18.8.08

Belia... Oh Belia Tanahairku

Apabila seseorang itu melibatkan diri dengan NGO yang menganjurkan program belia, kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah luar jangka.

Pada Sabtu dan Ahad yag lepas, saya bersama isteri mengikuti program belia anjuran Daerah Hulu Langat sebagai fasilitator. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun kehadiran hanyalah sekitar 63 orang. (walaupun yang mendaftar peringkat awal seramai 80 orang). Program kai ini diadakan di Nur Bukit Unggul, Dengkil Selangor.

Kemahiran Pak Lang selaku penggerak utama memainkan peranan yang berkesan untuk mencungkil, kelebihan dan kelemahan peserta. Beliau pandai memainkan kata-kata yang akan mencuit emosi dan perasaan peserta sehinggakan ada sebahagiannya mengalirkan air mata walaupun program baru bermula.

Dalam kehidupan kita, sebenarnya banyak dunia yang tersembunyi, begitu juga sebenarnya yang ada dalam diri belia.... mereka menyembunyikan pelbagai peristiwa, tingkahlaku, perasaan gembira, duga dan dendam dan pelbagai misteri dan mistik yang bersemadi dalam jiwa dan sanubari mereka.... semuanya itu sukar untuk diluahkan jika tiada rangsangan positif yang diberikan... mereka hanya akan luahkan sesama mereka dan mencari jalan penyelesaian yang tiada penghujungnya.

Pada hari kedua, ramai para peserta meluahkan perasaan yang terbuku di dalam jiwa mereka. Antaranya ialah

"Doakan agar saya menyayangi ayah saya dan bersedia memaafkannya"
Kata seorang peserta wanita dengan penuh perasaan dan mengalirkan airmata.




"Saya mengaku derhaka kepada ibu saya" Peserta Lelaki ini diam seketika. "Saya sanggup keluar rumah enjoy bersama rakan-rakan, sedangkan ibu saya terlantar sakit di rumah" katanya sambil terus mengalirkan air mata.....



"Saya terlibat dengan dadah" kata seorang adik yang merupakan peserta termuda kami..... usia beliau dalam lingkungan 18 - 20 tahun. Lantas kawannya bangun sambil terisak-isak menangis lalu berkata "saya seperti nasib kawan saya ini, kami akan ke mahkamah minggu depan setelah berada di IPD ******" " Doakan semoga hidup kami berubah dengan keinsafan yang kami rasa pada program kali ini"....




"Saya begitu berdosa pada ayah dan ibu saya".... kalaulah saya mampu sujud memohon maaf... saya ingin lakukan......."



Sebenarnya, dunia remaja dan belia yang penuh pancaroba menggugat jiwa mereka tanpa satu pedoman yang mulia, tanpa satu kumpulan yang mulia dan tanpa satu masyarakat yang mulia...

Termenung jauh sebenarnya kita memandang kepada dosa kita dan dosa masyarakat kita.....

Wallahu'alam

No comments: