8.10.08

BuluhMas bukan lagi Buluh Emas

Hari ini ramai yang teruja melihatkan saudara maranya bergaya dengan kereta baru... altis 1.8 atau Vios 1.5J, bila ditanya buat bizness apa.... "saya jadi promoter buluh mas!". Skim apa pulak ni? keuntungan 10% sebulan?

Saya sertakan jawapan UZAR.....


Awas Koperasi Ala Skim Cepat Kaya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Asyik nak cepat kaya

Nasihat ringkas saya, sila baca kenyataan akhbar suruhanjaya komunikasi di bawah. Fikrkan, skim cepat kaya bukan sahaja haram di sisi undang-undang Malaysia malah haram juga di sisi Shariah.

Hati-hati dengan salahguna lesen koperasi untuk kutip duit melabur secara piramid, janji pulangan tetap lumayan. Mereka mungkin boleh terlepas dari dakwaan 'illegal deposit taking' kerana koperasi dibenarkan untuk mengutip duit ahlinya. Namun, kenyataan di bawah baik untuk anda tatapi sebelum menyertai mana-mana koperasi cepat kaya.

sekian

zaharuddin abd rahman

www.zaharuddin.net

KENYATAAN AKHBAR

Sumber

1.

Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya' yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.

2.

SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

3.

SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya' yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.

4.

Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya'. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:-

No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026

No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai)

Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan)

E-mail: aliasi@skm.gov.my

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J, PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50608 KUALA LUMPUR

JUN 2008

Comments
Written by SEraPh on 2008-09-23 17:48:28
Ermm .. aku dah join buluhmas ... bukan seronok nak dapat duit tapi melihatkan ekonomi orang melayu makin susut .. korang ade idea x + berani untuk buat sesuatu macam buluhmas ... terus terang saya katakan company ayah saya pun amik deposit orang tanpa lesen dan secara senyap2 dalam penjualan minyak (pump duit ke company)... adakah buluhmas buat perkara yang sama? .. sekarang ni buluhmas dah ada 5 cawangan .. bagaimana dengan hypermarket yang bukan setakat menjual barang keperluan tetapi barangn elektrik, sukan, dsb..
Mengenai hukum2 agama sila rujuk dengan peguam buluhmas ... jangan buat spekulasi yang mencemarkan imej bangsa tetapi tolong sesama umat agar tidak ditipu...

jika betul buluhmas salah sila huraikan ia dan mungkin ia boleh membantu rakan kita yang lain sebelum terjebak
Written by Bulumas on 2008-09-13 01:00:29
Buluhmas nak monopoly perniagaan, xkan berjaya jika ada campurtangan pihak atasan, dulupun ada dah orang nak buat tapi x boleh.

Kamu nak 1 malaysia beli barang kat tempat kamu?

Silap2 kena band.

mcm lah company lain tak bersangkut paut dgn duit pket orang politik? nampaknya bulumas kena berpolitik jugalah lepas ni.



:grin
Written by samsor on 2008-09-03 17:24:23
buluhmas bukan skim pelaburan, bukan MLM, bukan penerima diposit, bukan skim cepat kaya. buluh mas hanya lah sebuah syarikat pengiklanan yang mengiklankan nama Buluhmas supaya menjadi komersil dan gah satu hari nanti dimana buluhmas mencipta satu fenomena baru dalam era perniagaan global.kekuatan syarikat buluhmas adalah dari penglibatan ahlinya yang menjadi promotor sambilan secara langsung merupa pelangan tetap yang akan berbelanja secara terus dengan Buluhmas Mart.

Buluhmas terus maju dan berjaya selagi ahli/promoter berbelanja di buluhmas mart ini tanggungjawab wajib dilakukan kerana ahli telah mendapat upah mereka dalam bentuk tunai dan kupon. nilai kupon sebanyak 15% dari jumlah upah yang diperolihi. tentang bayaran upah yang sampai berjuta-juta sebulan tu buluhmas tak susah kerana syarikat ada formula macammana yang dapat duit. bagi yang ingin maklumat lanjut sila hadir taklimat di daerah masing-masing anda pasti teruja. perniagaan buluhmas halal dan ianya membantu pengusaha IKS kebanyakannya bumiputra yang mempunyai lambakan produk yang tak dapat nak dipasarkan dimana BUluhmas akan pasarkan kepada semua ahli/promoter berdasarkan kopun 15% tadi. Buluhmas mart menjual barangan runcit dan produk IKS. upah max. kpd setiap nama promoter rm5 sebulan (berdasarkan 4 level). jadi sekiranya ahli seramai 300,000 bermakna hanya rm1.5j bayaran upah sebulan. dan kita tahu 15% dari upah keseluruhan bayaran dikeluarkan kupon dimana ahli perlu tunaikan di Buluhmas Mart.ini satu contoh saja buluh mas buat duit. sekian
Written by insaf on 2008-08-19 05:07:07
hrp pihak2 trlibat sprti bank negara,suruhanjaya koperasi malaysia, ambil tindakn skim-skim yg menyalahi undang-undang negara dan hukum syarak. sprti buluh mas,my-fish,estana farm dan byk lg.agar mudah tak dipedaya dan ditipu dgn skim-skim yg telah dibeku kn oleh bank negara sbelum ni.sprti jai netwok dan lain2
Written by Hafez on 2008-08-15 16:51:19
Assalammualaikum! Saudara2ku sekalian carilah rezeki yang halal lagi diredhai oleh ALLAH S.W.T.
Sekiranye kita was - was dalam satu2 perkara jadi kita jauhkan..

Banyak lagi perkerjaan yang halal kat dunia ni..Jangan terlalu mudah untuk mencari kekayaan dengan menyertai skim ala-ala cepat kaya.. :)
Written by yang terbimbing on 2008-08-13 04:34:48
assalamualaikum ustaz,bukankah ini semua 'majlis ekonomi kerajaan' kita yang PM sndri rasmikan.contoh;- koperasi micro al-insan,koop al-ihsan,koop ukhwah pend. islam dan bnyak lg.knapa rakyat kita susah nak percaya dgn kerajaan sndri.padahal,agama islam merupakan agama rasmi kerajaan negara kita.mereka suma x perasan ke yng skrg ni negara kita sedang b'usaha untuk menaikkan taraf bumiputra.zaman skrg ni,cina pgang ekonomi.sdangkan kturunan nenek moyang yg b'mati2an merdekakan malaysia atas pertolongan ALLAH mengalahkan Nippon.Wallahualam.apa pendapat ustaz?
Written by Guest on 2008-08-08 23:04:50
Allahhuakhbar... boto le kumb ngan eastana dah kono siasat... tapi blum didakwa dan masih tak bersalah,harap pihak eastana/ kumb perbotulkn balik apa2 yg patut...
Written by jai on 2008-08-08 23:02:24
pasal buluhmas ni... cuba hangpa pikir sndri, dia kata dah ada 300 ribu promoter lebih,setiap promoter bayar rm15 sekali seumur hidup tapi ramai ygbayar lebih dari tu (RM 15.00 to RM puluh ribu pun ada) kita ambil contoh andaian setiap promoter bayar rm180.00 x 300,000 promoter= pendapatan sykt sekali je.untk setiap bayaran rm180.00 promoter dijanjikan pencen setiap bulan sehingga 4 generasi sebanyak rm36.00, so now buluhmas must spend around rm 10.8 MILLION continually every month only for their promoter. can anybody please tell me which company dare to do this kind of biz?and as far as im concern, till to date they only run almost 15 outlet of mini market and i`m so please to ask all malaysian; do you believe 1 mini market can make around 2 million profit per month to cover all their cost of operation? :zzz
Written by Pejuang Hamas on 2008-08-06 19:54:05
Salam..semenjak kebelakangan ni byk company @ koperasi yg bg pulangan yg melebihi 10% setiap bulan kepada setiap pelabur..1thn = 120% ! Woww gila punya tawaran..Kalo di ikutkan bank rakyat pon bg 20% ntuk 1 tahun..Apa yg saya tahu kalo company yg nk amek deposit dari org awam kena dpt lesen mcm finance company = credit suisse ( sekadar contoh )..Hmm mcm mana perkara camnih ley berleluasa eh ???????
Written by Raimi on 2008-08-06 19:54:26
cuba beritahu satu jenis perniagaan yang boleh buat kita kaya. Mesti modal beribu ribu kan ?
Written by azmi adam on 2008-08-06 00:28:25
Ustaz,
Saya cukup was-was dgn bentuk perniagaan yg ditawarkan oleh syarikat bumiputera ini iaitu BuluhMas - www.buluhmas.com (walaupun bukan atas nama koperasi, tetapi tetap sebuah syarikat berdaftar..apakah hukum pendapatan diterima dari sudut agama
azmiadam.stmb@yahoo.com


uzar : jika was was, jauhinya
Written by hakim on 2008-08-05 23:14:08
berkaitan dgn skim buluhmas, saya ingin menambah sedikit info
Kira-kira 2 bulan lepas saya telah bersemuka dengan orang kuat Buluhmas dan kesimpulan yang saya dapat buat adalah seperti berikut:

buluhmas adalah sebuah syarikat pengiklanan yang baru berkembang dan menawarkan orang awam untuk mengiklankan syarikat tersebut dengan bayaran RM1 sebulan untuk selama-lamanya selagi company tersebut wujud. Yuran penyertaan adalah RM sekitar RM15-RM17 sahaja. Dengna cara menampal iklan tersebut dikereta atau motor akan dapat RM1 sebulan.
Namun untuk menggalakkan syarikat berkembang telah ditawarkan insentif dengan mengajak seberapa ramai orang untuk sama-sama mengiklankan company tersebut.(xperlu diteranglkan jenis insentif)
Namun apa yg menebabkan keraguan ialah seperti berikut:
Seseorang pengiklan boleh membuat bayaran lebih berupa pelaburan(cth RM3000) dan akan dapat monthly certain amount.Bagaimana pulangan akan diberi kepada sipelabur tadi?
Jawapan: Diandaikan sifulan tadi menampal iklan sebanyak 200 sticker dikereta maka akan mendapat komisyen sebulan RM200, tapi yang confiusnya, semuanya berlaku berdasarkan andaian semata-mata, dengan cara mengisi nama2 yang xpernah wujud kat dunia ini & no IC yang xpernah wujud kat alam maya ini. Dengan cara menulis sebanyak 200 nama yg xwujud,dan diandaikan kereta sebanyak 200 sedang bergerak mengiklankan nama company trsebut, maka akan dibayar RM 200 tiap2 bulan.

Ini yang menjadi persoalam difikiran saya. minta tolong pada sesiapa yang boleh menjelaskan samada bolah atau tidak menggunakan skim ini dari segi undang2 Malaysia mahupun dari sudut Syarak.
Written by ingin maklumat on 2008-08-05 23:42:05
salam boleh tak ustaz comment tentang keruntuhan akhlak kerana hilangnya sifat malu dikalangan remaja kini
Written by fromBangi on 2008-08-06 00:33:29
Apa yang aku faham BuluhMas ni memberi UPAH kepada promoter dia sbg kerja mereka menampalkan stiker di kenderaan (RM1/bulan). sekiranya dia taja promoter lain sehingga level 4, dia akan dapat RM1/bulan dari setiap tajaan dia.

Aqad dari BuluhMas kepada promoter adalah upah, dan siapa yg join jd promter bukannya buat bisnes, tapi diberi upah/gaji sebab tampal stiker kompeni kat kereta.

Tiada kena-mengena dengn skim MLM sbb promter x kena buat selling, just tampal stiker.

Sama spt sape2 yg jadi kerani, dapat upah wat keje kerani.

Dia bukan skim cepat kaya jgk tapi umpama BuluhMas SEWA ruang cermin kereta anda utk iklankan kompeni dia...

Ni apa yg aku faham pasal sistem promoter BuluhMas. kalau silap boleh la sape2 betulkan.

Salam..
Written by zahrul on 2008-08-02 23:16:16
salam...saya pun nak tau ader berkaitan dgn eastana farm tak
Written by puteri islam_77 on 2008-08-01 18:45:53
salam.

saje nk confirm yg artikel ni berkaitan koperasi KUMB yg jual lembu tu kan ? Estana Farm / farm fresh.. betul ke? sesiapa yg yg tau tlong ye..
Written by Yusof Mohammad on 2008-08-01 00:17:54
Ustaz,
Saya cukup was-was dgn bentuk perniagaan yg ditawarkan oleh syarikat bumiputera ini iaitu BuluhMas - www.buluhmas.com (walaupun bukan atas nama koperasi, tetapi tetap sebuah syarikat berdaftar). Mewar2kan konsep "pengiklanan - entah apa iklan yg dah diiklanpun saya tak tahu, ada Mark - masih boleh diragui dgn bentuk pulangan yg ditawarkan (berapa persen sangat keuntungan drp jualan dari BuluhMark ini)dan berbagai lagi. Ramai dah mula masuk kerana keuntungannya bagaikan skim cepat kaya. terimakasih:roll
Written by Pak Usu on 2008-08-01 00:18:55
Sekarang ni orang dah macam2. Nak kaya tapi malas usaha...
Written by SAIFULBAHRI on 2008-08-01 00:27:36
Salam,

Terima kasih UZAR, saya sudah hantar email untuk mendapat penjelasan skim Buluhmas.
Written by kyhelmi on 2008-08-01 00:37:41
assalamualaikum...
baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan koperasi my-fish...adakah itu antara skim yang ust perkatakan?

1 comment:

Awang said...

Assalamualaikum,
Saya minta maaf sekiranya ada salah silap.

1) Sebelum kita membuat andaian sesuatu perkara adalah ada baiknya kalau kita faham dahulu akan konsep buluhmas secara keseluruhannya, dan bukan secara cebisan-cebisan. Untuk faham secara keseluruhan, hendaklah maklumat yang diambil adalah dari buluhmas sendiri ataupun dari wakil-wakil yang telah dilantik oleh buluhmas. Ini adalah supaya kita berlaku adil. Bukannya maklumat diambil dari orang-orang yang bukan dari buluhmas, apatah lagi dari orang yang mungkin atas kepentingan tertentu yang tak suka akan buluhmas.
2) Apa yang saya faham, konsepnya mudah saja. Konsepnya ialah upah berpencen sekiranya saya promote syarikat buluhmas, dengan setidak-tidaknya dengan menampal sticker kereta atau motorsikal. Kalau upah macam ni pun kita kata haram, maka duit gaji saya kerja kat ofis ni pun saya rasa haramlah jugak kalau macam tu. Sebab saya dapat upah setiap bulan juga, sama macam buluhmas.
3) Macamana pula dengan peranan buluhmas menolong industri kecil dan sederhana (IKS)? Sehinggakan ada pengusaha muslim kita yang buat sos, yang mana sampai satu tahap apabila buluhmas minta nak beli sos dari beliau untuk dijual di kedai-kedai buluhmas, beliau tak boleh supply. Maka buluhmas tanya kepada pengusaha tersebut, mengapa tak boleh nak supply kepada buluhmas lagi? Sedangkan buluhmas ambil produk-produk IKS ini buluhmas bayar cash on the spot (bukan macam Tesco, Giant atau Carrefoure yang mana mereka ambil barang dengan credit, selepas 6 bulan atau 9 bulan baru bayar). Maka pengusaha sos muslim itupun menjawab, sebab beliau tidak mempunyai cukup mesin untuk proses sos-sos tersebut. Buluhmas pun tanya, berapa harga mesin tersebut? Pengusaha itupun jawab, harganya Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu. Mendengar jawapan pengusaha muslim tersebut, buluhmas yang muslim juga terus memberikan Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu kepada pengusaha tersebut tanpa syarat. Pengusaha itu pun terkejut lalu bertanya, macamana saya nak bayar balik duit ni? Buluhmas pun menjawab, awak buat sos dulu, bayar kemudian tak apa.

Dan ini sebahagian dari banyak lagi kisah-kisah bagaimana buluhmas menolong IKS Muslim kita. Ada tak kita ambik kisah tentang pertolongan-pertolongan macam ni? Berapa ramai usahawan-usahawan yang boleh tolong usahawan lain sepertimana yang dilakukan oleh buluhmas yang memberi bantuan tanpa syarat? Adakah dengan ini dengan mudah kita nak katakan apa yang dibuat oleh buluhmas ni haram?
4) Kalau dulu orang pernah juga kata gila kepada pengasas hotmail. Sebab macamana berniaga beri email percuma kepada orang ramai boleh dapat banyak duit? Sama macam orang kata gila kepada Lim Goh Tong dahulu, sebab buat apa nak susah payah redah hutan belantara buat bangunan kat atas bukit? Kerana di dalam perniagaan, kreativiti dan konsep memainkan peranan yang penting untuk berjaya. Sama seperti buluhmas.
Wallahu 'Alam.