Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
30.10.08
BENGKEL PENGURUSAN MASA,
Selamat Berkursus Dan Mengamalkan Tips dan Ilmu yang diberikan
PROG. PEMANTAPAN PROFESIONALISME WARGA KERJA MPOB
29.10.08
Majlis Raya dan Pertemuan Raya KiK 88
Gambar di atas adalah hasil pertemuan ex kik SPM 88 sempena Hari Raya di rumah Aziz Mat Isa Bandar Baru Bangi. Tarikh ialah 27 Oktober 2008
Yang hadir ialah
Allwee n keluarga
Zubir n Keluarga
NArawi n Keluarga
Reduan Khalil n Keluarga
Aderi n Keluarga
Aziz n Keluarga
Perjumpaan Hari Raya Keluarga Keluarga Ngah 2008 - Gambar dan Video
Antara acara yang dipertandingkan sesama ahli kerabat ialah
1. Bowling Padang
2. Susun seliper...
3. Cium dan Kenal - pada dedaun lah
4. Acara berjalan atas batu bata
5. Khas untuk cikgu dan cikgi, acara gelung getah dan straw
6. Penyampaian hadiah oleh Dato' Zawawi cum Ustaz Zawawi
7. Pemenang Penulisan Cerpen
8. Mesyuarat Agong oleh ahli-ahli majlis tertinggi Keluarga Ngah
Di bawah ini disertakan Video-video yang sempat diambil
A) Penyampaian Hadiah Oleh Ustaz/Dato' Zawawi serta komen daripada bakal YB Lang Baru.
B)Acara Gelang Getah dan Straw Khas untuk Cikgu-Cikgi dan Kaum Ibu
"Acara special untuk alihkan getah melalui straw tanpa sentuhan tangan atau dengan sentuhan" "Ini bergantung kepada otak mana nak guna - otak kanan dan otak kiri"
C)Acara Cium Dedaun dan Tuliskan Nama Pokoknya
"Satu acara yang menarik bila ada peserta membantah keputusan pengadil dengan menyatakan - mana ada daun durian belanda..... ayam belanda adalah....."
D)Bowling Padang
Selamat Bertemu Kembali Di Tahun Hadapan 2009
wassalam
Pandangan 1 - Pelaburan Cepat Kaya
Maklumat ini adalah untuk dijadikan panduan dan tambahan ilmu mengenai urusniaga mereka dan konsep Mudharabah yang diperkatakan itu. Namun dari kutipan tersebut, nyatakan mereka sebenarnya tidak menepati sebenarnya konsep Mudharabah yang diperkatakan itu. Mereka tidak mengamalkan konsep `perkongsian untung’ mengikut syarak.
Berikut sedikit rumusan mengenai isu-isu di atas.
1. Mereka sebenarnya mengunakan konsep pelaburan namun istilah atau akad tersebut ditukar kepada konsep mudharabah bagi mengelirukan mereka yang telah mengeluarkan modal.
2. Mereka menjanjikan `pulangan tetap’ (fix return) yang mana ianya memang bertentangan dengan konsep mudharabah dimana keuntungan adalah dikongsi bersama dan bukannya dijanjikan dengan `pulangan tetap’.
3. Mereka menjanjikan pulangan yang tinggi (sehingga melebihi 100% -rujuk kenyataan berkaitan Eastana Farm), ini jelas menyalahi konsep perniagaan atau jual beli Islam iaitu meletakkan peratusan keuntungan yang tinggi sehingga boleh mengujudkan unsure kezaliman dan penindasan kepada pihak lain (contoh pembeli). Selain daripada itu dengan kadar yang terlalu tinggi ini, ianya juga melibatkan unsur spekulasi, sedangkan dalam konsep jualbeli islam, kita tidak boleh terlibat dengan `spekulasi’ sebab ianya boleh disamakan dengan perjudian.
Ini adalah sebahagian maklumat yang saya perolehi, moga ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam mencari urusniaga/ pendapatan yang benar-benar diredhai oleh Allah S.W.T dan dijauhi dengan unsur riba’.
Terima kasih.
Mohd. Jafri bin Sarmin
Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kuala Lumpur
Jawapan Dari Bank Negara
saya dah hantar email pertanyaan pada bnmtelelink@ bnm.gov.my,aduan@seccom.com.my dan lihat nanti apa jawabnya.
penipuan tak mengenal anda bumi atau bukan.
Noradz Travel & Services Sdn Bhd
= PENGASAS (DATO' AZHAR BIN SULAIMAN)
= diasaskan dengan pelbagai urusniaga bagi memajukan ekonomi bumiputera dalam pelbagai bidang:
= Operasi syarikat bermula dari tahun 1972 lagi dengan mengharungi pelbagai rintangan dan jatuh bangun ekonomi negara
bidang- bidang perniagaan:
=perfileman
=perkhidmatan
=pertanian
=peladangan
=pembinaan
Keuntungan menjadi rakan urusniaga noradz (Noradz Travel & Services Sdn Bhd)
= memberi perkhidmatan sewa kereta kepada Jabatan Kerajaan dan Swasta.
= menampung kekurangan kereta Noradz membuka peluang kepada individu untuk menjadi Rakan Urusniaga Noradz
= Dengan mengeluarkan modal sebanyak RM3300 untuk membeli sebuah kenderaan bagi disewakan dan untung dibahagi dua di antara Rakan Urusniaga Noradz dan Syarikat dalam masa 60 bulan.
= Rakan Urusniaga Noradz akan menerima Surat Perjanjian Sewa Kereta .
= Segala kos ansuran kereta, penyelenggaraan dan kemalangan adalah dibawah tanggungjawab pihak syarikat Noradz.
Berikut adalah potensi pendapatan anda:
1 lot > RM 3,300 = (RM 250 X 60BULAN = RM 15,000 )
4 lot > RM 13,200 = (RM 1000 x 60BULAN = RM 60,000)
SETIAP 1 LOT PELABURAN ANDA AKAN MENDAPAT RM 250 SETIAP BULAN SELAMA 5 TAHUN
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
012-2821977 - RIZAL
MAKLUMAT DARI BANK NEGARA .
1.Tuan,
Terima kasih di atas e-mel tuan.
Kalau skim yang ditawarkan itu tersebut jelas menawarkan peluang
pelaburan
dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut
diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu dan pelaburan asal juga boleh
diambil
semula ianya mungkin menyalahi sect 25(1) BAFIA.
Sekiranya bentuk pelaburan syarikat Noradz Travel & Services Sdn Bhd
ini
adalah di dalam bentuk pelaburan seperti yang di nyatakan di atas,
aktiviti
ini menyalahi undang-undang. Kalau pelabur melabur disini, sebarang
kerugian adalah ditanggung sendiri oleh pihak pelabur. Untuk makluman
tuan,
Bank Negara hanya memberi kebenaran kepada bank-bank, syarikat-syarikat
kewangan, Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Rakyat, Bank Pertanian,
Bank
Simpanan Nasional). Disamping itu institusi lain yang diberi kebenaran
mengutip deposit oleh kerajaan (badan-badan berkuasa tertentu) termasuk
Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan sebagainya.
Harap penjelasan di atas dapat membantu.
Terima kasih
BNMTELELINK
BANK NEGARA
1-300-88-5465
+603- 2174 1717 (overseas)
Riba & Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional
Riba & Bentuknya Dalam
Konteks Semasa Di Bank Konvensional
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Umum telah mengetahui bahawa antara perbezaan utama di antara Bank Islam dan Bank Konvensional adalah keterlibatan dengan Riba. Justeru bahagian ini akan mendedahkan secara ringkas dan padat berkenaan Riba dalam konteks semasa.
Antara soalan yang kerap kali kita dengari berkaitan Riba adalah :
· Apakah gambaran jelas bagi riba yang berlaku di dalam pengamalan Bank Konvensional hari ini dan mengapa ianya di haramkan oleh Islam?
· Apakah pula yang di maksudkan bahawa riba adalah suatu penindasan dan menekan? Siapa yang ditindas sebenarnya?
· Bagaimana mungkin sebuah Bank boleh meraih keuntungan tanpa mengenakan Riba?.
Penulisan ini akan cuba mengupas ringkas semua persoalan yang dinyatakan tadi.
1) Apakah gambaran jelas bagi riba yang berlaku di dalam pengamalan Bank Konvensional hari dan mengapa ianya di haramkan oleh Islam?
Sebenarnya bukan hanya Islam yang mengharamkan dan mengutuk amalan Riba, malah ia juga di haramkan di kalangan orang Yahudi. Larangan ini termakstub di dalam kitab mereka sama ada di dalam kitab undang-undang Talmud ataupun Ibrani. (Rujuk bab Exodus ayat-ayat 22:35-37 menyebut : Janganlah engkau mengambil bunga wang atau riba daripadanya...)
Selain itu Riba juga dicela oleh ajaran Kristian sebagaimana yang terdapat di dalam bab Luke 6:34-35. [1]
Riba dalam bentuk hari ini boleh berlaku dalam keadaan berikut :-
1) RIBA DALAM PINJAMAN.
Apabila seorang pelanggan datang ke sebuah Bank Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan yang tidak menawarkan produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk :-
· a- Membeli kereta ( Car Loan )
· b- Membeli rumah ( Home Loan )
· c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )
· d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
· e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )
Dalam proses pinjam meminjam di atas, proses pinjam meminjam antara kedua-dua pihak akan dibuat. Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini : atas permintaan si pelanggan B untuk membeli kereta, rumah, mendapatkan modal syarikat atau peribadi, Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B, bagaimanapun sebagai imbalan balik kepada pihak Bank, mereka akan menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8 % (sebagai contoh) daripada jumlah pinjaman itu (RM 8,000) di bawah nama ‘interest' bagi membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan. 8 % ITULAH YANG DINAMAKAN RIBA AD-DUYUN JENIS AL-QARD. Sila lihat takrifan jenis riba ini sebelum ini. Semua jenis pulangan seperti ini adalah Riba secara sepakat ulama. [2]
Jumlah faedah yang dicampur dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagikan pula mengikut bulan. Menurut hukum Islam, jumlah RM 8,000 yang diperolehi ini adalah merupakan hasil bank yang haram secara pasti. Pelanggan yang memberi RM 8,000 tadi juga dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan Riba. Nabi SAW menyebut
الآخذ والمعطي سوآء
Ertinya : " Si pemberi (riba) dan si pengambil Riba adalah sama" ( Riwayat Muslim )
Persoalannya : Mengapa pula ia di haramkan ? apa salahnya peminjam dikenakan Riba (interest) ?
Sebagai jawapan, ia diharamkan kerana :-
· Eksploitasi kesusahan pelanggan : Hasil RM 8,000 itu sebenarnya diterima hasil daripada mengeksploitasikan kesusahan pelanggan. Iaitu, hanya pelanggan yang mempunyai keperluan kewangan mendesak terpaksa pergi ke Bank bagi mendapatkan pinjaman untuk merawati masalah kewangannya, tetapi dalam keadaan kewangannya mendesak, pihak Bank pula mengenakan bayaran tambahan (interest) atas pinjaman yang diberikan. Inilah yang dinamakan riba itu menekan dan menindas, di tambah pula apabila si pelanggan gagal membayar bayaran bulanan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank. ketika itu, peminjam dikehendaki membayar penalti pula, penalti ini juga bersifat "compounding" (iaitu akan dimasukkan di dalam modal pinjaman dan akan berganda interestnya), ia adalah Riba yang menekan lagi menindas yang kelihatannya sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Perbezaan di Bank-bank Islam : Adapun, di dalam pengamalan perbankan Islam yang mengenakan sejumlah wang sebagai denda atau bayaran kos rugi (ta'widh atau ‘compensation') yang dihadapi oleh Bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang ditetapkan, pembaca perlu membezakan bayaran denda yang dikenakan oleh Bank-bank Islam dengan penalti oleh Bank Konvensional.
Denda lambat bayar yang di kenakan oleh Bank Islam adalah berdasarkan proses jual beli secara bayaran ansuran manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman, maka apabila bayaran ansuran tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh akan dikenakan. Ta'widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakkan Bank-bank Islam di Malaysia seperti Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House, Ar-Rajhi Bank dan RHB Islamic Bank Berhad.
· Meruntuh Moral dan Akhlak : Faedah (interest) atau Riba yang dikenakan juga akan menyebabkan pudarnya akhlak mulia bantu membantu di dalam masyarakat, ia mengundang sikap orang yang berduit untuk menekan individu atau pihak yang memerlukan bantuan kewangan. Ini bakal menghancurkan sifat tolong menolong di antara manusia. Selain itu, ia bakal melahirkan masyarakat yang marah dan tertekan antara satu sama lain. [3]
· Menyubur Sikap Si Kaya Malas Bekerja & Kurang Dinamik: Ia juga bakal melahirkan orang kaya atau Bank yang malas untuk bekerja keras bagi mencari keuntungan secara jual beli dan mengambil risiko, mereka akan mula berfikir mencari untung secara mudah, iaitu dengan memberi pinjam serta mengenakan interest. Lalu dengan cara ini mereka boleh mendapatkan untung dengan mudah sahaja. Islam tidak menerima konsep untung tanpa bekerja keras, dan Islam juga hanya menerima konsep :
الغرم بالغنم
Ertinya : " Ganjaran keuntungan adalah dengan menghadapi risiko" [4]
Dan juga hadith :
أن الخراج بالضمان
Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (dan jaminan barang yang dijual adalah selamat - bermakna tiada untung tetap dijanjikan)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; As-Suyuti & Albani : Hasan)
Menurut Dr Muhammad Az-Zuhayli menjelaskan lagi ertinya dengan katanya "sesungguhnya siapa yang yang menanggung kos dan risiko kerugian, maka merekalah yang layak mendapat manfaat atau keuntungan jika ada". [5]
Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram.
Lihatlah bagaimana displin Islam dalam memastikan setiap individu menyumbang sesuatu kerja yang baik dan meningkatkan kualiti ekonomi. Dengan wujudnya usaha-usaha sebegini bertambahlah peluang kerja, semakin meriahlah suasana ekonomi dan berkurangan jumlah pengangguran.
Pinjaman Dalam Islam ?
Perlu diketahui bahawa, disiplin Islam dalam perihal pinjam meminjam yang dibenarkan hanyalah pinjaman tanpa sebarang faedah. Sebagaimana di sebutkan dalam kaedah :
كل قرض جرّ نفعاً فهو الربا
Ertinya : "Setiap pinjaman yang membawa kepada sesuatu manfaat buat pemberi pinjam maka ia adalah Riba" [6]
Imam Ibn Quddamah pula berkata :
كل قرض شرط فيه أن يزيده فهو حرام بغير خلاف
Ertinya : "Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya untuk diberikan tambahan, maka ia adalah haram tanpa sebarang khilaf" [7]
Justeru, tiada sebarang keuntungan boleh dihasilkan untuk pemberi pinjam dari peminjam dari aktiviti ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar bantu membantu. Ia disebut di dalam Islam sebagai Qardh Hasan (pinjaman tanpa sebarang ‘interest' dikenakan kepada si peminjam).
Islam amat menggalakkan pinjaman tanpa faedah ini sebagaimana disebut oleh Baginda SAW :
" Pada malam aku dibawa ke syurga (semasa Israk Mi'raj), aku telah melihat tertulis di dalam pintu Syurga " Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali.."( Riwayat Ibn Majah)
Justeru, tiada sebarang keuntungan boleh dihasilkan untuk pemberi pinjam dari peminjam dari aktiviti ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar bantu membantu. Ia disebut di dalam Islam sebagai Qardh Hasan (pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si peminjam).
2. RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN.
Bagi menjelaskan bentuk kedua bagaimana riba berlaku, contohnya adalah seperti berikut :-
Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-
· Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
· Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
Penjelasannya adalah seperti berikut :-
· Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
Dalam akaun jenis pertama ini, Individu A meletakkan wangnya di dalam "conventional fixed deposit account". Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali/Bank akan mengumpulkan wang individu A tadi bersama dengan wang depositor atau pelabur lain. Kemudian, kumpulan wang itu akan digunakan samada bagi pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat yang kukuh bagi mendapatkan pulangan yang baik ataupun digunakan untuk memberikan pinjaman secara riba kepada syarikat-syarikat yang datang kepada Bank untuk tujuan perniagaan mereka, samada perniagaan itu halal mahupun haram.
Sebagai imbalan kepada para pelabur atau penyimpan, pihak bank akan menetapkan kadar faedah tertentu (‘fixed interest' atau ‘fixed return') sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada penyimpan @ pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang antara 1 - 11 bulan, kadar faedah adalah menurut budibicara pihak pengurusan bank. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi menentukan kadar interest yang ingin diberinya.
Ingin ditegaskan di sini bahawa, menurut Islam, kadar 3 % dari "fixed deposit account" tadi adalah Riba ‘Ad-Duyun' dari jenis ‘Al-Qard'. Ini adalah kerana, sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini, disiplin pelaburan Islam (iaitu Mudarabah atau Musyarakah) tidak boleh menentukan pulangan keuntungan di awal kontrak sama sekali. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yang dibenarkan. Seperti 70 : 30 ( Bank : pelanggan).
· Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
Manakala dalam Akaun Simpanan Konvensional (Ordinary Savings Account) pula. Sekali lagi terdapat Riba secara pasti. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar 0.1-0.2 %. Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang dari pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan, dan si pelanggan di anggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu, hasilnya; Bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan tadi walau dalam keadaan apa sekalipun. Sekiranya Bank mendapat untung yang amat lumayan hasil penggunaan wang simpanan tadi, bank tetap hanya perlu membayar kadar kecil tadi, maka pelanggan pastinya dikira rugi. Sebaliknya, sekiranya bank menghadapi kerugian, Bank tetap perlu membayar kadar interest itu tanpa mengira sama ada ia akan menambah beban kerugiannya atau tidak. Maka, kerugian Bank pasti bertambah dan membebankan.
Justeru, penindasan berlaku dalam kedua-dua bentuk simpanan dan pelaburan konvensional di atas, sama ada kepada bank (apabila rugi tapi perlu membayar faedah Riba) atau pelanggan (apabila untung tapi hanya mendapat nisbah kecil).
Akaun di Perbankan Islam
Dalam pengurusan akaun secara Islam, suasananya adalah berbeza sama sekali, dimana semua pelanggan yang menyimpan wang di Islamic Akaun Islam ini boleh memilih sama ada ingin menggunakan:-
· a) Akaun Simpanan atas asas Wadi'ah (simpanan biasa tanpa menggunakan konsep mudharabah);
Dalam kontrak ini, pihak bank akan memastikan semua jumlah wang simpanan pelanggan adalah sentiasa selamat dan boleh di keluarkan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Bagi memanfaatkan dan menanggung kos pengurusan simpanan ini, pihak pengurusan Bank-bank Islam biasanya akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan pelaburan yang halal sahaja, tetapi pihak Bank akan menjamin pelanggan boleh mengeluarkan wangnya pada bila-bila masa serta akan menanggung segala kerugian jika berlaku. Sebagai menghargai pelanggan yang menyimpan wang ini sehingga membolehkan pihak Bank menjalankan operasi ekonomi dan perniagaan Islam, maka jika terdapat untung, pihak Bank akan memberikan hibah (hadiah sejumlah wang) kepada penyimpan sebagai tanda penghargaan.
Bagaimanapun jumlah dan kadar pulangan dalam bentuk ‘hibah' atau hadiah adalah terpulang kepada budibicara bank sepenuhnya, malah mungkin tiada sebarang hibah dalam keadaan tertentu. Jika ada pulangan, ia akan berubah-ubah menurut prestasi pernigaan yang dibuat oleh Bank Islam itu. Sekiranya hasil pelaburan menggalakkan, maka kebiasaannya penyimpan akan di beri "hibah" yang agak baik sebagai galakkan dan ucapan terima kasih kepada pelanggannya. Walaubagaimanapun hibah itu sama sekali tidak boleh dijanjikan oleh Bank dan tidak boleh pula dituntut oleh si pelanggan. [8] Oleh kerana itu, jika pelaburan mengalami kerugian, pihak penyimpan mungkin tidak akan diberi sebarang hibah, wang simpanan mereka juga tidak akan berkurangan. Ini lebih adil kerana :-
· Pelanggan berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya terjamin/tanpa risiko hasil pelaburan. Jumlah dan kadar hibah adalah sepenuhnya terpulang kepada budibicara bank. Bagaimanapun, biasanya pihak bank akan memberikan kadar hibah yang tinggi sedikit jika keuntungan diperolehi, demi menggalakkan minat pelanggan.
· Bank juga tidak terpaksa membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada keuntungan. Justeru bank tidak teraniaya sama sekali berbanding Bank Konvensional.
· Tiada sebarang Riba terbabit di dalam akaun ini dan semua pelaburan yang dibuat adalah setelah dipastikan memenuhi kehendak Shariah.
· b) Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung)
Satu lagi produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah akaun pelaburan yang menggunakan konsep ‘Mudharabah'. Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti " Akaun Pelaburan Umum Mudarabah" atau "Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah" atau " Akaun Semasa Mudarabah".
Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.
Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan digunakan untuk :-
· a) Dilaburkan untuk kegunaan perniagaan bank Islam yang telah dipastikan halal
· b) Dilabur kepada pihak ketiga yang juga dipastikan perniagaannya halal untuk membiayai perniagaan mereka, semua perniagaan ini telah di tapis oleh Majlis Penasihat Shariah dan pengurusan bank. Justeru semua "Shariah-Approved companies" ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.
Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana "client-friendly", iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau "transparent" dengan "client".
Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut "asset" mahupun "lialibilities" sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan "filter" Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-
· i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)
· ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai "impure interest income" berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )
Adapun di Bank Konvensional, proses pengendalian akaun simpanan dan pelaburannya adalah amat berbeza, pertamanya ia tidak terikat dengan displin Shariah, akibatnya mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek pematuhan Shariah atau tidak.
Selain itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah akauan Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar "indicavtive Rates" atau "kadar andaian dan ramalan" dan bukannya kadar yang tepat dan dijanjikan oleh pihak bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.
Cara kiraannya yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :-
Cara Kiraan :-
Untung Sebenar = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR) = Keuntungan setahun
100
Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru "indicative" atau andaiannya seperti berikut :-
3 X 70 (pelanggan) = 2.10
100
Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paprkan oleh Bank bagi memaparkan prestasi akan datang Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank memberikan pulangan dengan kadar di atas.
Perlulah sedari, seseorang yang menyimpan atau melabur wangnya di dalam akaun di bank konvensional pastinya akan mendapat saham keburukan hasil sokongan langsungnya dari wang depositnya itu, sama ada mereka menyedarinya atau tidak.
Sekian
Ust Zaharuddin
Quote:
Originally Posted by JUTAWAN007
Contoh Kiraan Sistem Mudharabah
Jangkaan keuntungan 440% setahun dengan
nisbah 70 : 30
Anggaran pajakan RM10,000.00
440% x RM10,000 = RM44,000
RM44,000 x 30% = RM13,200
RM13,200 = RM1,100 / sebulan SELAMA 36 BULAN 12 bulan
NILAI SEEKOR LEMBU ADALAH RM1,000.00
28.10.08
Lu Fikirlah sendiri.....
............ ........Before that, I would like to recommend reading from the world's best investor first. Then you decide to see if that kind of return is sustainable. If it's not, then ask yourself and see where the money comes from.
To help you with the 1st step, try reading http://www.investop edia.com/ university/ greatest/
29% for 37 yrs. - You'll notice that, the best investor in the world's return is :George Soros
21% for 40 yrs. - Warren Buffett
29% for 18 yrs. - Peter Lynch
15% for 20 yrs. yrs. - Eddie Lampert (not on the website above)
24% for 13 yrs. - Jim Cramer (not on the website above)
Even the world's best earns 29% return yearly (and that is not guaranteed). What swisscash is claiming is a return of 383% annualised compounded return per year!. With that kind of return, how much does RM 1 invested would be in 30 years?
Total is.. RM 329,924,000, 000,000,000, 000 !.
That amount can buy up whole Malaysia, and possibly the world!. Don't believe my calculation? . Do it yourself,
HEBATNYA SOLAT PADA KAJIAN SAINS
Solat dari kajian sains
Published by Admin on Sunday, October 19, 2008 at 8:16 AMTerapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak. |
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. |
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. |
Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio. |
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Sumber: berita harian
OTAK DAN ZIKIR, SATU KAJIAN SAINTIFIK
Otak dan zikir
Published by Admin on Friday, October 10, 2008 at 12:45 PMOtak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas
tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14
juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf
tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau
ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif
berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak
tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung
mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan
dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian
yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan
benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu
dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza
otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan
lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya
dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
SIAPAKAH HARUN YAHYA?
"Beliau bukanlah baru dalam bidang siasatan konspirasi Yahudi. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan antara Conspiracy Investigator (CI) muslim paling terkenal di dunia setakat pengetahuan saya.
Hasil-hasil kerja beliau amat unik malah beliau tidak sahaja menumpu kepada membongkar aktiviti konspirasi Yahudi tetapi banyak makalah-makalah beliau mengajak manusia mengagungkan ciptaan Allah.
Selepas dipenjara atas tuduhan menentang Teori Revolusi Darwin semasa belajar di Turki, beliau banyak menulis tentang kehebatan makhluk-makhluk ciptaan Allah. Setiap huraian dan penerangannya digabungkan bersama fakta sains dengan ayat-ayat al-Quran. Bahasanya mudah, ringkas dan berfakta.
Maka tidak harianlah sebuah hasil kerjanya diterjemah di seluruh dunia dalam lebih 20 bahasa termasuk Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan Amerika.
Beliau amat terkenal sebagai pembongkar dan penentang pertubuhan Zionist dan Freemason di seluruh dunia. Mungkin sifatnya ini yang menyebabkan pihak pengurusan Googel Inc. mengharamkan penggunaan Google Groups kepada Adnan Oktar atau sebarang aktiviti berakaitan dengannya.
Bukan itu sahaja, beliau juga antara CI muslim yang dikategorikan oleh Jewish American Organization (JAO.org) sebagai anti-sematik dan berbahaya kepada Yahudi Zionis.
Nampaknya beliau mengikut jejak langkah Muhammad Isa Dawud digelar sebagai anti-sematik dan berbahaya. Cumanya Muhammad Isa Dawud di banned oleh Anti-Defamation League (ADL.org) lebih awal lagi.
Umur mereka berdua juga hampir sama, kedua-duanya berumur 50-an, cuma Harun Yahya tua setahun daripada Muhammad Isa Dawud iaitu 56 tahun.
Mengapa Harun Yahya Dianggap Berbahaya?
Yahudi amat licik mencari mangsa untuk dihapuskan. Mereka tidak mencari orang-orang awam yang menyertai demonstrasi jalanan menentang zionis, tetapi mereka mencari penusis-penulis buku yang dijangka sebagai racun utama kepada masyarakat.
Buku pertama beliau bertajuk, Judaism and Freemasonry yang diterbitkan pada 1986 telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Freemason aliran sekular di Turki. Akibatnya beliau dipenjara dan dikurung di hospital pesakit mental di Ankara.
Dalam buku itu, beliau mengutuk habis-habisan fahaman agama Yahudi iaitu Judais dan pertubuhan Freemason. Beliau juga menegaskan dalam bukunya bahawa kitab Taurat yang digunakan oleh masyarakat Yahudi sekarang adalah palsu.
Namun tentang dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kurang memberi kesan kerana beliau lahir dari keluarga kaya raya dan elit. Beliau banyak menggunakan wang-wangnya untuk tujuan berdakwah, membuat risalah dan mengedar kepada orang ramai.
Selepas keluar dari penjara pesakit mental itu, Harun Yahya tidak gentar malah berani menentang Yahudi secara terbuka dengan menerbitkan suatu lagi buku kontroversi pada 1996 iaitu Soykurum Yalam (The Holocoust Lie).
Kini Harun Yahya amat terkenal dan berpengaruh ditambah pula kerajaan Turki sekarang dipimpin oleh pemimpin revolusi Islam dari parti AKP, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua mereka mempunyai zaman yang sama dan jihad yang satu.
Harun Yahya dengan jihad ilmu-ilmu sains sosialnya manakala Recep Tayip Erdogan dengan jihad politiknya.
Bilal Philips Vs Harun Yahya
Dalam beberapa ceramah baru-baru ini, Bilal Philips yang juga pendakwah dan penulis beberapa buku berkaitan konspirasi Yahudi menyelar salah satu hasil kerja Harun Yahya iaitu The Atlas of Creation.
Bilal terdapat beberapa ungkapan dalam makalah tersebut yang dipertikaikan oleh Bilal Philips.
Bilal Philips juga mengatakan Harun Yahya ialah seorang pantheist, penyembah berhala dan tidak mempunyai latar belakang sains dalam menerangkan sesuatu berkaitan dunia saintifik. Harun Yahya dianggap hanya sebagai interior designer sahaja dalam dunia saintifik.
Bilal juga menegaskan akan merancang beberapa video untuk mendedahkan pembohongan-pembohongan Harun Yahya (Adnan Okthar)
Pandangan Peribadi Saya
Setakat tarikh ini, dan setakat pengetahuan yang ada, saya masih lagi menyebelahi pandangan Harun Yahya berbanding Bilal Philips. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya kurang bersetuju dengan Bilal malah sangsi dengan beliau:
- Pertamanya Bilal bermazhab Wahabi dan boleh dianggap pendokong ideologi Wahabi yang ekstrem
- Keduanya, Bilal tidak hidup dalam perjuangan seperti Harun Yahya yang pernah dipenjarakan oleh konco-konco Kamal Attartuk.
- Ketiganya, Bilal hanya mengkritik buku Harun Yahya yang berkaitan penciptaan Allah tetapi tidak mengkritik buku-buku Harun Yahya yang berkaitan Zionis.
- Keempatnya, Bilal Philips walaupun mempunyai PhD tetapi telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua ulama ahlul Sunnah adalah syirik pada Jun 2007 di Madison Squere Garden, New York. Ini jelas menunjukkan kependekkan akalnya.
- Dan akhirnya, Bilal tidak tahu berbahasa Turki. Dan Harun Yahya tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam buku asalnya. Semua makalah Harun Yahya sebenarnya dari bahasa Turki. Apabila diterjemahkan ke bahasa asing maka ketepatan makna akan bergantung 100% kepada penterjemah tersebut.
(Kiri) Harun Yahya ditahan polis Turki pada 1986 kerana menentang sekular (Kanan) Harun Yahya ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa Barkikoy, Turki.
Kesimpulan
Apabila berlaku pertembungan dua orang Islam di hadapan masyarakat awam yang berebut memperbetulkan keadaan, harus bagi kita menilai siapakah di antara kedua mereka yang lebih gemar menyelesaikan masalah secara musyawarah berbanding tikam menikam lidah.
Wallhu’alam.
#Tektik penggodam Maybank2u
Sebenarnya M2u telah memberikan peringatan jangan sekali kali login melalui email link. Kita sepatutnya login melalui web page m2u yang asal, kalau boleh taip sendiri perkataan maybank2u.com, ataupun simpan dlam bookmark/favourite.
1. Si penggodam (kita paggil dia "hantu" senang cerita) akan membuat satu laman web replica yang menyerupai maybank2u atau mana mana online banking. Biasanya dia copy semua graphics dari maybank2u. Mungkin web tu dihostkan di overseas.
2. Si hantu akan menghantar random email kepada sesiapa sahaja, munkin dari senarai email yg dibeli dari ajen tertentu. Dalam email tu dia akan menyuruh penerima supaya login ke maybank2u atau mana mana online banking, kononnya kita punya account telah diceroboh orang, ataupun kononnya ada security update supaya akaun kita lebih selamat (yang sebenarnya si penggodam tu lah hantu besar!)
3. Dalam email tu dia akan meletakkan satu link, biasanya ditulis www.maybank2u. com juga, tapi bila mangsa klik directly on the link, dia akan direct ke homepage yg replica tadi sebab properties link tadi bukan di "link"kan ke m2u, tapi di link ke replica website.
4. Oleh kerana replica website tu rupanya 100% sama dgn m2u original website, maka mangsa akan terus memasukkan username dan password seperti biasa tanpa ragu ragu.
5. The moment mangsa click "submit", the website akan menghantar username dan password ke email si hantu tadi. Dalam masa yang sama web site tadi akan memaparkan satu lagi web mengatakan system sedang memeriksa akaun maybank mangsa dan meminta mangsa supaya menunggu lebih kurang 5 ke 10 minit kerana system akan menghantarkan TAC ke handphone mangsa. Dalam web page ini ada satu ruang untuk mengisi TAC. Jadi mangsa akan menunggu sehingga TAC diterima di handpone. Dalam masa yang sama, si hantu telah menerima username dan password mangsa dan telah melogin keakaun mangsa dan telah meminta TAC. Jadi, dalam masa 5-10 min handpone mangsa akan terima TAC (yang sebernarnya telah diminta oleh sihantu tadi).
6. Bila TAC diterima, si mangsa akan mengisi TAC number tadi kedalam website tadi dan the moment si mangsa click "submit", maka si hantu terus menerima TAC dan, apa lagi...joli katak lah si hantu tadi. Username dan password dah ada berserta TAC. Apa lagi, dalam masa 4 jam (TAC valid for 4 hrs) si hantu boleh membayar semua bil, boleh transfer duit pada kawan kawan dia...dan yang biasa dilakukan oleh hantu ialah menghantar TT ke luar Negara, kerana kalau hantar TT keluar Negara, bisanya susah nak trace/refund once the money has been transferred.
So begitulah ceritanya... .jadi maybank sebenarnya tak bersalah dalam hal ini Sebenarnya m2u menggunakan system yg paling secure, cma mungkin kita yang tidak berapa faham.
Berikut adalah pengalaman saya sendiri:
Saya jarang buka folder spam di email saya, tetapi tadi saya buka saja-saja dan menerima satu email yang lawak.
Berikut adalah maklumat penghantar.
from | Maybank Berhad | ||
reply-to | info.service@maybank.com | ||
to | |||
date | Mon, Oct 27, 2008 at 1:30 AM | ||
subject | ERROR NOTICE - Account Problem |
Apabila saya cuba semak melalui whois lookup , didapati owner direct2service.com dan maybank.com di daftarkan melalui hosting luar negara WORLDNIC.COM dan tidak mendaftarkan nama tuan punyanya. Yalah takkan pencuri nak meninggalkan jejaknya kan.
Diharap penjelasan ini membuatkan kita lebih berhati hati.
Semoga ada manfaat.
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3