Program Motivasi Kemiskinan Banyak menyedarkan kami sebagai perunding dan trainers ini bahawa kemiskinan itu banyak buruknya daripada baik dan ianya perlu menjadi satu agenda nasional yang ikhlas, tulus dan mulus untuk menukarkan situasi ini kepada situasi yang mempunyai ciri kekayaan.
Apabila dibicarakan kemiskinan, ramai daripada kita akan meletakkan pandangan secara realiti bahwa kemiskinan adalah kekurangan harta benda, kewangan dan kebendaan. Materiallah namanya.
Namun kita lupa, ramai daripada kita masih dibelenggu dengan kemiskinan emosi, kemiskinan bermasyarakat, kemiskinan ilmu, kemiskinan aqal dan kemiskinan rohani. Ini adalah kemiskinan yang terlepas pandang.
Apabila disebut-sebut dengan "motivasi", ramai akan berkata.. "alah, peserta tu akan bersemangat paling lama seminggu.... lepas tu... engkau lihat le... ia kembali kepada perbuatannya yang asal.... membazir je program motivasi nie...."
Betulkan motivasi adalah program membazirkan wang rakyat.?? MOtivasi bermakna motiveaction iaitu memberikan atau membantu peserta membina arah tuju hidup dan arah tuju apa yang ingin dilakukan. Selepas itu pastikan action itu berlaku dgn kehendak peserta itu sendiri. Letupan perubahan dalaman adalah terbaik untuk peserta berubah kerana perubahan yang dibawanya akan berkekalan lebih dari 2 minggu malah sepanjang hidupnya.
Apabila berbicara dengan peserta yang dikategorikan sebagai "miskin bandar" ini sebenarnya, kita berhadapan dengan individu yang talented, rajin, gigih dalam berusaha tetapi tidak diberi ruang dan peluang untuk mencuba. Mereka sentiasa menghadapi tribulasi birokrasi secara realiti atau ada juga secara mentaliti.
Para peserta boleh dikategorikan kepada beberapa pecahan:
a) Individu yang pernah berjaya malah pernah kaya raya tetapi jatuh miskin disebabkan oleh sesuatu peristiwa yang menjadi trauma dalam hidupnya.
b) Individu yang pernah berjaya dalam bizness tetapi diuji dgn kegagalan. Mereka memilih ujian itu untuk terus gagal dan tidak bersemangat untuk bangun semula.
c) Individu yang telah dilahirkan miskin, dibesarkan juga dalam kemiskinan dan mereka memilih untuk hidup dalam kelompok mereka iaitu memilih untuk miskin tanpa menyedari bahawa mereka mempunyai banyak potensi diri yang hebat..super power...
d) Individu yang hidup miskin kerana mereka ingin berbakti dgn masyarakat tanpa memikirkan tentang hidup mereka.
e) Individu yang hidup miskin kerana mereka suka dibantu atau diberi bantuan. Kenapa? Kerja menjadi mudah.... duduk diam-diam, dapat bantuan zakat atau bantuan seumpama dgnnya.
f) Individu yang berusaha gigih tapi dalam kelompok mereka sahaja, mereka ada kemahiran tetapi birokrasi menghalang mereka untuk berkembang.
Kami dalam kursus yang dianjurkan menyediakan ruang untuk para peserta meluahkan perasaan dan mengajak peserta membina keyakinan diri, mengenal erti hidup dan membina matlamat yang jelas...
Pada akhir program, sebilangan besar nampak hala tuju hidup mereka dan menetapkan cara untuk mereka berubah menjadi kaya aqal, kaya ilmu, kaya maklumat, kaya amal ibadat, kaya rohani, kaya emosi dan kaya luaran atau kaya fizikal. Gabungan kekayaan ini akan menyebabkan setiap insan akan sentiasa kaya di dunia dan kaya di akhirat...
Sama -Sama Kita Hayati Lagu Kehidupan oleh Idzhar Nowseeheart and Gang pada hari perasmian program
Lagu Kehidupan Pada Majlis Penutup
Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3
No comments:
Post a Comment