Saya ingatkan pontianak ni kat Nusantara sahaja mengganggu manusia sebab tempatnya diganggu. Kat Serbia ni, pelik pula, pontianak marah sebab tempatnya diganggu sehinggakan dia tak boleh gantung baju..... Aik!, kat pokok tak boleh gantung baju ke?
Puntianak dipercayai berkeliaran di kampung Serbia
BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta,
Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang
berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.
Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk
kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib
di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.
Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.
"Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara
ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah,
Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.
"Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun.
Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar
selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh
beberapa bulan lalu.
Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.
Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.
Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.
Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di
hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan
pergunungan.
Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.
Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.
Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.
"Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di
dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag
Vujetic. - Agensi
No comments:
Post a Comment