18.6.08

Anjing Lebih Mulia Daripada Manusia

Anjing warisi RM12.9 juta harta janda Helmsley

(Utusan Msia :- 18 Jun 2008 / 13 Jamadil Akhir 1429)

NEW YORK 17 Jun - Seekor anjing Maltese bernama Trouble yang mewarisi RM38.9 juta (AS$12 juta) daripada harta milik jutawan hotel dan hartanah Leona Helmsley, bakal "kempunan" kerana hanya mendapat sebahagian saja daripada harta janda itu.

Akhbar New York Post semalam melaporkan bahawa seorang hakim memutuskan bahawa RM32.5 juta (AS$10 juta) daripadanya akan diserahkan kepada badan amal dan dua orang cucu Helmsley.

Hakim Reena Roth memutuskan bahawa Helmsley mempunyai masalah mental semasa wasiat itu ditulis dan memutuskan sebanyak RM12.9 juta (AS$4 juta) akan diberikan kepada pertubuhan kebajikan yang dirahsiakan dan baki sebanyak RM19.5 juta (AS$6 juta) lagi kepada Craig dan Meegan Panzirer yang sebelum ini tidak dinyatakan dalam wasiat tersebut.

Helmsley, 87, telah mewasiatkan sebahagian besar daripada peninggalan hartanya berjumlah RM8.1 bilion (AS$2.5 bilion) kepada satu dana amanah selepas meninggal dunia pada 20 Ogos tahun lalu.

Warisnya termasuk seorang abangnya yang juga penjaga kepada Trouble sehingga ia mati, empat cucu dan 12 cicit.

Sebanyak AS$5 juta (RM17 juta) setiap seorang kepada dua daripada empat cucunya, hanya jika kubur anaknya, Jay Panzir, dilawati sekurang-kurangnya setahun sekali.

Roth juga memutuskan pemberian RM12.9 juta (AS$4 juta) kepada Craig Panzirer, 40, dan RM6.5 juta (AS$2 juta) kepada adiknya, dengan syarat mendiamkan diri berhubung perbalahan dengan nenek mereka dan menyerahkan semua dokumen mengenai Helmsley.

Trouble kini hanya memiliki RM12.9 juta (AS$2 juta) dan dipelihara di satu lokasi rahsia di Florida selepas dipindahkan ke sana pada Disember lalu setelah menerima ancaman bunuh.

Helmsley berkahwin dengan jutawan hartanah, Harry Helmsley pada 1972 dan kemudian membantu suaminya itu membangunkan sebuah syarikat yang mengurus beberapa hartanah paling berprestij di New York termasuk Bangunan Empire State, di samping hotel di seluruh negara.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Begitulah laporan daripada utusan hari ini, anjing lebih mulia daripada manusia.

Kenapa?

Zaman sekarang ini apabila integriti tiada pada diri manusia, syak wasangka menjadi-jadi, tiada lagi unsur percaya mempercayai.. terutama bila berkaitan dengan DUIT, WANG atau Money!

Lalu terjadilah seperti di atas... anjing menerima wasiat dan harta...jumlahlah billion dollar...
pandai ke anjing ini menguruskan wang itu sendiri.....

Akhirnya anjing ini menerima ancaman bunuh.... tragis betul cerita benar ini?... kalau cerita cartoon senang pula anjing ini melarikan diri atau anjing ini membina empayar perniagaan sendiri tapi ini cerita bener di dunia yang bener...


Apakah situasi ini akan juga berlaku di MALAYSIA pada masa akan datang?




No comments: