6.10.10

Taska Beroperasi Secara Haram? Birokrasi Pendaftaran? Kenapa dan Mengapa?

INI BERITA YANG KITA DENGAR.....

PERSOALAN.......

KENAPA? MENGAPA DAN BAGAIMANA?

========================================

Taska haram punca kes dera


TIDAK ramai ibu bapa yang mengetahui bahawa taska di Bandar Sri Mahkota, Cheras ini beroperasi secara haram.


KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, sebanyak 2,077 pusat asuhan kanak-kanak atau taska di negara ini didapati beroperasi secara haram. Jumlah itu mewakili 80 peratus taska yang terdapat di Malaysia.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zaitol Salleh berkata, 12 kes kematian kanak-kanak di taska haram dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini membuktikan kewujudan taska haram tidak boleh dibiarkan.

Beliau berkata, antara punca kematian mangsa ialah tercekik susu atau makanan, kurang pengawasan pengasuh, terjerut atau terjatuh dari buaian serta mengambil kanak-kanak dalam nisbah yang terlalu ramai.

“Kita sangat bimbang kerana pihak taska melatih pengasuh yang tidak terlatih malah rata-rata spesifikasi taska tidak menepati piawaian keselamatan JKM,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

===================================================


Pegawai JKM ada yang cuba berlepas tangan dengan menyatakan bahawa alasan birokrasi adalah satu ALASAN pengusaha taska utk tidak mahu register.....


NAMUN BEGITU, secara realiti bagaimana?

1. Ada taska yang tahun 2008 diluluskan pendaftaran tetapi tahun 2009 untuk renew tidak diluluskan pula...... peliknya..


Masa diluluskan tahun 2008, kapasiti anak-anak yang dimaklumkan kepada JKM seramai 30 orang dengan keluasan yang sama.... ianya diluluskan...kerana menepati syarat....

Tetapi....

Tahun 2009, masa renew ianya tidak diluluskan sedangkan bilangan anak dan kapasiti keluasan tetap sama....

Nak tahu alasan yang diberikan oleh pegawai ialah....

Dengan keluasan yang ada (standard rumah yang dibina oleh pemaju - 20 * 70) adalah sesuai dengan jumlah anak seramai 15 orang.......

TERSENYUM saya mendengar alasan itu melalui surat yang dihantar......

Kalau jumlah anak maksimum 15 orang, baik jangan bukak taska atau buat bizness sebab rugi dan tak logik rumah yang besar dgn anak yang sedikit...

atau charge parents RM500-RM600 setiap satu anak... yuran yang tinggi....juga tak logik dalam ekonomi sekarang....


TAPI itulah mentaliti pegawai yang terlibat dalam proses meluluskan taska...iaitu adakah mereka individu yang terlatih dan turun padang melihat situasi taska atau buat kerja atas kertas dan diofis sahaja?


2. ISU yang kedua secara realiti ialah:

Daerah dah meluluskan permohonan atas sebab mengikuti semua syarat dgn lawatan yang dibuat

TAPI

Peringkat negeri tak meluluskan pulak sebab katanya tak ikut syarat yang ditetapkan...


KONFUS pengusaha taska....... 2 standards yang berbeza....


ITULAH sebahagian fenomena terjadi taska yang ingin daftar tetapi karenah birokrasi atau cara berfikir pegawai menghalang pendaftarannya........

No comments: