Kesilapan Marketer Membuat Terlalu Banyak Pada Masa Yang Sama
Sebagai seorang marketer internet, tak kira sama ada yang masih newbie atau yang lama, kesilapan yang sering dilakukan ialah mereka sering cuba untuk membuat banyak perkara pada masa yang sama.
Misalnya, anda melihat satu tawaran di internet tentang menjanakan wang melalui Adsense, kemudian anda beriya-iya membeli produk berkenaan. Di blog yang anda kunjungi, keluar pula tawaran mengenai pemasaran melalui Facebook dan anda fikir, okaylah, cuba yang tu sekali untuk tambahkan pengetahuan anda. Pada masa yang sama, anda pula ke Forum Wangcyber dan tengok pula ada banyak offer menarik di bahagian WTS (want to sell) dan anda pun beli beberapa produk PLR yang ditawarkan untuk menambahkan koleksi bahan IM anda. Anda pula buka email dan tengok ada seminar IM pada minggu hadapan, jadi anda pun mengatur jadual untuk menghadirinya.
Pernahkah anda mengalami keadaan begini?
Saya pun sama. Kekadang saya pun rambang mata juga melihat tawaran-tawaran ‘hebat’ untuk menjanakan pendapatan. Semua saya nak beli, semua saya nak ‘join’.
Tapi sebenarnya, kalau anda tidak fokus kepada satu aspek dulu, mungkin anda akan menyebabkan bisnes internet anda ‘fragmented’ – bertaburan – dan terlalu banyak untuk dilakukan oleh seorang individu.
Jika anda sedang membuat Adsense, hayati Adsense dulu sampai buat duit. Jangan separuh jalan saja. Cuba mantapkan lagi pengetahuan Adsense anda.
Jika anda sedang belajar buat affiliate marketing dengan Adwords, tumpukan sepenuh perhatian. Anda tak boleh nak berjaya kalau buat PPC sambil nak promote affiliate bukan cara PPC, cuba jual produk sendiri dan buat Adsense sekaligus. Huhu, ini pesanan untuk saya juga, bukan saja untuk anda.
Sebab akhirnya, jika kita terlalu banyak perkara nak diterokai, terlalu banyak benda nak buat, kita pun akan ‘burn-out’ dan kurang motivasi.
So, tumpukan kepada one task at a time. Jangan sampai jadi burn-out dan tension.
Gambar diatas sekadar hiasan dan hanyalah stock photo.
No comments:
Post a Comment