1. KAWAL KELAJUAN PERCAKAPAN ANDA
Anda perlu tentukan bila perlu meninggikan suara dan memperlahankan kelajuan suara. Perlahankan kelajuan percakapan anda pada fakta-fakta yang penting. Sekiranya perlu diulang, maka ulanglah supaya penonton dapat mencerap maklumat itu.
Jalan terbaik untuk mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang. Cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekali gus dapat menenangkan anda. Susun atur perkataan dan ayat yang anda ingin ucapkan. Jangan tergopoh-gapah hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas saja. Semput anda nanti!
2. NILAI KUALITI SUARA ANDA SEMASA LATIHAN
Sebaiknya anda merakamkan suara semasa latihan pembentangan melalui pita rakaman dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman itu, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya. Kaedah ini dapat menilai kualiti suara dan ruang untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik.
Kualiti suara akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. Sekiranya fakta bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara yang tidak jelas. Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik. Di sini perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.
3. HINDARI ‘NONVOCALIZED PAUSES’
Kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses (seperti “umm”, “uhh” dan lain-lain).
4. JADILAH DIRI ANDA
Bercakap ikut keselesaan diri kita tanpa memaksa diri untuk meniru gaya ucapan orang lain. Tumpukan mesej ingin disampaikan.
5. BERHENTI SEKETIKA
Jangan terus-terusan ketika bercakap. Ambil sedikit masa untuk berhenti sebentar. Jadikan kata-kata seperti ‘hadirin sekalian’ dan sebagainya untuk ‘rehat’ dari satu fakta ke satu fakta yang lain. Ia akan menjadikan penonton lebih bersedia semula untuk mendengar semula ucapan anda.
6. KAWAL NADA SUARA ANDA
Bayangkan suara anda seolah-olah sistem ‘amplifier’ yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. Ada masanya anda perlu tinggikan suara anda dan ada kalanya perlu merendah. Sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi suara adalah cara terbaik. Kuatkan suara anda pada fakta penting, rendahkan suara pada perkara sedih atau memerlukan penghayatan. Seorang pemidato selalunya akan bermain dengan nada suara untuk menarik dan meyakinkan hakim
No comments:
Post a Comment