" tetapi "our staffs = our assets" mereka juga ada right untuk bersuara.

Staff atau workers atau pekerja walaupun nampak mudah untuk dicari ganti tetapi menggantikan pekerja yang berpengalaman dalam teknikal atau pengurusan adalah sesuatu yang rumit dan bermain dgn masa.

BUkan mudah untuk menggantikan pekerja yang berpengalaman, komitmen tinggi, sanggup berkorban apa saja untuk kejayaan syarikat, punyai ilmu yang berguna, kemahiran yang tinggi dan kompiten.

Mari berfikir begini.....

Kalau pekerja yang berciri kan di atas yang kali pertama buat silap sebab terlibat dgn "enforcement" terus dibuang atau diholdkan tanpa boleh bela diri maka

kerugian pada syarikat ialah kehilangan aset dan mutiara....

BUat silap...buang.... melawan dgn hujah kena buang.... bersuara kena buang.... maka yang tinggal nanti adalah pekerja yang jadi pak turut, tidak kreatif, tidak mahu kreatif, tak akan bersuara memajukan syarikat, bekerja sekadar untuk bekerja, sekadar menunggu gaji di akhir bulan... buat kerja sekadar kerja tak lebih dari itu...

YANG akhir nanti... syarikat juga akan rugi sebab tiada idea pembaharuan dan perubahan daripada pekerja di lapangan operasi.......

Lebih mencabar nanti...bila syarikat menerima pekerja baru daripada generasi Y, tak kena cara nanti... banyak masalah akan timbul kalau budaya senang buang ni tak diperbaiki....

Akhirnya syarikat dikenali "senang buang pekerja" maka ramai yang akan bersedia untuk keluar dan berpindah kerja dan sedikit yang ready untuk masuk.....

Kalau tak de rival dalam bizness...kurang kesannya.... kalau ada rival dalam bizness... bersedia untuk cut profit atau hilang sebagai player dalam industri yang diceburi.....

Kena pulak pesaing kita main program kemanusiaan dalam operasinya yang sediakan pelbagai option benefit kepada pekerja manakala kita pula tiada unsur kemanusiaan deal dgn pekerja...akhirnya...kita akan mati atau dinyahkan daripada industri...

FIKIR-fikirkanlah sebagai satu pandangan sahaja....


No comments: