Apakah Pemasaran Internet (Internet Marketing)?
Pemasaran internet merujuk kepada segala aktiviti untuk memasarkan produk atau perkhidmatan melalui medium internet dan merangkumi berbagai teknik khusus termasuk pembinaan laman web jualan, shopping cart jualan, pemprosesan bayaran melalui internet, 'search engine optimization' (SEO), penjanaan trafik ke laman web, pengiklanan dan proses pemasaran itu sendiri.
Apakah yang boleh dijual melalui Pemasaran Internet?
Apa-apa sahaja asalkan produk tersebut boleh dijual di internet dan ada yang akan membelinya online. Ramai usahawan internet telah menjual produk dan perkhidmatan mereka seperti ebook, software, khidmat freelance (grafik, penulisan, programming), produk affiliate (untuk mendapat komisyen jualan), gelang, kasut dan produk-produk dari eBay.
Do check out our Internet Marketing Dictionary (bi-lingual, in Malay and English ). If you need any help or wish to contact me, do forward your queries to our NEW Support Helpdesk. |
Apakah bahaya pemasaran internet kepada PEMBELI?
Seperti mana-mana perniagaan, sama ada di alam maya internet ataupun di alam nyata, memang pasti wujudnya segelintir manusia yang akan menyalahgunakan internet untuk menipu (con), menjalankan aktiviti penipuan (fraud) dan menganggu ketenteraman awam. Teknik-teknik yang digunakan didalam pemasaran internet juga telah digunakan secara berleluasa oleh mereka yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
Anda dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mengunjungi laman web yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
Jika anda curiga atau was-was dengan penjualan sesuatu produk, sama ada di sebuah laman web atau forum, elakkan dari membelinya. Selidiki dulu laman web berikut, latar belakang penjual dan produk yang ditawarkan. Gunakan payment processor seperti PayPal, khidmat escrow dan sebagainya kerana anda boleh mendapat wang anda kembali (refund), jika produk atau perkhidmatan tidak memuaskan.
Apakah bahaya pemasaran internet kepada PENJUAL?
Sebagaimana terdapat bahaya untuk pembeli di internet, terdapat juga bahaya bagi mereka yang menjual barangan online.
Bahaya #1: Masalah ditipu pembeli: ada juga segelintir pembeli yang cuba menipu penjual dengan tidak membayar sepenuhnya untuk produk atau perkhidmatan yang diterima.
Bahaya #2: Masalah penggodam: Blog-blog yang jarang dikemaskinikan (update), penggunaan skrip-skrip yang tidak 'secured' dan sebagainya memudahkan laman web diceroboh.
Bagaimana hendak memastikan perniagaan internet anda tidak menyalahi undang-undang:
- Jangan melibatkan diri dengan jualan atau pemasaran produk-produk atau perkhidmatan berkaitan penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
- Jika anda ragu-ragu tentang sebuah program affiliate atau program referral, elakkan dari menyertainya.
- Sentiasa bersikap jujur, berterus-terang dan amanah dengan bakal pembeli dan pembeli.
- Berikan maklumat yang berfaedah kepada pengunjung laman web anda.
Adakah saya SESUAI untuk menjalankan perniagaan secara online melalui kaedah pemasaran internet?
- Anda mesti tahu menggunakan komputer atau laptop dan aksesori berkaitannya, seperti modem, penyambungan ke internet dan sebagainya.
- Anda mesti tahu cara back-up laman web dan dokumen-dokumen anda pada PC dan pada internet.
- Anda mesti RAJIN dan SUKA BELAJAR PERKARA BARU.
- Anda mesti ada 'initiative' sendiri untuk belajar tentang web design, programming, SEO dan apa-apa berkaitan laman web dan internet.
- ( HTML, Dreamweaver, NVU, XSitePro, Photoshop, FTP-ying, SEO, script-installing and other computer-and-internet-related stuffs.)
- Anda mesti kuat semangat dan tidak mudah berputus asa (walaupun tidak ada pembeli atau dimarah pembeli atau digodam berkali-kali.)
- Sebaik-baiknya anda SUKA duduk di hadapan komputer berjam-jam untuk membina laman web, mengemaskini laman web, mencipta produk, memantau laman web dan back-up data anda.
- Anda mesti ADA MASA untuk berada di hadapan PC anda, memantau laman web dan jualan anda dan memastikan semua dalam keadaan baik.
Jika anda malas, malas membaca, malas nak bina laman web atau blog atau tidak suka melayari internet atau tidak ada masa untuk melayari internet, saya cadangkan anda TIDAK melibatkan diri dalam bidang pemasaran internet tetapi memasarkan produk anda di dunia yang nyata (offline).
Anda hanya akan KERUGIAN WANG dan MASA dan TENAGA jika TERSILAP marketing. INTERNET MARKETING TIDAK MUDAH DAN TANPA PENGETAHUAN DAN USAHA YANG GIGIH, ANDA TIDAK AKAN JADI KAYA SERTA-MERTA.
No comments:
Post a Comment