Pada Julai 2008, Saya ada menulis tentang approach kewangan Islam- adakah ianya bersifat Islamik atau sebaliknya....
Hasilnya sungguh membanggakan kerana ramai responden/ pembaca memberikan ulasan yang begitu baik berdasarkan pengalaman ilmu, pengalaman kerja dan pengalaman hidup.
Antaranya ialah:
a) Daripada Abdul Gani Endut
"Ijarah dan AITAB yang diamalkan di Msia tak mengandungi unsur Inah menurut majoriti penasihat Syariah kecuali sesetengah penasihat Syariah yang menganggap undertaking utk memindahkan pemilikan"
b)Pena Prima :-
"Assalamualaikum wbt.
Pandangan saya:
1. Tawarruq lebih baik berbanding bai 'inah. Namun BNM memang sedang berusaha mengurangkan penggunaan inah dalam produk perbankan Islam di Malaysia. Pada awalnya, deadlinenya ialah 2008, tetapi dilanjutkan kerana sebab2 yang saya tak tahu.
2. Kebanyakan produk bank Islam tempatan di Malaysia berasaskan 'inah, malah jual beli rumah, kereta ( AITAB ) juga dimasukkan unsur inah, itu sebab Bank Timur Tengah menolak BBA di Malaysia. BBA sebenarnya ialah sistem pembayaran, konsep produknya boleh berlaku dengan 'inah dan boleh berlaku dengan murabahah sebenar. Al-Rajhi menyediakan jual beli kereta secara solid jual beli, bukan aitab dan bukan ijarah.
3. Tawarruq ( maaf jika salah ) yang saya faham drp persoalan asal oleh al-rajhi ialah barangan itu dijual kepada pelanggan dengan harga RM 20940.00 ( atau lebih kurang, jika diambil kira apa-apa caj ) secara ansuran. Bermakna pelanggan dapat barang dan kena bayar ansuran selama 5 tahun. Kemudian dia jual kepada syarikat MSK dengan tunai bernilai RM15000.00. Tolak sana- sini dia dapatlah cash RM14639.30. Jika dia jual semula kepada al-rajhi, maka jadi 'inah. Jika jual kepada pihak ketiga jadi tawarruq. Bank boleh masukkan kontrak wakalah iaitu pelanggan lantik bank jadi wakil menjual semula barang itu kepada pihak ketiga.
4. Mengikut pengalaman singkat saya, KFH tidak mengamalkan tawarruq munazzam. Sampai sekarang saya belum dengar pembiayaan peribadi oleh KFH. Boleh rujuk kepada Ust Suhaimi."
c)Abdul Ghani Endut:
"Memang yang dimaksudkan adik -beradik tu adalah Inah dan Tawarruq Bankiah (Inah dan Tawarruq yang dipraktikkan dalam produk perbankan). Ana merasakan semua Inah dan tawarruq yang diaplikasikan dalam perbankan ada unsur munazzam/organised.
Nak kata tak ada lansung unsur munazzam/organised susah utk dibayangkan, yang beza cuma nisbah unsur munazzam/organised itu samada banyak atau sedikit. Bank pada hari pertama penubuhannya memang bertujuan untuk memberi financing bukan untuk "trading".
Jadi sudah pasti apa jua produk bank, semua transaksi "trading" yang dilaksanakan adalah "diatur" atau "diadakan" bagi memenuhi kehendak Syariah untuk mengelak syubhah riba. Bukan saja jual beli yang "diatur" tapi apa jua kontak yang digunapakai termasuk musyarakah, mudharabah, Ijarah dsb. Jadi soal transaksi Murabahah atau Tawarruq yang 100% ghair munazzam, maksudnya ianya dilaksanakan tanpa ada lansung unsur "diatur", bagi ana sukar dilaksanakan di bank,
Kerana bagi sebuah bank "risk exposure" sebegitu, menurut ilmu dan pengalaman ana yang sedikit ini tidak mampu diterima oleh organisasi yang bernama bank kerana itu bukan aktiviti sebuah bank. Lagi pun sekiranya tidak diatur dan berlaku tanpa sebarang "earlier arrangement" , ana berpandangan Inah pun tak ada apa-apa isu. Jadi soal 2, 3 atau lebih pihak yang terlibat tidaklah penting sangat. Yang sepatutnya dielak hanyalah agar transaksi jualbeli itu tidak diatur sebegitu rupa sehingga kembali kepada penjual asal secara "wajib" tanpa pilihan, tak kiralah melibatkan berapa pihak pun!
Sebagai ahli J/K Syariah al-Rajhi Bank, Sheikh Burhan mungkin boleh ceritakan bagaimana transaksi pembiayaan peribadi yang melibatkan susugold yang dibangkitkan di awal cerita ini dilaksanakan oleh al-Rajhi tanpa sedikit pun "diatur" oleh pihak bank. Maksudnya, pembekal susu, bank dan pembeli akhir sedikitpun tidak tahu menahu tentang arrangement pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada pelanggan.
Wallahu a'lam. "
d) Burhan Lukman:
"salam semua, setahu saya inah melibatkan dua parties, sekiranya hanya tiga pihak - ia jadi tripartite inah - inah thulathiyyah , ia masih lagi inah juga (kecuali tidak di sengajakan), dan tawarruq sepatutnya melibatkan empat pihak sekurang-kurangnya dan barang jualan itu tidak sepatutnya kembali lagi ke pihak pertama (kecuali tidak dimaksudkan) , mungkin yg dimaksudkan inah dan tawarruq adalah sisters ialah antara inah dan inah thulathiyyah, atau antara inah dan tawarruq munazzam (organised tawarruq) pandangan saya kebanyakan konsep tawarruq yg diamalkan oleh bank-bank islam hari ini adalah tawarruq munazzam, Allahul mustaan....
Pandangan saya tawarruq yg tidak munazzam adalah genuine sale and purchase walaupun niat sesuatu pihak ingin memperolehi cash dari pembelian dan penjualannya.
Untuk mewujudkan tawarruq yg bukan munazzam yg sebenar dan jauh dari syubhah riba memerlukan keinginan yg tinggi dan daya tahan dari para bankers dalam mengambil risiko perniagaan yg lebih dan inovatif serta kreatif mencari commodity yg sesuai. Dan juga memerlukan ketegasan yg lebih dari para ulamak....
e)Abdul Ghani Endut :
"Lebih tepat jika dikatakan tawarruq rather than Inah. Walaupun kebanyakan ulama' berpandangan Inah dan tawarruq adalah "sisters". Inah between two parties but tawarruq three parties or more. Penerimaan konsep tawarruq di kalangan pakar-pakar Syariah lebih meluas dari Inah walaupun secara teorinya sama saja kerana jualbeli yang dibuat bertujuan mendapatkan duit, bukan untuk mendapatkan barang.
Walaubagaimanapun dengan lebih dari dua parti terlibat ia lebih susah untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berakad kerana alasan utama kebanyakan ulama yang menolak Inah adalah manipulasi agar ianya tidak menjadi "back door to riba". Dari perspektif bank pula Inah lebih mudah berbanding tawarruq dari segi risiko dan kos."
f) fairul rafieq :
"Kontrak yg digunakan oleh al-rajhi bank ini ialah kontrak tawaruq. Oleh sebab bank tidak boleh mengenakan mark-up ke atas duit yg mengakibatkan riba, maka konsep tawaruq ini diwujudkan di mana ia mengubah transaksi hutang kepada jual beli.
Alrajhi sebenarnya menjual susugold dengan harga RM15k kpd kawan sdra dengan bayaran balik secara beransur2. Oleh sebab ini kontrak jual beli, maka alrajhi boleh mengambil untung dengan mengenakan mark-up tertentu.
Pihak ketiga diwujudkan sekadar utk membolehkan mekanisma pinjaman peribadi ini berlaku. kawan sdra perlukan duit, bukannya susugold td. Jd kawan td menjual barang secara tunai kpd MSK termasuk menanggung kos pengangkutan dan menerima bayaran RM14,750.
Jadi bayaran yang diterima drpd MSK itulah dianggap sebagai wang pinjaman kpd kwn sdara, tetapi bayaran ansuran dibuat kepada alrajhi bank.
<<*klu melalui pinjaman ribawi konvensional, ia hanya melibatkan antara pihak bank sebagai pemberi kredit dan peminjam. >>"
g) Awah Hassan:
"Memang Inah dan Tawarruq dua beradik. Negara2 di Timur Tengah mengiktiraf Tawarruq, that why Al-Rajhi Bank offer jual beli seperti itu untuk seseorang dapatkan wang tunai. Mereka kata kita guna helah nak halalkan riba dengan guna instrument Inah. Dalam mazhab Shafie, yang penting transaction berlaku dengan baik tanpa ada unsur riba, niat diserah kepada Allah.
From my opinion, menggunakan Tawarruq semacam berhelah juga jika orang ketiga yang dilantik oleh Bank mengikut sahaja apa yang Bank mahukan, sedangkan ikut sebenarnya, boleh saja pihak ketiga untuk tidak meneruskan jual beli. Tapi dalam kes tawarruq, pihak ketiga sebenarnya ada kala adalah SPV kepada bank itu. In conclusion, anyway we have more ways to do transaction without riba. So, gunakan bagi memajukan Islamic Bank. "
h) Razali Kamal:
"Salaam.....Memang betul begitu caranya.....cuma yg membezakannya dgn cara-cara yg dibuat oleh Bank Rakyat / Bank2 tempatan ialah barangan yg dinyatakan dlm surat tawaran contohnya komputer/matawang dll tidak wujud sama sekali...
tetapi dlm kes Ar Rajhi Bank barangan tersebut memang wujud dan sememangnya berlaku traksaksi yang sebenar spt mana yg dikatakan oleh pegawai bank tersebut ...oleh yang demikian Bank tidak mengambil lebihan drpd pinjaman, tetapi keuntungan yg bank dapat ialah hasil dari transaksi-transaksi yg dijalankan...Wallahua'lam"
Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3
No comments:
Post a Comment