3.9.08

Harapan Bakal Anak Mithali... Tahniah KBM Remaja

30 dan 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat buat lebih 150 pelajar sekolah menengah sekitar Banting. Satu program keinsafan diri telah diadakan oleh KBM KL bersama pemaju utama daripada Pulau Pinang (abang Ngah).

Program yang disusun cantik dan diolah dengan susunan jalan cerita yang menarik akan menyentuh hati adik-adik remaja tingkatan 5. Sekeras mana hati mereka...tangisan keinsafan akan kedengaran.




Program bermula dengan sentuhan mesra di mana para peserta diminta memahami rakan partner. Walaupun ada yang sudah
5 tahun berkenalan, mereka masih tersenyum lebar bila mengetahui bahawa sebenarnya 2 rakan karib masih lagi belum memahami semendalam mungkin kerana masing-masing telah berkawan dengan memakai topeng-topeng yang dibina dan dipakai setiap hari tanpa ada ketelusan sehinggalah program ini dilaksanakan. Sehinggakan ada yang berkata" Walaupun saya dah lama berkawan dengan Lina tapi hari ini, saya betul-betul memahami rakan saya ini."

Namun begitu berlaku satu peristiwa yang membuka pekung di dada, apa bila sebilangan besar pelajar perempuan bangun dan meminta pelajar lelaki sekelas untuk turut bangun seraya berkata...."aku dan kawan-kawan mohon maaf pada kau orang semua sebab kita orang selalu kutuk eng
kau orang terutama ***** dan ****."



La... rupanya kat sekolah ni, ada satu persengketaan dan perselisihan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.....

Lagi teragis...bila ada pelajar lelaki bangun secara terbuka mohon maaf pada seorang perempuan sambil berkata dipenghujung ayatnya "..aku sayang padamu"... sempat jugak si adik ni luahkan kata sayang pada kaum berlainan jenis.... remaja zaman sekarang yang mudah terlibat dengan cinta monyet.... kenapa? sebab kat TV, kat majalah dan kat mana-mana media selalu menggambarkan percintaan seolah-olah bercinta itu lumrah remaja dan halal dalam Islam.
Pada sebelah petangnya pula, para pelajar diajak untuk menghayati erti kasih sayang kepada ibu dan ayah serta kawan-kawan secara terbaik.

Pada sebelah malam dalam MAM 1, adik-adik diajak berfikir tentang ayah dan ibu, kebaikan mereka, kesilapan kita terhadap andaian negatif kita kepada mereka. Adik-adik diminta memikirkan apakah dosa - dosa yang pernah mereka lakukan terhadap ibu dan ayah.....

Pada situasi ini, ramai yang menangis kerana tahu betapa ramai remaja hari ini berdendam dengan kedua ibu bapa mereka, mereka menyangka ibu bapa mereka tidak adil kepada mereka tanpa menyedari sebenarnya remaja konfuse antara kasih sayang dan ketegasan.

Remaja tidak tahu (barangkali) ada ibu dan ayah yang menangis disebabkan tingkah laku mereka, Ada ibu dan ayah yang menahan lapar kerana ingin melihatkan semua anak mereka makan sekenyang yang mungkin. Ada ayah yang bekerja sampai larut malam sebab nak tengok kehidupan keluarga dan anak-anak bahagia. Bila dikhabarkan kepada mereka tentang kesusahan dan kepayahan serta penderitaan ayah dan ibu untuk membesarkan mereka... ramai yang mengalirkan air mata..terharu dan insaf yang selama ini remaja hanya memikirkan diri mereka sahaja.

Adik remaja diajak berfikir jika.... ayah dan ibu pergi buat selama-lamanya..... apakah yang akan berlaku pada mereka....... dan sketsa "pemergian ibu" dilakonkan.... ramai yang menangis sekuat hati melihatkan hal sedemikian....



Last sekali dalam MAM 2, para pelajar diajak berfikir...jika mereka pula yang pergi menemui ilahi... adakah mereka sudah bersedia dengan soalan malaikat dan apa yang berlaku seterusnya..... suasana sedih dengan lakonan daripada fasilitator sungguh memberikan impak yang berkesan kepada peserta.......

No comments: