Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

Perang Uhud Pada Pandangan Ulamak Sunni


Perang Uhud... riwayat yang disucikan drpd riwayat palsu

Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu.

Selepas peperangaan Badar seluruh Quraisy telah bersetuju untuk membuat satu serangan dan peperangan yang menyeluruh terhadap kaum muslimin, serangan yang boleh melegakan perasaan marah mereka dan melunakkan kesumat hasad mereka. Untuk itu mereka membuat persiapan secukupnya bagi membolehkan mereka masuk ke kancah peperangan nanti.

Ikrimah bin Abu Jahal, Safwan bin Umaiyah, Abu Sufian bin Harb dan Abdullah bin Abi Rabiah merupakan tokoh yang paling aktif dan pengerak utama malah yang paling bersemangat ke kancah peperangan berkenaan.

Tindakan awal yang mereka lakukan untuk tujuan berkenaan ialah memegang kafilah yang terlepas dahulu yang dipimpin oleh Abu Sufian, yang menjadi punca peperangan Badar. Mereka menegaskan kepada pemilik-pemilik harta itu, dengan kata mereka : “Wahai kalian Quraisy, Muhammad telahpun membuat pukulan ke atas kamu dan membunuh tokoh-tokoh kamu, ku mengharapkan agar kamu kalian dapat membantu kami, memerangi Yathrib dengan harta-harta ini. Semoga dapat kita menebus kekalahan dan menuntut bela ke atas kematian orang-orang kita yang tersayang itu”. Mereka semua pun bersetuju, maka dijual kesemua barang itu menjadi aset mereka, berjumlah seribu ekor unta dan lima puluh ribu dinar wang emas. Sempena usaha ini Allah menurunkan firmanNya yang bermaksud :

“Sesungguhnya meraka yang kafir membelanjakan harta mereka untuk menyekat dakwah ke jalan Allah. Dan mereka berbelanja, kemudian perbelanjaan itu mendatangkan penyesalan seterusnya mereka akan ditewaskan “
(al-Anfal: 36)
Setelah itu mereka membuka peluang untuk pejuang sukarela kepada sesiapa sahaja yang berkeyakinan untuk turut serta dalam operasi mengepong orang-orang Islam di Al-Madinah. Peluang dibuka untuk golongan awam Al-Ahabisy, Kabilah Kinanah dan penduduk Tuhamah. Sebagai langkah memberansang orang ramai, beberapa insentif mereka lakukan, di antaranya, Safwan bin Umaiyah memikat Abu Azzah untuk turut sama bergerak, beliau adalah penyair yang telah dibebaskan Rasulullah tanpa sebarang bayaran, beliau telah membuat janji dengan Rasulullah selepas ini beliau tidak akan membuat sebarang hasutan terhadap Islam, namun beliau termakan dengan ajakan Safwan, beliau turut berusaha mempengaruhi kabilah Arab untuk turut serta memerangi kaum muslimin. Safwan menjanjikan Abu Azzah kiranya beliau selamat pulang dari peperangan terhadap kaum muslimin nanti akan diberi kemewahan kepadanya, kalau tidak beliau akan bertanggungjawab menyara hidup puterinya. Abu Azzah bergerak penuh semangat melalui syair-syairnya yang bersemangat meransang kabilah-kabilah disekitar Makkah, malah disamping itu pihak Quraisy telah memilih seorang penyair lagi untuk meransang saraf musyrikin Makkah.
Abu Sufian merupakan tokoh yang bersungguh-sungguh bergerak menentang umat muslimin setelah beliau lari lintang pukang dari buruan ghazwah Al-Sawiq, malah dalam operasi itu beliau kehilangan sebahagian besar dari bekalan makanannya.

Apa yang menambahkan suasana lebih buruk dan menyemarakkan lagi kemarahan Quraisy ialah kejayaan angkatan Zaid bin Harithah menewaskan kafilah Safwan bin Umaiyah yang membawa kerugian besar malah hampir meranapkan ekonomi Quraisy dan mensugulkan perasaan dan pemikirannya. Kesemua faktor ini mendesak Quraisy untuk mensegerakan tindakan ke satu kancah peperangan penentu di antara mereka dan kaum muslimin.

KEKUATAN TENTERA QURAISY DAN PIMPINANNYA
Dalam tempoh setahun, pihak Quraisy telah berjaya memperlengkapkan angkatannya dengan peralatan ketenteraan yang diperlukan. Kekuatan tenaga manusia terdiri dari tiga ribu orang askar. Gabungan Quraisy, sekutu dan Al-Ahabisy, sesetengah pemimpin Quraisy berpendapat, peperangan kali ini baik disertai oleh kaum ibu. Kerana penyertaan seupama ini boleh mempertingkatkan prestasi dan mutu peperangan tentera Quraisy, agar mereka akan bermati-matian semasa bertempur kerana mempertahankan maruah dan kehormatan keluarga mereka. Bilangan kaum wanita yang turut serta adalah seramai lima belas orang.
Logistik pengangkutan di dalam angkatan kali ini sebanyak tiga ribu ekor unta, kekuatan tentera berkuda adalah seramai dua ratus ekor kuda. Peralatan penangkis adalah sebanyak tujuh ribu perisai.

Pimpinan agung diserahkan kepada Abu Sufian bin Harb manakala pimpinan tentera berkuda diletak dibawah kelolaan dan tanggungjawab Khalid bin Al-Walid dengan dibantu oleh Ikrimah bin Abi Jahal. Adapun tanggungjawab membawa panji peperangan diserahkan kepada Banu Abdul Al-Dar.

TENTERA MAKKAH BERGERAK
Dengan kelengkapan yang sebegini kemas, tentera Makkah mula bergerak menuju ke Madinah. Kesumat kemarahan yang amat sangat untuk menuntut bela di atas kematian-kematian silam membakar perasaan masing-masing, menunggu saat yang pada bila-bila masa sahaja boleh membangkit dan mencetuskan pertempuran yang sengit.

RISIKAN-RISIKAN RASULULLAH MENYINGKAP PERGERAKAN MUSUH
Al-Abbas bin Abdul Muttalib mencerap pergerakan ketenteraan Quraisy. Al-Abbas pun segera pula mengutus risalah memaklumkan Rasulullah segera sesuatu mengenai tentera Quraisy dan pergerakannya.

Utusan Al-Abbas itu bergerak cepat sekali merentas perjalanan di antara Makkah dan Madinah yang dianggar jaraknya lima ratus kilometer memakan masa tiga hari, utusan tadi segera menyerah risalah Al-Abbas itu ke tangan Rasulullah (s.a.w.) yang pada masa itu sedang berada di masjid Quba’.

Ubai bin Kaab bertugas membaca risalah yang diterima itu kepada Baginda. Baginda meminta agar dirahsiakan risalah berkenaan, dengan itu Baginda segera pulang ke Madinah dan terus Baginda berbincang dengan pemimpin Muhajirin dan Al-Ansar.

PERSIAPAN KAUM MUSLIMIN MENGHADAPI KECEMASAN
Kini Al-Madinah berada dalam suasana seruan jihad am (Al-Nafir al-Aam ). Tentera Islam terus membawa senjata ke mana sahaja hingga ke dalam solat mereka, sebagai persiapan buat menghadapi suasana kecemasan.

Satu kumpulan bertindak telah dibentuk dari kalangan Al-Ansar, terdiri dari Saad bin Muaz, Usayyid bin Hadhir dan Saad bin Ubadah, mereka bertugas mengawal Rasulullah, mereka ini sepanjang masa berada di pintu kediaman Rasulullah siap sedia dengan senjata mereka.

Dan beberapa kumpulan yang lain bertugas menjaga pintu masuk ke Madinah dan lorong-lorong yang lain, takut diserang hendap dan curi masuk secara mendadak.

Sekumpulan yang lain membantu relawan peninjau buat meninjau pergerakan musuh, kumpulan ini bergerak di sekitar jalan-jalan yang dianggap kemungkinan tentera musuh merempuh masuk menyerang kaum muslimin.

TENTERA MUSUH DI PINGGIR AL-MADINAH
Tentera Makkah meneruskan perjalanannya dengan melalui jalan awam utama di sebelah barat, setibanya ke Al-Abwa’, Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian di antara kaum ibu Quraisy yang turut serta bersama tentera Makkah telah mencadangkan supaya mereka mengali lubang kubur ibu Rasulullah di situ, namun pemimpin tentera enggan berbuat demikian, malah mereka memperlngatkan bahawa tindakan seumpama itu boleh mendatangkan padah yang buruk ke atas mereka semua.

Tentera Makkah teruskan perjalanannya hingga sampai berhampiran al-Madinah dengan melalui “Wadi al-Aqiq” kemudian membelok sebelah kanan dan singgah berhampiran bukit “Uhud” di kawasan yang dikenali sebagai “Ainain” di lembah “al-Sabkhah” berdekatan terusan di tebing lembah di situ, kira-kira disebelah utara “al-Madinah” mereka berkhemah di situ pada tanggal tujuh haribulan Syawal tahun ketiga hijrah di hari Jumaat.

MAJLIS PERMESYUARATAN BERSIDANG MEMBENTUK PELAN PERTAHANAN
Risikan al-Madinah telah memungut berita mengenai tentera Makkah pada setiap pergerakannya, sehingga berita terakhir mengenai perkhemahannya. Justeru itu Rasulullah pun bersidang dengan anggota Majlis Permesyuaratan Tertinggi Ketenteraan Islam, bagi bertukar pendapat untuk menentukan pendirian, malah Baginda menceritakan mimpi yang dilihatnya dengan berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya daku telah bermimpi sesuatu yang baik, daku melihat seekor lembu jantan disembelih, mata pedangku sumbing dan ku memasukkan kedua tangan ku ke dalam baju besi”. Baginda mentakbirkan mimpi lembu jantan sebagai beberapa orang sahabatnya terbunuh, pedang sumbing sebagai seorang keluarganya dibunuh dan baju besi sebagai “al-Madinah”.

Kemudian Rasulullah mengemukakan pendapat kepada para sahabat untuk tidak keluar dari al-Madinah, malah mereka wajar mempertahankan al-Madinah, kiranya kaum musyrikin berkhemah di tempat mereka sekarang bererti mereka mengambil yang buruk dan tidak berfaedah dan kalau mereka menyerang al-Madinah maka kaum muslimin akan menanti mereka di pintu-pintu lorong ke Madinah. Kaum wanita berperanan dari atas bumbung rumah, itu adalah pendapat Baginda. Pendapat Baginda dipersetujui oleh Abdullah Ibni Ubai bin Salul kepala munafiqin, beliau menghadiri majlis berkenaan dengan statusnya sebagai salah seorang pemimpin al-Khazraj. Persetujuan beliau dengan cadangan Rasulullah tadi bukanlah berasaskan pendirian yang sihat dari logik ketenteraan, tetapi maksud beliau ialah untuk mengelak dari peperangan dalam keadaan tidak disedari oleh orang lain, namun dengan niat tak eloknya beliau dan rakannya terdedah kepada kaum muslimin, dan tertonjol lagi sifat nifaqnya di saat terawal lagi.

Sekumpulan para sahabat Rasulullah yang tidak menyertai peperangan Badar telah meminta Rasul supaya berperang di luar di al-Madinah, dan mereka beriya-iya untuk keluar, ada di antara mereka yang berkata : “Wahai Rasulullah, sememangnya kami mengharapkan hari seumpama ini dan kami senantiasa berdoa kepada Allah. Nah! Allah telah pun membawa hari itu untuk kami, di mana perjalanannya tidak jauh dari sini, semua ini Allah yang memperdekatkannya, Ayuh! Keluarlah wahai Rasulullah untuk bersemuka dengan, musuh Allah dan jangan biarkan mereka melihat kita sebagai orang-orang yang pengecut”. Orang yang mengepalai mereka, yang bersemangat untuk keluar ini ialah bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Al-Muttalib, sebagai orang yang dilihat oleh Rasulullah di dalam mimpinya, sebagai mata pedang yang sumbing, akhirnya Rasulullah bersabda kepada mereka : “Demi Tuhan yang telah menurunkan ke atas ku al-Kitab, aku tidak akan memakan sebarang makanan hinggalah akan membelasah mereka dengan pedangku ini di luar al-Madinah.

PEMBAHAGIAN KELOMPOK TENTERA ISLAM DAN KEMARAAN BAGINDA KE MEDAN PERANG
Di hari itu Rasulullah bersembahyang Jumaat bersama-sama seluruh kaum muslimin di Madinah diikuti dengan nasihat dan pesanan yang meminta supaya mereka sentiasa bersabar di mana mereka akan dianugerahkan dengan kemenangan dari Allah dan seterusnya meminta mereka bersiap sedia serta berjaga-jaga untuk menghadapi musuh. Maka seluruh hadirin terasa gembira dengan seruan Baginda itu.

Di sebelah petang Rasulullah (s.a.w.)bersembahyang Asar bersama kaum muslimin, penduduk al-‘Awali telah turut di dalam perhimpunan itu, kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dituruti oleh dua orang sahabatnya Abu Bakr dan Umar (r.a). Mereka berdua memasangkan serban ke kepala Baginda dan memakaikan Baginda pakaiannya, seterusnya Rasulullah mengambil senjata, memakai baju besi mengalas pedang dan keluar ke hadapan khalayak ramai.
Orang ramai sedang menunggu kemunculan Rasulullah, di masa itu Saad bin Muaz dan Usaid bin Hadhir bercakap kepada Hadirin : “Kamu telah paksa Rasulullah supaya keluar, sewajibnya serahkan sahaja urusan ini kepada Baginda”, dan mereka semua terasa menyesal dengan tindakan mereka itu, bila sahaja Rasulullah muncul semula di hadapan mereka, mereka pun menyuara : “Wahai Rasulullah tidak wajar bagi kami mencanggahi tuan hamba, lakukanlah apa sahaja sehendak tuan hamba, kiranya Rasulullah lebih suka bertahan di al-Madinah, Rasulullah boleh lakukan”. Jawab Rasulullah (s.a.w.) dengan sabdanya yang bermaksud:

“Tidak wajar bagi seorang nabi apabila telah memakai baju besinya akan menanggalnya hinggalah Allah membuat penentuan di antaranya dan musuhnya”.

Rasulullah memulakan penyusunan tentera dengan membahagikan kepada tiga kelompok:
1. Katibah (kelompok) al-Muhajirin panjinya diserahkan kepada Mus’ab bin Umair al-Abdari.
2. Katibah al-Ansar dari al-Aws diserahkan panjinya kepada Usaid bin Hadhir.
3. Katibah Ansar dari al-Khazraj diserahkan panjinya kepada al-Habbab bin al-Munzir.
Semua tentera terdiri dari seribu orang askar di antaranya seratus berbaju besi dan lima puluh penunggang kuda tapi ada pendapat mengatakan di hari Uhud itu tidak ada askar berkuda. Rasulullah melantik Ibnu Umu Maktum sebagai Khalifahnya di al-Madinah untuk mengimami sembahyang dengan orang yang masih berada di Madinah. Setelah itu Rasulullah pun memerintah tentera Islam bergerak menuju ke sebelah utara, kedua-dua Saad keluar berlari di hadapan Rasulullah dengan memakai baju besi masing-masing.

Setibanya Rasulullah berhampiran dengan “Thaniyah al-Wada'” Baginda terlihat satu katibah tentera yang kemas peralatannya, berasingan dari tentera induk, Baginda bertanya siapa mereka itu, maka diberitahu itu adalah katibah Yahudi sekutu al-Khazraj. Mereka relahati untuk turut serta di dalam peperangan menentang kaum musyrikin, tanya Baginda : “Apakah mereka itu telah memeluk Islam?” Jawab mereka : “Tidak”. Maka Rasul menolak penyertaan mereka kerana Baginda tidak mahu meminta bantuan dari kaum kafir untuk menentang kaum musyrikin.

PERBARISAN TENTERA
Setibanya Baginda ke tempat yang dikenali sebagai “al-Syaikhan” Baginda memeriksa perbarisan tenteranya, mana-mana peserta yang dianggap masih kecil belum cukup layak, tidak berkemampuan untuk berperang dihantar pulang, di antara mereka ialah : Abdullah bin Umar bin al-Khattab, Usamah bin Zaid, Usaiyid bin Zahir, Zaid bin Thabith, Zaid bin Arqam, Urabah bin Awsi, Amru bin Hizam, Abu Said al-Khudari, Zaid bin Harithah, al-Ansari dan Said bin Hibbah. Ada pendapat menyebut di antara yang masih muda dan dihantar pulang ialah al-Barra’ bin Azid tetapi hadith al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Azib membuktikan kehadiran beliau di dalam peperangan Uhud Itu.

Namun Baginda membenarkan Rafi’ bin Khudaij dan Sumrah bin Jundub meskipun kedua-kudanya terlalu muda, tapi oleh kerana Rafi’ mahir melontar anak panah maka Baginda membenarkannya. Di sini Sumrah berkata :

“Daku lebih gagah darinya, daku pernah mengalahkannya semasa bergusti dengannya, setelah dicerita hal ini kepada Rasulullah, lalu Baginda meminta mereka berdua bergusti, dan mereka pun melakukannya, memang Sumrah mengalahkan Rafi’, maka Rasulullah (s.a.w.) membenarkan kepada mereka berdua untuk turut serta.

BERMALAM DI TEMPAT DI ANTARA UHUD DAN AL-MADINAH
Rasulullah sampai ke tempat ini dilewat petang, setelah bersembahyang Maghrib, dan Isya’ di waktunya, maka Rasulullah pun bermalam di situ. Sebelumnya Rasulullah telah pilih seramai lima puluh orang untuk membuat pengawalan, dengan meronda di sekeliling perkhemahan di ketuai oleh Muhammad bin Maslamah, al-Ansari, wira dan jaguh sariyah Kaab bin al-Asyraf, sedang Zakwan bin Abd Qais pula bertugas khusus menjaga nabi (s.a.w.).

PENDERHAKAAN ABDULLAH BIN UBAI DAN RAKANNYA
Sebelum fajar menyising di akhir malam dan sebelum masuk waktu, Rasulullah bersembahyang sunat fajar, tapak perkhemahan Baginda itu adalah dekat dengan tempat musuh, kiranya Rasulullah (s.a.w.) boleh nampak mereka dan mereka boleh nampak Baginda. Di ketika ini Abdullah bin Ubai memberontak dengan menarik diri bersama dengan pengikut-pengikutnya, kira-kira tenaga mereka seramai sepertiga dari keseluruhan tentera Islam, dianggar sebanyak tiga ratus orang dengan katanya: “Untuk tujuan apa kita berperang?” Beliau protes dengan alasan Rasulullah tidak meminta pendapatnya malah Baginda senang mengikut pendapat orang lain.

Tidak syak lagi motif utama penarikan diri ini bukan sekadar sebagaimana yang dinyatakan oleh kepala munafiq tadi, iaitu kerana Rasulullah menolak pandangannya kalau tidak kenapa pula beliau telah mengikuti Rasulullah hingga ke tempat ini, sekiranya inilah alasannya nescaya beliau menarik diri dari awal-awal lagi. Tujuan beliau yang sebenarnya ialah untuk menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, di hadapan tentera musuh, dan supaya tentera-tentera yang lain akan turut jejak langkahnya dan supaya semangat juang dikalangan tentera Islam musnah sama sekali dan membangkitkan semangat musuh setelah melihat keadaan umat Islam, malah inilah cara yang paling berkesan untuk memusnahkan Rasulullah (s.a.w.) dan sahabat-sahabatnya yang jujur ini, seterusnya akan terbuka baginya untuk kembali berkuasa di Madinah pada anggapannya.
Memang benarlah apa yang dimaksudkan oleh kepala munafiq tadi, kerana hampir tercapai sebahagian dari matlamatnya, lantaran dua kumpulan dari Banu Harith dari al-Aws dan Banu Salamah dari al-Khazraj hampir hendak menuruti jejak langkahnya, tetapi Allah menyelamatkan mereka dengan mencampak kekuatan ke dalam hati-hati mereka, justeru itu mereka kembali sedar dan cekal, sebagaimana diceritakan Allah di dalam firmanNya:

“Dan ingatlah ketika dua golongan di antara kamu hendak berundur dan Allah jua wali, memelihara mereka berdua. Dan hanya kepada Allah hendaklah orang-orang beriman menyerahkan diri. “
(Ali-Imran: 122)
Dalam hal begini Abdullah bin Hiram iaitu bapa Jabir bin Abdullah bertindak memperingatkan orang-orang munafiq ini akan kewajipan mereka di saat segenting ini, beliau mengekori mereka memarah dan menggesa mereka supaya berpatah balik, dengan katanya: “Ayuh ke mari berperanglah ke jalan Allah itu, atau setidaknya bertahan”. Apa jawab mereka: “Kalaulah kami tahu bahawa perang akan berlaku masakan kami akan menarik diri”. Dengan itu Abdullah Bin Hiram kembali semula dengan berkata: “Allah akan jauhkan kamu, kamu memang musuh Allah, Allah akan menyempurnakan kerja RasulNya tanpa kehadiran kamu”. Mengenai golongan munafiqin Allah berfirman:

“Dan supaya dia mengetahui orang melakukan nifaq dan dikatakan kepada mereka marilah kamu berperang pada jalan Allah, atau pertahanlah kamu dengan bilangan kamu itu. jawab mereka: Kalau kamu tahu bahawa perang akan berlaku tentu kami mengikut kamu, mereka pada hari itu terlebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan, mereka mengatakan dengan mulut mereka barang yang tiada dalam hati. Dan Allah lebih mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan “.
(Ali-Imran: 167)
TENTERA ISLAM YANG MASIH KEKAL TERUS MARA KE UHUD
Selepas penderhakaan dan penarikan diri oleh golongan munafiqin, namun Rasul meneruskan kemaraannya dengan tentera yang masih bersama Baginda yang seramai tujuh ratus orang askar, untuk terus berhadapan dengan tentera musuh. Perkhemahan musuh menghalang Baginda untuk sampai ke bukit Uhud dari beberapa arah. Maka Rasulullah merayu: “Siapa di antara kamu yang boleh bawa kita keluar dari tempat ini dengan tidak melintasi hadapan mereka?”. Jawab Abu Khaithamah: “Daku wahai Rasulullah”. Maka beliau memilih jalan yang ringkas untuk sampai ke Uhud dengan melalui perkampungan Banu Harithah dan ladangnya, membiarkan tentera musyrikin ke sebelah barat.

Tentera Islam melalui di tepi tembok Mirba’ bin Qaidzi, beliau seorang munafiq buta, bila beliau mengetahui tentera Islam melalui di situ beliau melontar tanah dan pasir ke arah tentera Islam sambil berkata: “Sekiranya kau Rasulullah tak seharusnya kau memasuki tembok ku ini”. Sekalian tentera mara ke hadapannya untuk membunuh, tetapi mereka dilarang oleh Rasulullah dengan sabdanya:

“Tak usah bunuhnya, sudahlah dianya buta hati ditambah dengan buta mata pula”.
Rasulullah meneruskan perjalanan tenteranya hingga sampai di suatu lorong di bukit Uhud di tebing lembahnya, di situlah Baginda menempatkan tenteranya membelakangi bukit Uhud sedang tentera musyrikin berada di hadapannya. Dengan itu kedudukan semasa Baginda merupakan pemisah di antara tentera musyrikin dan al-Madinah.

STRATEGI PERTAHANAN
Di sini Rasulullah menggerak dan menyusun kedudukan tenteranya, mempersiapkan mereka semua untuk pertempuran. Rasulullah memilih di antara mereka dan menubuh sepasukan pemanah yang mahir, dengan tenaga seramai lima puluh orang, pimpinan diserahkan kepada Abdullah bin Jubair bin al-Nukman al-Ansari al-Awsi al-Badri. Mereka diperintahkan supaya mengambil tempat di atas bukit Uhud, yang terletak di sebelah selatan tebing lembah yang kemudian dikenal sebagai “Jabal al-Rumaah” di tenggara perkhemahan tentera Islam, kira-kira seratus lima puluh meter dari pengkalan tentera Islam.

Tujuan Rasul menyusun tenteranya sedemikian rupa adalah sebagaimana yang dapat dilihat dari pesanannya yang disampaikan kepada pemanah-pemanah berkenaan dengan sabdanya yang bermaksud:

“Humbankan kuda-kuda musuh yang menyerang dengan panah-panah kamu. jangan beri kesempatan kepada mereka menyerang dari belakang kami, sekiranya kami menang atau kalah jangan bergerak dari tempat kamu itu, supaya jangan kami diserang dari arah kamu kalian, peliharalah belakang kami, sekiranya kamu dapati kami sedang diganyang jangan kamu turun membantu kami dan sekiranya kamu dapati kami menang dan sedang mengumpul harta rampasan jangan pula kamu turun untuk mengumpul harta rampasan “.
Di dalam hadith yang lain riwayat al-Bukhari Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya kamu dapati kami diganyang jangan sekali-kali kamu tinggal tempat-tempat kamu itu hinggalah aku memberitahu kamu. dan sekiranya kamu mendapati kami berjaya mengalahkan musuh dan dapat melanyak mereka, juga jangan kamu kosongkan tempat kamu itu hinggalah aku menyuruh kamu turun “.
Terbentuknya unit khusus yang diletakkan di atas bukit dengan tugas-tugas khasnya itu yang begitu ketat, bererti Rasulullah sudah berjaya mengatasi satu penyebab kekalahan, yang berkemungkinan besar tempat kelemaahan ini akan dipergunakan oleh seteru untuk meluru masuk ke dalam saf Islam dari belakang dan ini besar kemungkhian pula seteru akan berjaya melingkungi tentera Islam.

Adapun baki askar, Rasulullah membahagikan mereka kepada sayap kanan di bawah pimpinan al-Muzir bin Amru dan sayap kiri dibawah pimpinan al-Zubair bin al-Awwam dengan dibantu oleh al-Miqdad bin al-Aswad. Kepada al-Zubair juga diserahkan tanggungjawab “pertahanan habis-habisan” untuk menolak serangan tentera berkuda Khalid bin al-Walid, di barisan hadapan sekali diletaknya sekumpulan terpilih dan berani dari tokoh-tokoh tentera Islam yang memang terkenal dengan keberanian dan keperwiraan mereka. Keupayaan mereka setanding dengan seribu orang.
Strategi Rasulullah merupakan strategi yang bijak dan teliti serta tertera kehandalan dan kebijaksanaan pimpinan Rasulullah (s.a.w.). Tak mungkin ada seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa mampu merencana strategi sekemas dan sejitu perencanaannya meskipun Baginda turun ke medan terkemudian dari musuh. Baginda membentengkan belakang dan kanannya dengan benteng semulajadi iaitu dengan bukit-bukit, manakala kelemahan belakang dan kirinya pula Baginda segera menutupnya dengan tapak markas operasi. Baginda memilih suatu tempat tinggi kiranya berlaku kekalahan di pihaknya, dan tentera Islam pula tidak akan lari, kerana alternatif itu memberi peluang kepada tentera musuh menawan mereka, taktik ini juga memberi peluang untuk membuat pukulan hebat ke atas tentera musuh, sekiranya mereka melanggar tapak markasnya, perencanaan ini juga telah memaksa musuh menerima dataran rendah sebagai tapak kedudukan mereka, di mana kiranya sukar bagi mereka memperolehi kemenangan, malah sukar pula untuk mereka melarikan diri dari buruan tentera Islam kiranya mereka tewas dalam pertempuran. Sebagai langkah untuk menampung kekurangan bilangan tentera Islam Rasulullah memilih seunit askar tempor yang berani dan nekad.

Beginilah bentuk penyusunan tentera Rasulullah (s.a.w.) yang telah digerakkannya di pagi hari Sabtu tanggal tujuh haribulan Syawal tahun ketiga hijrah.

RASULULLAH MENIUP SEMANGAT JUANG KE ATAS TENTERA ISLAM
Rasulullah melarang tenteranya dari memulakan peperangan kecuali setelah menerima arahan dari Baginda, Rasulullah menampil dirinya yang lengkap dengan baju besi, seraya merangsang sahabatnya untuk berperang, mengingatkan mereka supaya bersabar dan berdaya juang di saat pertembungan sengit, seterusnya Rasulullah memberi semangat keberanian dan pertahanan diri pada jiwa-jiwa sahabatnya, pada kemuncaknya Rasulullah mengeluar dan menjulang pedangnya dengan berkata: “Siapakah yang sanggup mengambil pedang ini dan menunaikan haknya dengan sebenar? Maka bangunlah beberapa orang untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin al-Khattab, akhirnya bangun Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil bertanya:

“Apakah haknya wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah (s.a.w): “Hendaklah pukul muka-muka musuh Allah hingga melentok”. Maka jawab Abu Dujanah: “Akulah orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah”. Lantas Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.
Abu Dujanah adalah seorang wira yang berani, beliau menyombong semasa berhadapan dengan seteru, beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan darah terakhir bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merah itu. Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah, terus beliau membelit kepalanya dengan semutar merahnya itu, beliau berjalan di antara dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah bersabda: “Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di suasana sebegini”.

MOBILISASI TENTERA MAKKAH
Kaum musyrikin menyusun operasi tenteranya berdasarkan sistem perbarisan. Pimpinan agung diletak di bawah Abu Sufian Sakhr bin Harb, yang mengambil posisinya di tengah-tengah askar Makkah, sayap kanan dipimpin oleh Khalid bin al-Walid, sayap kiri oleh Ikrimah bin Abu Jahal, pejalan kaki dipimpin oleh Safwan bin Umaiyyah manakala unit pemanah diletakkan dibawah pimpinan Abdullah bin Abi Rabiah.

Pembawa panji diserahkan kepada ketumbukan dari Banu Abd al-Dar. Sebenarnya tugas membawa panji Makkah memang menjadi tanggungjawab Banu Abd al-Dar, sejak pengagihan tugas dibahagikan di kalangan keturunan Banu Abdul Manaf, Abd al-Dar mewarisi tugas ini dari Qusai bin Kilab, bapa Abd al-Dar, sepertimana telah kita perkatakan di permulaan pembahagian tugas-tugas dahulu.

Tugas yang terikat pada masing-masing itu tidak seorang pun boleh mempertikaikannya, ini berdasarkan kepada tradisi yang diwarisi sejak turun temurun, di kesempatan ini pemimpin agung Quraisy iaitu Abu Sufian telah mengingatkan mereka, peristiwa terajis yang menimpa Quraisy di Badar, di mana pembawa panji al-Nadhr bin al-Harith telah ditawan oleh kaum muslimin, peringatan ini lebih merupakan provokasi kepada Banu Abd al-Dar dan membakar semangat juang mereka. 

Kata Abu Sufian:

“Wahai Abd al-Dar, di hari peperangan Badar kamulah yang membawa panji kita semua, hingga habis semua kita tertimpa-bala petaka, dimana kamu juga turut menyaksi bala itu datang dari arah kamu, kerana tumbangnya panji bererti tumbangnya kita semua, kalau tidak kamu boleh berhenti dari tugas ini atau serahkan sahaja kepada kami dan tahulah kami memikulnya”.
Di sini Abu Sufian sudah berjaya memancing kemarahan dan perasaan Abd al-Dar, malah mereka mengutuk Abu Sufian dengan kata mereka: “Apa kami akan serah panji kami ini kepada kamu? Besok kamu akan kenal siapa kami bila tiba saat pertembungan”. Memang benar apa yang mereka katakan itu, di mana mereka telah tidak berginjak dari medan pertempuran hingga habis orang-orang Abd al-Dar mati di medan pertempuran tak tinggal seorang pun.

POLITIK PANCINGAN QURAISY
Sebelum tercetus pertempuran, pihak Quraisy telahpun cuba menimbulkan keretakan di dalam saf Islam, Abu Sufian telah mengirim wakilnya menemui orang-orang Ansar dengan katanya: “Biarlah permasalahan ini di antara kami dan anak-anak saudara kami sahaja, tak usahlah kamu pedulikan, kiranya begitu akan kami beredar pulang dari sini biar peperangan pun tidak jadi”. Namun percubaan Abu Sufian itu tidak sedikit pun boleh mengugat keimanan dan keyakinan yang segagah gunung itu, malah al-Ansar menjawab balik dengan jawapan yang tak terdaya didengar oleh Abu Sufian atau musyrikin lain.

Kini saat genting dan detik terakhir semakin hampir, kedua belah pihak, mula menghampiri lawan, Quraisy sekali lagi cuba memecahkan perpaduan umat, cerita seorang ejen dan pengkhianat dikenali dengan Abu Amir seorang fasiq nama penuhnya ialah Abd Amru bin Saifi, suatu ketika pernah digelar sebagai Tok Paderi, tapi Rasulullah menamakannya al-Fasiq. Semasa Jahiliah beliau merupakan kepala kabilah al-Aws, tapi setelah Islam datang, beliau sesak nafas dan rimas dengan Islam, terang-terang beliau memusuhi Rasulullah, akhirnya beliau lari dari al-Madinah lalu tinggal dengan Quraisy merancang bersama mereka untuk memusuhi Rasulullah, di saat ini beliau menjanjikan Quraisy dengan katanya bahawa kaumnya akan mematuhinya sekiranya beliau menemui mereka, beliau telah keluar bersama golongan al-Ahbasy dan hamba abdi dari penduduk Makkah yang awal-awal keluar untuk memerangi Rasulullah semasa berhadapan dengan kaum muslimin, beliau memperkenalkan dirinya kepada kaumnya dengan katanya:

“Wahai kalian al-Aws ini aku Abu Amir”, jawab al-Aws:

“Allah tidak membahagiakan kehadiranmu wahai fasiq”, seru beliau lagi: “Selepas ketiadaan ku di sini seluruh kaumku terkena nahas sahaja”. Setelah perang bermula beliau memerangi kaumnya sehabis tenaga dan melontar batu-batu ke arah mereka.

Beginilah usaha Quraisy, di kali ini pun menemui kegagalan seperti usahanya yang pertama dahulu, usaha mereka ini memperlihatkan peri kegerunan mereka dengan kaum muslimin sekalipun bilangan mereka jauh lebih ramai dari bilangan tentera Islam. Dan peralatan mereka lebih banyak dari peralatan tentera Islam.

WANITA QURAISY SEBAGAI UNIT PERANGSANG DAN PENDESAK
Sekumpulan perempuan-perempuan ‘Quraisy yang turut serta dengan tenteranya di dalam peperangan kali ini bertanggungjawab mengambil bahagiannya yang berkesan, mereka ini dipimpin oleh Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian, mereka bertugas bergerak di antara barisan-barisan musyrikin memalu gendang merangsang kaum lelaki dan mendesak mereka berperang habis-habisan, mereka juga membangkitkan kesumat askar-askar musyrikin mengapi-apikan perasaan, pada ketika-ketika tertentu mereka merangsang golongan pembawa panji Quraisy dengan bermadah:

“Ayuh Banu Abd al-Dar mara Ayuh pengawal belakangan tentera Pukullah dengan pedang-pedangmu yang waja “
Di ketika-ketika yang lain mereka merangsang seluruh kaumnya berperang dengan madah-madah berbunyi:
Kami memeluk kau yang maju ke hadapan permaidani untuk setiap langkahan kau yang lari nyahlah tanpa kesayangan berpisah kita tanpa pujuk rayuan

PENCETUS PERTEMPURAN
Kedua-dua belah semakin mendekati lawannya, .detik-detik pertempuran pun dah sampai dipermulaannya, pembawa panji musyrikin Talhah bin Abi Talhah al-Abdari merupakan pencetus perlanggaran wira Quraisy yang paling berani, malah mereka menamakan beliau sebagai kibas ketumbukan Quraisy, beliau tampil ke hadapan menonggangi untanya, menawar cabarannya kepada tentera Islam, dik keberaniannya yang luar biasa itu, tak ada orang yang berani melawannya, namun al-Zubair tidak membiarkan cabaran tanpa bersahut, setangkas singa, al-Zubair sudah menerkam ke atas untanya lalu mencampaknya ke bumi sebagai jasad tak bernyawa.

Rasulullah melihat serangan al-Zubair yang mendadak dan pergelutan yang hebat itu, Baginda melaung takbir, maka seluruh tentera Islam turut melaung takbir. Rasulullah memuji kehandalan al-Zubair dengan sabdanya, bermaksud:
“Sesungguhnya setiap nabi itu ada penyokongnya dan penyokong ku adalah al-Zubair”.

ASAKAN PERTEMPURAN DI SEKITAR PEMBAWA PANJI DAN PEMBUNUHANNYA
Tercetus sudah peperangan, pertempuran semakin menjadi-jadi di antara dua kelompok di seluruh medan, pertempuran yang sengit berkisar di sekitar panji Quraisy, pembunuhan tetap menyusul ke atas Banu Abd al-Dar pembawa panji musyrikin setelah terbunuhnya pembawa pertama Talhah bin Abi Talhah, beliau diganti oleh saudaranya Abu Syaibah Uthman bin Abi Talhah, penuh semangat 

Abu Syaibah melaung dengan madahnya:

Pembawa panji berkewajipan pasti Darah menyirami bumi atau mati
Laungannya disambut oleh Hamzah bin Abd al-Muttalib, dengan terkaman menyinga, pedangnya terus singgah dipangkal tengkok lawannya memenggal bahu terus hingga terburai keluar isi perutnya.

Panji disanggah oleh Abu Sad bin Abi Talhah, belum sempat bergerak ke mana Sad bin Abi Waqqas menghumban panahnya ke leher Abu Sad, menyebabkan beliau terjelir lidah, jatuh terhumban ke tanah menemui ajalnya, ada pendapat menyebut bahawa Abu Sad telah meminta siapa yang sanggup mencabarnya, apa lagi Saidina Ali bin Abi Talib (r.a) pun segera berada di hadapannya masing-masing membuat tetakan, akhirnya Ali bin Abi Talib memukulnya dengan pukulan maut, maka tersungkur Abu Sad ke tanah dan mati. Sekali lagi panji Quraisy dipegang oleh MusafT bin Talhah bin Abi Talhah, belum sempat apa-apa beliau telah dibunuh oleh Asim bin Thabit bin Abi al-Aflah dengan panahnya menusuk ke badannya, panji Quraisy dicapai oleh saudaranya Kilab bin Talhah bin Abi Talhah, al-Zubair sekali lagi muncul di hadapan Kilab tanpa memberi kesempatan kepadanya al-Zubair terus membunuhnya dengan mudah, panji Quraisy diambil oleh al-Jullas bin Talhah bin Abi Talhah, kali ini Talhah bin Ubaidillah yang muslim menikam Ibnu Talhah yang kafir, membawa beliau rebah ke tanah, ada pendapat mengatakan pembunuh sebenar Abi Talhah ialah Asim bin Thabit bin Abi al-Aflah yang membunuh dengan panahnya yang singgah tepat ke badan Ibnu Talhah.

Itulah mereka, enam orang sekeluarga dari kabilah Abd al-Dar keturunan Abi Talhah Abdullah bin Uthman bin Abd al-Dar. Seorang demi seorang gugur di sekitar panji Quraisy, kemudian panji itu dipegang oleh salah seorang dari Abd al-Dar iaitu Artah bin Syurahbil namun beliau dibunuh serta merta oleh Ali bin Abi Talib, ada pula mengatakan Hamzah yang membunuhnya, setelah itu panji dibawa oleh Syuraih bin Qariz namun beliau juga dibunuh oleh Qazman, Qazman adalah seorang munafiq menyertai peperangan kerana semangat kebangsaan dan asabiyah semata-mata, panji musyrikin dipegang pula oleh Abu Zaid Amru bin Abdul Manaf al-Abdari beliau dibunuh oleh Qazman, kemudian panji itu dipegang oleh anak lelaki Syurahbil bin Hasyim al-Abdari tapi beliau juga dibunuh oleh Qazman.

Itulah sepuluh orang tokoh pembawa panji Quraisy yang kesemua mereka jatuh gugur ke tanah satu demi satu, hingga tiada lagi dari keturunan al-Abdari, yang kemudian dicapai oleh seorang hamba suruhannya Habasyi dikenali sebagai Sowab, beliau mengharungi peperangan penuh tabah dan berani melebihi tuannya pembawa-pembawa panji Quraisy, hingga ke saat beliau terpotong kedua-dua belah tangannya, beliau melutut dengan mengepit tiang panji dengan leher dan kepala bahu beliau, agar panji Quraisy tidak tumbang, hinggalah beliau terbunuh dalam keadaan beliau melaung; “Duhai Tuhanku!!, apakah aku cuai?

Setelah tumbangnya budak suruhan Abd al-Dar ini maka tumbanglah panji Quraisy dan tiada siapa yang cuba menegakkannya lagi.

PEPERANGAN DISUDUT-SUDUT BERASINGAN
Ketika asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin ianya juga berlaku di tempat-tempat yang lain, semangat orang Islam semakin memuncak di kalangan mereka, hingga dengan itu mereka terus menerkam ke arah tentera musyrikin bagaikan ombak melanda benteng, dengan selogan yang mereka laungkan di hari Uhud, “Amit, Amit” matilah matilah.

Abu Dujanah pula yang telah pun membelit kepalanya dengan semutar merah, menghunus pedang Rasulullah dengan tekad melaksanakan tugasnya yang dijanjikan, beliau meluru ke tengah-tengah orang ramai, asal bertembung dengan musyrik pasti dikerjakannya, beliau bagaikan menolak barisan musyrikin dengan asakannya. Sebelum ini al-Zubair bin al-Awwam terkilan juga; “Semasa ku memohon supaya Rasulullah menyerah pedangnnya itu pada ku lalu Baginda enggan memberinya pada ku malah diserahkan kepada Abu Dujanah, ku berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibu saudaranya, daku ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri di hadapan Baginda, daku yang mendahuluinya, namun Baginda tidak memberikannya, demi Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendak lakukan? Aku ekorinya, kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan sehelai kain merah lalu dililit kepalanya”, maka orang-orang Ansar pun berkata: “Abu Dujanah sudah pun bawa keluar semutar maut”, di masa itu beliau berdendang:
Daku ini yang dijanji kekasihku Semasa dipinggir di tepian tamar itu Ku bukan wira di belakang saf Pukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah.

Setiap musyrik melintasi di hadapannya pasti dicantas, di masa itu terdapat seorang wira di kalangan musyrikin yang tegas, ku berdoa semoga wira Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira musyrik itu, dengan izin Allah mereka berdua bertemu, masing-masing saling memukul lawannya, si musyrik tadi menetak Abu Dujanah dengan pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat menangkis dengan perisainya menyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu Dujanah pun menghayun pedangnya ke badan wira kafir tadi menyebabkan beliau terhumban ke tanah. Abu Dujanah merempuh baris’an-barisan peperangan hingga sampai ke barisart pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa disedarinya kata Abu Dujanah:

“Di sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku mara ke hadapannya sebaik sahaja aku hendak menetaknya tiba-tiba beliau menjerit, baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, daku pun tidak jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah, dari membunuh seorang perempuan”. Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah. Kata al-Zubair bin al-Awwam: “Daku melihat Abu Dujanah menghayun pedangnya ke atas kepala Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadi menetaknya, ku berkata hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui sedemikian”.

Adapun Hamzah bin Abdul Muttalib menerkam dalam semua serangannya bagaikan singa garang, beliau meluru ke tengah-tengah barisan kaum musyrikin dalam gerak kilatnya tiada bandingnya, wira-wira Quraisy mengelak bak daun-daun kering dipukul angin, selain dari tenaga sumbangannya untuk menumpas dan membunuh setiap pembawa panji Quraisy, beliaulah penggempur barisan pertahanan wira-wira Quraisy yang sentiasa berada di saf hadapan tentera Islam, namun kematian beliau tidak sebagaimana sepatutnya tumbang wira-wira di medan secara berdepan dengan lawannya, beliau telah dipukul curi oleh dayus yang diupah oleh manusia bedebah.

KEMATIAN SINGA ALLAH HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB
Wahsyi bin Harb pembunuh curi Hamzah bin Abdul Muttalib menceritakan: “Aku adalah budak suruhan kepada Jabir bin Mut’am, yang mana bapa saudaranya Taimah bin ‘Adi telah dibunuh di dalam peperangan Badar, semasa Quraisy bergerak dengan tenteranya ke Uhud Jabir telah menjanjikan: Sekiranya kau dapat membunuh Hamzah bapa saudara Rasulullah sebagai menuntut bela ke atas kematian bapa saudaraku maka akan ku bebaskan kau, dengan itu aku pun keluar menyertai orang ramai, daku adalah keturunan Habsyah, biasa mengguna seligi ala orang-orang Habsyah dan jarang akan tersisih sasarannya, di ketika pertempuran sengit berlaku, ku memerhatikan di mana gerangan Hamzah, setelah ku dapatinya di celah-celah orang ramai seperti seekor unta gagah, beliau mengasak orang ramai, tiada siapa yang mampu membendung, demi Allah aku tidak menghirau sesuatu pun selain dari Hamzah semasa itu ku cuba bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu, di masa itu Siba’ bin Abd al-‘Uzza sedang mendahuluiku, bila Hamzah melihat Ibn Abd al-‘Uzza beliau melaung, Ayuh kemari anak mak mudim kerana ibunya bekerja sebagai mak mudim menjawi kanak-kanak perempuan. Hamzah terus melibas dengan pedangnya sehabis kencang”.

Kata Wahsyi: “Aku mengoncang-goncang seligi ku, dan setelah ku berkeyakinan dengannya aku pun meluncurkannya. Tepat mengena sasarannya di perut, menembusi ari-ari di sebelah hadapan, beliau cuba menerkam ke arahku namun beliau rebah dan jatuh mati, aku mendekatinya dan ku cabut tombakku dan pulang semula ke perkhemahan untuk berehat kerana penyertaan ku tidak lebih dari tugas itu, demi untuk membebaskan diriku, setiba di Makkah aku dibebaskan”.

MENGUASAI KEDUDUKAN
Meskipun kerugian besar yang dialami oleh tentera Islam, lantaran kematian singa Allah dan Rasulnya, Hamzah bin Abdul Muttalib, namun kaum muslimin tetap masih menguasai medan pertempuran, juga turut serta di dalam peperangan ini Abu Bakar, Umar bin al-Khattab, Ali bin -Abi Talib, al-Zubair Ibnu al-Awwam, Mus’ab bin Umair, Talhah bin Ubaidillah, Abdullah bin Jahsy, Saad bin Muaz, Sad bin Ubbadah, Said bin Rabi’, Anas bin al-Nadr dan lain-lain yang setara dengan mereka. Penyertaan mereka semua dengan ertikata yang sebenar telah mematah sernangat juang pihak musyrikin.

DARI PELUKAN SEORANG PEREMPUAN KE MEDAN PERTEMPURAN
Di antara pahlwan handalan Islam yang turut dalam peperangan Uhud ini ialah Hanzalah “Ghasil al-Mala’ikah” (mandian malaikah) yang dikenali sebagai Hanzalah bin Abu Amir, Abu Amir itulah Tok Paderi yang dinamakan dengan al-Fasiq seperti yang disebutkan terlebih dahulu adapun Hanzalah ialah seorang muda yang baru sahaja berkahwin, ketika beliau mendengar seruan al-Jihad terus beliau bingkas bangun dari bersama isterinya yang baru dikahwininya itu. Semasa di medan pertempuran, beliau terus meredah barisan tentera musyrikin, hingga rapat bersemuka dengan Abu Sufian bin Sakhr bin Harb, hampir-hampir beliau membunuh Abu Sufian kalau tidak kerana, kurniaan Allah kepadanya, untuk menjadi syahid, semasa beliau sudah pun mengatasi lawannya Abu Sufian hampir menumpasnya tiba-tiba Syaddad bin al-Aswad memukulnya hingga beliau syahid.

UNIT PEMANAH DAN PERANANNYA D1 DALAM PERTEMPURAN
Unit pemanah yang ditubuhkan oleh Rasulullah yang diletakkan di Bukit Uhud itu berperanan di dalam peperangan, yang membuka jalan kepada tentera Islam meraih kemenangan, tentera berkuda musyrikin di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid yang disokong oleh Abu Amir al-Fasiq telah merempoh benteng pertahanan Islam di dalam tiga percubaan yang berani untuk sampai ke barisan pertahanan belakang hingga dengannya nanti mereka dapat menimbulkan kekacauan dalam saf kaum muslimin yang boleh membawa kepada kekalahan teruk, namun tindakan itu telah dipatahkan oleh kelompok pemanah-pemanah yang menghujani mereka dengan panahan membunuh, dengan itu ketiga-tiga cubaan mereka gagal sama sekali.

KAUM MUSYRIKIN MENERIMA KEKALAHAN
Beginilah kancah peperangan berlarutan di mana tentera Islam yang kecil menguasai seluruh suasana, membawa wira-wira musyrikin patah semangat dan barisan-barisan serangan dan pertahanannya menjadi porak-peranda, bagaikan tentera musyrikin yang seramai tiga ribu itu menghadapi tiga puluh ribu muslim bukannya beberapa ratus, di saat ini tertampil tentera Islam dalam satu potret keberanian dan keyakinan yang luar biasa.
Setelah sekian lama, pihak Quraisy mencurahkan tenaganya untuk menyekat gelombang kemaraan tentera Islam, terasalah mereka dengan keletihan dan kelunturan upaya hingga sudah tiada siapa pun yang berani menghampiri panji mereka yang jatuh dipijak-pijak itu, kibarannya di akhiri dengan kematian “Sowab” sudah pasti siapa mengangkat maka di situlah pula akan berlegarnya pertembungan, oleh itu musyrikin sudah mula berundur, dan lari menyelamatkan diri masing-masing, melupai hasrat awal mereka untuk membalas dendam dan menuntut bela di atas kematian tokoh-tokoh mereka dahulu demi untuk menempah semula keagungan dan kemegahan mereka.
Kata Ibnu Ishak: Kemudian Allah pun menurunkan pertolongan kepada kaum muslimin dengan menunaikan janjiNya, membiarkan kaum muslimin mengerjakan pedang-pedang mereka ke atas kafir Quraisy yang di akhiri dengan kekalahan yang parah, bertempiran lari meninggalkan perkhemahan sendiri. Abdullah bin al-Zubair membawa cerita dari bapanya dengan katanya: “Demi Allah sesungguhnya daku telah melihat orang-orang suruhan Hindun binti Utbah dan kawan-kawannya bercawat lari, sudah tidak memperdulikan barang sesuatu pun”. Al-Bukhari meriwayatkan di dalam sahihnya dari hadith al-Bara’ bin Azib: “Setelah kami bertembung dengan mereka terus mereka lari, hingga ku dapat melihat kaum ibu mereka bergegas lari mengangkat kain-kain mereka sampai ternampak gelang-gelang mereka, kaum muslimin pun terus memburu mereka mengerjakan senjata-senjata mereka dan menawan rampasan-rampasan musyrikin.

KESALAHAN BESAR UNIT PEMANAH
Ketika tentera Islam yang kecil bilangannya itu mencapai kejayaan gemilangnya ke atas tentera Makkah, tidak kurang kehebatannya dari peperangan Badar, kini berlaku satu kesalahan yang parah dari sebahagian besar kelompok pemanah, yang telah membalikkan kedudukan peperangan, seterusnya membawa padah kerugian teruk ke atas tentera Islam, hampir membawa kepada pembunuhan Rasulullah (s.a.w.). Kesannya amat buruk terhadap reputasi kaum muslimin, dan kegerunan yang mereka perolehi di dalam peperangan Badar.
Telah kita perkatakan mengenai nas perintah-perintah berat yang dikeluarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada golongan pemanah, supaya mereka kekal dan iltizam di kedudukan mereka seperti yang diarahkan samada di ketika kemenangan atau di saat kekalahan, meskipun arahan yang sebegini berat dan keras kepada golongan pemanah namun setelah mereka melihat saudara mereka sedang sibuk memungut rampasan-rampasan seteru, mereka terpesona dengan godaan dunia, hingga berkata sesetengah dari mereka kepada yang lain; “Ayuh! rampasan! rampasan! saudara kita telah berjaya, kamu di sini apa yang hendak dibuatnya?” Justeru itu maka pemimpin mereka memperingatkan perintah-perintah Rasulullah: “Hai apakah kamu sudah lupa pesanan Rasulullah (s.a.w.)?” Namun sebahagian terbesar dari mereka tidak memperdulikan peringatan itu, malah mereka menjawab: “Demi Allah kami hendak turut bersama kawan-kawan yang lain untuk memungut rampasan-rampasan itu”. Empat puluh orang dari unit pemanah itu beredar turun dari tempat mereka untuk berkongsi memungut rampasan perang, hingga tidak ada lagi tenaga untuk membenteng belakang tentera Islam selain dari Jabir dan sembilan orang sahabatnya lain yang masih menetap di tempat mereka, berkeras untuk kekal di situ hingga diberi satu arahan lain.

KHALID AL-WALID BERTINDAK MENGEMPUNG TENTERA ISLAM
Khalid bin al-Walid terus mempergunakan kesempatan keemasan ini dengan berpatah balik dari belakang bukit secepat kilat, dengan itu mereka telah dapat menguasai saf belakang tentera Islam, malah mereka telah membunuh Abdullah bin Jubair dan sahabat-sahabatnya, setelah itu terus mereka menyerang tentera Islam dari belakang, kemudian tentera berkuda mereka melaung selantang suara, mereka menyebabkan kaum musyrikin tertewas dahulu menyedari perkembangan terbaru, dengan itu mereka terus membuat asakan ke atas tentera Islam, di tengah-tengah pergolakan itu tampil seorang perempuan musyrik yang dikenali sebagai Umrah binti Alqamah al-Harithiah mengangkat bendera musyrikin yang tumbang tanpa pembawanya, hingga dengan itu maka berkumpullah tentera musyrikin di sekelilingnya dan di antara mereka menyeru kepadanya, hingga apabila terkumpul dengan bilangan yang cukup maka mereka pun menyerang habis-habisan ke atas tentera Islam dari arah depan dan belakang menyebabkan tentera Islam tersepit di antara dua serangan.

SIKAP BERANI RASULULLAH SEMASA MENGHADAPI PENGEPUNGAN QURAISY
Semasa kejadian itu Rasulullah bersama-sama sekumpulan kecil tentera Islam seramai sembilan orang, sahabatnya sedang berada di penghujung saf tentera Islam, ketika itu Rasulullah sedang memerhati serangan habis-habisan tentera Islam terhadap musyrikin dan pemburuan ke atas mereka, tiba-tiba tentera berkuda Quraisy di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid telah membuat serangan mengejut. Dalam suasana terdesak ini bagi Rasulullah hanya di antara dua pilihan samada lari menyelamatkan dirinya bersama sembilan orang sahabatnya itu dan meninggalkan seluruh askarnya yang lain di dalam kancah pertempuran menyerah sepenuhnya kepada kehendak takdir atau Baginda turut mencabar keadaan dengan menyeru sekalian sahabatnya berganding bahu membentuk satu barisan pertahanan buat memecah kepungan Quraisy itu.
Di sinilah terpamernya kehandalan dan kebijaksanaan Baginda yang tiada bandingan, di sini Rasulullah melaung dengan suaranya yang lantang itu, walaupun Baginda meyakini bahawa kaum musyrikin akan menyedari dan mendengarnya terlebih dahulu, sebelum didengar oleh kaum muslimin, namun apakan daya inilah satu-satunya cara yang dapat dilakukan, di sini Baginda menjerit: “Wahai hamba Allah!” Memang benar, seruan Baginda itu telah diketahui oleh kaum musyrikin terlebih dahulu sebelum didengari oleh kaum muslimin.

TENTERA ISLAM BERKECAMUK DI TENGAH-TENGAH SUASANA YANG GAWAT
Setelah tentera Islam dikejut dengan serangan mendadak, mereka terperangkap di dalam kepungan musyrikin, kini mereka hilang perkiraan, tiap orang memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri masing-masing. Masing-masing mula melarikan diri dan meninggalkan medan peperangan tanpa mempedulikan apa di belakangnya, sebahagian dari kumpulan ini lari hingga sampai ke Madinah, yang lain lari bersembunyi di bukit-bukit, terjadi pula di mana sebahagian yang lari itu berpatah balik untuk berperang, hingga dengan itu berlaku kecelaruan bercampur baur dengan tentera musyrikin, di antaranya tidak dapat cam di antara satu sama lain malah hingga terjadi pembunuhan sesama tentera Islam.

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah (r.anha) katanya: “Di dalam peperangan Uhud, kaum musyrikin menerima kekalahan yang parah hingga dengan itu ibUs bertindak melaung dengan katanya: Wahai hamba-hamba Allah! Awas belakang kamu, maka dengan itu tentera Islam yang lari, berpatah balik menyebabkan tentera Islam berbunuhan sesama sendiri. Huzaifah tak semena-mena telah melihat bapanya dan terus melaung: Wahai hamba Allah! itu bapaku, itu bapaku. Kata Aisyah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya malah terus mereka membunuhnya. Kata Huzaifah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya, malah terus mereka bunuhnya. Kata Huzaifah: Allah memaafkan kamu. Kata Urwah: Demi Allah! pada Huzaifah masih tetap dengan ciri-ciri kebaikannya hinggalah beliau menemui Allah.”

Kumpulan inilah yang menyebabkan kekacauan di dalam saf tentera Islam, membawa kepada huruhara, sebahagian darinya kebingungan tidak tahu arah mana hendak dituju, dalam keadaan begini tiba-tiba mereka mendengar pemanggil melaung: “Nabi Muhammad sudah terbunuh”. Orang-orang Islam menjadi panik kebingungan, semangat juang kini berkecai, atau seakan-akan bercerai dari setiap individu, di antara mereka ada yang sudah tidak berperang lagi malah terus membuang senjata dan berdiam diri, yang lain pula ada yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai kepala munafiqin bertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.
Dalam keadaan begini maka Anas bin al-Nadhr berlalu di hadapan mereka yang telah lemah semangat lalu beliau menyeru kepada mereka: “Apa yang kamu tunggukan ini?” Jawab mereka: “Rasulullah sudah terbunuh”. Jawab beliau:

“Kalau demikian, tak ada erti hidup selepas Baginda. Kalau demikian matilah kamu seperti mana Rasulullah mati.Ya Allah,Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon maaf akan tindakan golongan ini, yakni kaum muslimin. Dan daku menjauhkan diri dari angkara apa yang dilakukan oleh golongan musyrikin”. Dengan itu beliau terus mara dengan perjuangannya. Di dalam kancah pertempuran, itu beliau bertemu dengan Saad bin Muaz. Maka bertanya Muaz: “Ke mana wahai Abu Umar?”. Jawab Anas: “Aduh! selesanya daku menghidu udara Syurga wahai Saad, kini daku menciuminya di perkarangan Uhud ini”. Beliau terus bertempur hingga jatuh sebagai Syahid. Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara perempuannya yang cam dengan jari-jari tangannya, kerana terdapat lebih lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan pedang dan asakan anak panah.
Di sini, Thabit bin Dahdah menyeru kaumnya dengan berkata: “Wahai kalian Ansar, kiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamu kerana agama kamu, sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu”. Dengan itu, maka berkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar dan terus mereka menerkam ke kelompok tentera berkuda Khalid, bergelut habis-habisan hinggalah Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuh sahabat-sahabatnya yang lain. Juga berlaku di mana seorang lelaki muhajirin menghampiri seorang Ansar yang berlumur darah, terus beliau bertanya: “Saudara! Kau sedar tak di mana Muhammad yang sudah pun terbunuh?” Jawab al-Ansar:
“Sekiranya Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah pun mencapai tujuannya, sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama kamu ini.
Dengan semangat juang dan keberanian seperti ini, maka tekad perjuangan kembali memarak semula di kalangan seluruh tentera Islam, kembali menyedari hakikat diri mereka, menarik balik idea untuk menyerah atau berhubungan dengan Ibnu Ubai, terus masing-masing mengambil senjatanya memulakan serangan ke atas tentera musyrikin yang sedang berusaha membelah jalan ke markas pimpinan Islam. Kini tentera Islam sudah mengetahui bahawa berita kematian Rasulullah itu semata-mata dongeng dan cerita rekaan dan dusta, dengan itu mereka semakin kukuh dan bersemangat. Akhirnya mereka dapat memecah kepungan Quraisy dan berjaya berhimpun semula di sekeliling markas di samping meneruskan peperangan dengan lebih nekad dan menyerang lebih agresif lagi.
Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.

PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)

Ketika tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan, tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang sahaja. Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: “Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula, maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan, keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:
“Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga”. Maka

Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.

PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)
Ketika tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan, tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang sahaja. Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: “Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula, maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan, keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:
“Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga”. Maka tampillah seorang pemuda Ansar,terus bertarung hingga beliau jatuh syahid. Musyrikin sekali lagi mengancam Baginda. Baginda menyeru sekali lagi. Beginilah berulang kali hingga ke tujuh mereka jatuh sebagai syahid semua. Kata Rasulullah lagi kepada dua orang muhajirin Quraisy: Kita belum bertindak adil dengan sahabat-sahabat kita itu.

Orang terakhir dari kumpulan tujuh orang itu ialah Ammarah bin Yazid bin al-Sakan, beliau berjuang hingga luka parah menyebabkan beliau jatuh dan tidak berdaya lagi untuk berperang.

DETIK CEMAS DI DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH (S.A.W)
Setelah beberapa ketika selepas terjatuhnya Ibnu al-Sakan sebagai syahid, maka tinggallah di saat itu Baginda dengan dua orang Quraisy itu sahaja, mengikut al-Bukhari dan Muslim riwayat Abu Uthman: Tiada siapa pun bersama-sama Rasulullah di hari itu untuk berperang di sisinya, selain dari Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas, itulah saat yang tercemas di dalam hidup Baginda, dan peluang keemasan bagi pihak musyrikin. Peluang ini tidak dibiar berlalu tanpa dipergunanya, mereka telah mengasak tubi ke atas kedudukan Rasulullah, kesemua mereka sebulat pakat untuk menlenyapkan Rasulullah, Utbah bin Abi Waqqas telah melontar Rasulullah dengan seketui batu hingga terjatuh ke atas diri Baginda dan terluka di kepalanya, menyebabkan terpatah pula gigi depan sebelah kanan dan bibir bawah Baginda terluka. Abdullah bin Syihab meluru ke hadapan Rasulullah dan memukul menyebab dahi Baginda terluka, datang lagi penunggang ganas Abdullah bin Qamiah menetak Rasulullah ditengkoknya dengan pedang namun beliau tidak dapat melukakan kerana terdapat dua lapisan baju besi yang dipakai Baginda. Walau bagai manapun oleh kerana hentakan pukulan itu terlalu kencang menyebabkan Rasulullah mengadu .kesakitan beberapa bulan’ selepas kejadian itu, sekali lagi Ibnu Qamiah memukul dahi Rasulullah sekencang yang pertama menyebabkan dua gelang baju besinya menikam masuk ke dahinya bersama jeritan bengisnya: Nah! terima ini, dan kenalilah aku ini Ibni Qamiah. Jawab Rasul sambil menyapu darah dari mukanya:

“Aqma’aka Allah” bertepatan dengan nama Ibni Qamiah yang membawa erti: “Allah mengkerdilkan/menghinakan kamu”

Di dalam hadith sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah terpatah, kepalanya terluka hingga darah pun mengalir, namun Rasulullah masih menyebut: “Bagaimana boleh berjaya sesuatu kaum yang melukakan muka nabi mereka, mereka mematahkan giginya semasa Baginda menyeru mereka kepada Allah”. Di sini Allah menurunkan firmanNya:

“Tidak ada sesuatu pun bagimu dari urusan mereka, sehingga Allah menerima taubah mereka, atau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang wlim”
(Ali-Imraan: 128)
Di dalam hadith riwayat al-Tabrani dengan katanya:
Bersangatan kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka RasulNya, setelah beberapa ketika Rasulullah berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui”. Sedemikian juga tersebut di dalam sahih Muslim dengan katanya:
“Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui”. Manakala di dalam kitab “al-Shifa”‘ oleh al-Qadhi Eyadh pun menyebut makna yang sama: ” Ya Allah ya Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku lantaran mereka tidak mengetahui”.

Sebenarnya tidak syak lagi tindakan kaum musyrikin ini bertujuan membunuh Rasulullah (s.a.w), namun dua orang Quraisy tadi iaitu Saad bin Ibi Waqqas dan Talhah bin Abi Ubaidillah telah bertindak penuh kepahlawanan Islam yang luar biasa itu dan bertempur tiada bandingan, hingga tidak memberi kesempatan langsung kepada musyrikin mengaut kemenangan atau mencapai matlamatnya, kerana mereka berdua adalah antara pemanah yang terhandal di kalangan bangsa Arab. Mereka bertempur dan berlawan hingga berjaya menggagalkan usaha unit khas Quraisy yang bertujuan membunuh Rasulullah itu.

Semasa Saad bin Abi Waqqas meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah bertindak menghulurkan anak-anak panahnya kepada Saad sambil bersabda: “Panahkan mereka, bapaku dan ibuku jadi pembelamu”. Ini menunjukkan kehandalan beliau memanah. Tidak pernah Rasulullab mengesa seseorang sebelum ini dengan melafazkan perkataan dua ibubapanya selain dari Saad ini.
Al-Nasai telah meriwayat hadith berkenaan dengan Talhah bin Ubaidillah, beliau meriwayatkan dari Jabir:

Kaum musyrikin telah sampai ke hadapan Rasulullah, di masa itu Rasulullah melaung: “Siapa sanggup mencabar askar-askar musyrik ini?”. Jawab Talhah: “Daku Rasulullah!” Kemudian Jabir menceritakan kisah kemaraan orang-orang Ansar dan kematian mereka seorang demi seorang seperti yang kami sebutkan di dalam riwayat Muslim tadi. Setelah kesemua orang-orang di situ terbunuh maka tampillah Talhah ke hadapan. Samburig Jabir. dengan katanya: Talhah pun terus bertarung melawan sekumpulan seramai sembilan orang musyrik, hingga tertetak tangannya menyebabkan tercantas jarinya, maka kata Talhah; “Itu adalah baik”. Jawab Rasulullah: “Sekiranya kau kata:

“Bismillah” nescaya para malaikat 
mengangkat kamu dan sekalian manusia akan memerhati kamu”. Tambah Jabir:

Kemudian Allah mengundurkan orang-orang musyrikin.
Al-Hakim menyebut di dalam kitabnya: “al-Iklil”:

Berlaku di dalam peperangan Uhud ini di mana beliau terkena tetakan sebanyak tiga puluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan terpotong jarinya, manakala al-Bukhari meriwayatkan dari Quis bin Abi Hazim katanya: Aku melihat tangan Talhah terpotong, ini berlaku kerana beliau mempertahankan diri Rasulullah di dalam peperangan Uhud.
Al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda di hari itu katanya: “Siapa ingin melihat seorang syahid sedang berjalan di muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Abdullah. Manakala Abu Daud al-Tayalisi pula meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang berkata: Abu Bakar apabila disebut mengenai peperangan Badar beliau akan mengatakan! Hari itu semuanya milik Talhah. Padanya Abu Bakar bermadah dengan syairnya:

Duhai Talhah bin Abdullah Bertuahlah dikau dengan Syurga
Habuanmu termaktub sudah Binatang tunggangan nan mulia

Di saat-saat yang tersangat genting ini, Allah menurunkan pertolongan dari sebalik tabir ghaib, seperti yang tersebut di dalam kedua hadith sahih dari Saad, katanya: Ku lihat Rasulullah di dalam peperangan Uhud bersamanya dua lelaki yang serba putih mempertahankan Rasulullah, penuh ketangkasan, mereka berdua ini belum pernah ku lihat selama ini dan selepasnya. Di dalam satu riwayat yang lain menjelaskan dua lelaki yang serba putih itu ialah Jibril dan Mika’il.

PARA SAHABAT BERKUMPUL SEMULA DI SEKELILING RASULULLAH
Kesemuanya berlaku dalam masa yang terlalu singkat, sebaik sahaja golongan terpilih dari para sahabat yang berada di saf hadapan pertempuran mendapati situasi berubah dan mendengar laungan Rasulullah (s.a.w), terus mereka meluru ke sisi Rasulullah agar tidak sesuatu pun boleh mengancam diri Rasulullah. Namun agak terlewat mereka sampai ke sisi Rasulullah, kerana Baginda sudah pun luka-luka, enam orang Ansar sudah terkorban dan yang ketujuh sudah terlalu parah lukanya hingga sukar untuk bangun. Ketika Saad dan Talhah berjuang habis-habisan, para sahabat yang baru tiba dari saf depan terus memagari Rasulullah dengan jasad-jasad dan senjata-senjata mereka, mereka bersungguh-sungguh mempertahankan diri Rasulullah dari ancaman musuh dan menangkis setiap serangan.

Sebenarnya orang pertama sekali sampai ke sisi Rasulullah ialah teman semusafirnya di gua Thur iaitu Abu Bakr al-Siddiq, Ibnu Hibban meriwayatkan di dalam hadith sahihnya dari Aisyah (r.a) dengan menyebut: “Berkata Abu Bakar:

Semasa di hari Uhud itu: Semua orang tidak ada di sisi Rasulullah dakulah orang pertama sampai ke hadapan Rasulullah, dan aku dapati seorang sahabat sedang bergelut mempertahankan Rasulullah, ku berkata; orang itu mesti Talhah. Demi bapa dan ibuku untuk kau wahai .Talhah, Demi bapa dan ibuku untuk kau wahai Talhah. Bila beliau terkena anak panah, Abu Ubaidah bin al-Jarrah pun mendapati daku, semasa itu beliau sudah terlalu parah, beliau pun memegang daku dan kami pun meletakkannya ke sisi Rasulullah di mana Talhah jatuh rebah, seru Rasulullah:
“Ke mari, saudaramu ini sudah tidak sedarkan diri”, manakala Rasulullah telah pun dipanah di dahinya hingga terbenam dua utas rantaian baju besinya ke dalam dahi Baginda, dan ku cuba menarik keluar rantaian itu. Abu Ubaidah berkata: “Aku pintalah wahai Abu Bakr, hal ini tinggalkan untuk ku seorang menguruskannya”. Cerita Abu Bakar selanjutnya: Abu Ubaidah cuba mencungkilnya sedikit demi sedikit untuk tidak menyakiti Rasulullah, Akhir sekali beliau menggigit hujung besi yang tertikam itu, hingga terserpih gigi Abu Ubaidah. Kemudian seru Rasulullah sekali lagi: “Tengoklah saudaramu itu beliau terlalu tenat”. Kata Abu Bakr: “Kami semua menghadapi Talhah untuk merawat beliau, terdapat sepuluh tetakan di badan Talhah. Namun kesemuanya ini menampakkan kemampuan Talhah menghadapi perjuangan di peperangan Uhud yang bersejarah itu. Pada detik-detik yang segenting ini sudah berhimpun di sekeliling Rasulullah sebilangan pahlawan-pahlawan Islam, di antara mereka Abu Dujanah , Mus’ab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sahl bin Hanif, Malik bin Sinan bapa Abu Said al-Khudri, Nusaibah binti Kaab al-Mazaniyah yang bergelar Ummu ‘Ammarah, Qutadah bin al-Nu’man, Umar bin al-Khattab, Hatib bin Abi Baltaah dan Abu Talhah.

TENTERA MUSYRIKIN SEMAKIN MENEKAN
Setiap saat berlalu semakin bertambah pula bilangan tentera musyrikin, ini membawa kepada semakin berat Rasulullah, hanya Abu Talhah, yang berada di hadapan Rasulullah menghadang baginda dengan perisai kulit yang dipegangnya. Beliau adalah pemanah yang paling, kencang, di hari itu sahaja dua atau tfiga musuhnya terpanah, ada orang melintasi hadapan Rasulullah dengan membawa uncang panah lalu Rasulullah menyeru dengan sabdanya:
“Cuba kamu hulurkan anak panah itu kepada Abu Talhah”, sambung Anas ceritanya: Rasulullah terus memerhati pergerakan kaum musyrikin maka berkata Abu Talhah:
“Bapaku dan ibuku korban untuk Rasulullah, janganlah tuan hamba memerhati sedemikian nanti Rasulullah akan terkena panah Quraisy, nah biarlah leherku ini menjadi benteng kepada leher tuan hamba”.

Kata Anas lagi: Di dalam peperangan Uhud Abu Talhah mempertahankan diri bersama Rasulullah dengan satu perisai sahaja, Abu Talhah adalah pemanah handalan, bila beliau memanah Rasulullah memerhati dan menengok pula sasaran yang terkena dengan panahnya tadi.
Abu Dujanah pula bertindak membentengi Rasulullah dengan belakangnya, gedang anak-anak panah musyrikin berpusu-pusu menikam belakangnya tanpa beliau menghiraukannya.
Hatib bin Abi Baltaah yang telah terpatah gigi depan memburu Utbah bin Abi Waqqas, sempat beliau memancung Utbah hingga tercerai kepala dari badannya terus beliau menawan dan merampas kuda dan pedangnya. Sebenarnya Saad bin Abi Waqqas begitu perihatin untuk membunuh saudaranya Utbah, tetapi tidak diizinkan Allah namun Hatib telah melaksanakan hasratnya itu.

Sahl bin Hanif salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau ini telah memainkan peranan yang amat cemerlang dalam rangka mengundurkan tentera musyrikin.

Rasulullah menggunakan panah di hari Uhud itu, sebagaimana yang diceritakan oleh Qutadah bin al-Nukman, Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya, Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji matanya, Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.

Cerita Abdul al-Rahman bin Auf pula lain, di dalam kegawatan pertempuran telah beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.

Adapun Malik bin Sinan bapa kepada Abu Said al-Khudari bertindak menyedut buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami’ah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu, kata Rasulullah: “Luahkan darah itu”, jawab Malik: “Tidak”, sebaliknya beliau menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda: “Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malik bin Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

Kisah Ummu ‘Ammarah pula, beliau berperang, dan sempat beliau menentang Ibnu Qami’ah bersama beberapa orang kaum muslimin, Ibnu Qami’ah telah menetak tengkok Ummu ‘Ammarah menyebabkan beliau luka parah namun sempat juga beliau memukul Ibnu Qami’ah tetapi oleh
kerana beliau memakai baju besi jadi tetakannya tidak berkesan dan beliau terlepas lari, namun demikian Ummu ‘Ammarah terus berjuang, di hari itu beliau mengalami luka lebih dari dua belas tetakan.

Manakala Mus’ab bin Umair pula inemperlihatkan kecekalannya yang luar biasa mempertahankan diri Rasulullah dari serangan Ibni Qami’ah dan kuncu-kuncunya, di hari itu panji Islam di tangan Mus’ab, beliau telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin hingga terputus tangan kirinya, sekali lagi beliau mempertahankan bendera Islam itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin, pembunuhnya ialah Ibnu Qami’ah yang menyangkanya Rasulullah, kerana beliau hampir menyerupai Baginda, hingga dengan itu Ibnu Qami’ah terus berlari menemui musyrikin yang lain berteriak: “Muhammad telah terbunuh”.

BERITA KEMATIAN RASULULLAH DAN KESANNYA KEPADA PERJUANGAN
Tidak berapa lama selepas teriakan Ibnu Qami’ah itu, maka tersebar luas berita kematian Rasulullah di kalangan kaum muslimin dan kaum musyrikin, itulah saat di mana semangat juang di kalangan tentera Islam sudah merosot terutama para sahabat yang terkepung yang tidak bersama-sama Rasul, kini semangat juang telah hancur, malah hingga berlaku kekacauan di dalam saf Islam, suasana sudah tidak terurus dan huruhara, namun seruan Rasulullah tadi telah mengurangkan asakan kaum musyrikin, kerana mereka menyangka bahawa mereka sudah berjaya dan sudah mencapai matlamat, maka sebahagian dari mereka sudah mabuk darah kerana mereka tertumpu kepada mencerca dan memukul-mukul mayat syuhada’ Islam.

RASULULLAH MENERUSKAN PERJUANGAN DAN MENYELAMATKAN KEADAAN
Setelah Mus’ab jatuh sebagai syahid, lantas ia menyerahkan panji Islam kepada Ali bin Abi Talib, meneruskan pertempuran sehabis tenaga dan usaha, dituruti oleh para sahabat yang lain yang berada di situ dalam satu epik kepahlawanan yang jarang-jarang disaksikan.
Di masa itu Rasulullah berjaya menembusi ke tengah-tengah tenteranya, yang terus terkepung, Baginda meluru ke arah mereka, Ka’ab bin Malik seawal-awal orang yang mengenali Rasulullah, beliau terus menarik selendang saudaranya, wahai kalian muslimin, berbahagialah kamu, ini dia Rasulullah, di masa itu Rasulullah memberi isyarat kepadanya supaya berdiam, untuk tidak dilihat kedudukannya oleh kaum musyrikin: Namun laungan beliau itu telah sampai ke pendengaran kaum muslimin, maka bersegeralah mereka ke Rasulullah, hingga terkumpul di sisi Baginda kurang lebih tiga puluh orang para sahabat.

Dari situ Rasulullah mengatur langkah berundur secara tersusun ke suatu lereng bukit, melalui celah-celah tentera musyrikin yang sedang membuat asakan, pihak musyrikin pun semakin hebat membuat serangan untuk menggagalkan unduran Rasulullah, namun mereka tidak berupaya semasa berhadapan dengan singa-singa Islam itu.

Sebaik sahaja Uthman bin Abdullah bin al-Mughirah salah seorang tentera berkuda musyrikin, melihat Rasulullah, segera beliau menerkam dengan kudanya ke arah Rasulullah dengan laungannya: “Wahai Muhammad kalau selalunya kau boleh terlepas, tapi di hari ini kau tidak akan terlepas”. Rasulullah pun segera bangun untuk melawannya, namun kudanya tersungkur kerana kakinya terjerumus ke dalam sebuah lubang menyebabkan Baginda terus terjatuh, dengan itu Uthman telah ditentang oleh al-Harith bin al-Sammah, di mana al-Harith telah sempat mencantas kakinya, menyebabkan beliau jatuh terduduk, sekali lagi al-Harith melepaskan tetakannya yang kencang untuk menamatkan riwayatnya, al-Harith mengambil senjatanya, dan mengekori Rasulullah.

Di masa itu Abdullah bin Jabir seorang lagi tentera berkuda Quraisy meluru kehadapan al-Harith bin al-Sammah menetak dengan pedang ke tengkoknya, menyebabkan beliau luka, dan diusung, di masa itu juga Abu Dujanah pahlawan Islam yang serba lincah dengan lilitan merah di kepalanya, menerkam ke arah Abdullah bin Jabir dan terus memukul dengan pedangnya menyebabkan kepalanya tercerai dari jasadnya.

Semasa pertempuran yang amat sengit itu, tentera Islam terlelap sekejap, itu adalah sebagai petanda memperolehi keamanan dari Allah, sebagaimana yang diperihalkan oleh al-Quran. Kata Abu Talhah: “Daku di antara yang dilelapkan di dalam peperangan Uhud, kiranya pedang ditanganku terjatuh berkali-kali, jatuh aku mengambil semula, jatuh lagi ku mengambilnya semula”.
Dengan keberanian ini maka unit yang bersama-sama Rasulullah berjaya berundur secara tersusun ke suatu lereng bukit, dan dituruti oleh kelompok-kelompok tentera Islam lain, ke sudut yang selamat itu, hingga dengan itu kepintaran Khalid tewas bila berhadapan dengan kepintaran Rasulullah (s.a.w).

KEMATIAN UBAI BIN KHALAF
Ibnu Ishak menceritakan: Setelah Rasulullah berehat di lereng itu rupanya Ubai bin Khalaf memburu ke situ sambil melaung: Mana dia Muhammad, hari lain ini kau tidak dapat lari lagi, kaum muslin. Wahai Rasulullah boleh tak salah seorang dari membunuhnya? Jawab Rasulullah: Biarkan dia ke mari sebaik sahaja beliau menghampiri Rasulullah, baginda mencapai tombak dari al-Harith bin al-Sammah, Rasulullah bingkas bangun penuh keberanian dan ketegasan, kepantasan tindakan Rasulullah seperti seekor unta yang menerbangkan bulu-bulunya semasa dipecut laju, baginda memerhati lehernya yang terdedah itu terus baginda meluncur tombak ke sasarannya dan tepat kena pada tempat yang diluncurnya itu, Ubai bin Khalaf terhuyung hayang di atas kudanya, setelah beliau berpatah balik ke dalam barisan tentera Quraisy, didapati lukanya tidaklah teruk sangat, namun darah terus mengalir beliau menjerit dengan katanya: Demi Allah, Muhammad telah membunuh aku. Orangnya menjawab:

Demi Allah, kau ini dah tak ada hati, sebenarnya bukan ada apa pun luka sedikit sahaja. Jawab Ibnu Khalaf: Eh, jangan, Muhammad ini telahpun mengugut daku semasa di Makkah dahulu dengan katanya: Akan ku bunuh kau, demi Allah kalaulah Muhammad ludah ke atas ku nescaya aku mati, dan memang beliau mati semasa dalam perjalanan ke Makkah.
Mengikut riwayat Abi al-Aswad dari Urwah: Ibnu Khalaf menguak seperti lembu jantan dan berkata: Kalaulah apa yang terkena ke atas ku ini terkena ke atas seluruh penduduk Zul Majaz nescaya mereka mati semua.

TALHAH MEMBANTU RASULULLAH (S.A.W)
Semasa Rasulullah bersama para sahabat berundur ke lereng bukit, seketui batu besar menghalang pergerakan Rasulullah, baginda cuba mendakinya, pun tak dapat juga, kerana Rasulullah telah bertambah berat badan, dibeban pula oleh baju besinya. Selain dari luka yang melemahkan badan Baginda, Talhah bin Abdullah pun duduk membongkok ke tanah, membiarkan Rasulullah memijak ke belakangnya dan berjaya Rasulullah berdiri di atas batu pejal itu, lantas Rasulullah bersabda: Talhah wajib menerima, iaitu Syurga.

SERANGAN TERAKHIR KAUM MUSYRIKIN
Setelah Rasulullah berjaya memperkukuhkan markaz pimpinannya di lereng bukit, pihak musyrikin telah membuat percubaannya yang terakhir dalam rangka usaha mereka untuk melenyapkan kekuatan tentera Islam. Dalam hal ini Ibnu Ishak menceritakan; Semasa Rasulullah berada di lereng itu, tiba-tiba sekumpulan tentera Quraisy mara ke atas bukit dibawah pimpinan Abu Sufian dan Khalid bin al-Walid, maka Rasulullah melaung dengan sabdanya: Ya Allah ya Tuhanku, tidak seharusnya mereka itu mengatasi kita, maka dengan itu Saidina Umar dan beberapa orang Muhajirin yang lain mara dan melawan mereka serta memaksa mereka turun.
Di dalam kisah peperangan Banu Umawi menceritakan bahawa kaum musyrikin telah naik ke atas bukit, lalu Rasulullah menyeru kepada Saad: Kalahkan mereka, yakni undurkan mereka – jawab Saad: Bagaimana akan ku kalahkan mereka daku hanya seorang sahaja, beliau mengulangi tiga kali, namun akhirnya beliau mengambil anak panahnya maka dipanahkan, menyebabkan terbunuh si Fulan, beliau mengambil satu lagi lalu dipanahkan sekali lagi menyebabkan terbunuhnya mangsa yang kedua, sekali lagi beliau berbuat demikian menyebabkan terbunuhnya orang depan ketiga, dengan itu kafir Quraisy terpaksa turun dari tempat mereka itu. Aku berkata: Panah ini adalah berkat, aku pun simpan ke dalam uncangannya, diceritakan panah itu berkekalan bersama-sama Saad hingga ke akhir hayatnya, kemudian diwarisi oleh anak-anaknya.

MENCACATKAN PARA SYUHADA’
Serangan itu adalah serangan terakhir pihak musyrikin ke atas kedudukan Rasulullah. Oleh kerana mereka tidak mengetahui sangat kesudahan Rasulullah (s.a.w) malah mereka hampir yakin bahawa Rasulullah (s.a.w) telah terbunuh, untuk itu mereka pun kembali semula ke markas, dan semua mereka bersiap untuk berangkat pulang ke Makkah, di antara mereka ada yang sibuk mencacatkan jasad para syuhada termasuk kaum ibu musyrikin, ada yang memotong telinga hidung, kemaluan dan ada yang menikam perut para syuhada dijadikan sebagai kalung dan gelang kaki.

KESUNGGUHAN PAHLAWAN BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
Detik-detik terakhir, berlaku dua peristiwa yang membuktikan kesungguhan pahlawan-pahlawan Islam untuk berperang dan betapa bersedianya mereka untuk bersungguh-sungguh dan mati ke jalan Allah.
1. Kaab bin Malik menceritakan: Daku adalah di antara kaum muslimin yang telah keluar, sebaik sahaja ku melihat kaum musyrikin mencedera dan mencacatkan jasad-jasad syuhada Islam, ku bangun dan keluar untuk melihat di mana ku dapati seseorang musyrikin yang mengumpul baju-baju besi melalui jasad seorang syuhada sambil berkata-kata:

Ayuh berlonggoklah kamu seperti longgokan najis-najis kambing.Tiba-tiba seorang muslim sedang menunggu si musyrik ini di hadapan juga berbaju besi aku terus mengekori dari belakangnya hingga dapat aku membezakan yang muslim dan yang musyrik, aku dapat melihat si kafir lebih baik pakaiannya dan peralatannya dari si muslim, hinggalah kedua-duanya ini bersemuka, maka si muslim terus meneiak si kafir dengan pedangnya hingga sampai ke pangkal paha, dan terus terpelanting kakinya, lepas itu si muslim membuka tudung mukanya sambil berkata: Bagaimana kau tengok wahai Kaab, Akulah Abu Dujanah.

2. Sebaik sahaja peperangan telah selesai,sekumpulan wanita Islam telah datang ke medan , kata Anas: Ku telah lihat Aisyah binti Abi Bakar dan Ummu Salim, sedang bersungguh-sungguh, hingga ternampak betis, mereka menggalas uncang air untuk memberi minum terus ke mulut-mulut tentera Islam yang mengalami sakit, apabila air habis mereka pulang untuk isi semula dengan air. Begitulah kesungguhan mereka, cerita Umar bin al-Khattab: Ummu Salit bertugas di hari Uhud dengan memberikan kami air minuman.

Di kalangan mereka terdapat juga Ummu Aiman, setelah beliau melihat sekumpulan tentera Islam yang lari balik ke Madinah mencari perlindungau, terus beliau mengambil tanah menabur ke atas kepala mereka sambil berkata: Nah ambil pengumpul benang ini, penakut, berikan aku pedang kamu itu, terus beliau ke medan perang, di sana beliau memberi air kepada tentera Islam yang mengalami kecederaan, namun Hibban bin al-Arafah memanah Ummu Aiman menyebabkan beliau terjatuh hingga ternampak sebahagian badannya, Hibban pun ketawa bagaikan satu kelucuan berlaku hal ini berat untuk Rasulullah melihatnya, dengan itu baginda memberikan sebatang anak panah yang tidak bermata kepada Saad dengan berkata, Ayuh kau panahkan seteru Allah itu, Saad pun membidaskan panahnya tepat ke tengkok Hibban menyebabkan beliau jatuh hingga terseiak auratnya, membawa Rasulullah tersenyum hingga kelihatan gigi baginda, dan sabda Rasulullah: Saad telah menuntut bela untuk Ummu Aiman, dan Allah telahpun memakbulkan doanya.

RASULULLAH TIBA KE LERENG BUKIT
Setelah Rasulullah sampai ke lereng bukit dan mengambil tempat di situ, Saidina Ali pun keluar mengambil air dengan uncangnya dari al-Mihras untuk Rasulullah minum, oleh kerana air itu berbau, maka baginda tidak jadi meminumnya cuma sekadar membasuh darah di mukanya, dan curah ke atas kepalanya dengan berkata: Allah memurkai manusia yang melukakan RasulNya.
Sahl menceritakan: Sebenaranya daku mengetahui siapa membasuh luka Rasulullah (s.a.w) dan siapa orangnya yang mencurah air serta mengubat luka Rasulullah? Fatimah, puteri Rasulullahlah yang membasuh luka Rasulullah, manakala Ali bin Abi Talib pula mencucur air dengan bijana, namun bila Fatimah melihat bahawa air yang dicurah itu tidak juga memberhentikan darah keluar, malah lebih banyak lagi, lalu beliau mengambil carikan tikar dibakarnya dan diletakkan ke tempat luka Baginda, dengan itu baru darah berhenti.
Tidak berapa lama kemudian Muhammad bin Maslamah membawa air bersih kepada baginda dan baginda pun minum darinya, Rasulullah mendoakan kebaikan untuk beliau, di hari itu baginda duduk ketika mengerjakan sembahyang zohor, kerana kesan luka, kaum muslimin pun duduk bersembahyang di belakang Rasulullah.

ABU SUFIAN BONGKAK SELEPAS PEPERANGAN DAN MENGADAKAN DAILOG DENGAN UMAR
Apabila tentera musyrikin bersiap untuk berangkat pulang ke Madinah, Abu Sufian dengan sombong mendaki puncak bukit sambil melaung: Apakah Muhammad masih hidup bersama kamu?. Tidak siapa pun menjawab. Sekali lagi beliau melaung: Apakah anak Abu Quhafah masih hidup di kalangan kamu?. Tidak siapa pun menjawab. Sekali lagi beliau melaung; Apakah anak al-Khattab masih berada dengan kamu? Mereka tidak menjawab, kerana Rasulullah melarang mereka dari menjawab, dan beliau tidak bertanya selain dari tiga peribadi ini sahaja, kerana beliau mengetahui bahawa penerusan Islam adalah melalui tiga peribadi ini, Abu Sufian melaung lagi: Apakah kamu semua telah mempertahankan mereka, namun Saidina Umar tidak dapat menahan dirinya hingga beliau menjawab: Hai seteru Allah, nama yang kamu sebutkan tadi masih hidup, Allah mengekalkan mereka untuk keburukan dirimu. Kata Abu Sufian: Berlaku penderaan dan pencacat celaan ke atas askar-askarmu yang tewas. Namun aku tidak menyuruhnya dan tidak pula menyakiti daku. Sekali beliau melaung:

Dirgahayu Berhala Habal.

Kata Rasulullah: “Buat apa kamu tidak menjawabnya”. Kata mereka: “Apa yang kami nak jawab” Kata Rasulullah: “Launglah: Allah Maha Mulia lagi Maha Agung”. Jawab Abu Sufian: “Baguslah itu, baru seri satu sama satu tapi ingat peperangan adalah berterusan.

Jawab Umar: “Tak sama, syahid kami di syurga, guguran kamu di dalam neraka”.
Kata Abu Sufian: “Kemari wahai Umar”, Kata Rasulullah (s.a.w): “Kau pergi tengok apa halnya”? Umar pun mara ke hadapan, tanya Abu Sufian: “Aku benar-benar hendak tahu daripadamu Umar, apakah telah kami bunuh Muhammad”? Jawab Umar: “Ya Allah, itu tidak benar, malah Baginda sedang mendengar dan mengikuti percakapanmu ini”. Jawab Abu Sufian: “Ya engkau lebih ku percayai dari Ibni Qami’ah dan lebih benar”.

JANJI BERTEMU SEMULA DI BADAR
Ibnu Ishak menceritakan: Semasa Abu Sufian bergerak pulang sekali lagi beliau melaung: “Janji! Kita akan bertemu di Badar di tahun hadapan”. Rasulullah berkata kepada para sahabatnya: “Jawablah kepadanya: Ya!, kami berjanji dan jangan pula kau mungkiri”.

MEMASTIKAN SIKAP MUSYRIKIN
Setelah tentera musyrikin bergerak meninggalkan tapak pertempuran, Rasulullah memerimah Ali bin Abi Talib dengan sabdanya: “Cuba kau ikuti jejak mereka dan perhatikan apa yang mereka lakukan. Dan apa tindakan mereka seterusnya? Sekiranya mereka menunggangi unta dan menuntun kuda bererti mereka menuju Makkah, tapi kalaulah mereka menunggangi kuda dan menuntut unta bererti mereka akan memasuki al-Madinah, demi jiwa ku di tangannya sekiranya itulah tindakan mereka akan ku buru mereka”. Bila Saidina Ali pulang, beliau memberi tahu bahawa mereka menonggang unta dan menuntun kuda menuju ke Makkah.

MENINJAU DAN MENANGANI PARA SYUHADA’ DAN YANG CEDERA
Selepas musyrikin Quraisy berlepas pulang ke Makkah seluruh kaum muslimin bertungkus lumus mengenali para syuhada’ dan pesakit-pesakit yang luka. Zaid bin Thabit mengisahkan dengan katanya: Rasulullah telah mengutus daku di hari Uhud, untuk mendapatkan Saad bin al-Rabie, kata Baginda kepada aku: Sekiranya kamu menemuinya sampaikanlah salam ku kepadanya serta katakan kepadanya bahawa Rasul berkata kepadanya: Bagaimana kau sekarang? Sambung Zaid: Jadi ku cuba ke sana ke mari di antara jasad-jasad bergelempangan, akhirnya ku dapati beliau di saat menghembus nafas terakhir pada jasadnya terdapat tujuh puluh tikaman, samada tetakan pedang, tikaman-tikaman tombak atau anak panah, ku berkata: Wahai Saad, sesungguhnya Rasulullah menyampaikan salamnya kepada kau, dan Baginda telah berkata: Bagaimana kau sekarang wahai Saad? Kata Saad: Wa’alaikum salam, wahai Rasulullah dan katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah sekarang ku menciumi bauan syurga, dan katakan lagi kepada kaum ku al-Ansar: Tiada mengapa bagi kamu sekiranya ancaman sampai kepada Rasulullah sedang kamu masih hidup, di masa itu Saad menghembus nafasnya yang terakhir.

Di kalangan mereka yang luka, tentera Islam mendapati Amru bin al-Thabit yang masih boleh bernafas lagi, beliau ini pernah di suatu ketika diajak memeluk Islam, tetapi beliau menolak; kata tentera Islam, si degil apa ini yang bawa dia ke mari, dahulu pernah kita dakwahkannya, tetapi beliau menolak, kemudian mereka bertanya: Apa yang mendorong kau kemari, Apakah menuntut bela untuk kaum kau, atau menyukai Islam. Jawab beliau: Malah menyukai Islam. Ku beriman dengan Allah dan Rasulnya, kemudian ku berperang di pihak Rasulullah hinggalah ku menerima apa yang kamu semua saksikan ini, kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir. Peristiwa ini mereka ceritakan kepada Rasulullah. Lantas Rasulullah menjawab: Beliau adalah penghuni syurga. Cerita Abu Hurairah: Beliau ini tidak sempat bersembahyang walau serakaat sekali pun.

Tentera Islam juga mendapati di kalangan yang luka ialah Qazman, beliau telah bertempur sebagai seorang wira, beliau telah membunuh tujuh atau lapan musyrikin, tetapi kini beliau tak berupaya untuk bergerak, lalu mereka mengusungnya ke kampung Banu Zafar, kaum muslimin pun menyampaikan hal-hal yang menghiburkan beliau, namun beliau menegaskan dengan katanya: Demi Allah sesungguhnya daku ini berperang demi untuk mempertahankan keturunan bangsaku, kalau tidak kerana itu nescaya tidak ku sertai peperangan, setelah beliau mendapati dirinya terlalu penat dan sakit menanggung luka yang parah di jasadnya, beliau pun membunuh diri. Mengenai peristiwa ini Rasulullah berkata: Beliau ini dari kalangan penghuni Neraka.

Sebaliknya apa yang terjadi kepada seorang Yahudi dari qabilah Tha’labah yang mati di dalam peperangan itu, beliau pernah menyeru kaumnya: Wahai kalian Yahudi, demi Allah sesungguhnya kamu sudahpun mengetahui bahawa menolong Muhammad itu adalah di antara kewajipan ke atas kamu, jawab mereka: Kan hari ini hari Sabtu? jawab beliau:

Tidak ada Sabtu bagi kamu, terus beliau mencapai pedang dan peralatan perangnya yang lain. Kata beliau lagi:

“Kalaulah aku terbunuh, maka hartaku adalah untuk Muhammad, biarlah apa yang hendak dia lakukan”. . Terus beliau berperang hingga beliau terbunuh. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Mukhairiq adalah sebaik-baik Yahudi.

MENGUMPUL PARA SYUHADA DAN MENGKEBUMIKAN MEREKA
Rasulullah mengurus jenazah para syuhada, sehingga Baginda bersabda: Daku saksikan mereka ini semua, tidak seorang pun yang keluar ke jalan Allah kecuali akan dibangkitkan Allah di Hari Qiamat besok dengan lukanya, berwarna dengan warna darah manakala baunya adalah bau kasturi.
Terdapat di antara kaum niuslimin yang telah membawa jenazah keluarganya ke Madinah, maka Rasulullah memerintahkan supaya dikembalikan jenazah itu dan dikebumikan di tempat mereka syahid, tanpa dimandikan malah dikebumikan dengan pakaian jihad mereka setelah ditanggalkan peralatan besi dan kulit, malah mereka ini dikebumikan berdua atau bertiga di dalam satu lahad, ada yang dikapankan dua orang dalam satu kain, di sini baginda bertanya: Mana.di antara mereka yang lebih banyak mengingati al-Quran dan apabila diberitahu si pulan lebih dari yang lain maka didahulukannya ke dalam liang lahad sambil baginda mengungkap: Aku adalah saksi mereka di hari Qiamat. Abdullah bin Amru bin Hiram dikebumikan bersama-sama Amru bin Jamuh di dalam satu lahad lantaran persahabatan mereka berdua yang akrab.

Mereka tercari-cari di mana keranda Hanzalah, akhirnya mereka dapati sedang berada di suatu tempat berhampiran lelehan air yang menitis dari celah-celah batu, dan diceritakan kepada Rasulullah. Baginda pun memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau dimandikan oleh Malaikat, nak tahu kenapa demikian tanyalah ahli rumahnya kenapa halnya itu? Lantas mereka pun bertanyalah kepada isterinya. Isterinya pun menceritakan kisah sebenarnya di mana beliau telah keluar ke medan jihad sebelum sempat mandi wajib. Di sini Hanzalah dikenali sebagai syahid yang dimandikan oleh Malaikat.

Setelah Baginda mengetahui segala apa yang telah berlaku terhadap Hamzah bapa saudaranya dan saudara sepenyusuannya, Rasulullah amat sedih dan berduka, di masa itu emak saudaranya Sofiah datang untuk melihat saudaranya Hamzah, namun Rasulullah menyuruh anaknya al-Zaid supaya mengalih pandangannya dri situ, supaya tidak terlihat apa yang terjadi kepada saudaranya itu, lantas beliau bertanya: Kenapa? Telahpun sampai ke pengetahuan ku di mana saudaraku ini telah dicacatkan jasadnya, semua ini kerana Allah, semoga semua ini meredhakan kami, akan ku bersabar dan memohon restu keredhaan Ilahi, insyaAllah. Justeru itu beliau terus menziarahi jenazah saudaranya kerana hendak melihat dengan mata kepalanya dan terus beliau berdoa untuknya setelah mengucap“Innalillahi wainna ilaihi rajiuun” terus beliau beristighfar untuk al-Syuhada, dengan itu Rasulullah pun memerintah supaya dikebumikan Hamzah bersama Abdullah bin Jahsy anak saudaranya malah saudara sepenyusuan.

Cerita Abdullah bin Masud: Belum pernah lagi kami melihat Rasulullah menangis seperti mana baginda menangis ke atas Hamzah bin Abdul Muttalib. Baginda meletakkan jenazah Hamzah di sebelah Qiblat, di situ baginda berdiri di samping jenazahnya lantas baginda menangis hingga kedengaran sedunya.

Pemandangan para syuhada amat memilukan hati. al-Khabbab menceritakan: Sebenarnya Hamzah sendiri tidak mempunyai kain kapan yang secukupnya, selain dari kain serbannya jalur merah putih, kiranya kalau ditutup kakinya terbuka pula kepalanya dan kalau ditutup kepala kakinya akan terbuka, akhirnya beliau ditutup kepala dan kakinya ditutup dengan tumbuhan al-Izkhir.
Kata Abdul al-Rahman bin Auf: Mus’ab bin Umair terbunuh di dalam peperangan ini sedang beliau lebih istimewa dari ku, beliau pun sama juga, kerana bila hendak ditutup kakinya kepalanya akan terbuka dan kalau ditutup kepalanya kakinya akan terdedah. Dalam satu riwayat dari al-Khabbab yang menyebut: Bahawa Rasulullah telah berkata, ayuh tutup sahaja kepalanya sedang kakinya selimutkan dengan daun-daun Izkhir.

RASULULLAH MEMUJI ALLAH DAN BERDOA PADANYA
Al-Imam Ahmad meriwayatkan mengenai keadaan selepas tentera musyrikin selesai pulang ke Makkah di mana Rasulullah bersabda dengan katanya: Ayuh berbaris lurus kamu sekalian yang ada, supaya ku memuji Tuhan Azawajjala, maka dengan itu sekalian mereka pun berbaris di belakang baginda dengan sabdanya:

“Ya Allah ya Tuhanku bagimu jua segala puji-pujian, ya Tuhanku tiada penghalang bagi apa yang Engkau berikan dan tiada pemberi bagi apa yang Engkau pegangkan, tiada petunjuk bagi orang yang Engkau sesatkan dan tiada penyesat bagi orang yang Kau hidayatkan, tiada pemberi barang sesuatu yang Engkau sekatkan dan tiada penyekat barang sesuatu yang Engkau berikan, tiada siapa dapat mendekatkan sesuatu yang Engkau jauhkan dan tiada siapa pun dapat menjauhkan sesuatu yang Engkau dekatkan Ya Tuhanku tebarkanlah ke atas kami barakan Mu, rahmat Mu, kelebihan Mu danrezekiMu Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon nikmat yang berkekalan yang tidak terhalang dan tidak hilang ya Tuhanku: Sesungguhnya daku memohon bantuan di hari kesuntukan, keamanan di hari menakutkan ,

 ya Tuhanku sesungguhnya daku berlindung dengan Dikau dari kejahatan yang ada pada yang Kau berikan kami dan kejahatan yang ada pada apa yang Kau halang pemberiannya kepada kami, Ya Tuhanku perkenankanlah kecintaan iman itu kepada kami serta hiasilah di persada hati nubari kami, hidupkanlah kebencian terhadap kafir, fasiq dan pendurhakaan di dada kami, jadilah kami dari mereka yang terpimpin. Ya Tuhan kami matikanlah kami sebagai muslim serta hidupkan kami sebagai muslim, letakkanlah kami bersama mereka yang solih tanpa sebarang kehinaan atau terfitnah. Ya Allah ya Tuhanku, hancurkanlah golongan kafir yang mendusta utusanMu, menghalang di jalanMu, humbankan ke atas mereka kemurkaanMu dan siksaanMu. Ya Tuhanku hancurkanlah golongan kafir yang sebelum ini telah diturunkan kepada mereka kitab lalu mereka mendustakannya. Ya Allah ya Tuhanku yang sebenar, perkenankanlah”.

KEPULANGAN RASULULLAH KE MADINAH DISAMBUT DENGAN KELUHURAN CINTA DAN KETULUSAN HATI
Sebaik sahaja Rasulullah selesai menyelenggarakan pengkebumian para syuhada serta berdoa restu kepada Allah Rabbu al-Jalil terus Baginda berangkat pulang menuju ke Madinah, dan tertera di hadapan mata Rasulullah gambaran yang jarang-jarang berlaku, kecintaan dan ketulusan hati nubari kaum muslimat yang menunggu-nunggu kepulangan Baginda sebagaimana tertera perilaku kaum muslimin di dalam peperangan.

Di pertengahan jalan baginda telah diketemukan dengan Hamnah binti Jahsy, Baginda menyampaikan berita syahid saudaranya Abdullah bin Jahsy beliau mengucap “Innalillahi wainna ilaihi rajiuun” dan beristighfar untuknya, beliau menyampaikan berita kematian bapa saudaranya (sebelah emak) Hamzah bii-t Abdul Muttalib beliau mengucap “Innalillahi wainna ilaihi rajiuun” dan beristighfar untuknya, kemudian Baginda menyampaikan berita syahid suaminya Mus’ab bin Umair, terus beliau menangis dan meraung, maka jawab Rasulullah: Sebenarnya suami bagi seseorang wanita adalah di suatu kedudukan yang istimewa.

Seterusnya Rasulullah melalui di hadapan seorang wanita dari qabilah Banu Dinar, di mana suami dan saudaranya telah syahid di dalam peperangan Uhud dan hadirin pun menyampaikan berita syuhada’ itu, lantas beliau berkata: Apa yang berlaku ke atas diri Rasulullah, jawab hadirin: Wahai ibu, Baginda baik, al-Hamdulillah seperti yang ibu harap-harapkan. Kata beliau lagi Tunjukkan daku diri Rasulullah, hingga dapat ku pastikan kebenarannya, maka ditunjukkan kepada si ibu tadi dan setelah pasti bagi ibu tersebut kebenarannya, maka katanya: Keselamatan diri Rasulullah menjadikan segala yang lain kecil sahaja.

Ibu Saad bin Muaz datang berlari-lari ke hadapan Rasulullah, di masa itu Saad sedang memegang tali kuda Rasulullah, beliau menyeru: Itu ibuku wahai Rasulullah, jawab Rasulullah: Diucapkan selamat datang dengan ibumu tu. Di situ Rasulullah berdiri untuk berhadapan dengan ibu Saad, sebaik sahaja beliau berada di hadapan Rasulullah, Baginda pun menghebahkan berita kematian anaknya Amru bin Muaz. Jawab beliau: “Namun bila ku mendapati Rasulullah (s.a.w) selamat kesemu’anya adalah ringan sahaja. Dengan itu Rasulullah pun berdoa untuk seluruh keluarga, yang anak mereka terbunuh di dalam peperangan, kata Baginda: Bergembiralah wahai ibu Saad dan sampaikanlah berita mengembirakan kepada keluarga sekalian di mana anak-anak dan keluarga mereka yang terbunuh itu diiringi masuk ke dalam syurga Allah, malah mereka akan memberi syafaat kepada ahli keluarga mereka, jawab ibu Saad: Kami redha dan bersenang hati dengan kesemuanya itu wahai Rasulullah, dan tiada siapa lagi yang akan menangis, tambah beliau: Wahai Rasulullah doakanlah untuk keluarga mereka yang masih ada ini, maka doa Rasulullah: “Ya Allah Ya Tuhanku! Hilangkanlah duka nestapa dari hati-hati mereka, perbaikilah musibah dan kesusahan mereka, dan jadikanlah yang tertinggal sebagai keluarga terbaik bagi mereka yang telah pergi.

RASULULLAH DI MADINAH
Rasulullah (s.a.w) telah sampai ke Madinah pada petang hari Sabtu tanggal 7 bulan Syawal tahun 3 Hijrah sesampainya ke rumah, Baginda menyerahkan pedangnya kepada anaknya Fatimah dengan sabdanya: Cucikan darah-darah dari pedang ini, demi Allah ianya telah membenarkan kerja-kerjaku, kemudian Ali bin Abi Talib pun menyerah pedangnya dengan katanya: Tolong cucikan juga pedang ku ini, demi Allah sesungguhnya pedang ini telahpun membenarkan daku, sabda Rasulullah: Sekiranya kau telah benar-benar berperang, maka sesungguhnya Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah pun adalah benar bersama-sama dengan kamu.

BILANGAN TERKORBAN KEDUA BELAH PIHAK
Keseluruhan riwayat sebulat suara mengatakan, bilangan syuhada yang terkorban di dalam peristiwa Uhud adalah seramai tujuh puluh orang, dart bilangan yang terbesar adalah dari golongan al-Ansar, di mana seramai enam puluh lima syuhada’ gugur dibumi Uhud, 13 orang dari kalangan al-Khazraj, 24 dari al-Aws dan seorang Yahudi, manakala syuhada dari Muhajirin adalah seramai 4 orang sahaja.
Yang terbunuh dari kalangan al-Musyrikin adalah seramai 22 orang. Tapi selepas meneliti dengan cermat ke atas peperangan Uhud dari perbagai sudut, maka ahli sirah dan peperangan menyebut bahawa korban dari pihak Quraisy adalah seramai 37 orang dan bukan 22 orang. Wallahu a’lam.

KEADAAN DARURAT DI MADINAH
Di malam Ahad 8 haribulan Syawal tahun 3 Hijrah seluruh kaum muslimin berada dalam keadaan dharurat sekelian mereka tidur dalam keadaan berjaga-jaga, walaupun mereka sekalian mengalami keletihan dan kepenatan yang amat sangat, namun sedemikian mereka tetap membuat pengawalan di setiap penjuru Madinah dan pintu masuknya, mengawal dan menjaga keselamatan pemimpin agung mereka Rasulullah (s.a.w) secara khusus, kerana mereka mencurigai seperti ada beberapa perkara yang tidak kena dengan suasana Madinah pada malam berkenaan.

PEPERANGAN HAMRA’ AL-ASAD
Di malam itu Rasulullah dalam keadaan memikirkan mengenai situasi Madinah, selepas peperangan Uhud itu, Baginda sangsi dengan sikap Quraisy yang mungkin mereka membuat perubahan sikap setelah mereka menilai semula peperangan yang mereka sertai itu, yang tidak pun memberi sesuatu faedah kepada mereka. Meskipun mereka menang di medan pertempuran, pasti mereka berdukacita, kerana itu mereka mungkin akan berpatah balik untuk melanggar Madinah buat kali kedua di dalam tempoh yang sama. Justeru itu, Rasulullah terfikir untuk membuat operasi memburu tentera Makkah.

Ahli sirah dan peperangan menyebut dalam satu kata sepakat: Di hari itu Rasulullah menyeru sekalian kaum muslimin dan memerintah mereka bergerak untuk berhadapan dengan musuh, seruan ini dibuat pada keesokan hari selepas peristiwa Uhud, iaitu hari Ahad 8 haribulan Syawal tahun 3 hijrah, dengan sabdanya: “Tidak akan menyertai kita di hari ini kecuali mereka yang menyertai peperangan Uhud kelmarin”. Kata Abdullah bin Ubai:

“Boleh aku turut bersama kau”? Jawab baginda: “Tidak”. Sekalian kaum muslimin menyahut seruan Rasulullah itu meskipun mereka mengalami kecederaan yang amat sangat dan ketakutan, tetapi mereka menjawab: “Kami menurut perintah Rasulullah penuh taat setia”.
Di masa itu Jabir bin Abdullah tampil ke hadapan Rasulullah meminta izin untuk turut serta dengan katanya:

“Wahai Rasulullah sebenarnya daku ini tidak suka melihat sesuatu peristiwa itu kecuali ku ingin bersama-sama Rasulullah, namun dalam peristiwa Uhud itu daku tidak bersama-sama Rasulullah kerana bapaku mengamanahkan daku untuk menjaga anak-anak perempuannya. Kali ini izinkanlah daku untuk bersama-sama menyertai bersama tuan hamba. Justeru itu Rasulullah pun membenarkan Jabir turut serta. Rasulullah bergerak bersama tentera Islam, hingga tiba ke tempat bernama Sahra’ al-Asad, sejauh lapan batu dari al-Madinah, di situ mereka berkhemah.
Semasa di Hamra’ al-Asad, Ma’bad bin Abi Ma’bad al-Khazaie telah datang menemui Rasulullah mengisytihar kemasukannya ke agama Islam – namtin ada pendapat mengatakan yang beliau ini masih dalam musyriknya, Cuma beliau datang untuk memberi nasihat kepada Rasulullah, kerana di antara Banu Khuza’ah dan Banu Hasyim termeterainya perjanjian, dengan katanya: Wahai Muhammad demi Allah, sesungguhnya apa yang menimpa kamu itu adalah berat bagi kami, hanya doa restu kepada Allah semoga kamu disejahterakan Allah – di sini Rasulullah meminta beliau terus menyertai bersama Abu Sufian dan bertindak menggagalkannya. Sebenarnya apa yang Rasulullah curigai selama ini memang benar terjadi kerana setibanya tentera musyrikin di al-Ruha’ 36 batu ke Madinah mereka saling kecam mengecam, di antara mereka menyebut dengan katanya Sebenarnya kamu tidak melakukan sesuatu apa pun, walaupun dapat pecahkan kekuatan mereka, kemudian kamu biarkan begitu sahaja, kepala-kepala mereka masih hidup dan dapat bersatu semula, ayuh kita patah balik semula untuk memerangi mereka hingga ke akar umbi. Nampaknya pendapat ini mutawatir, disuarakan oleh orang tertentu, yang tidak sangat menilai kekuatan fizikal dan kejiwaan kedua-dua pihak, oleh itu cadangan ini disanggah oleh ketua yang bertanggungjawab, Safwan bin Umaiyah dengan jawapannya: “Wahai kalian kaumku, jangan kamu tergesa-gesa bertindak sedemikian, kerana aku mencurigai, nanti kalau akan ditentangi oleh mereka, (kaum muslimin) yang dahulu tidak keluar berperang, lebih baik kamu pulang, kedaulatan kamu sudah pun di dalam tangan kamu, Aku takut nanti kalau kamu berpatah balik menyerang Madinah kedaulatan kamu itu akan dirampas kembali”, namun pendapat beliau ini tidak mendapat restu dari suara

majoriti tentera, malah sebaliknya mereka bersetuju untu. berpatah balik bergerak menuju Madinah, tetapi sebelum Abu Sufian mengalih arah pergerakan tenteranya beliau telah ditemui oleh Ma’bad bin Abi Ma’bad al-Khuzaei yang tidak diketahui tentang kelslamannya, beliau telah ditanya oleh Abu Sufian dengan katanya: Ada apa-apa yang tidak baik? Sebagai satu perang saraf, Ma’bab menjawab: Sebenarnya Muhammad keluar bersama-sama sahabatnya, memburu kamu dalam satu ketumbukan yang belum pernah ku lihat lagi seperti itu, kelihatan perasaan mereka meluap-luap untuk menuntut bela, ketumbukan ini telah disertai nampaknya oleh mereka yang tidak bersamanya di dalam peperangan Uhud kelmarin, seolah-olah mereka ini ingin menampung balik ketidakhadiran mereka kelmarin.

Jawab Abu Syfian: Jenis apa yang kamu kata itu:

Jawab Ma’bad: Demi Allah, tidak percaya, kamu boleh maju sedikit ke hadapan ke arah Madinah kamu akan melihat ketumbukan peninjaunya di sebalik bukit itu.

Kata Abu Sufian: Demi Allah sebenarnya kami sudah sebulat suara untuk membuat serangan mengejut untuk menghapus mereka sama sekali. Jawab Ma’bad: Aku menasihati kamu, jangan bertindak bodoh sedemikian, di masa itu semangat juang tentera musyrikin mulai runtuh, malah mereka sudah mula dalam ketakutan, pada mereka sebaik-baik jalan ialah meneruskan pengunduran ke Makkah, sedang ,Abu Sufian terus memupuk semangat juang di kalangan tentera Makkah, menyeru mereka untuk berpatah balik melanggar Madinah, tujuannya ialah untuk menghalang tentera Islam dari terus memburu mereka. Tepat sekali di mana Abu Sufian telah berjaya dalam usahanya itu, kerana dengan takdir Allah satu rombongan qabilah Abd al-Qais yang belayar melalui perhentian tentera Makkah menuju ke Madinah, maka Abu Sufian berkata kepada ketua qabilah tadi : Sebaik sahaja kamu bertemu dengan Muhammad dan sahabatnya tolong sampaikan perutusan ini, aku berjanji akan ku muatkan buah-buah kismis ini ke atas tunggangan kamu, di Ukaz bila kamu daiang ke Makkah nanti, setelah kamu tunaikan perutusan ku ini. Jawab mereka: “Ya boleh”. Kata Abu Sufian: “Kamu sampaikan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya bahawa kami telah membuat keputusan untuk menyerang mereka, hingga dapat kami menghapusnya dan pengikut-pengikutnya”.

Sebaik sahaja kafilah, Abu Abd al-Qais menghampiri Rasulullah dan tenteranya yang sedang singgah di ” Hamra’ al-Asad”, beliau pun terus menyampaikan kepada Rasulullah, perutusan Abu Sufian itu, dengan katanya: “Sebenarnya penduduk Makkah telah pun mengumpul seluruh tenaganya, maka hendaklah kamu berwaspada dengan mereka, apa lagi kaum muslimin pun semakin bertambah kental keimanan mereka”.

“Dan mereka menjawab :Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adulah sebaik-baik Pelindung. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar”.
(Al lmran: 173-174)


Rasulullah (s.a.w) bersama tentera Islam berkhemah di Hamra’ al-Asad setibanya dari Madinah pada hari Ahad, untuk selama 3 hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu, kira-kira tanggal 9 hingga 10 dan 11 Syawal tahun 3 Hijrah, setelah itu baginda pulang semula ke Madinah. Namun sebelum pulang baginda menahan Abu Azzah al-Jumahi, beliau adalah di atara tawanan Badar yang dibebaskan tanpa sebarang bayaran kerana kedhaifan beliau di samping ramai pula anak-anak perempuan dibawah tanggungan beliau. Setelah beliau berjanji untuk tidak melawan lagi, namun beliau telah mungkir janji, di mana beliau telah merangsangkan kaum musyrikin melalui syair-syairnya dan beliau sendiri pun turut bersama, sebaik sahaja Rasulullah menahan, beliau sekali lagi berkata: Wahai Muhammad bebaskanlah aku, seperti dahulu, berilah kesempatan untuk ku menjaga anak-anak perempuan ku, dan aku berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang sama itu. Rasulullah menjawab: Aku tidak mahu bila kau pulang ke Makkah nanti kau akan menunjuk dengan jarimu ke dahi, dan berkata: Nah sekali lagi aku dapat menipu Muhammad, sebenarnya orang mukmin tidak dipagut oleh ular dua kali dari lubang yang sama. Kemudian baginda memerintah al-Zubair atau ‘Asim bin Thabit memancung lehernya.

Baginda juga menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengintip Makkah, beliau dikenali sebagai Muawiyah bin al-Mughirah Ibnu Abi Al-Aas, iaitu datuk kepada Abdul Malik bin Marwan sebelah ibunya, kisah bermula, apabila tentera,musyrikin pulang ke Makkah, maka Muawiyah ini datang menziarahi anak saudaranya Uthman bin Affan (r.a), beliau telah memohon perlindungan dari Uthman (r.a). dengan syarat tidak melebihi tiga hari. Sekiranya beliau langgar syarat akan dibunuh namun setelah Madinah lengang dari tentera Islam, beliau terus tinggal di sana lebih dari tiga hari, dengan tugas mengintip bagi pihak
Quraisy, setelah tentera Islam pulang, Muawiyah lari keluar secara senyap-senyap, justeru itu Rasulullah memerintah Zaid bin Harith dan Ammar bin Yasir memburunya, maka mereka berdua pun mengikuti jejaknya hingga bertemu dan di tempat itu juga beliau dibunuh.
Suatu hakikat yang tidak syak lagi bahawa peperangan Hamra’ al-Asad bukanlah satu peperangan yang berasingan, malah ianya merupakan sebahagian dari peperangan Uhud, malahan sambungan kepada peperangan Uhud dan siri terakhir dari keseluruhah peperangan Uhud berkenaan.
Itulah dia peperangan Uhud dengan keseluruhan tahap-tahap dan penceritaannya secara terurai, di ketika para pengkaji menyelidiki mengenai kesudahan peperangan ini, apakah ianya suatu kemenangan atau tidak? Tapi satu hakikat yang jelas di mana kelebihan ketenteraan yang berbeza di antara tentera Makkah dan tentera Madinah adalah ketara sekali, terutamanya di dalam pusingan kedua, di mana pihak musyrikin menguasai pertempuran di seluruh medan perang, kerugian tenaga manusia di pihak Islam lebih teruk berbanding dengan apa yang dialami oleh pihak musyrikin, terdapat sekumpulan tentera Islam di beberapa medan pertempuran kiranya tewas sehabisnya di mana tentera musyrikin menguasai suasana pertempuran, oleh kerana adanya faktor lain yang tidak membenarkan kita menyebut pertempuran ini memberi kemenangan dan kejayaan kepada Islam, sebab itulah kita tawaqquf.

Walau bagaimana sekalipun, satu perkara yang tidak diragui, di mana tentera Makkah tidak dapat menawan institusi ketenteraan Islam, disebabkan .sebahagian besar tentera al-Madinah tidak berundur lari dari medan pertempuran, meskipun berlaku huruhara di barisan tentera Islam, malah seluruh mereka menentang tentera Makkah hingga dapat mereka berkumpul semula di sekeliling qiada. (pimpinan), dan tidak membiarkan tentera lawan memburu askar-askarnya, justeru itu tidak seorang pun yang menjadi tawanan tentera musyrikin malah tentera musyrikin tidak dapat sebarang harta rampasan pun dari kaum muslimin, dan tentera musuh tidak pula membuka medan pertempuran ketiga meskipun tentera Islam masih dipengkalan perjuangannya. Demikian juga tentera musyrikin tidak pula bermukim di medan pertempuran untuk selama sehari, dua atau tiga hari seperti yang biasa dilakukan oleh pihak yang menang, sebagai tradisi amalan di masa itu, malah dengan segera pula berundur dari situ terlebih dahulu, meninggal medan pertempuran lengang sahaja. Sebelum tentera Islam meninggalkannya. dan tidak pula mereka berani menyerang Madinah untuk menawan kaum wanita sebagai rampasan perang dan harta-harta di sana, sedang jarak Madinah dengan medan pertempuran hanya beberapa langkah sahaja dalam keadaannya ianya terdedah dan terbuka kepada sebarang serangan.

Kesemuanya ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dipungut oleh Quraisy dari peperangan Uhud ini tidak lebih dari satu kesempatan dan peluang untuk mereka, buat menimpa kerugian yang teruk ke atas kaum muslimin, di samping kegagalan mereka untuk membenteras dan menghapus tentera Islam sehabis mungkin, setelah mereka berjaya mengepung tentera Islam, yang biasanya pihak penyerang, tidak teragak-agak untuk membunuh kesemua tentera lawannya dalam keadaan sepertimana yang terjadi kepada tentera Islam, maka sebab itu untuk dikatakan bahawa tentera Quraisy memperolehi satu kejayaan adalah, tidak, dan jauh samasekali.
Malah apa yang menguatkan lagi sikap kita di mana Abu Sufian bergegas pula untuk berundur dari medan pertempuran kerana beliau takut tenteranya akan mengalami kekalahan, seandainya beliau membuka semula medan pertempuran yang ketiga. Penegasan ini dapat diperhatikan dari sikap Abu Sufian terhadap peperangan Hamra’ al-Asad itu.

Untuk itu maka kita menegaskan bahawa peperangan ini adalah sebahagian yang tidak terpisah dari induknya, setiap pihak telah memperolehi bahagian masing-masing kerugian dan keuntungan, dipenghujungnya setiap pihak menarik diri, tanpa memperlihatkan di mata lawannya sebagai lari dari medan peperangan dengan meninggalkan tapaknya ditawan oleh lawan, inilah yang dikatakan yang ianya suatu peperangan yang bersambung dengan awalannya. Untuk itu maka Allah menjelaskan di dalam firmanNya:


“Janganlah kamu lemah melawan kaum itu, jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun mendapat kesakitan juga, sebagaimana kamu mendapat kesakitan. Sedangkan kamu mengharapkan dari Allah barang yang tiada mereka harapkan”
(An-Nisaa': 104)
Allah menggambarkan perasaan yang dialami oleh satu kem sebagaimana yang dirasainya oleh kem yang satu lagi, ini membawa erti di mana kedua-dua situasi adalah setara, kedua-dua pasukan masing-masing pulang dengan tidak membawa kemenangan.

AL-QURAN MEMPERKATAKAN SEKITAR PEPERANGAN BERKENAAN
Ayat al-Quran turun untuk memberi penjelasan ke atas setiap marhalah mengenai peristiwa Uhud ini, marhalah demi marlahah, diiringi dengan ulasan-ulasan yang menjelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kerugian yang parah. Al-Quran juga bertanggungjawab menjelaskan sudut-sudut kelemahan yang masih terdapat pada pendokong-pendokong kebenaran dan iman, berbanding dengan tanggungjawab mereka di dalam situasi yang sebegini cemas, juga berbanding dengan matlamat-matlamat mulia yang hendak dicapai oleh kelompok ini, yang mana kerana matlamat-matlamat inilah maka diprosesnya kelompok dan umat ini, yang digambarkan oleh Allah sebagai suatu umat dengan ciri-ciri keistimewaannya dilahirkan untuk manusia sejagat.

Sebagaimana juga al-Quran memperkatakan mengenai golongan munafiqin, Allah mendedahkan keburukan diri mereka, Allah mendedahkan perseteruan mereka secara senyap-senyap, terhadap Allah dan RasulNya, disamping Allah (s.w.t) membersihkan hati naluri kaum muslimin dari sangkaan dan hasutan-hasutan syaitan yang selama ini menyelaputi hati-hati mereka, perasaan dan hasutan ini ditimbul-timbulkan oleh golongan munafiqin dan kroni-kroni mereka dari kaum Yahudi Madinah yang merupakan kepala fitnah, batu api dan pakatan konspirasi. Seterusnya al-Quran mendedahkan hikmah-hikmah dan pencapaian sejati dan murni di akhir peperangan.

Enam puluh ayat dari surah Ali Imran yang diturunkan khusus memperkatakan seawal-awal detik peristiwa:

“Ingatlah ketika engkau keluar pagi hari dari keluarga kamu, kau tempatkan orang-orang Mukmin pada beberapa tempat untuk berperang”.
(Ali Imran: 121)
Diakhiri dengan huraian lengkap terhadap kesudahan-kesudahan dan hikmat-hikmat peperangan ini dengan firmannya:
“Allah tiada membiarkan orang-orang yang beriman menurut keadaan kamu, sehingga ia membedakan orang yang jahat dari orang yang baik. Dan bukanlah Allah hendak memperlihatkan .hal ghaib kepadamu, tetapi Allah memilih di antara rasul-rasulNya siapa yang dikehendakiNya, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, danjika kamu beriman dan bertaqwa, maka untuk mu pahala yang besar”
(Ali Imran: 179)
HIKMAH-HIKMAH DAN MATLAMAT-MATLAMAT MURNI DARI PEPERANGAN INI
Ibnu al-Qayyim menghuraikan secara meluas khusus mengenai tajuk ini, tegas Ibnu Hajar dengan katanya: Para ulama telah menyebut: Bahawa sesungguhnya di dalam peristiwa Uhud ini dengan apa yang telah terkena ke atas kaum muslimin, terkandung kebaikan-kebaikan dan hikmah-hikmah Ilahi yang luhur, antaranya: Mengajar kaum muslimin bahawa penderhakaan itu buruk padahnya, pelanggaran perintah membawa kepada nahas yang parah, iaitu ketika golongan pemanah meninggalkan tempat, sedang mereka diperingatkan oleh Rasulullah supaya jangan berganjak dari tempat mereka dalam keadaan apa jua sekali pun. Kebiasaannya para rasul diuji namun kesudahan akan berpihak kepada mereka, sebagai hikmahnya, kalaulah mereka ini sentiasa menang sahaja nescaya golongan yang tidak beriman akan menyertai bersama kaumnya yang beriman itu, dengan erti kata lain tidak akan berlaku satu proses pembezaan dan penapisan di antara mereka yang benar dan yang tidak benar, malah sebaliknya pula, kalaulah mereka ini sentiasa kalah dan gagal sahaja, pasti pula tujuan pengutusan para rasul tidak tercapai, untuk membezakan di antara yang membenarkan dan yang mendustai risalah Rasulullah. Kerana nifaq dan taqiah golongan munafiqin adalah tersembunyi dari pengetahuan kaum muslimin, dengan berlaku peristiwa ini maka tertonjollah golongan munafiq dan taqiah melalui tindakan dan percakapan mereka, hingga dengan itu kaum muslimin dapat mengenali seteru mereka dengan peranan-peranannya sekali, maka untuk tindakan susulan mereka, mereka boleh berjaga-jaga, berwaspada dan mengelak dari golongan ini. Kelewatan kemenangan dan pertolongan pada sesetengah tempat boleh menjinak kebuasan hawa nafsu dan boleh melunak kesombongannya, semasa diuji kaum muslimin pasti bersabar manakala kaum munafiqin dan taqiah akan keluh-kesah, disamping itu Allah telah menyediakan untuk hamba-hambaNya yang beriman kedudukan dipersada kemuliaan dan karamahNya yang tidak mungkin dicapai atau tersampai di sana melalui amalan-amalan mereka. 

Untuk itu maka
Allah membuka peluang dengan menyediakan sebab-sebab, iaitu ujian dan fitnah hingga dengannya mereka berupaya sampai ke sana. Dari peristiwa ini Allah rnenawarkan mati syahid yang merupakan kemuncak kedudukan para awliya’Nya, kejadian ini juga menjelaskan kehendak Allah dan iradahNya, untuk membinasakan musuh-musuhNya. Dengan menyediakan sebab musabab iaitu kekufuran mereka keengganan dan penderhakaan mereka, kerana menentang para auliyaNya sehingga dengannya maka terpadam dosa-dosa kaum mukmin dan menghapuskan kaum kafirin.

No comments: