27.12.12

Banjir Pantai Timur Disember 2012

Mangsa banjir terus meningkat


ZAINUN Ali yang hamil dibantu untuk berpindah ke tempat selamat oleh anggota bomba dan tentera setelah rumahnya dinaiki air di Kampung Jelujok Bendang Pak Yong, Tumpat semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 orang petang semalam berbanding 13,746 pada sebelah pagi.

Di Terengganu, jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang berbanding 6,550 orang pada sebelah pagi.
Menurut portal banjir negeri, mangsa paling ramai dipindahkan sehingga pukul 6 petang adalah daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272), Dungun (1,983), Hulu Terengganu (1,390), Besut (1,088), Kuala Terengganu (807) dan Marang (206).

Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing tujuh).


==================

Banjir terburuk sejak 45 tahun


Idris Jusoh (tiga dari kiri) mengetuai Program Gotong-Royong menyembur air paip bomba bagi membersihkan kawasan masjid di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, Terengganu, semalam. - BERNAMA
BESUT 26 Dis. - Penduduk Kampung Padang Bual dekat sini menyifatkan banjir yang melanda kampung mereka kali ini adalah yang paling buruk sejak 45 tahun lalu.

Paras air yang naik mendadak menyebabkan ramai penduduk terpaksa meninggalkan rumah sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri dan keluarga apatah lagi setelah dimaklumkan bahawa empangan Paya Peda yang terletak kira-kira enam kilometer dari kampung mereka pecah.

Seorang penduduk, Ghazali Idris, 59, berkata, hujan lebat sejak awal pagi kelmarin menyebabkan paras air yang berlumpur mula naik pada pukul 4 petang dan dua jam kemudian meningkat dengan mendadak sehingga mencemaskan dia dan keluarganya.

=====================

Banjir makin buruk, mangsa dipindah 17,443
26 Disember 2012
Banjir semakin buruk, mangsa 17,443 Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Sebidang, Bendang Pak Yong, Tumpat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir yang melanda negeri di Pantai Timur semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pagi tadi.
Keadaan banjir di Terengganu paling buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang petang ini berbanding 6,550 pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, mangsa yang paling ramai dipindahkan sehingga 6 petang ini ialah di daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272 orang), Dungun (1,983 orang), Hulu Terengganu (1,390 orang), Besut (1,088 orang), Kuala Terengganu (807 orang) dan Marang (206 orang).

Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing 7).

Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa, iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu semalam dan terbaharu, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumaham Bukit Mentok pada kira-kira 2 petang.

Kelantan menjadi negeri kedua terburuk dilanda banjir apabila seramai 4,513 mangsa dicatat petang ini berbanding 4,127 orang pagi tadi yang ditempatkan di 39 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri itu.

Jajahan Pasir Mas terus menyaksikan peningkatan terbesar pemindahan mangsa iaitu seramai 3,074 orang ke 21 pusat diikuti Tumpat (342), Kuala Krai (280), Tanah Merah (272), Kota Baharu (260), Pasir Puteh (248) dan Machang (37).

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang, yang paras air masih melepasi bahaya, bagaimanapun susut sedikit berikutan cuaca mendung sejak pagi tadi.

Tiada jalan utama ditutup kepada laluan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di negeri itu.

Sementara itu, Pahang mencatat penurunan mangsa banjir dengan 2,473 orang petang ini berbanding 3,196 pagi tadi ekoran cuaca yang agak baik, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Bagaimanapun, katanya, daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu seramai 2,231 orang di 11 pusat manakala 620 mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Di daerah Pekan, jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang masih kekal seramai 206 orang. Manakala dua pusat pemindahan di daerah Rompin dan Jerantut telah ditutup, dan kesemua mangsa telah pulang ke rumah sejak tengah hari tadi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata lima laluan di daerah Kuantan masih ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir sejak kelmarin di jalan Sungai Lembing-Kuantan iaitu di KM16, KM28, KM30 dan Jambatan Sungai Charu ke Sungai Lembing dan KM18 Jalan Kuantan By-Pass, Gebeng.  - Bernama


=========

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 




No comments: