16.6.08

Miskin Bandar II - Buang Bayi

Bila disebut Miskin Bandar, kita juga selalu dimomokkan dengan pemikiran iaitu mereka miskin harta atau miskin kebendaaan.

Sedangkan konsep miskin ini luas jikalau dipandang daripada kepelbagaian makna secara holistik.

Ada orang miskin harta, ada orang miskin rohani, ada orang miskin fizikal, ada orang miskin aqal dan hati.

Buang Bayi adalah penanda kemiskinan aqal, rohani dan hati. Bayi dibuang begitu sahaja tanpa ada unsur belas kasihan daripada ibunya atau bapanya atau orang yang ada talian darah dengannya. Kenapa? Gejala Sosial? Rogol? Zina? Suka-Suka?

"Anak yang secomel ini senang-senang dibuangnya... senang dapat anak tapi tak dihargai.!" marah seorang kakak apabila membaca keratan akhbar apabila dilaporkan yang bayi diletakkan di dalam beg sekolah.... " Kita ni bertahun-tahun berusaha buat itu dan ini, jumpa berbagai-bagai doktor... buat ikhtiar yang tiada penghujungnya adalah kerana inginkan seorang anak!" Luahnya yang begitu kecewa dgn fenomena di negara kita.

Isteri saya mencelah... "anak di sebelah kakak ni, anak siapa?" memandangkan ada seorang anak yang berusia 2 tahun duduk di atas ribanya. "ooo... ini anak angkat akak, kakak ini dah tak boleh dapat anak sebab kanser rahim...."

Begitulah ujian kita di dunia ini, individu yang baik inginkan anak akan diuji dgn cabaran susah dapat anak. Individu yang subur dan senang dapat anak akan diuji dgn percintaan, nafsu dan kemampuan diri menjauhi kemiskinan pemikiran dan rohani.

Yang berjaya membina kekayaan rohani , hati dan pikiran akan berjaya membina dirinya dan keluarga menjadi berjaya walaupun kesempitan wang. Berjaya melawan dugaan dan cabaran di dalam memajukan diri senjadi insan yang berguna dan mulia.

Individu yang berduit adakalanya diuji dengan miskin pemikiran , miskin rohani, miskin perhubungan, miskin akhlak dan pelbagai kemiskinan yang kadang-kala tak terfikir oleh kita.....

Miskin apakah yang perlu diperangi dahulu....

Miskin Rohani, Miskin Pemikiran, Miskin Hati, Miskin Emosi atau Miskin Harta?

Wassalam

No comments: