5.8.08

Tazkirah Buat Insan Yang Selalu Lupa...

Sebagai pengisian ruhani..berkaitan penyakit-penyakit hati....yg ada pd
kita..ana sertakan dari ustaz zaharuddin..-.



Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia
datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan
diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.

Nabi s.a.w bersabda :-


Ertinya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang
diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri" ( Riwyaat Al-Bazzar &
At-Tabrani, Hadis Hasan : ALbani )

Ada yang terdetik di sudut hatinya.

"Aku hebat, akulah sentiasa solat berjemaah di masjid"

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya malah jauh lebih khusyu solatnya
dan hatinya tawadhu'.

Benar, sedarkah kita bahawa walaupun kita sentiasa ke masjid, namun
kebiasaannya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid atau surau
itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal namun dalam banyak keadaan kita
bukan yang terawal. Malah jika yang terawal sekalipun ia belum tentu yang
paling berkualiti di sisi Allah swt.

Ada yang terdetik :

"Akulah hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam."

Sedangkan ia lupa ramai lagi yang lebih lama telah berjuang darinya, malah
ada yang terkorban. Jauh lebih berani dari dirinya.

DAHSYATNYA AKU, SIBUK BETUL

Lagi detikan :-

"Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah..hebat, hampir setiap
hari ada kuliah dan ceramah di sana sini"

Ada yang merasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada
orang lain, sehingga mindanya terhalang dari merasakan ada insan lain yang
jauh lebih sibuk dan berjasa darinya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik
pemusnah diri dan amal. Malah ia terlupa dek kerana keghairahan memuji
dirinya, terdapat ramai lagi yang lebih sibuk darinya dalam hal dakwah,
malah 5 -6 ceramah setiap hari. Malah ada yang jauh lebih sibuk dari
bercermaha. Iaitu mereka yang berjuang dalam penulisan kitab 12 jam sehari,
lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, terdapat ramai yang berjuang namun bukan sekadar memberi
ceramah tapi mereka sudah sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan
inti-inti ceramah tersebut sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau
persekutuan. Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat ummat dari
sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis,
mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan,
sudahnlah ianya sedikit malah perasaan sebegini akan menjadikannya semakin
kurus kering di sisi Allah swt. Inilah nasihat buat saya dan rakan-rakan
pendakwah di luar sana.

Rasulullah s.a.w mengajar kita, dalam hal keagamaan untuk sentiasa mencari
dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih dari kita, manakala
dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik,
dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Sabda Nabi :-



Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya
sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak
akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat
tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia
berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada
orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang
diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi
dan Albani)

Namun adalah malang ramai yang mengamalkan hadis ini secara terbalik. Dalam
hal dunia sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta
sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu dari segala hukum halal haram.


Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih
teruk darinya, lalu mengganggap dirinya agak lebih baik. Seperti kata :

"ala orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ solat la
jugak walaupun tidak penuh lima waktu"

PALING ALIM

Selain dari itu, ada yang terdetik :

"Akulah antara yang teralim dan paling mendalam"

Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain.
Sedangkan terleka dari firman Allah swt :-




Ertinya : "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi
yang lebih mengetahui" ( Yusuf : 76 )

Inilah yang menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab berkata :-

Ertinya : Semua orang lebih faham dari Umar al-Khattab (Tafsir Ibn Su'ud,
6/276 )

Inilahyang disebutkan oleh Ibn Qayyim :-



Ertinya : ertinya di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan
ilmu, terdapat mereka yang lebih mengetahui darinya sehinggalah tamat pada
ilmu Allah swt, dan yang sempruna dalam ilmu tidak selain Allah( Zad
AL-Masir, 4/262 )



Ya Allah, diminta jauh dari penyakit sebegini hinggap di dalam hati-hati
kami. Perlulah dikethaui bahawa antara punca datangnya penyakit ini adalah
hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi.

HYPERLINK
"http://www.zaharuddin.net/index..php?option=com_content&task=view&id=718&It
emid=72"Sila baca bab tersebut di sini.

No comments: