28.10.08

Kita sentiasa kena bersedia... tak kira kalah atau menang

Saya ditugaskan bersama rakan-rakan dalam menjalankan kajian ICT di kampung-kampung terpilih. Kami diuji oleh Pencipta apabila tugasan itu kena dijalankan pada Bulan Ramadhan yang lepas....

Alhamdulillah, rupanya di sebalik ujian ada hikmahnya kerana pada bulan Ramadhan, ramai warga emas solat terawih, jadi % responden daripada warga emas sentiasa mencukupi kuota kami. Yang paling sedikit peritnya ialah mencari belia-beliawanis kerana pada bulan puasa... susah untuk berjumpa mereka sama ada siang ataupun malam.

Al kisah... kami bersembang dengan JKK kampung sama ada yang dilantik oleh kerajaan negeri (JKKK) ataupun yang dilantik oleh kerajaan persekutuan khas untuk negeri yang jatuh ke tangan pembangkang (JKKP).

Antara jawapan yang boleh dikongsi bersama sebagai pengalaman hidup ialah

a) Yang kalah walaupun hampir 7 bulan berlalu, masih lagi tak mampu menerima kekalahan yang dihadapi, masih lagi mengeluh dan menilai diri. Masih lagi tak puas hati sebab yang menang tidak dilihat buat kerja.
Apa yang kami simpulkan ialah yang kalah tidak bersedia menghadapi kekalahan kerana sebelum ini rekod menang hampir 50 tahun....

Namun begitu, ada juga yang telah mampu berfikir daripada kesilapan yang dilakukan, ada yang berkata " kami telah membina rumah kedai itu hasil daripada pertandingan kampung.... tapi bila kuasa bertukar tangan... rumah kedai itu dirampas kuncinya..... ianya mengajar kami di masa hadapan supaya sebelum asset dibina kami kena kenalpasti tanah itu milik siapa... kerajaan negeri atau sebaliknya.....

b) Yang menang pula banyak bergembira di atas kemenangan.... bila ditanya tentang program yang dijalankan... jawapan yang biasa didengar ialah...

"pihak kami sebenarnya tak menjangka kami akan menang besar dalam phrya ni, kami kurang prepare akan kemenangan ini, "

" pening jugak bila nak merancang dan melaksanakan aktiviti.... almaklumlah... masih baru"

secara mata kasarnya, kami melihatkan yang menang tidak bersedia untuk menang...

Dewan JKKK yang sedia ada kurang atau jarang atau tidak digunakan sepenuhnya... setengah tempat yang dikunjungi.. "lalang sama tinggi dengan pagar",

Ada dewan yang selama ini free digunakan tapi kini berbayar...

Ada yang kami lawati....di utara... kampung yang penuh dengan melayu tapi ketua kampung yang dilantik bukan daripada kaum yang sama.... bila di tanya pada penduduk ... kenapa?, mereka jawab... tak pasti kenapa jadi begini.... dulu Ketua kami sebangsa dgn kami tapi kini...... sedih mendengarnya....

Itukah antara al kisah yang boleh dikongsi bersama.... dan boleh difikirkan... setiap yang berlaku itu ada ujiannya dan ada kebaikannya untuk masa depan kita semua...

fikir-fikirkanlah...




No comments: