7.10.09

Apakah Pembaziran Merokok?

Kos perokok menyamai bajet mini


KERATAN muka depan Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Tanpa disedari, rakyat Malaysia yang mengeluarkan kos hampir RM28 juta sehari dan hampir RM10 bilion setahun untuk membeli rokok menyamai beberapa projek mega yang terdapat di negara ini.

Dengan kos sebanyak itu, ia menyamai kos membangunkan projek pembinaan Kompleks Marina Melaka bernilai RM28 juta di Muara Sungai Melaka.

Bagaimanapun dengan pelaburan sebesar itu, Melaka dikatakan mampu memperoleh pulangan pendapatan kepada sektor pelancongan negeri RM2 juta setahun.

Selain itu, dengan kos sebesar itu yang dikeluarkan perokok tegar setiap hari, ia menyamai peruntukan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk membangunkan semula tanah wakaf Masjid Sungai Nibong dan wakaf Setee Aishah bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Islam di kawasan terbabit.

Bukan itu sahaja, dengan kos sebanyak RM28 juta, ia menyamai peruntukan bagi program pembangunan pendidikan dan agama yang dilaksanakan di Batu Kurau, Perak sepanjang tahun lalu.

No comments: