11.6.08

Apakah itu sebuah hakikat atau alasan diri?

Assalamualaikum semua,

Semoga semua dianugerahkan kesihatan yang benar-benar sihat secara luaran dan dalaman kerana adakalanya kita ini sihat luaran tapi belum tentu dalaman.

Semalam Selasa 10 Jun 2008, saya diminta memberikan satu ceramah berkaitan minda dan bagaimana menyuburkannya di salah satu pusat Latihan PBT di negeri Selangor.

Alhamdulillah, respon yang cukup bagus daripada peserta memandangkan usia mereka masih lagi lingkungan 30an... jiwa yang masih muda, minda yang masih segar membara menimba ilmu secara teori dan ingin mempraktiskan menjadi amali dan pengalaman diri.

Semasa makan tengahari dan minum petang, saya dan rakan didatangi oleh pegawai yang mengikuti kursus.. lalu berlakulah satu perbincangan tentang masa depan PBT, perbincangan yang boleh membuka pemikiran kita tentang pengurusan mantap yang menjadi idaman rakyat.... saya mengemukakan persoalan berdasarkan tajuk yang pernah diberi kepada peserta iaitu "kalaulah saya dilantik sebagai YDP atau Datuk Bandar, apakah yang akan saya lakukan dalam masa 100 hari pertama pentadbiran saya"

Jawapan peserta ialah melakukan itu dan ini secara panjang lebar tetapi masih lagi seolah-olah mengulangi tindakan yang dibuat oleh YDP atau Datuk Bandar yang lama... Jarang-jarang peserta memberikan jawapan baru iaitu suatu tindakan yang belum dilaksanakan oleh pentadbir sekarang atau satu tindakan yang berbeza jauh dan menentang pemikiran YDP atau Datuk Bandar sekarang....

Bila saya bertanya.. kenapa tindakan yang sama?... kenapa tidak sesuatu tindakan yang boleh mmudahkan masyarakat berhubung dgn PBT.. memudahkan urusan masyarakat.. kenapa tidak menyatakan satu tindakan yang betul-betul baru yang mampu mengejutkan PBT lain atau satu tindakan yang akan mencabar minda YDP dan Minda Ahli Majlis untuk melaksanakannya!

Jawapan yang diberikan sungguh simple dan biasa didengar... kami di PBT tertakluk kepada peraturan tubuh PBT.... sesiapa yang menjadi YDP atau Datuk Bandar akan melaksanakan perkara yang sama sahaja....

Pada masa itu pelbagai persoalan datang ke minda saya... bila diajukan kepada rakan sebelah... katanya banyak jugak yang difikirkan ttg situasi tersebut:

1. Betulkah peraturan tubuh PBT menghalang kreativiti memajukan PBT untuk menjadi hebat, efisien dan terkini selari dgn kehendak zaman? atau diri manusia sebenarnya penghalang utama apabila zon selesa adalah segalanya.....

2. Perlukan "management of Change" diperkasakan semula supaya lebih memahami realiti yang berlaku di PBT?

3. Kenapa manusia suka menuding jari kepada peraturan, dan bukan pada diri sendiri? Apa yang patut diubah dahulu... manusiakah... atau peraturan?

4. Adakah kita di PBT cuba memahami kehendak rakyat atau kita mungkin syok sendiri akan kehendak rakyat.

Adakah itu sebuah hakikat atau ilusi diri sendiri........hanya matahati yang mampu melihat apa itu yang hakiki

Wassalam

No comments: