13.6.08

Miskin Bandar




Apa bila memperkatakan "Miskin Bandar", kita kena luaskan ufuk kefahaman kerana miskin bandar bukan seperti miskin desa. Kalimat "miskin" yang sama tetapi makna hakiki yang berbeza.

Bila disebut miskin desa, tergambarlah difikiran kita, keadaan yang menyedihkan. Rumah buruk, harta tiada, anak-anak tak terurus, kais pagi makan pagi, kais petang makan ptg..

Miskin bandar sedikit berbeza... ianya bergantung kepada taraf hidup sesuatu bandar.. Mereka yang dikategorikan sebagai miskin bandar, adakalanya mendiami rumah batu, ada kereta, ada motosikal, ada pekerjaan yang kadangkala bergajikan RM2000 tapi kehidupannya susah dengan bilangan anak yang ramai.

Cuba kita lihat senario ini,
Selepas solat jumaat di Masjid Aman, Jalan Damai KL, apabila tetamu Allah keluar daripada Masjid, mereka akan melalui satu golongan manusia yang akan menyediakan cawan untuk diisi dgn duit daripada wanita dengan anak-anak kecil, lelaki di atas kerusi roda dan pak cik yang berbasikal ke masjid. Mereka dipanggil pengemis jalanan. Yang paling menyedihkan apabila si anak kecil yang sepatutnya berada di tadika atau di sekolah rendah juga berada di situ bersama ibunya menghulurkan cawan kepada jemaah masjid.

Bila diperhatikan pergerakan mereka, didapati satu keluarga pengemis yang terdiri dari ibu-ibu dan anak-anak datang ke Masjid Damai ini dengan teksi - pay by cash- lagi tambangnya.

Pak Cik itu pula datang berbasikal (dimanakah tempat tinggalnya... tidak pasti. Dan pandai berbahasa Inggeris Simple... bila pelancong Arab memberikan duit kepadanya, spontan beliau mengucapkan - "thank you, sir".. Saya lihat ramai jemaah senyum melihat telatahnya... tak sangka beliau boleh berbahasa inggeris.

Wanita (maybe dari Burma atau Bangladesh)bersama dengan anaknya turut berada di situ meminta-minta belas kasihan jemaah.

Apakah yang hadir difikiran kita... adakah mereka ini dipanggil "miskin bandar"


Senario 2,

Saya pernah menghadiri satu program dimana hampir 100 orang yang dipanggil miskin bandar berada di situ.....
Bila dibuat perbincangan dgn mereka... beberapa perkara yang menyedarkan kami erti miskin bandar

1. Ada di kalangan mereka pernah menjadi jutawan MLM, pernah pegang duit ribuan, pernah melancong ke 8 buah negara dgn penginapan 5 star hotel.. mereka jatuh miskin apabila diuji dgn kematian pasangan atau diuji dgn penceraian.

2. Ada yang memiliki kereta MYVi... tetapi sentiasa diuji dgn pelbagai ujian yang menyebabkan hilang arah tujuan hidup.

3. Ada berhadapan dgn masalah kesihatan yang kronik, masalah kawin paksa, masalah anak down sindrom

4. Mereka rajin berusaha tetapi peluang tidak diberikan.

5. Rajin berusaha dan berjiwa peniaga tetapi belum lagi berjiwa usahawan.

6. Berjiwa usahawan tapi tidak tahu akan wujudnya dana kerajaan yang membantu mereka.

7. Tahu tentang dana kerajaan seperti tekun, mara, zakat dan lain-lain tetapi terasa seperti dipermainkan oleh pegawai agensi yang terlibat.

Senario ke 3,

Bergaji RM 2000 - RM 3000, hutang kredit card RM 17,000, Personal Loan RM5,000, Bayaran kereta RM500 sebulan, sewa rumah RM450 sebulan.....

Adakah situasi ke 3 ini juga dikira sebagai "Miskin Bandar"?

Sama-sama kita fikirkan....

No comments: