6.12.12

Kelajuan 4G sekali ganda UNIFI...

pix_gal0 
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meluluskan peruntukan jalur spektrum 2600 mega hertz (MHz) kepada lapan syarikat telekomunikasi tempatan, sekali gus menandakan bermulanya era 4G iaitu teknologi jalur lebar mudah alih berkelajuan ultra di Malaysia.

Syarikat berkenaan ialah Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Packet One Networks (M) Sdn Bhd, REDtone Marketing Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd serta sebuah peserta baru industri itu, Puncak Semangat Sdn Bhd.

Menerusi teknologi jalur lebar berkelajuan lebih 100 mega bit sesaat (Mbps) yang dijangka mula ditawarkan tahun depan itu, pengguna bakal menikmati perkhidmatan mudah alih terbaik setanding negara maju seperti aliran video definisi tinggi (HD), pengendalian aplikasi masa sebenar yang lebih baik serta sambungan pantas ke peranti mudah alih atau elektronik.


Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata permintaan terhadap perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih berkualiti terus meningkat sejak teknologi 3G dan WiMAX diperkenalkan di negara ini.

Justeru, katanya, sejajar dengan inisiatif yang dilaksanakan di negara maju, kini giliran Malaysia pula memperkenalkan teknologi 4G selepas pasarannya cukup tersedia dengan peranti mudah alih teknologi itu dengan harapan mampu membawa faedah lebih besar kepada ekonomi negara.

SKMM komited mencari keseimbangan bagi memenuhi permintaan pengguna, pelabur dan pemegang kepentingan industri. Kami percaya keseimbangan itu terletak kepada persaingan sihat dan promosi pembangunan industri yang menyokong perkembangan perkhidmatan sedia ada serta menyediakan peluang kepada peserta baru.

Dengan teknologi baru itu, orang ramai akan menambah baik gaya hidup digital mereka manakala komuniti perniagaan pula akan menikmati pengalaman lebih baik menerusi perkhidmatan perkomputeran awan, tele-kerja, tele-persidangan dan aplikasi lain, katanya dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.
Mohamed Sharil berkata, penyedia perkhidmatan diharapkan dapat menggunakan peruntukan spektrum 2600 MHz itu untuk meluaskan kapasiti rangkaian jalur lebar mudah alih masing-masing bagi memenuhi permintaan pengguna selain menggalakkan inovasi baru.

Katanya, penyedia perkhidmatan juga dijangkakan menjalinkan perkongsian pintar membabitkan spektrum, rangkaian akses radio serta prasarana telekomunikasi yang mampu mengurangkan jumlah menara telekomunikasi di negara ini

No comments: