19.10.08

Semakin Tinggi Semakin Ego.... Betul ke?

Itu adalah persoalan yang telah dikemukakan oleh seorang peserta level eksekutif pada program bersama PBT Selangor di Morib minggu lepas....

Persoalan ini timbul apabila kami mmbincangkan tentang tajuk pendidikan, status quo, konsep ilmu dan konsep belajar semula sebagai manusia tanpa mengira darjah, pangkat, ilmu dan kedudukan.

Tidak dinafikan bahawa apabila seseorang telah berada pada level atau tahap yang tinggi dalam kedudukan kerjaya... biasanya mereka akan nampak sedikit ego dan susah untuk ditegur.. mereka perlukan penghujjahan atau fakta yang boleh mengubah daya pemikiran dan daya melihat sesuatu isu. Sebab itu, apabila mereka dihantar mengikuti latihan... biasanya yang datang mengajar atau trainer atau konsultan yang dipanggil terdiri daripada individu atau kumpulan yang banyak ilmu dan banyak pengalaman yang susah dicabar oleh peserta.

Namun begitu, setiap insan itu ada kelemahannya, berdasarkan kepada pengalaman kami sebagai konsultan swasta dan kerajaan, individu yang berada di kerjaya yang tinggi mempunyai kelebihan pada daya IQ tetapi sedikit tercalar pada daya EQ(emosi dan perhubungan) ...dan daya SQ (kerohanian) terutama apabila background pendidikannya yang jauh daripada laluan Jalan Islam terutama fardu ain, rukun iman dan rukun Islam.

MAnusia ianya akan ego jika ianya merasakan bahawa dirinya punyai kelebihan yang kurang ada pada orang lain... tetapi bila kita mengajaknya melihat kelebihan diri bukan hanya terletak pada IQ, Kemewahan Handphone, Kereta, Rumah, Gaya Hidup atau kcantikan isteri malah lebih dari itu... kelebihan diri juga bermaksud setia dan rapat kepada Allah sebagai pencipta, pandai bergaul bukan dgn boss atau anak buah di ofis tetapi matang bergaul dgn anak-anak dan isteri di rumah, hebat pergaulan dgn mentua dan ipar duai serta masyarakat sekeliling....

MAka pada waktu itu.... ramai mula membuang pandangan EGOnya.... perasaan Egonya... yang melihat secara sempit kepada melihat secara luas dan tawaf serta holistik.....

JUMpa lagi.....

2 comments:

MIJI said...

Hi..I am Miji,the reason i send this post is to invited you to my blog(in B.Melayu),that contain some info about succesful man in business,please visit:
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Terima kasih miji