15.10.09

Di mana kita sebenarnya.?... kenal diri melalui Latihan.

Alhamdulillah, hari ini telah sempurnalah program Training of Trainer (TOT) atau juga dikenali Trains The Trainer (TTT) Kementerian Sumber Manusia di bawah skim SLDN...

Tugasan yg menanti kami ialah melahir coach - tenaga pengajar syarikat yang bernaung di bawah SLDN.

Banyak pengalaman dan istilah yang kami belajar...ada yang biasa didengar..ada yang kadang-kadang didengar dan ada yang jarang-jarang didengar juga tak pernah ada dalam kamus minda kami.

Di samping itu meluaskan ufuk pergaulan secara profesional dan membina jaringan sahabat networkers...

Antara pengalaman berharga yang kami ceduk ialah
  • Marketing adalah tools yang paling berharga dalam mencari dana syarikat. Kekuatannya boleh menjual apa sahaja walaupun produk yang nampak tak logik atau nampak tak berkualiti.
  • Keberanian menemui individu sukar perlu dipelajari dan dimahirkan kerana kadang-kala semakin sukar sesorang itu dalam industri...semakin byk peluang jobs menanti.
  • Membuang pemikiran "murah" kerana majoriti berpendapat murah ertinya tak berqualiti... walaupun murah kita dgn kualiti yang terjaga dan punyai standards yang tinggi....
  • Kenal orang "knows whom" penting... bina kemahiran ini dengan syarat tambahan ianya perlu bersih daripada gejala rasuah muah.
  • Sentiasa upkan diri untuk kita mengenali diri sendiri... apakah kita humanist.....atau behaviourist...atau structuralist atau...Functionalist..... atau gabungkan setiap personaliti agar mudah menjadi trainer yg berikonik....tetapi berhati-hati supaya tak jadi bio-nik.
  • Perlu fokus pada bidang tertentu atau kemahiran tertentu atau offer subject tertentu.... manusia diluar sana percaya akan itu walaupun kita telah dididik dan diajar oleh master sifoo AA agar mampu menjadi apa sahaja, mampu mengajar apa sahaja atau mampu lahirkan modul apa sahaja asalkan ianya hasil tulen bervalue added..... dunia ini dunia ilmu..kita sebati dgnnya..
Namun begitu, manusia diluar sana akan menganggap kita ni pelik laksana alien
datang dari langit turun ke bumi......

Jadi kena ubah strategi.... 2 in 1..
  • Di sini banyak lubuk ikan.... tapi yang datang ada nelayan yang betul2 nelayan dan ramai juga nelayan jadi-jadian.... kita perlu masuk lubuk ini kerana kita adalah nelayan yangterlatih dan bukan jadi-jadian.... namun begitu..perlu lebih berani dan lebih agresif bertaraf bersih.....

Itulah apa yang kami pelajari....

Apa pula pandangan Nakhoda kapal ku ini serta awak-awak jaguhan sekalian?

No comments: