2.7.08

Apabila 2 Pemikiran Berbeza


Semalam, saya dan rakan diminta oleh pihak atasan untuk berjumpa dengan General Manager dan Executive Director sebuah badan corporat yang dalam proses membina "rebranding".

Fokus utama kami ialah bagaimana pihak kami dapat membantu Badan Korporat ini membina step ke 3 dalam rebranding atau "changing management" ini. Step ke 3 ialah bagaimana membangunkan "people" atau manusia yang akan mencorakkan perjalanan syarikat seterusnya.

Kami mengucapkan tahniah kepada pengurusan atasan yang telah berjaya membawa perubahan dalam struktur dan juga process... kini datanglah cabaran ketiga iaitu membina insan atau staff yang
mampu menerima konsep perubahan dan mahu membawa perubahan itu ke arah mampu dalam perlaksanaan sehingga mengangkat syarikat ke mercu kejayaan seperti yang diharapkan.

Apakah program yang ingin dilaksanakan?
Disinilah berlakunya pertembungan 2 pemikiran yang berbeza.

Pihak Pengurusan Syarikat mahukan....

1. Program fizikal yang akan mencabar individu melakukannya. Cabaran fizikal akan melahirkan cabaran mental dan seterusnya peserta akan membina keyakinan diri untuk sanggup menghadapi segala cabaran.

2. Idea dikemukakan ialah
a) Fasilitator akan bertindak memberi "energy" kepada setiap peserta. Seorang fasi bagi setip 10 orang dalam satu kumpulan atau lebih berkesan seorang fasi jaga 6 peserta.

b) aktiviti yang sesuai ialah flying fox (musang terbang), abseiling (turun pakai tali) dan any actvt yang seumpama dgnnya.

Apa yang kami nampak.....
1.) Membina keupayaan dan kemampuan untuk berubah secara sukarela atau sendiri dan bukan paksaan adalah satu paksi yang tepat untuk perubahan selamanya.
2.) Kesedaran akan perlunya berubah itulah yang lebih utama. Maknanya perubahan minda itu perlu dengan memberikan ruang sedar ----> Mahu ----->Tahu-----> Mampu.
3.) Bukan aktvt yang penting tetapi memahami kenapa aktvt dijalankan itu lagi penting.
4.) Manusia atau insan perlukan perubahan dalaman dengan membina kekuatan kerohanian seterusnya kekuatan emosi, kekuatan aqal dan kekuatan fizikal. Membina kekuatan fizikal dahulu tidak kemana perginya kalau jiwa dan rohani lemah.

kata Syaidina Umar; "orang yang kuat bukanlah bergantung kepada kekuatan fizikalnya tetapi kekuatan dirinya menahan kemarahan".

5) Kami mencadangkan membina kekuatan rohani dan kekuatan aqal dgn memahami kenapa kita berbeza..... adakah perbezaan itu kerana berbeza aqal berfikir... pada kuandran mana kekuatan berfikir kita.....

6) Kami mencadang program "Water Confidence", berakit, musawwirah, mulahazat dan pelbagai program teambuilding tapi kurang menggunakan fizikal. Kenapa..... fizikal yang penat akan membantutkan diri untuk bangun ditengah malam mengadap ilahi dalam qiyamullail yang diadakan...... Membangunkan kekuatan mental secara rohani telahpun diamalkan oleh RAsulullah dan Para Sahabat tanpa melupakan juga latihan fizikal......

Perbincangan kami berakhir dgn senyuman kerana dua pihak yang berbeza memahami perbezaan yang timbul. Berbeza dalam menuju matlamat yang sama.

Mudah-mudahan perbezaan yang timbul membuka mata hati kedua-dua pihak melihat dari sudut yang berbeza dan seterusnya membina peluang yang terbuka luas dalam mendidik manusia menjadi yang terbaik dalam hidupnya.

No comments: