29.10.08

Pandangan 1 - Pelaburan Cepat Kaya

ersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusniaga yang dijalankan oleh syarikat Buluh Eams, Estana Farm dan Noradz Travel yang sedang dalam siasatan pihak BNM.

Maklumat ini adalah untuk dijadikan panduan dan tambahan ilmu mengenai urusniaga mereka dan konsep Mudharabah yang diperkatakan itu. Namun dari kutipan tersebut, nyatakan mereka sebenarnya tidak menepati sebenarnya konsep Mudharabah yang diperkatakan itu. Mereka tidak mengamalkan konsep `perkongsian untung’ mengikut syarak.

Berikut sedikit rumusan mengenai isu-isu di atas.

1. Mereka sebenarnya mengunakan konsep pelaburan namun istilah atau akad tersebut ditukar kepada konsep mudharabah bagi mengelirukan mereka yang telah mengeluarkan modal.

2. Mereka menjanjikan `pulangan tetap’ (fix return) yang mana ianya memang bertentangan dengan konsep mudharabah dimana keuntungan adalah dikongsi bersama dan bukannya dijanjikan dengan `pulangan tetap’.

3. Mereka menjanjikan pulangan yang tinggi (sehingga melebihi 100% -rujuk kenyataan berkaitan Eastana Farm), ini jelas menyalahi konsep perniagaan atau jual beli Islam iaitu meletakkan peratusan keuntungan yang tinggi sehingga boleh mengujudkan unsure kezaliman dan penindasan kepada pihak lain (contoh pembeli). Selain daripada itu dengan kadar yang terlalu tinggi ini, ianya juga melibatkan unsur spekulasi, sedangkan dalam konsep jualbeli islam, kita tidak boleh terlibat dengan `spekulasi’ sebab ianya boleh disamakan dengan perjudian.

Ini adalah sebahagian maklumat yang saya perolehi, moga ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam mencari urusniaga/ pendapatan yang benar-benar diredhai oleh Allah S.W.T dan dijauhi dengan unsur riba’.

Terima kasih.

Mohd. Jafri bin Sarmin

Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kuala Lumpur

No comments: