saban hari, kita membaca kisah-kisah bagaimana Melayu Muslim menghadapi ujian dan cabaran tentang kematangan EQ dan SQ mereka dalam mengharungi kehidupan.
Pendedahan di bawah ini mengajak kita berfikir bahawa
1. Apabila menghadapi masalah rumahtangga... kenapa tidak diselesaikan masalah tersebut..adakah dengan mencari alternatif ketenangan di luar mampu menyelesaikan masalah rumahtangga tanpa merujuk kepada masalah yang asal.?
2. Ramai wanita Melayu tak kira gadis, dara, janda dan isteri...mudah cair dengan pujuk rayu KASANOVA? Lelaki kasanova ini tahu menggunakan ILMU NLP dan ilmu mengenal manusia untuk mencairkan hati-hati yang dah terluka dan hati-hati yang perlukan kasih sayang malah lelaki ini tahu bahawa kalau wanita itu jauh dari membaca al-quran, solat lima waktu tepat pada waktunya malah ilmu fardu ain, aqidah, ibadah dan syariah kurang mantap maka mudahlah dicairkan hati-hati wanita itu.....
Malah lelaki ini tahu bahawa dunia orang melayu kalau kita menggunakan konsep sedih, menyentuh (touch) bahu atau menggosok tangan atau menggosok tapak tangan dengan ayat yang menceritakan memahami apa yang berlaku maka hati-hati wanita akan cair......
IKUTI pendedahan ini.........
JOHOR BAHRU: Hebatnya ayat ‘power’ seorang kasanova apabila menjerat tiga sahabat baik sekali gus sebelum mengikis barang kemas dan wang simpanan mereka untuk berjoli dan hidup selesa tanpa perlu bekerja.
ADUAN... Hana dan rakan menunjukkan laporan polis berhubung diperdaya oleh seorang kasanova.
Secara kebetulan, tiga sahabat berkenaan menepati kriteria ditetapkan sebelum lelaki itu menggunakan pelbagai ayat manis untuk meyakinkan mangsa dia mencintai mereka dan berhasrat mendirikan rumah tangga.
Seorang mangsa dikenali sebagai Hana, 35, berkata dia mengenali lelaki itu di Ulu Tiram pada November lalu, di mana kehadirannya mengisi kesunyian ketika mengalami krisis rumah tangga dan nyaris berpisah dengan suami.
“Lelaki itu yang berpura-pura seperti dalam kesusahan turut berkongsi kisah hidupnya yang pilu kononnya dipulau ahli keluarga dan tiada pekerjaan bagi menyara hidup.
“Dia pandai bermain kata-kata dan bersifat romantik bagi memenangi hati saya supaya percaya janji manisnya, di mana dalam tempoh beberapa bulan perkenalan itu dia pernah menyatakan hasrat mengahwini saya,” katanya.
Bagaimanapun, Hana berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila lelaki itu mempengaruhinya untuk menyerahkan wang lebih RM2,000 secara berperingkat, termasuk barang kemas, bagi membantu setiap kali menghadapi masalah.
Menurutnya, lebih mengejutkan, lelaki itu juga menjerat mangsa lain yang dahagakan belaian lelaki sebelum mengikis wang mereka untuk berseronok tanpa perlu bekerja.
“Selepas kami bertiga mengetahui muslihat lelaki itu, saya pergi ke kampung halamannya dan terkejut mendengar cerita penduduk lelaki itu terkenal dengan sikap gemar menggoda wanita kesepian serta memperdaya mereka.
“Saya terkejut apabila difahamkan lelaki itu mampu memiliki dua kereta. Dia kini dikatakan menjalin hubungan dengan seorang janda anak dua di Batu Pahat. Bagi menampakkan kesegakan, dia gemar memakai cermin mata gelap serta bertopi.
No comments:
Post a Comment