Kualiti ibu bapa antara punca graduan kini lemah
APABILA membincangkan tentang kehambaran kualiti graduan dari Generasi Y (generasi yang lahir dari awal 1980an hingga akhir 1990an) dan modal insan yang lemah, yang sering menjadi sasaran ialah sistem pendidikan tempatan.
Memang tidak dinafikan bahawa harapan masyarakat sekarang
terhadap proses pendidikan kita adalah jauh lebih tinggi daripada
generasi sebelum ini.
Kita bukan saja mendesak untuk bekalan pekerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang relevan kepada industri dari hari pertama (yang kalau boleh, tidak payah dilatih lagi), kita juga mengharapkan personaliti yang matang, pemikiran yang kritikal, penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan keyakinan untuk berkomunikasi secara tepat dan yakin, secara lisan mahupun bertulis. Inilah apa yang diharapkan oleh kebanyakan majikan dari generasi saya, iaitu Generasi X.
Mungkin Generasi X sendiri telah lupa bahawa mereka sendiri tidak keluar dari menara gading dulu bersifat sempurna dan “work ready” seperti yang mereka harap-harapkan dari Generasi Y.
Mungkin mereka lupa yang generasi sebelum mereka, sebagai majikan lebih sabar dengan kekurangan faktor pengalaman mereka dan banyak pembelajaran yang masih harus dilakukan secara formal atau tidak formal di tempat kerja.
Mereka juga mengambil masa untuk mempelajari dan mencapai tahap minimum diperlukan majikan. Mungkin Generasi X sudah benar-benar lupa?
Atau mungkinkah seperti yang sering dinyatakan sesetengah mereka, bahawa Generasi Y terlalu manja dan tidak memahami konsep bersusah-susah dulu sebelum senang; tidak berdisiplin dan hanya mementingkan diri serta tidak serius dan tidak fokus? Jika kenyataan ini benar, mengapakah fenomena ini terjadi?
Walau apa pun kelemahan sistem pendidikan kita, mengeluarkan modal insan yang efektif dan produktif adalah kombinasi tiga faktor dari sistem pendidikan formal, pembentukan sifat positif atau karakter dari dalam sistem keluarga dan sistem pengajaran dan sokongan latihan dari tempat kerja.
Jika begitu, mengapa sering kita salahkan hanya sistem pendidikan yang formal dan guru? Pernahkah kita terfikir bahawa kekurangan anak kita apabila sampai ke dunia pekerjaan mungkin hasil daripada asuhan keluarga Generasi X yang lemah?
Mungkin ramai ibu bapa Generasi X lupa bahawa penurunan nilai murni seperti kesungguhan dalam berusaha, sifat berdikari dan kepimpinan, rela berkongsi, berani mencuba dan berinovasi serta tidak mudah menyerah, hormat pada orang lebih tua dan rakan, kebolehan beradaptasi kepada situasi yang baru dan sifat proaktif dan rendah diri dalam menambah daya kebolehan dan mengubah nasib – kebanyakannya, jika tidak semua dipelajari dari keluarga atau dari kalangan masyarakat sekeliling.
Jika baik asuhannya, baiklah anak itu. Jika buruk asuhannya, rosaklah anak itu dan ada kemungkinan kekurangan sifat positif itu akan “menempangkan” hidup mereka pada masa depan dan membawa kepada masalah keluarga dan sosial dan juga masalah di tempat kerja.
Tidak salah jika kita andaikan yang Generasi X ini dari segi keibubapaan lebih lembut dari generasi sebelum mereka terutama dalam kelas pertengahan dan atasan.
Jika dulu, disiplin diajar dan diperkukuhkan menggunakan tangan ataupun rotan – sekarang, jarang sekali kita lihat anak didisiplinkan begitu.
Ramai ibu bapa lebih gemar menggunakan perbincangan atau leteran, sering kali berhujah dengan anak-anak mereka dan memberi mereka pilihan dan opsyen - seperti kata sesetengah rakan saya, seolah-olah anak kecil itu, sudah mempunyai akal yang matang dan sempurna untuk membuat pilihan yang terbaik untuk pembentukan masa depan mereka.
Mungkin ada betulnya menggunakan teknik yang kurang “fizikal” dalam mendisiplinkan anak menggunakan cara Generasi X ini – (salah satu kesan baik yang datang dari kaedah ini adalah generasi yang lebih berani bertanya soalan) tetapi yang harus kita persoalkan adalah: Adakah anak-anak kita mempunyai sistem “nilai asas” yang kukuh untuk menghadapi zaman remaja dan dewasa di dalam dunia serba moden, terbuka dan berteknologi tinggi ini, yang mana batas pergaulan melalui media sosial, adalah seribu kali lebih terbuka dari apa yang dialami oleh Generasi X sendiri?
Tidak ada sistem pendidikan formal yang akan dapat membentuk sifat positif secara holistik untuk seseorang pelajar. Sistem pendidikan formal bersifat massa dan menekankan penyampaian pengetahuan dan pemahaman – tidak mungkin guru akan dapat memfokuskan perhatian mereka kepada pembentukan sifat positif setiap satu pelajar, dengan perhatian intim yang diperlukan. Ini adalah tugas ibu bapa dan keluarga.
Tanpa “nilai asas” yang baik dan lurus, segunung pengetahuan pun tidak akan dapat menyelamatkan insan itu dari tempang ataupun gagal dalam hidup mereka. Atau lebih teruk lagi, jika berlaku secara massa, menggagalkan masyarakat atau generasi mereka dan yang akan datang.
Kita juga harus akui, dari usaha kerajaan untuk meluaskan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, lebih ramai segmen dan lapisan masyarakat dari yang termiskin kepada yang terkaya, yang akan mendapat peluang mendapat diploma atau ijazah.
Kita akan melihat lebih ramai graduan yang lemah, kerana tidak semua mereka yang mendapat peluang keemasan ini datangnya dari keluarga yang stabil ataupun yang menekankan “nilai asas” yang murni.
Jika kita tidak mengukur kualiti keibubapaan kita sendiri, kita mungkin menuding jari pada pihak yang salah, dalam usaha kita untuk mencerahkan lagi peluang kejayaan anak-anak kita atau generasi terkemudian.
- Penulis ialah Ketua Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang membiayai idea teknologi dan mengkomersilkan perniagaan teknologi tempatan.
APABILA membincangkan tentang kehambaran kualiti graduan dari Generasi Y (generasi yang lahir dari awal 1980an hingga akhir 1990an) dan modal insan yang lemah, yang sering menjadi sasaran ialah sistem pendidikan tempatan.
Tanpa 'nilai asas' yang baik dan lurus, segunung pengetahuan pun tidak akan dapat selamatkan insan itu daripada gagal dalam hidup"

No comments:
Post a Comment