30.9.10

Ary Ginanjar akur ESQ mengelirukan

Ary Ginanjar akur ESQ mengelirukan

esq

Belum pun tamat isu `ESQ Ary Ginanjar` yang hangat diperkatakan setelah difatwakan sesat oleh seorang Mufti Malaysia, lain pula khabarnya di Bekasi Jawa Barat. Di sana terjadi dialog dari hati ke hati antara seorang alumni latihan ESQ, Ustaz Farid Achmad Okbah MA dengan pengasas ESQ, Dr Ary Ginanjar Agustian. Dialog diadakan pada hari Selasa 20 Julai 2010 dari jam 6.30 petang hingga 8.00 malam waktu Indonesia Barat di bilik berita Radio DAKTA Jl KH Agus Salim Bekasi.

“Saya adalah salah seorang saksi pertemuan antara Dr Ary Ginanjar Agustian dengan Pengarah Pusat Islam Bekasi dan Penyampai Kajian Akidah Radio Dakta 107 FM Bekasi, Ustaz Farid Achmad Okbah. Pertemuan ini berkaitan penjelasan atas beberapa perkara yang dimuhasabahkan oleh Ustaz Farid terhadap ESQ yang dimuatkan dalam pelbagai media,” jelas Wildan Hasan, penyiar Radio Dakta 107 FM Bekasi.

Ustaz Farid berani menilai beberapa perkara dalam ESQ Ary Ginanjar kerana beliau sendiri pernah mengikutinya pada tahun 2006 dan beliau adalah alumni ESQ ke-46.

Dalam pertemuan itu, Pak Ary menerima semua penilaian Ustaz Farid dan berjanji akan memperbaiki kekeliruan-kekeliruan yang terdapat dalam ESQ. Pak Ary ternyata sangat terbuka dan jujur menerima segala yang diketengahkan oleh Ustaz Farid dan hampir semua nasihat dan penilaian beliau sama seperti Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia yang mengatakan ajaran ESQ menyesatkan. Dan semua perkara itu tidak dibantah sedikit pun oleh Pak Ary. (Hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah beliau benar-benar menerimanya atau tidak - hal itu adalah urusan Allah).

Sebelumnya kita tahu betul bahawa Ary Ginanjar menolak semua dakwaan hinggakan cenderung seperti ‘melagakan’ ulama dengan ulama. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang membenarkan ESQ pun telah menetapkan syarat agar ESQ memperbetulkan (memperbaiki) kekeliruan yang terjadi berasaskan kebenaran (kerana kebenaran tidak mampu dikalahkan dengan banyaknya jumlah majoriti).

Walau bagaimanapun, Ustaz Farid memandang ESQ sebagai aset umat yang sangat berharga yang harus dijaga dan disokong, namun tetap harus dikaji jika terdapat kekeliruan di dalamnya, sebagai kewajipan saudara Muslim terhadap Muslim lainnya agar sama-sama selamat di dunia dan akhirat.

Ustaz Farid juga menolak pembelaan melulu KH Said Agil Siradj dan Prof Dr Din Syamsuddin terhadap ESQ, sementara Pak Ary sendiri dengan besar hati mengakui kekeliruannya. Ary menegaskan bahawa sejak awal ESQ sangat komited terhadap al-Quran dan Sunnah dan akan terus berpegang teguh kepada kedua-duanya. Beliau bagaimanapun menyedari ada kekeliruan dalam memahami tafsir dan syarah kedua-duanya itu.

Pertemuan Farid-Ary berjalan dalam suasana kekeluargaan yang akrab, hangat dan penuh ukhuwah. Satu penghormatan buat Pak Ary yang bersedia menemui ulama untuk meminta taushiah dan mengakui kekeliruannya. Semoga urusan umat ini semakin melancarkan perjuangan dakwah.

No comments: