Makkah
dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran
natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi
kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di
atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang
sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke
atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa
berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu.
Selepas
peperangaan Badar seluruh Quraisy telah bersetuju untuk membuat satu
serangan dan peperangan yang menyeluruh terhadap kaum muslimin, serangan
yang boleh melegakan perasaan marah mereka dan melunakkan kesumat hasad
mereka. Untuk itu mereka membuat persiapan secukupnya bagi membolehkan
mereka masuk ke kancah peperangan nanti.
Ikrimah
bin Abu Jahal, Safwan bin Umaiyah, Abu Sufian bin Harb dan Abdullah bin
Abi Rabiah merupakan tokoh yang paling aktif dan pengerak utama malah
yang paling bersemangat ke kancah peperangan berkenaan.
Tindakan
awal yang mereka lakukan untuk tujuan berkenaan ialah memegang kafilah
yang terlepas dahulu yang dipimpin oleh Abu Sufian, yang menjadi punca
peperangan Badar. Mereka menegaskan kepada pemilik-pemilik harta itu,
dengan kata mereka : “Wahai kalian Quraisy, Muhammad telahpun membuat
pukulan ke atas kamu dan membunuh tokoh-tokoh kamu, ku mengharapkan agar
kamu kalian dapat membantu kami, memerangi Yathrib dengan harta-harta
ini. Semoga dapat kita menebus kekalahan dan menuntut bela ke atas
kematian orang-orang kita yang tersayang itu”. Mereka semua pun
bersetuju, maka dijual kesemua barang itu menjadi aset mereka, berjumlah
seribu ekor unta dan lima puluh ribu dinar wang emas. Sempena usaha ini
Allah menurunkan firmanNya yang bermaksud :
“Sesungguhnya
meraka yang kafir membelanjakan harta mereka untuk menyekat dakwah ke
jalan Allah. Dan mereka berbelanja, kemudian perbelanjaan itu
mendatangkan penyesalan seterusnya mereka akan ditewaskan “
(al-Anfal: 36)
Setelah
itu mereka membuka peluang untuk pejuang sukarela kepada sesiapa sahaja
yang berkeyakinan untuk turut serta dalam operasi mengepong orang-orang
Islam di Al-Madinah. Peluang dibuka untuk golongan awam Al-Ahabisy,
Kabilah Kinanah dan penduduk Tuhamah. Sebagai langkah memberansang orang
ramai, beberapa insentif mereka lakukan, di antaranya, Safwan bin
Umaiyah memikat Abu Azzah untuk turut sama bergerak, beliau adalah
penyair yang telah dibebaskan Rasulullah tanpa sebarang bayaran, beliau
telah membuat janji dengan Rasulullah selepas ini beliau tidak akan
membuat sebarang hasutan terhadap Islam, namun beliau termakan dengan
ajakan Safwan, beliau turut berusaha mempengaruhi kabilah Arab untuk
turut serta memerangi kaum muslimin. Safwan menjanjikan Abu Azzah
kiranya beliau selamat pulang dari peperangan terhadap kaum muslimin
nanti akan diberi kemewahan kepadanya, kalau tidak beliau akan
bertanggungjawab menyara hidup puterinya. Abu Azzah bergerak penuh
semangat melalui syair-syairnya yang bersemangat meransang
kabilah-kabilah disekitar Makkah, malah disamping itu pihak Quraisy
telah memilih seorang penyair lagi untuk meransang saraf musyrikin
Makkah.
Abu
Sufian merupakan tokoh yang bersungguh-sungguh bergerak menentang umat
muslimin setelah beliau lari lintang pukang dari buruan ghazwah
Al-Sawiq, malah dalam operasi itu beliau kehilangan sebahagian besar
dari bekalan makanannya.
Apa
yang menambahkan suasana lebih buruk dan menyemarakkan lagi kemarahan
Quraisy ialah kejayaan angkatan Zaid bin Harithah menewaskan kafilah
Safwan bin Umaiyah yang membawa kerugian besar malah hampir meranapkan
ekonomi Quraisy dan mensugulkan perasaan dan pemikirannya. Kesemua
faktor ini mendesak Quraisy untuk mensegerakan tindakan ke satu kancah
peperangan penentu di antara mereka dan kaum muslimin.
KEKUATAN TENTERA QURAISY DAN PIMPINANNYA
Dalam
tempoh setahun, pihak Quraisy telah berjaya memperlengkapkan
angkatannya dengan peralatan ketenteraan yang diperlukan. Kekuatan
tenaga manusia terdiri dari tiga ribu orang askar. Gabungan Quraisy,
sekutu dan Al-Ahabisy, sesetengah pemimpin Quraisy berpendapat,
peperangan kali ini baik disertai oleh kaum ibu. Kerana penyertaan
seupama ini boleh mempertingkatkan prestasi dan mutu peperangan tentera
Quraisy, agar mereka akan bermati-matian semasa bertempur kerana
mempertahankan maruah dan kehormatan keluarga mereka. Bilangan kaum
wanita yang turut serta adalah seramai lima belas orang.
Logistik
pengangkutan di dalam angkatan kali ini sebanyak tiga ribu ekor unta,
kekuatan tentera berkuda adalah seramai dua ratus ekor kuda. Peralatan
penangkis adalah sebanyak tujuh ribu perisai.
Pimpinan
agung diserahkan kepada Abu Sufian bin Harb manakala pimpinan tentera
berkuda diletak dibawah kelolaan dan tanggungjawab Khalid bin Al-Walid
dengan dibantu oleh Ikrimah bin Abi Jahal. Adapun tanggungjawab membawa
panji peperangan diserahkan kepada Banu Abdul Al-Dar.
TENTERA MAKKAH BERGERAK
Dengan
kelengkapan yang sebegini kemas, tentera Makkah mula bergerak menuju ke
Madinah. Kesumat kemarahan yang amat sangat untuk menuntut bela di atas
kematian-kematian silam membakar perasaan masing-masing, menunggu saat
yang pada bila-bila masa sahaja boleh membangkit dan mencetuskan
pertempuran yang sengit.
RISIKAN-RISIKAN RASULULLAH MENYINGKAP PERGERAKAN MUSUH
Al-Abbas
bin Abdul Muttalib mencerap pergerakan ketenteraan Quraisy. Al-Abbas
pun segera pula mengutus risalah memaklumkan Rasulullah segera sesuatu
mengenai tentera Quraisy dan pergerakannya.
Utusan
Al-Abbas itu bergerak cepat sekali merentas perjalanan di antara Makkah
dan Madinah yang dianggar jaraknya lima ratus kilometer memakan masa
tiga hari, utusan tadi segera menyerah risalah Al-Abbas itu ke tangan
Rasulullah (s.a.w.) yang pada masa itu sedang berada di masjid Quba’.
Ubai
bin Kaab bertugas membaca risalah yang diterima itu kepada Baginda.
Baginda meminta agar dirahsiakan risalah berkenaan, dengan itu Baginda
segera pulang ke Madinah dan terus Baginda berbincang dengan pemimpin
Muhajirin dan Al-Ansar.
PERSIAPAN KAUM MUSLIMIN MENGHADAPI KECEMASAN
Kini Al-Madinah berada dalam suasana seruan jihad am (Al-Nafir al-Aam ).
Tentera Islam terus membawa senjata ke mana sahaja hingga ke dalam
solat mereka, sebagai persiapan buat menghadapi suasana kecemasan.
Satu
kumpulan bertindak telah dibentuk dari kalangan Al-Ansar, terdiri dari
Saad bin Muaz, Usayyid bin Hadhir dan Saad bin Ubadah, mereka bertugas
mengawal Rasulullah, mereka ini sepanjang masa berada di pintu kediaman
Rasulullah siap sedia dengan senjata mereka.
Dan
beberapa kumpulan yang lain bertugas menjaga pintu masuk ke Madinah dan
lorong-lorong yang lain, takut diserang hendap dan curi masuk secara
mendadak.
Sekumpulan
yang lain membantu relawan peninjau buat meninjau pergerakan musuh,
kumpulan ini bergerak di sekitar jalan-jalan yang dianggap kemungkinan
tentera musuh merempuh masuk menyerang kaum muslimin.
TENTERA MUSUH DI PINGGIR AL-MADINAH
Tentera
Makkah meneruskan perjalanannya dengan melalui jalan awam utama di
sebelah barat, setibanya ke Al-Abwa’, Hindun binti Utbah isteri Abu
Sufian di antara kaum ibu Quraisy yang turut serta bersama tentera
Makkah telah mencadangkan supaya mereka mengali lubang kubur ibu
Rasulullah di situ, namun pemimpin tentera enggan berbuat demikian,
malah mereka memperlngatkan bahawa tindakan seumpama itu boleh
mendatangkan padah yang buruk ke atas mereka semua.
Tentera
Makkah teruskan perjalanannya hingga sampai berhampiran al-Madinah
dengan melalui “Wadi al-Aqiq” kemudian membelok sebelah kanan dan
singgah berhampiran bukit “Uhud” di kawasan yang dikenali sebagai
“Ainain” di lembah “al-Sabkhah” berdekatan terusan di tebing lembah di
situ, kira-kira disebelah utara “al-Madinah” mereka berkhemah di situ
pada tanggal tujuh haribulan Syawal tahun ketiga hijrah di hari Jumaat.
MAJLIS PERMESYUARATAN BERSIDANG MEMBENTUK PELAN PERTAHANAN
Risikan
al-Madinah telah memungut berita mengenai tentera Makkah pada setiap
pergerakannya, sehingga berita terakhir mengenai perkhemahannya. Justeru
itu Rasulullah pun bersidang dengan anggota Majlis Permesyuaratan
Tertinggi Ketenteraan Islam, bagi bertukar pendapat untuk menentukan
pendirian, malah Baginda menceritakan mimpi yang dilihatnya dengan
berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya daku telah bermimpi sesuatu yang
baik, daku melihat seekor lembu jantan disembelih, mata pedangku sumbing
dan ku memasukkan kedua tangan ku ke dalam baju besi”. Baginda
mentakbirkan mimpi lembu jantan sebagai beberapa orang sahabatnya
terbunuh, pedang sumbing sebagai seorang keluarganya dibunuh dan baju
besi sebagai “al-Madinah”.
Kemudian
Rasulullah mengemukakan pendapat kepada para sahabat untuk tidak keluar
dari al-Madinah, malah mereka wajar mempertahankan al-Madinah, kiranya
kaum musyrikin berkhemah di tempat mereka sekarang bererti mereka
mengambil yang buruk dan tidak berfaedah dan kalau mereka menyerang
al-Madinah maka kaum muslimin akan menanti mereka di pintu-pintu lorong
ke Madinah. Kaum wanita berperanan dari atas bumbung rumah, itu adalah
pendapat Baginda. Pendapat Baginda dipersetujui oleh Abdullah Ibni Ubai
bin Salul kepala munafiqin, beliau menghadiri majlis berkenaan dengan
statusnya sebagai salah seorang pemimpin al-Khazraj. Persetujuan beliau
dengan cadangan Rasulullah tadi bukanlah berasaskan pendirian yang sihat
dari logik ketenteraan, tetapi maksud beliau ialah untuk mengelak dari
peperangan dalam keadaan tidak disedari oleh orang lain, namun dengan
niat tak eloknya beliau dan rakannya terdedah kepada kaum muslimin, dan
tertonjol lagi sifat nifaqnya di saat terawal lagi.
Sekumpulan
para sahabat Rasulullah yang tidak menyertai peperangan Badar telah
meminta Rasul supaya berperang di luar di al-Madinah, dan mereka
beriya-iya untuk keluar, ada di antara mereka yang berkata : “Wahai
Rasulullah, sememangnya kami mengharapkan hari seumpama ini dan kami
senantiasa berdoa kepada Allah. Nah! Allah telah pun membawa hari itu
untuk kami, di mana perjalanannya tidak jauh dari sini, semua ini Allah
yang memperdekatkannya, Ayuh! Keluarlah wahai Rasulullah untuk bersemuka
dengan, musuh Allah dan jangan biarkan mereka melihat kita sebagai
orang-orang yang pengecut”. Orang yang mengepalai mereka, yang
bersemangat untuk keluar ini ialah bapa saudaranya Hamzah bin Abdul
Al-Muttalib, sebagai orang yang dilihat oleh Rasulullah di dalam
mimpinya, sebagai mata pedang yang sumbing, akhirnya Rasulullah bersabda
kepada mereka : “Demi Tuhan yang telah menurunkan ke atas ku al-Kitab,
aku tidak akan memakan sebarang makanan hinggalah akan membelasah mereka
dengan pedangku ini di luar al-Madinah.
PEMBAHAGIAN KELOMPOK TENTERA ISLAM DAN KEMARAAN BAGINDA KE MEDAN PERANG
Di
hari itu Rasulullah bersembahyang Jumaat bersama-sama seluruh kaum
muslimin di Madinah diikuti dengan nasihat dan pesanan yang meminta
supaya mereka sentiasa bersabar di mana mereka akan dianugerahkan dengan
kemenangan dari Allah dan seterusnya meminta mereka bersiap sedia serta
berjaga-jaga untuk menghadapi musuh. Maka seluruh hadirin terasa
gembira dengan seruan Baginda itu.
Di
sebelah petang Rasulullah (s.a.w.)bersembahyang Asar bersama kaum
muslimin, penduduk al-‘Awali telah turut di dalam perhimpunan itu,
kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dituruti oleh dua orang
sahabatnya Abu Bakr dan Umar (r.a). Mereka berdua memasangkan serban ke
kepala Baginda dan memakaikan Baginda pakaiannya, seterusnya Rasulullah
mengambil senjata, memakai baju besi mengalas pedang dan keluar ke
hadapan khalayak ramai.
Orang
ramai sedang menunggu kemunculan Rasulullah, di masa itu Saad bin Muaz
dan Usaid bin Hadhir bercakap kepada Hadirin : “Kamu telah paksa
Rasulullah supaya keluar, sewajibnya serahkan sahaja urusan ini kepada
Baginda”, dan mereka semua terasa menyesal dengan tindakan mereka itu,
bila sahaja Rasulullah muncul semula di hadapan mereka, mereka pun
menyuara : “Wahai Rasulullah tidak wajar bagi kami mencanggahi tuan
hamba, lakukanlah apa sahaja sehendak tuan hamba, kiranya Rasulullah
lebih suka bertahan di al-Madinah, Rasulullah boleh lakukan”. Jawab
Rasulullah (s.a.w.) dengan sabdanya yang bermaksud:
“Tidak
wajar bagi seorang nabi apabila telah memakai baju besinya akan
menanggalnya hinggalah Allah membuat penentuan di antaranya dan
musuhnya”.
Rasulullah memulakan penyusunan tentera dengan membahagikan kepada tiga kelompok:
1. Katibah (kelompok) al-Muhajirin panjinya diserahkan kepada Mus’ab bin Umair al-Abdari.
2. Katibah al-Ansar dari al-Aws diserahkan panjinya kepada Usaid bin Hadhir.
3. Katibah Ansar dari al-Khazraj diserahkan panjinya kepada al-Habbab bin al-Munzir.
Semua
tentera terdiri dari seribu orang askar di antaranya seratus berbaju
besi dan lima puluh penunggang kuda tapi ada pendapat mengatakan di hari
Uhud itu tidak ada askar berkuda. Rasulullah melantik Ibnu Umu Maktum
sebagai Khalifahnya di al-Madinah untuk mengimami sembahyang dengan
orang yang masih berada di Madinah. Setelah itu Rasulullah pun
memerintah tentera Islam bergerak menuju ke sebelah utara, kedua-dua
Saad keluar berlari di hadapan Rasulullah dengan memakai baju besi
masing-masing.
Setibanya Rasulullah berhampiran dengan “Thaniyah al-Wada'” Baginda
terlihat satu katibah tentera yang kemas peralatannya, berasingan dari
tentera induk, Baginda bertanya siapa mereka itu, maka diberitahu itu
adalah katibah Yahudi sekutu al-Khazraj. Mereka relahati untuk turut
serta di dalam peperangan menentang kaum musyrikin, tanya Baginda :
“Apakah mereka itu telah memeluk Islam?” Jawab mereka : “Tidak”. Maka
Rasul menolak penyertaan mereka kerana Baginda tidak mahu meminta
bantuan dari kaum kafir untuk menentang kaum musyrikin.
PERBARISAN TENTERA
Setibanya
Baginda ke tempat yang dikenali sebagai “al-Syaikhan” Baginda memeriksa
perbarisan tenteranya, mana-mana peserta yang dianggap masih kecil
belum cukup layak, tidak berkemampuan untuk berperang dihantar pulang,
di antara mereka ialah : Abdullah bin Umar bin al-Khattab, Usamah bin
Zaid, Usaiyid bin Zahir, Zaid bin Thabith, Zaid bin Arqam, Urabah bin
Awsi, Amru bin Hizam, Abu Said al-Khudari, Zaid bin Harithah, al-Ansari
dan Said bin Hibbah. Ada pendapat menyebut di antara yang masih muda dan
dihantar pulang ialah al-Barra’ bin Azid tetapi hadith al-Bukhari yang
diriwayatkan oleh Azib membuktikan kehadiran beliau di dalam peperangan
Uhud Itu.
Namun
Baginda membenarkan Rafi’ bin Khudaij dan Sumrah bin Jundub meskipun
kedua-kudanya terlalu muda, tapi oleh kerana Rafi’ mahir melontar anak
panah maka Baginda membenarkannya. Di sini Sumrah berkata :
“Daku
lebih gagah darinya, daku pernah mengalahkannya semasa bergusti
dengannya, setelah dicerita hal ini kepada Rasulullah, lalu Baginda
meminta mereka berdua bergusti, dan mereka pun melakukannya, memang
Sumrah mengalahkan Rafi’, maka Rasulullah (s.a.w.) membenarkan kepada
mereka berdua untuk turut serta.
BERMALAM DI TEMPAT DI ANTARA UHUD DAN AL-MADINAH
Rasulullah
sampai ke tempat ini dilewat petang, setelah bersembahyang Maghrib, dan
Isya’ di waktunya, maka Rasulullah pun bermalam di situ. Sebelumnya
Rasulullah telah pilih seramai lima puluh orang untuk membuat
pengawalan, dengan meronda di sekeliling perkhemahan di ketuai oleh
Muhammad bin Maslamah, al-Ansari, wira dan jaguh sariyah Kaab bin
al-Asyraf, sedang Zakwan bin Abd Qais pula bertugas khusus menjaga nabi
(s.a.w.).
PENDERHAKAAN ABDULLAH BIN UBAI DAN RAKANNYA
Sebelum
fajar menyising di akhir malam dan sebelum masuk waktu, Rasulullah
bersembahyang sunat fajar, tapak perkhemahan Baginda itu adalah dekat
dengan tempat musuh, kiranya Rasulullah (s.a.w.) boleh nampak mereka dan
mereka boleh nampak Baginda. Di ketika ini Abdullah bin Ubai
memberontak dengan menarik diri bersama dengan pengikut-pengikutnya,
kira-kira tenaga mereka seramai sepertiga dari keseluruhan tentera
Islam, dianggar sebanyak tiga ratus orang dengan katanya: “Untuk tujuan
apa kita berperang?” Beliau protes dengan alasan Rasulullah tidak
meminta pendapatnya malah Baginda senang mengikut pendapat orang lain.
Tidak
syak lagi motif utama penarikan diri ini bukan sekadar sebagaimana yang
dinyatakan oleh kepala munafiq tadi, iaitu kerana Rasulullah menolak
pandangannya kalau tidak kenapa pula beliau telah mengikuti Rasulullah
hingga ke tempat ini, sekiranya inilah alasannya nescaya beliau menarik
diri dari awal-awal lagi. Tujuan beliau yang sebenarnya ialah untuk
menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, di hadapan tentera
musuh, dan supaya tentera-tentera yang lain akan turut jejak langkahnya
dan supaya semangat juang dikalangan tentera Islam musnah sama sekali
dan membangkitkan semangat musuh setelah melihat keadaan umat Islam,
malah inilah cara yang paling berkesan untuk memusnahkan Rasulullah
(s.a.w.) dan sahabat-sahabatnya yang jujur ini, seterusnya akan terbuka
baginya untuk kembali berkuasa di Madinah pada anggapannya.
Memang
benarlah apa yang dimaksudkan oleh kepala munafiq tadi, kerana hampir
tercapai sebahagian dari matlamatnya, lantaran dua kumpulan dari Banu
Harith dari al-Aws dan Banu Salamah dari al-Khazraj hampir hendak
menuruti jejak langkahnya, tetapi Allah menyelamatkan mereka dengan
mencampak kekuatan ke dalam hati-hati mereka, justeru itu mereka kembali
sedar dan cekal, sebagaimana diceritakan Allah di dalam firmanNya:
“Dan
ingatlah ketika dua golongan di antara kamu hendak berundur dan Allah
jua wali, memelihara mereka berdua. Dan hanya kepada Allah hendaklah
orang-orang beriman menyerahkan diri. “
(Ali-Imran: 122)
Dalam
hal begini Abdullah bin Hiram iaitu bapa Jabir bin Abdullah bertindak
memperingatkan orang-orang munafiq ini akan kewajipan mereka di saat
segenting ini, beliau mengekori mereka memarah dan menggesa mereka
supaya berpatah balik, dengan katanya: “Ayuh ke mari berperanglah ke
jalan Allah itu, atau setidaknya bertahan”. Apa jawab mereka: “Kalaulah
kami tahu bahawa perang akan berlaku masakan kami akan menarik diri”.
Dengan itu Abdullah Bin Hiram kembali semula dengan berkata: “Allah akan
jauhkan kamu, kamu memang musuh Allah, Allah akan menyempurnakan kerja
RasulNya tanpa kehadiran kamu”. Mengenai golongan munafiqin Allah
berfirman:
“Dan supaya
dia mengetahui orang melakukan nifaq dan dikatakan kepada mereka
marilah kamu berperang pada jalan Allah, atau pertahanlah kamu dengan
bilangan kamu itu. jawab mereka: Kalau kamu tahu bahawa perang akan
berlaku tentu kami mengikut kamu, mereka pada hari itu terlebih dekat
kepada kekafiran daripada keimanan, mereka mengatakan dengan mulut
mereka barang yang tiada dalam hati. Dan Allah lebih mengetahui apa-apa
yang mereka sembunyikan “.
(Ali-Imran: 167)
TENTERA ISLAM YANG MASIH KEKAL TERUS MARA KE UHUD
Selepas
penderhakaan dan penarikan diri oleh golongan munafiqin, namun Rasul
meneruskan kemaraannya dengan tentera yang masih bersama Baginda yang
seramai tujuh ratus orang askar, untuk terus berhadapan dengan tentera
musuh. Perkhemahan musuh menghalang Baginda untuk sampai ke bukit Uhud
dari beberapa arah. Maka Rasulullah merayu: “Siapa di antara kamu yang
boleh bawa kita keluar dari tempat ini dengan tidak melintasi hadapan
mereka?”. Jawab Abu Khaithamah: “Daku wahai Rasulullah”. Maka beliau
memilih jalan yang ringkas untuk sampai ke Uhud dengan melalui
perkampungan Banu Harithah dan ladangnya, membiarkan tentera musyrikin
ke sebelah barat.
Tentera
Islam melalui di tepi tembok Mirba’ bin Qaidzi, beliau seorang munafiq
buta, bila beliau mengetahui tentera Islam melalui di situ beliau
melontar tanah dan pasir ke arah tentera Islam sambil berkata:
“Sekiranya kau Rasulullah tak seharusnya kau memasuki tembok ku ini”.
Sekalian tentera mara ke hadapannya untuk membunuh, tetapi mereka
dilarang oleh Rasulullah dengan sabdanya:
“Tak usah bunuhnya, sudahlah dianya buta hati ditambah dengan buta mata pula”.
Rasulullah
meneruskan perjalanan tenteranya hingga sampai di suatu lorong di bukit
Uhud di tebing lembahnya, di situlah Baginda menempatkan tenteranya
membelakangi bukit Uhud sedang tentera musyrikin berada di hadapannya.
Dengan itu kedudukan semasa Baginda merupakan pemisah di antara tentera
musyrikin dan al-Madinah.
STRATEGI PERTAHANAN
Di
sini Rasulullah menggerak dan menyusun kedudukan tenteranya,
mempersiapkan mereka semua untuk pertempuran. Rasulullah memilih di
antara mereka dan menubuh sepasukan pemanah yang mahir, dengan tenaga
seramai lima puluh orang, pimpinan diserahkan kepada Abdullah bin Jubair
bin al-Nukman al-Ansari al-Awsi al-Badri. Mereka diperintahkan supaya
mengambil tempat di atas bukit Uhud, yang terletak di sebelah selatan
tebing lembah yang kemudian dikenal sebagai “Jabal al-Rumaah” di
tenggara perkhemahan tentera Islam, kira-kira seratus lima puluh meter
dari pengkalan tentera Islam.
Tujuan
Rasul menyusun tenteranya sedemikian rupa adalah sebagaimana yang dapat
dilihat dari pesanannya yang disampaikan kepada pemanah-pemanah
berkenaan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Humbankan
kuda-kuda musuh yang menyerang dengan panah-panah kamu. jangan beri
kesempatan kepada mereka menyerang dari belakang kami, sekiranya kami
menang atau kalah jangan bergerak dari tempat kamu itu, supaya jangan
kami diserang dari arah kamu kalian, peliharalah belakang kami,
sekiranya kamu dapati kami sedang diganyang jangan kamu turun membantu
kami dan sekiranya kamu dapati kami menang dan sedang mengumpul harta
rampasan jangan pula kamu turun untuk mengumpul harta rampasan “.
Di dalam hadith yang lain riwayat al-Bukhari Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya
kamu dapati kami diganyang jangan sekali-kali kamu tinggal
tempat-tempat kamu itu hinggalah aku memberitahu kamu. dan sekiranya
kamu mendapati kami berjaya mengalahkan musuh dan dapat melanyak mereka,
juga jangan kamu kosongkan tempat kamu itu hinggalah aku menyuruh kamu
turun “.
Terbentuknya
unit khusus yang diletakkan di atas bukit dengan tugas-tugas khasnya
itu yang begitu ketat, bererti Rasulullah sudah berjaya mengatasi satu
penyebab kekalahan, yang berkemungkinan besar tempat kelemaahan ini akan
dipergunakan oleh seteru untuk meluru masuk ke dalam saf Islam dari
belakang dan ini besar kemungkhian pula seteru akan berjaya melingkungi
tentera Islam.
Adapun
baki askar, Rasulullah membahagikan mereka kepada sayap kanan di bawah
pimpinan al-Muzir bin Amru dan sayap kiri dibawah pimpinan al-Zubair bin
al-Awwam dengan dibantu oleh al-Miqdad bin al-Aswad. Kepada al-Zubair
juga diserahkan tanggungjawab “pertahanan habis-habisan” untuk menolak
serangan tentera berkuda Khalid bin al-Walid, di barisan hadapan sekali
diletaknya sekumpulan terpilih dan berani dari tokoh-tokoh tentera Islam
yang memang terkenal dengan keberanian dan keperwiraan mereka.
Keupayaan mereka setanding dengan seribu orang.
Strategi
Rasulullah merupakan strategi yang bijak dan teliti serta tertera
kehandalan dan kebijaksanaan pimpinan Rasulullah (s.a.w.). Tak mungkin
ada seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa mampu merencana strategi
sekemas dan sejitu perencanaannya meskipun Baginda turun ke medan
terkemudian dari musuh. Baginda membentengkan belakang dan kanannya
dengan benteng semulajadi iaitu dengan bukit-bukit, manakala kelemahan
belakang dan kirinya pula Baginda segera menutupnya dengan tapak markas
operasi. Baginda memilih suatu tempat tinggi kiranya berlaku kekalahan
di pihaknya, dan tentera Islam pula tidak akan lari, kerana alternatif
itu memberi peluang kepada tentera musuh menawan mereka, taktik ini juga
memberi peluang untuk membuat pukulan hebat ke atas tentera musuh,
sekiranya mereka melanggar tapak markasnya, perencanaan ini juga telah
memaksa musuh menerima dataran rendah sebagai tapak kedudukan mereka, di
mana kiranya sukar bagi mereka memperolehi kemenangan, malah sukar pula
untuk mereka melarikan diri dari buruan tentera Islam kiranya mereka
tewas dalam pertempuran. Sebagai langkah untuk menampung kekurangan
bilangan tentera Islam Rasulullah memilih seunit askar tempor yang
berani dan nekad.
Beginilah
bentuk penyusunan tentera Rasulullah (s.a.w.) yang telah digerakkannya
di pagi hari Sabtu tanggal tujuh haribulan Syawal tahun ketiga hijrah.
RASULULLAH MENIUP SEMANGAT JUANG KE ATAS TENTERA ISLAM
Rasulullah
melarang tenteranya dari memulakan peperangan kecuali setelah menerima
arahan dari Baginda, Rasulullah menampil dirinya yang lengkap dengan
baju besi, seraya merangsang sahabatnya untuk berperang, mengingatkan
mereka supaya bersabar dan berdaya juang di saat pertembungan sengit,
seterusnya Rasulullah memberi semangat keberanian dan pertahanan diri
pada jiwa-jiwa sahabatnya, pada kemuncaknya Rasulullah mengeluar dan
menjulang pedangnya dengan berkata: “Siapakah yang sanggup mengambil
pedang ini dan menunaikan haknya dengan sebenar? Maka bangunlah beberapa
orang untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib,
al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin al-Khattab, akhirnya bangun Abu
Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil bertanya:
“Apakah
haknya wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah (s.a.w): “Hendaklah pukul
muka-muka musuh Allah hingga melentok”. Maka jawab Abu Dujanah: “Akulah
orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah”. Lantas
Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.
Abu
Dujanah adalah seorang wira yang berani, beliau menyombong semasa
berhadapan dengan seteru, beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang
ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan
darah terakhir bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merah
itu. Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah, terus
beliau membelit kepalanya dengan semutar merahnya itu, beliau berjalan
di antara dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah
bersabda: “Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di
suasana sebegini”.
MOBILISASI TENTERA MAKKAH
Kaum
musyrikin menyusun operasi tenteranya berdasarkan sistem perbarisan.
Pimpinan agung diletak di bawah Abu Sufian Sakhr bin Harb, yang
mengambil posisinya di tengah-tengah askar Makkah, sayap kanan dipimpin
oleh Khalid bin al-Walid, sayap kiri oleh Ikrimah bin Abu Jahal, pejalan
kaki dipimpin oleh Safwan bin Umaiyyah manakala unit pemanah diletakkan
dibawah pimpinan Abdullah bin Abi Rabiah.
Pembawa
panji diserahkan kepada ketumbukan dari Banu Abd al-Dar. Sebenarnya
tugas membawa panji Makkah memang menjadi tanggungjawab Banu Abd al-Dar,
sejak pengagihan tugas dibahagikan di kalangan keturunan Banu Abdul
Manaf, Abd al-Dar mewarisi tugas ini dari Qusai bin Kilab, bapa Abd
al-Dar, sepertimana telah kita perkatakan di permulaan pembahagian
tugas-tugas dahulu.
Tugas
yang terikat pada masing-masing itu tidak seorang pun boleh
mempertikaikannya, ini berdasarkan kepada tradisi yang diwarisi sejak
turun temurun, di kesempatan ini pemimpin agung Quraisy iaitu Abu Sufian
telah mengingatkan mereka, peristiwa terajis yang menimpa Quraisy di
Badar, di mana pembawa panji al-Nadhr bin al-Harith telah ditawan oleh
kaum muslimin, peringatan ini lebih merupakan provokasi kepada Banu Abd
al-Dar dan membakar semangat juang mereka.
Kata Abu Sufian:
“Wahai
Abd al-Dar, di hari peperangan Badar kamulah yang membawa panji kita
semua, hingga habis semua kita tertimpa-bala petaka, dimana kamu juga
turut menyaksi bala itu datang dari arah kamu, kerana tumbangnya panji
bererti tumbangnya kita semua, kalau tidak kamu boleh berhenti dari
tugas ini atau serahkan sahaja kepada kami dan tahulah kami memikulnya”.
Di
sini Abu Sufian sudah berjaya memancing kemarahan dan perasaan Abd
al-Dar, malah mereka mengutuk Abu Sufian dengan kata mereka: “Apa kami
akan serah panji kami ini kepada kamu? Besok kamu akan kenal siapa kami
bila tiba saat pertembungan”. Memang benar apa yang mereka katakan itu,
di mana mereka telah tidak berginjak dari medan pertempuran hingga habis
orang-orang Abd al-Dar mati di medan pertempuran tak tinggal seorang pun.
POLITIK PANCINGAN QURAISY
Sebelum
tercetus pertempuran, pihak Quraisy telahpun cuba menimbulkan keretakan
di dalam saf Islam, Abu Sufian telah mengirim wakilnya menemui
orang-orang Ansar dengan katanya: “Biarlah permasalahan ini di antara
kami dan anak-anak saudara kami sahaja, tak usahlah kamu pedulikan,
kiranya begitu akan kami beredar pulang dari sini biar peperangan pun
tidak jadi”. Namun percubaan Abu Sufian itu tidak sedikit pun boleh
mengugat keimanan dan keyakinan yang segagah gunung itu, malah al-Ansar
menjawab balik dengan jawapan yang tak terdaya didengar oleh Abu Sufian
atau musyrikin lain.
Kini
saat genting dan detik terakhir semakin hampir, kedua belah pihak, mula
menghampiri lawan, Quraisy sekali lagi cuba memecahkan perpaduan umat,
cerita seorang ejen dan pengkhianat dikenali dengan Abu Amir seorang
fasiq nama penuhnya ialah Abd Amru bin Saifi, suatu ketika pernah
digelar sebagai Tok Paderi, tapi Rasulullah menamakannya al-Fasiq.
Semasa Jahiliah beliau merupakan kepala kabilah al-Aws, tapi setelah
Islam datang, beliau sesak nafas dan rimas dengan Islam, terang-terang
beliau memusuhi Rasulullah, akhirnya beliau lari dari al-Madinah lalu
tinggal dengan Quraisy merancang bersama mereka untuk memusuhi
Rasulullah, di saat ini beliau menjanjikan Quraisy dengan katanya bahawa
kaumnya akan mematuhinya sekiranya beliau menemui mereka, beliau telah
keluar bersama golongan al-Ahbasy dan hamba abdi dari penduduk Makkah
yang awal-awal keluar untuk memerangi Rasulullah semasa berhadapan
dengan kaum muslimin, beliau memperkenalkan dirinya kepada kaumnya
dengan katanya:
“Wahai kalian al-Aws ini aku Abu Amir”, jawab al-Aws:
“Allah
tidak membahagiakan kehadiranmu wahai fasiq”, seru beliau lagi:
“Selepas ketiadaan ku di sini seluruh kaumku terkena nahas sahaja”.
Setelah perang bermula beliau memerangi kaumnya sehabis tenaga dan
melontar batu-batu ke arah mereka.
Beginilah
usaha Quraisy, di kali ini pun menemui kegagalan seperti usahanya yang
pertama dahulu, usaha mereka ini memperlihatkan peri kegerunan mereka
dengan kaum muslimin sekalipun bilangan mereka jauh lebih ramai dari
bilangan tentera Islam. Dan peralatan mereka lebih banyak dari peralatan
tentera Islam.
WANITA QURAISY SEBAGAI UNIT PERANGSANG DAN PENDESAK
Sekumpulan
perempuan-perempuan ‘Quraisy yang turut serta dengan tenteranya di
dalam peperangan kali ini bertanggungjawab mengambil bahagiannya yang
berkesan, mereka ini dipimpin oleh Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian,
mereka bertugas bergerak di antara barisan-barisan musyrikin memalu
gendang merangsang kaum lelaki dan mendesak mereka berperang
habis-habisan, mereka juga membangkitkan kesumat askar-askar musyrikin
mengapi-apikan perasaan, pada ketika-ketika tertentu mereka merangsang
golongan pembawa panji Quraisy dengan bermadah:
“Ayuh Banu Abd al-Dar mara Ayuh pengawal belakangan tentera Pukullah dengan pedang-pedangmu yang waja “
Di ketika-ketika yang lain mereka merangsang seluruh kaumnya berperang dengan madah-madah berbunyi:
Kami
memeluk kau yang maju ke hadapan permaidani untuk setiap langkahan kau
yang lari nyahlah tanpa kesayangan berpisah kita tanpa pujuk rayuan
PENCETUS PERTEMPURAN
Kedua-dua
belah semakin mendekati lawannya, .detik-detik pertempuran pun dah
sampai dipermulaannya, pembawa panji musyrikin Talhah bin Abi Talhah
al-Abdari merupakan pencetus perlanggaran wira Quraisy yang paling
berani, malah mereka menamakan beliau sebagai kibas ketumbukan Quraisy,
beliau tampil ke hadapan menonggangi untanya, menawar cabarannya kepada
tentera Islam, dik keberaniannya yang luar biasa itu, tak ada orang yang
berani melawannya, namun al-Zubair tidak membiarkan cabaran tanpa
bersahut, setangkas singa, al-Zubair sudah menerkam ke atas untanya lalu
mencampaknya ke bumi sebagai jasad tak bernyawa.
Rasulullah
melihat serangan al-Zubair yang mendadak dan pergelutan yang hebat itu,
Baginda melaung takbir, maka seluruh tentera Islam turut melaung
takbir. Rasulullah memuji kehandalan al-Zubair dengan sabdanya,
bermaksud:
“Sesungguhnya setiap nabi itu ada penyokongnya dan penyokong ku adalah al-Zubair”.
ASAKAN PERTEMPURAN DI SEKITAR PEMBAWA PANJI DAN PEMBUNUHANNYA
Tercetus
sudah peperangan, pertempuran semakin menjadi-jadi di antara dua
kelompok di seluruh medan, pertempuran yang sengit berkisar di sekitar
panji Quraisy, pembunuhan tetap menyusul ke atas Banu Abd al-Dar pembawa
panji musyrikin setelah terbunuhnya pembawa pertama Talhah bin Abi
Talhah, beliau diganti oleh saudaranya Abu Syaibah Uthman bin Abi
Talhah, penuh semangat
Abu Syaibah melaung dengan madahnya:
Pembawa panji berkewajipan pasti Darah menyirami bumi atau mati
Laungannya
disambut oleh Hamzah bin Abd al-Muttalib, dengan terkaman menyinga,
pedangnya terus singgah dipangkal tengkok lawannya memenggal bahu terus
hingga terburai keluar isi perutnya.
Panji
disanggah oleh Abu Sad bin Abi Talhah, belum sempat bergerak ke mana
Sad bin Abi Waqqas menghumban panahnya ke leher Abu Sad, menyebabkan
beliau terjelir lidah, jatuh terhumban ke tanah menemui ajalnya, ada
pendapat menyebut bahawa Abu Sad telah meminta siapa yang sanggup
mencabarnya, apa lagi Saidina Ali bin Abi Talib (r.a) pun segera berada
di hadapannya masing-masing membuat tetakan, akhirnya Ali bin Abi Talib
memukulnya dengan pukulan maut, maka tersungkur Abu Sad ke tanah dan
mati. Sekali lagi panji Quraisy dipegang oleh MusafT bin Talhah bin Abi
Talhah, belum sempat apa-apa beliau telah dibunuh oleh Asim bin Thabit
bin Abi al-Aflah dengan panahnya menusuk ke badannya, panji Quraisy
dicapai oleh saudaranya Kilab bin Talhah bin Abi Talhah, al-Zubair
sekali lagi muncul di hadapan Kilab tanpa memberi kesempatan kepadanya
al-Zubair terus membunuhnya dengan mudah, panji Quraisy diambil oleh
al-Jullas bin Talhah bin Abi Talhah, kali ini Talhah bin Ubaidillah yang
muslim menikam Ibnu Talhah yang kafir, membawa beliau rebah ke tanah,
ada pendapat mengatakan pembunuh sebenar Abi Talhah ialah Asim bin
Thabit bin Abi al-Aflah yang membunuh dengan panahnya yang singgah tepat
ke badan Ibnu Talhah.
Itulah
mereka, enam orang sekeluarga dari kabilah Abd al-Dar keturunan Abi
Talhah Abdullah bin Uthman bin Abd al-Dar. Seorang demi seorang gugur di
sekitar panji Quraisy, kemudian panji itu dipegang oleh salah seorang
dari Abd al-Dar iaitu Artah bin Syurahbil namun beliau dibunuh serta
merta oleh Ali bin Abi Talib, ada pula mengatakan Hamzah yang
membunuhnya, setelah itu panji dibawa oleh Syuraih bin Qariz namun
beliau juga dibunuh oleh Qazman, Qazman adalah seorang munafiq menyertai
peperangan kerana semangat kebangsaan dan asabiyah semata-mata, panji
musyrikin dipegang pula oleh Abu Zaid Amru bin Abdul Manaf al-Abdari
beliau dibunuh oleh Qazman, kemudian panji itu dipegang oleh anak lelaki
Syurahbil bin Hasyim al-Abdari tapi beliau juga dibunuh oleh Qazman.
Itulah
sepuluh orang tokoh pembawa panji Quraisy yang kesemua mereka jatuh
gugur ke tanah satu demi satu, hingga tiada lagi dari keturunan
al-Abdari, yang kemudian dicapai oleh seorang hamba suruhannya Habasyi
dikenali sebagai Sowab, beliau mengharungi peperangan penuh tabah dan
berani melebihi tuannya pembawa-pembawa panji Quraisy, hingga ke saat
beliau terpotong kedua-dua belah tangannya, beliau melutut dengan
mengepit tiang panji dengan leher dan kepala bahu beliau, agar panji
Quraisy tidak tumbang, hinggalah beliau terbunuh dalam keadaan beliau
melaung; “Duhai Tuhanku!!, apakah aku cuai?
Setelah tumbangnya budak suruhan Abd al-Dar ini maka tumbanglah panji Quraisy dan tiada siapa yang cuba menegakkannya lagi.
PEPERANGAN DISUDUT-SUDUT BERASINGAN
Ketika
asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin ianya juga berlaku
di tempat-tempat yang lain, semangat orang Islam semakin memuncak di
kalangan mereka, hingga dengan itu mereka terus menerkam ke arah tentera
musyrikin bagaikan ombak melanda benteng, dengan selogan yang mereka
laungkan di hari Uhud, “Amit, Amit” matilah matilah.
Abu
Dujanah pula yang telah pun membelit kepalanya dengan semutar merah,
menghunus pedang Rasulullah dengan tekad melaksanakan tugasnya yang
dijanjikan, beliau meluru ke tengah-tengah orang ramai, asal bertembung
dengan musyrik pasti dikerjakannya, beliau bagaikan menolak barisan
musyrikin dengan asakannya. Sebelum ini al-Zubair bin al-Awwam terkilan
juga; “Semasa ku memohon supaya Rasulullah menyerah pedangnnya itu pada
ku lalu Baginda enggan memberinya pada ku malah diserahkan kepada Abu
Dujanah, ku berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibu
saudaranya, daku ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri
di hadapan Baginda, daku yang mendahuluinya, namun Baginda tidak
memberikannya, demi Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendak
lakukan? Aku ekorinya, kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan
sehelai kain merah lalu dililit kepalanya”, maka orang-orang Ansar pun
berkata: “Abu Dujanah sudah pun bawa keluar semutar maut”, di masa itu
beliau berdendang:
Daku
ini yang dijanji kekasihku Semasa dipinggir di tepian tamar itu Ku
bukan wira di belakang saf Pukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah.
Setiap
musyrik melintasi di hadapannya pasti dicantas, di masa itu terdapat
seorang wira di kalangan musyrikin yang tegas, ku berdoa semoga wira
Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira musyrik itu, dengan izin Allah
mereka berdua bertemu, masing-masing saling memukul lawannya, si musyrik
tadi menetak Abu Dujanah dengan pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat
menangkis dengan perisainya menyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu
Dujanah pun menghayun pedangnya ke badan wira kafir tadi menyebabkan
beliau terhumban ke tanah. Abu Dujanah merempuh baris’an-barisan
peperangan hingga sampai ke barisart pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa
disedarinya kata Abu Dujanah:
“Di
sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku mara ke
hadapannya sebaik sahaja aku hendak menetaknya tiba-tiba beliau
menjerit, baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, daku pun tidak
jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah, dari membunuh
seorang perempuan”. Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah. Kata
al-Zubair bin al-Awwam: “Daku melihat Abu Dujanah menghayun pedangnya ke
atas kepala Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadi menetaknya,
ku berkata hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui
sedemikian”.
Adapun
Hamzah bin Abdul Muttalib menerkam dalam semua serangannya bagaikan
singa garang, beliau meluru ke tengah-tengah barisan kaum musyrikin
dalam gerak kilatnya tiada bandingnya, wira-wira Quraisy mengelak bak
daun-daun kering dipukul angin, selain dari tenaga sumbangannya untuk
menumpas dan membunuh setiap pembawa panji Quraisy, beliaulah penggempur
barisan pertahanan wira-wira Quraisy yang sentiasa berada di saf
hadapan tentera Islam, namun kematian beliau tidak sebagaimana
sepatutnya tumbang wira-wira di medan secara berdepan dengan lawannya,
beliau telah dipukul curi oleh dayus yang diupah oleh manusia bedebah.
KEMATIAN SINGA ALLAH HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB
Wahsyi
bin Harb pembunuh curi Hamzah bin Abdul Muttalib menceritakan: “Aku
adalah budak suruhan kepada Jabir bin Mut’am, yang mana bapa saudaranya
Taimah bin ‘Adi telah dibunuh di dalam peperangan Badar, semasa Quraisy
bergerak dengan tenteranya ke Uhud Jabir telah menjanjikan: Sekiranya
kau dapat membunuh Hamzah bapa saudara Rasulullah sebagai menuntut bela
ke atas kematian bapa saudaraku maka akan ku bebaskan kau, dengan itu
aku pun keluar menyertai orang ramai, daku adalah keturunan Habsyah,
biasa mengguna seligi ala orang-orang Habsyah dan jarang akan tersisih
sasarannya, di ketika pertempuran sengit berlaku, ku memerhatikan di
mana gerangan Hamzah, setelah ku dapatinya di celah-celah orang ramai
seperti seekor unta gagah, beliau mengasak orang ramai, tiada siapa yang
mampu membendung, demi Allah aku tidak menghirau sesuatu pun selain
dari Hamzah semasa itu ku cuba bersembunyi di sebalik batu di tepi
sepohon kayu, di masa itu Siba’ bin Abd al-‘Uzza sedang mendahuluiku,
bila Hamzah melihat Ibn Abd al-‘Uzza beliau melaung, Ayuh kemari anak
mak mudim kerana ibunya bekerja sebagai mak mudim menjawi kanak-kanak
perempuan. Hamzah terus melibas dengan pedangnya sehabis kencang”.
Kata
Wahsyi: “Aku mengoncang-goncang seligi ku, dan setelah ku berkeyakinan
dengannya aku pun meluncurkannya. Tepat mengena sasarannya di perut,
menembusi ari-ari di sebelah hadapan, beliau cuba menerkam ke arahku
namun beliau rebah dan jatuh mati, aku mendekatinya dan ku cabut
tombakku dan pulang semula ke perkhemahan untuk berehat kerana
penyertaan ku tidak lebih dari tugas itu, demi untuk membebaskan diriku,
setiba di Makkah aku dibebaskan”.
MENGUASAI KEDUDUKAN
Meskipun
kerugian besar yang dialami oleh tentera Islam, lantaran kematian singa
Allah dan Rasulnya, Hamzah bin Abdul Muttalib, namun kaum muslimin
tetap masih menguasai medan pertempuran, juga turut serta di dalam
peperangan ini Abu Bakar, Umar bin al-Khattab, Ali bin -Abi Talib,
al-Zubair Ibnu al-Awwam, Mus’ab bin Umair, Talhah bin Ubaidillah,
Abdullah bin Jahsy, Saad bin Muaz, Sad bin Ubbadah, Said bin Rabi’, Anas
bin al-Nadr dan lain-lain yang setara dengan mereka. Penyertaan mereka
semua dengan ertikata yang sebenar telah mematah sernangat juang pihak
musyrikin.
DARI PELUKAN SEORANG PEREMPUAN KE MEDAN PERTEMPURAN
Di antara pahlwan handalan Islam yang turut dalam peperangan Uhud ini ialah Hanzalah “Ghasil al-Mala’ikah” (mandian
malaikah) yang dikenali sebagai Hanzalah bin Abu Amir, Abu Amir itulah
Tok Paderi yang dinamakan dengan al-Fasiq seperti yang disebutkan
terlebih dahulu adapun Hanzalah ialah seorang muda yang baru sahaja
berkahwin, ketika beliau mendengar seruan al-Jihad terus beliau bingkas
bangun dari bersama isterinya yang baru dikahwininya itu. Semasa di
medan pertempuran, beliau terus meredah barisan tentera musyrikin,
hingga rapat bersemuka dengan Abu Sufian bin Sakhr bin Harb,
hampir-hampir beliau membunuh Abu Sufian kalau tidak kerana, kurniaan
Allah kepadanya, untuk menjadi syahid, semasa beliau sudah pun mengatasi
lawannya Abu Sufian hampir menumpasnya tiba-tiba Syaddad bin al-Aswad
memukulnya hingga beliau syahid.
UNIT PEMANAH DAN PERANANNYA D1 DALAM PERTEMPURAN
Unit
pemanah yang ditubuhkan oleh Rasulullah yang diletakkan di Bukit Uhud
itu berperanan di dalam peperangan, yang membuka jalan kepada tentera
Islam meraih kemenangan, tentera berkuda musyrikin di bawah pimpinan
Khalid bin al-Walid yang disokong oleh Abu Amir al-Fasiq telah merempoh
benteng pertahanan Islam di dalam tiga percubaan yang berani untuk
sampai ke barisan pertahanan belakang hingga dengannya nanti mereka
dapat menimbulkan kekacauan dalam saf kaum muslimin yang boleh membawa
kepada kekalahan teruk, namun tindakan itu telah dipatahkan oleh
kelompok pemanah-pemanah yang menghujani mereka dengan panahan membunuh,
dengan itu ketiga-tiga cubaan mereka gagal sama sekali.
KAUM MUSYRIKIN MENERIMA KEKALAHAN
Beginilah
kancah peperangan berlarutan di mana tentera Islam yang kecil menguasai
seluruh suasana, membawa wira-wira musyrikin patah semangat dan
barisan-barisan serangan dan pertahanannya menjadi porak-peranda,
bagaikan tentera musyrikin yang seramai tiga ribu itu menghadapi tiga
puluh ribu muslim bukannya beberapa ratus, di saat ini tertampil tentera
Islam dalam satu potret keberanian dan keyakinan yang luar biasa.
Setelah
sekian lama, pihak Quraisy mencurahkan tenaganya untuk menyekat
gelombang kemaraan tentera Islam, terasalah mereka dengan keletihan dan
kelunturan upaya hingga sudah tiada siapa pun yang berani menghampiri
panji mereka yang jatuh dipijak-pijak itu, kibarannya di akhiri dengan
kematian “Sowab” sudah pasti siapa mengangkat maka di situlah pula akan
berlegarnya pertembungan, oleh itu musyrikin sudah mula berundur, dan
lari menyelamatkan diri masing-masing, melupai hasrat awal mereka untuk
membalas dendam dan menuntut bela di atas kematian tokoh-tokoh mereka
dahulu demi untuk menempah semula keagungan dan kemegahan mereka.
Kata
Ibnu Ishak: Kemudian Allah pun menurunkan pertolongan kepada kaum
muslimin dengan menunaikan janjiNya, membiarkan kaum muslimin
mengerjakan pedang-pedang mereka ke atas kafir Quraisy yang di akhiri
dengan kekalahan yang parah, bertempiran lari meninggalkan perkhemahan
sendiri. Abdullah bin al-Zubair membawa cerita dari bapanya dengan
katanya: “Demi Allah sesungguhnya daku telah melihat orang-orang suruhan
Hindun binti Utbah dan kawan-kawannya bercawat lari, sudah tidak
memperdulikan barang sesuatu pun”. Al-Bukhari meriwayatkan di dalam
sahihnya dari hadith al-Bara’ bin Azib: “Setelah kami bertembung dengan
mereka terus mereka lari, hingga ku dapat melihat kaum ibu mereka
bergegas lari mengangkat kain-kain mereka sampai ternampak gelang-gelang
mereka, kaum muslimin pun terus memburu mereka mengerjakan
senjata-senjata mereka dan menawan rampasan-rampasan musyrikin.
KESALAHAN BESAR UNIT PEMANAH
Ketika
tentera Islam yang kecil bilangannya itu mencapai kejayaan gemilangnya
ke atas tentera Makkah, tidak kurang kehebatannya dari peperangan Badar,
kini berlaku satu kesalahan yang parah dari sebahagian besar kelompok
pemanah, yang telah membalikkan kedudukan peperangan, seterusnya membawa
padah kerugian teruk ke atas tentera Islam, hampir membawa kepada
pembunuhan Rasulullah (s.a.w.). Kesannya amat buruk terhadap reputasi
kaum muslimin, dan kegerunan yang mereka perolehi di dalam peperangan
Badar.
Telah
kita perkatakan mengenai nas perintah-perintah berat yang dikeluarkan
oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada golongan pemanah, supaya mereka kekal
dan iltizam di kedudukan mereka seperti yang diarahkan samada di ketika
kemenangan atau di saat kekalahan, meskipun arahan yang sebegini berat
dan keras kepada golongan pemanah namun setelah mereka melihat saudara
mereka sedang sibuk memungut rampasan-rampasan seteru, mereka terpesona
dengan godaan dunia, hingga berkata sesetengah dari mereka kepada yang
lain; “Ayuh! rampasan! rampasan! saudara kita telah berjaya, kamu di
sini apa yang hendak dibuatnya?” Justeru itu maka pemimpin mereka
memperingatkan perintah-perintah Rasulullah: “Hai apakah kamu sudah lupa
pesanan Rasulullah (s.a.w.)?” Namun sebahagian terbesar dari mereka
tidak memperdulikan peringatan itu, malah mereka menjawab: “Demi Allah
kami hendak turut bersama kawan-kawan yang lain untuk memungut
rampasan-rampasan itu”. Empat puluh orang dari unit pemanah itu beredar
turun dari tempat mereka untuk berkongsi memungut rampasan perang,
hingga tidak ada lagi tenaga untuk membenteng belakang tentera Islam
selain dari Jabir dan sembilan orang sahabatnya lain yang masih menetap
di tempat mereka, berkeras untuk kekal di situ hingga diberi satu arahan
lain.
KHALID AL-WALID BERTINDAK MENGEMPUNG TENTERA ISLAM
Khalid
bin al-Walid terus mempergunakan kesempatan keemasan ini dengan
berpatah balik dari belakang bukit secepat kilat, dengan itu mereka
telah dapat menguasai saf belakang tentera Islam, malah mereka telah
membunuh Abdullah bin Jubair dan sahabat-sahabatnya, setelah itu terus
mereka menyerang tentera Islam dari belakang, kemudian tentera berkuda
mereka melaung selantang suara, mereka menyebabkan kaum musyrikin
tertewas dahulu menyedari perkembangan terbaru, dengan itu mereka terus
membuat asakan ke atas tentera Islam, di tengah-tengah pergolakan itu
tampil seorang perempuan musyrik yang dikenali sebagai Umrah binti
Alqamah al-Harithiah mengangkat bendera musyrikin yang tumbang tanpa
pembawanya, hingga dengan itu maka berkumpullah tentera musyrikin di
sekelilingnya dan di antara mereka menyeru kepadanya, hingga apabila
terkumpul dengan bilangan yang cukup maka mereka pun menyerang
habis-habisan ke atas tentera Islam dari arah depan dan belakang
menyebabkan tentera Islam tersepit di antara dua serangan.
SIKAP BERANI RASULULLAH SEMASA MENGHADAPI PENGEPUNGAN QURAISY
Semasa
kejadian itu Rasulullah bersama-sama sekumpulan kecil tentera Islam
seramai sembilan orang, sahabatnya sedang berada di penghujung saf
tentera Islam, ketika itu Rasulullah sedang memerhati serangan
habis-habisan tentera Islam terhadap musyrikin dan pemburuan ke atas
mereka, tiba-tiba tentera berkuda Quraisy di bawah pimpinan Khalid bin
al-Walid telah membuat serangan mengejut. Dalam suasana terdesak ini
bagi Rasulullah hanya di antara dua pilihan samada lari menyelamatkan
dirinya bersama sembilan orang sahabatnya itu dan meninggalkan seluruh
askarnya yang lain di dalam kancah pertempuran menyerah sepenuhnya
kepada kehendak takdir atau Baginda turut mencabar keadaan dengan
menyeru sekalian sahabatnya berganding bahu membentuk satu barisan
pertahanan buat memecah kepungan Quraisy itu.
Di
sinilah terpamernya kehandalan dan kebijaksanaan Baginda yang tiada
bandingan, di sini Rasulullah melaung dengan suaranya yang lantang itu,
walaupun Baginda meyakini bahawa kaum musyrikin akan menyedari dan
mendengarnya terlebih dahulu, sebelum didengar oleh kaum muslimin, namun
apakan daya inilah satu-satunya cara yang dapat dilakukan, di sini
Baginda menjerit: “Wahai hamba Allah!” Memang benar, seruan Baginda itu
telah diketahui oleh kaum musyrikin terlebih dahulu sebelum didengari
oleh kaum muslimin.
TENTERA ISLAM BERKECAMUK DI TENGAH-TENGAH SUASANA YANG GAWAT
Setelah
tentera Islam dikejut dengan serangan mendadak, mereka terperangkap di
dalam kepungan musyrikin, kini mereka hilang perkiraan, tiap orang
memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Masing-masing mula melarikan diri dan meninggalkan medan peperangan
tanpa mempedulikan apa di belakangnya, sebahagian dari kumpulan ini lari
hingga sampai ke Madinah, yang lain lari bersembunyi di bukit-bukit,
terjadi pula di mana sebahagian yang lari itu berpatah balik untuk
berperang, hingga dengan itu berlaku kecelaruan bercampur baur dengan
tentera musyrikin, di antaranya tidak dapat cam di antara satu sama lain
malah hingga terjadi pembunuhan sesama tentera Islam.
Al-Imam
al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah (r.anha) katanya: “Di dalam
peperangan Uhud, kaum musyrikin menerima kekalahan yang parah hingga
dengan itu ibUs bertindak melaung dengan katanya: Wahai hamba-hamba
Allah! Awas belakang kamu, maka dengan itu tentera Islam yang lari,
berpatah balik menyebabkan tentera Islam berbunuhan sesama sendiri.
Huzaifah tak semena-mena telah melihat bapanya dan terus melaung: Wahai
hamba Allah! itu bapaku, itu bapaku. Kata Aisyah: Demi Allah! mereka
tidak membiarkannya malah terus mereka membunuhnya. Kata Huzaifah: Demi
Allah! mereka tidak membiarkannya, malah terus mereka bunuhnya. Kata
Huzaifah: Allah memaafkan kamu. Kata Urwah: Demi Allah! pada Huzaifah
masih tetap dengan ciri-ciri kebaikannya hinggalah beliau menemui
Allah.”
Kumpulan
inilah yang menyebabkan kekacauan di dalam saf tentera Islam, membawa
kepada huruhara, sebahagian darinya kebingungan tidak tahu arah mana
hendak dituju, dalam keadaan begini tiba-tiba mereka mendengar pemanggil
melaung: “Nabi Muhammad sudah terbunuh”. Orang-orang Islam menjadi
panik kebingungan, semangat juang kini berkecai, atau seakan-akan
bercerai dari setiap individu, di antara mereka ada yang sudah tidak
berperang lagi malah terus membuang senjata dan berdiam diri, yang lain
pula ada yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai kepala
munafiqin bertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.
Dalam keadaan begini maka Anas bin al-Nadhr berlalu di hadapan
mereka yang telah lemah semangat lalu beliau menyeru kepada mereka:
“Apa yang kamu tunggukan ini?” Jawab mereka: “Rasulullah sudah
terbunuh”. Jawab beliau:
“Kalau
demikian, tak ada erti hidup selepas Baginda. Kalau demikian matilah
kamu seperti mana Rasulullah mati.Ya Allah,Ya Tuhanku sesungguhnya daku
memohon maaf akan tindakan golongan ini, yakni kaum muslimin. Dan daku
menjauhkan diri dari angkara apa yang dilakukan oleh golongan
musyrikin”. Dengan itu beliau terus mara dengan perjuangannya. Di dalam
kancah pertempuran, itu beliau bertemu dengan Saad bin Muaz. Maka
bertanya Muaz: “Ke mana wahai Abu Umar?”. Jawab Anas: “Aduh! selesanya
daku menghidu udara Syurga wahai Saad, kini daku menciuminya di
perkarangan Uhud ini”. Beliau terus bertempur hingga jatuh sebagai
Syahid. Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara
perempuannya yang cam dengan jari-jari tangannya, kerana terdapat lebih
lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan pedang
dan asakan anak panah.
Di
sini, Thabit bin Dahdah menyeru kaumnya dengan berkata: “Wahai kalian
Ansar, kiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah
tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamu kerana agama kamu,
sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu”. Dengan itu, maka
berkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar dan terus mereka menerkam
ke kelompok tentera berkuda Khalid, bergelut habis-habisan hinggalah
Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuh sahabat-sahabatnya yang
lain. Juga berlaku di mana seorang lelaki muhajirin menghampiri seorang
Ansar yang berlumur darah, terus beliau bertanya: “Saudara! Kau sedar
tak di mana Muhammad yang sudah pun terbunuh?” Jawab al-Ansar:
“Sekiranya
Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah pun mencapai tujuannya,
sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama kamu ini.
Dengan
semangat juang dan keberanian seperti ini, maka tekad perjuangan
kembali memarak semula di kalangan seluruh tentera Islam, kembali
menyedari hakikat diri mereka, menarik balik idea untuk menyerah atau
berhubungan dengan Ibnu Ubai, terus masing-masing mengambil senjatanya
memulakan serangan ke atas tentera musyrikin yang sedang berusaha
membelah jalan ke markas pimpinan Islam. Kini tentera Islam sudah
mengetahui bahawa berita kematian Rasulullah itu semata-mata dongeng dan
cerita rekaan dan dusta, dengan itu mereka semakin kukuh dan
bersemangat. Akhirnya mereka dapat memecah kepungan Quraisy dan berjaya
berhimpun semula di sekeliling markas di samping meneruskan peperangan
dengan lebih nekad dan menyerang lebih agresif lagi.
Terdapat
sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal
Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng
Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab,
Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di
saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka
berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf
hadapan.
PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)
Ketika
tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera
musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana
yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan,
tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang
sahaja. Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: “Ayuh di
sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu
oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah
Rasulullah beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula,
maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam
yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan,
keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah.
Imam
Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian
di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang
Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda
pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:
“Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga”. Maka
Terdapat
sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal
Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng
Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab,
Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di
saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka
berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf
hadapan.
PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)
Ketika
tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera
musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana
yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan,
tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang
sahaja. Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: “Ayuh di
sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu
oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah
Rasulullah beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula,
maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam
yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan,
keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah.
Imam
Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian
di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang
Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda
pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:
“Siapa
yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga.
Atau ianya temanku di Syurga”. Maka tampillah seorang pemuda Ansar,terus
bertarung hingga beliau jatuh syahid. Musyrikin sekali lagi mengancam
Baginda. Baginda menyeru sekali lagi. Beginilah berulang kali hingga ke
tujuh mereka jatuh sebagai syahid semua. Kata Rasulullah lagi kepada dua
orang muhajirin Quraisy: Kita belum bertindak adil dengan
sahabat-sahabat kita itu.
Orang
terakhir dari kumpulan tujuh orang itu ialah Ammarah bin Yazid bin
al-Sakan, beliau berjuang hingga luka parah menyebabkan beliau jatuh dan
tidak berdaya lagi untuk berperang.
DETIK CEMAS DI DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH (S.A.W)
Setelah
beberapa ketika selepas terjatuhnya Ibnu al-Sakan sebagai syahid, maka
tinggallah di saat itu Baginda dengan dua orang Quraisy itu sahaja,
mengikut al-Bukhari dan Muslim riwayat Abu Uthman: Tiada siapa pun
bersama-sama Rasulullah di hari itu untuk berperang di sisinya, selain
dari Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas, itulah saat yang
tercemas di dalam hidup Baginda, dan peluang keemasan bagi pihak
musyrikin. Peluang ini tidak dibiar berlalu tanpa dipergunanya, mereka
telah mengasak tubi ke atas kedudukan Rasulullah, kesemua mereka sebulat
pakat untuk menlenyapkan Rasulullah, Utbah bin Abi Waqqas telah
melontar Rasulullah dengan seketui batu hingga terjatuh ke atas diri
Baginda dan terluka di kepalanya, menyebabkan terpatah pula gigi depan
sebelah kanan dan bibir bawah Baginda terluka. Abdullah bin Syihab
meluru ke hadapan Rasulullah dan memukul menyebab dahi Baginda terluka,
datang lagi penunggang ganas Abdullah bin Qamiah menetak Rasulullah
ditengkoknya dengan pedang namun beliau tidak dapat melukakan kerana
terdapat dua lapisan baju besi yang dipakai Baginda. Walau bagai manapun
oleh kerana hentakan pukulan itu terlalu kencang menyebabkan Rasulullah
mengadu .kesakitan beberapa bulan’ selepas kejadian itu, sekali lagi
Ibnu Qamiah memukul dahi Rasulullah sekencang yang pertama menyebabkan
dua gelang baju besinya menikam masuk ke dahinya bersama jeritan
bengisnya: Nah! terima ini, dan kenalilah aku ini Ibni Qamiah. Jawab
Rasul sambil menyapu darah dari mukanya:
“Aqma’aka Allah” bertepatan dengan nama Ibni Qamiah yang membawa erti: “Allah mengkerdilkan/menghinakan kamu”
Di
dalam hadith sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah terpatah,
kepalanya terluka hingga darah pun mengalir, namun Rasulullah masih
menyebut: “Bagaimana boleh berjaya sesuatu kaum yang melukakan muka nabi
mereka, mereka mematahkan giginya semasa Baginda menyeru mereka kepada
Allah”. Di sini Allah menurunkan firmanNya:
“Tidak
ada sesuatu pun bagimu dari urusan mereka, sehingga Allah menerima
taubah mereka, atau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu orang-orang
yang wlim”
(Ali-Imraan: 128)
Di dalam hadith riwayat al-Tabrani dengan katanya:
Bersangatan
kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka RasulNya,
setelah beberapa ketika Rasulullah berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku
ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui”. Sedemikian juga
tersebut di dalam sahih Muslim dengan katanya:
“Tuhanku
ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui”. Manakala di dalam
kitab “al-Shifa”‘ oleh al-Qadhi Eyadh pun menyebut makna yang sama: ” Ya
Allah ya Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku lantaran mereka tidak
mengetahui”.
Sebenarnya
tidak syak lagi tindakan kaum musyrikin ini bertujuan membunuh
Rasulullah (s.a.w), namun dua orang Quraisy tadi iaitu Saad bin Ibi
Waqqas dan Talhah bin Abi Ubaidillah telah bertindak penuh kepahlawanan
Islam yang luar biasa itu dan bertempur tiada bandingan, hingga tidak
memberi kesempatan langsung kepada musyrikin mengaut kemenangan atau
mencapai matlamatnya, kerana mereka berdua adalah antara pemanah yang
terhandal di kalangan bangsa Arab. Mereka bertempur dan berlawan hingga
berjaya menggagalkan usaha unit khas Quraisy yang bertujuan membunuh
Rasulullah itu.
Semasa
Saad bin Abi Waqqas meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah bertindak
menghulurkan anak-anak panahnya kepada Saad sambil bersabda: “Panahkan
mereka, bapaku dan ibuku jadi pembelamu”. Ini menunjukkan kehandalan
beliau memanah. Tidak pernah Rasulullab mengesa seseorang sebelum ini
dengan melafazkan perkataan dua ibubapanya selain dari Saad ini.
Al-Nasai telah meriwayat hadith berkenaan dengan Talhah bin Ubaidillah, beliau meriwayatkan dari Jabir:
Kaum
musyrikin telah sampai ke hadapan Rasulullah, di masa itu Rasulullah
melaung: “Siapa sanggup mencabar askar-askar musyrik ini?”. Jawab
Talhah: “Daku Rasulullah!” Kemudian Jabir menceritakan kisah kemaraan
orang-orang Ansar dan kematian mereka seorang demi seorang seperti yang
kami sebutkan di dalam riwayat Muslim tadi. Setelah kesemua orang-orang
di situ terbunuh maka tampillah Talhah ke hadapan. Samburig Jabir.
dengan katanya: Talhah pun terus bertarung melawan sekumpulan seramai
sembilan orang musyrik, hingga tertetak tangannya menyebabkan tercantas
jarinya, maka kata Talhah; “Itu adalah baik”. Jawab Rasulullah:
“Sekiranya kau kata:
“Bismillah” nescaya para malaikat
mengangkat kamu dan sekalian manusia akan memerhati kamu”. Tambah Jabir:
Kemudian Allah mengundurkan orang-orang musyrikin.
Al-Hakim menyebut di dalam kitabnya: “al-Iklil”:
Berlaku
di dalam peperangan Uhud ini di mana beliau terkena tetakan sebanyak
tiga puluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan terpotong jarinya,
manakala al-Bukhari meriwayatkan dari Quis bin Abi Hazim katanya: Aku
melihat tangan Talhah terpotong, ini berlaku kerana beliau
mempertahankan diri Rasulullah di dalam peperangan Uhud.
Al-Tarmizi
meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda di hari itu katanya: “Siapa
ingin melihat seorang syahid sedang berjalan di muka bumi ini, tengoklah
Talhah bin Abdullah. Manakala Abu Daud al-Tayalisi pula meriwayatkan
dari Aisyah (r.a) yang berkata: Abu Bakar apabila disebut mengenai
peperangan Badar beliau akan mengatakan! Hari itu semuanya milik Talhah.
Padanya Abu Bakar bermadah dengan syairnya:
Duhai Talhah bin Abdullah Bertuahlah dikau dengan Syurga
Habuanmu termaktub sudah Binatang tunggangan nan mulia
Di
saat-saat yang tersangat genting ini, Allah menurunkan pertolongan dari
sebalik tabir ghaib, seperti yang tersebut di dalam kedua hadith sahih
dari Saad, katanya: Ku lihat Rasulullah di dalam peperangan Uhud
bersamanya dua lelaki yang serba putih mempertahankan Rasulullah, penuh
ketangkasan, mereka berdua ini belum pernah ku lihat selama ini dan
selepasnya. Di dalam satu riwayat yang lain menjelaskan dua lelaki yang
serba putih itu ialah Jibril dan Mika’il.
PARA SAHABAT BERKUMPUL SEMULA DI SEKELILING RASULULLAH
Kesemuanya
berlaku dalam masa yang terlalu singkat, sebaik sahaja golongan
terpilih dari para sahabat yang berada di saf hadapan pertempuran
mendapati situasi berubah dan mendengar laungan Rasulullah (s.a.w),
terus mereka meluru ke sisi Rasulullah agar tidak sesuatu pun boleh
mengancam diri Rasulullah. Namun agak terlewat mereka sampai ke sisi
Rasulullah, kerana Baginda sudah pun luka-luka, enam orang Ansar sudah
terkorban dan yang ketujuh sudah terlalu parah lukanya hingga sukar
untuk bangun. Ketika Saad dan Talhah berjuang habis-habisan, para
sahabat yang baru tiba dari saf depan terus memagari Rasulullah dengan
jasad-jasad dan senjata-senjata mereka, mereka bersungguh-sungguh
mempertahankan diri Rasulullah dari ancaman musuh dan menangkis setiap
serangan.
Sebenarnya
orang pertama sekali sampai ke sisi Rasulullah ialah teman semusafirnya
di gua Thur iaitu Abu Bakr al-Siddiq, Ibnu Hibban meriwayatkan di dalam
hadith sahihnya dari Aisyah (r.a) dengan menyebut: “Berkata Abu Bakar:
Semasa
di hari Uhud itu: Semua orang tidak ada di sisi Rasulullah dakulah
orang pertama sampai ke hadapan Rasulullah, dan aku dapati seorang
sahabat sedang bergelut mempertahankan Rasulullah, ku berkata; orang itu
mesti Talhah. Demi bapa dan ibuku untuk kau wahai .Talhah, Demi bapa
dan ibuku untuk kau wahai Talhah. Bila beliau terkena anak panah, Abu
Ubaidah bin al-Jarrah pun mendapati daku, semasa itu beliau sudah
terlalu parah, beliau pun memegang daku dan kami pun meletakkannya ke
sisi Rasulullah di mana Talhah jatuh rebah, seru Rasulullah:
“Ke
mari, saudaramu ini sudah tidak sedarkan diri”, manakala Rasulullah
telah pun dipanah di dahinya hingga terbenam dua utas rantaian baju
besinya ke dalam dahi Baginda, dan ku cuba menarik keluar rantaian itu.
Abu Ubaidah berkata: “Aku pintalah wahai Abu Bakr, hal ini tinggalkan
untuk ku seorang menguruskannya”. Cerita Abu Bakar selanjutnya: Abu
Ubaidah cuba mencungkilnya sedikit demi sedikit untuk tidak menyakiti
Rasulullah, Akhir sekali beliau menggigit hujung besi yang tertikam itu,
hingga terserpih gigi Abu Ubaidah. Kemudian seru Rasulullah sekali
lagi: “Tengoklah saudaramu itu beliau terlalu tenat”. Kata Abu Bakr:
“Kami semua menghadapi Talhah untuk merawat beliau, terdapat sepuluh
tetakan di badan Talhah. Namun kesemuanya ini menampakkan kemampuan
Talhah menghadapi perjuangan di peperangan Uhud yang bersejarah itu.
Pada detik-detik yang segenting ini sudah berhimpun di sekeliling
Rasulullah sebilangan pahlawan-pahlawan Islam, di antara mereka Abu
Dujanah , Mus’ab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sahl bin Hanif, Malik bin
Sinan bapa Abu Said al-Khudri, Nusaibah binti Kaab al-Mazaniyah yang
bergelar Ummu ‘Ammarah, Qutadah bin al-Nu’man, Umar bin al-Khattab,
Hatib bin Abi Baltaah dan Abu Talhah.
TENTERA MUSYRIKIN SEMAKIN MENEKAN
Setiap
saat berlalu semakin bertambah pula bilangan tentera musyrikin, ini
membawa kepada semakin berat Rasulullah, hanya Abu Talhah, yang berada
di hadapan Rasulullah menghadang baginda dengan perisai kulit yang
dipegangnya. Beliau adalah pemanah yang paling, kencang, di hari itu
sahaja dua atau tfiga musuhnya terpanah, ada orang melintasi hadapan
Rasulullah dengan membawa uncang panah lalu Rasulullah menyeru dengan
sabdanya:
“Cuba
kamu hulurkan anak panah itu kepada Abu Talhah”, sambung Anas
ceritanya: Rasulullah terus memerhati pergerakan kaum musyrikin maka
berkata Abu Talhah:
“Bapaku
dan ibuku korban untuk Rasulullah, janganlah tuan hamba memerhati
sedemikian nanti Rasulullah akan terkena panah Quraisy, nah biarlah
leherku ini menjadi benteng kepada leher tuan hamba”.
Kata
Anas lagi: Di dalam peperangan Uhud Abu Talhah mempertahankan diri
bersama Rasulullah dengan satu perisai sahaja, Abu Talhah adalah pemanah
handalan, bila beliau memanah Rasulullah memerhati dan menengok pula
sasaran yang terkena dengan panahnya tadi.
Abu
Dujanah pula bertindak membentengi Rasulullah dengan belakangnya,
gedang anak-anak panah musyrikin berpusu-pusu menikam belakangnya tanpa
beliau menghiraukannya.
Hatib
bin Abi Baltaah yang telah terpatah gigi depan memburu Utbah bin Abi
Waqqas, sempat beliau memancung Utbah hingga tercerai kepala dari
badannya terus beliau menawan dan merampas kuda dan pedangnya.
Sebenarnya Saad bin Abi Waqqas begitu perihatin untuk membunuh
saudaranya Utbah, tetapi tidak diizinkan Allah namun Hatib telah
melaksanakan hasratnya itu.
Sahl
bin Hanif salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan
Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau ini telah memainkan
peranan yang amat cemerlang dalam rangka mengundurkan tentera musyrikin.
Rasulullah
menggunakan panah di hari Uhud itu, sebagaimana yang diceritakan oleh
Qutadah bin al-Nukman, Rasulullah memanah dengan busurnya hingga
terpatah hujungnya, Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan
itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji
matanya, Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya
menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.
Cerita
Abdul al-Rahman bin Auf pula lain, di dalam kegawatan pertempuran telah
beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan
tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di
antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.
Adapun
Malik bin Sinan bapa kepada Abu Said al-Khudari bertindak menyedut
buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami’ah,
hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu, kata
Rasulullah: “Luahkan darah itu”, jawab Malik: “Tidak”, sebaliknya beliau
menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau
beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda:
“Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malik bin
Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.
Kisah
Ummu ‘Ammarah pula, beliau berperang, dan sempat beliau menentang Ibnu
Qami’ah bersama beberapa orang kaum muslimin, Ibnu Qami’ah telah menetak
tengkok Ummu ‘Ammarah menyebabkan beliau luka parah namun sempat juga
beliau memukul Ibnu Qami’ah tetapi oleh
kerana
beliau memakai baju besi jadi tetakannya tidak berkesan dan beliau
terlepas lari, namun demikian Ummu ‘Ammarah terus berjuang, di hari itu
beliau mengalami luka lebih dari dua belas tetakan.
Manakala
Mus’ab bin Umair pula inemperlihatkan kecekalannya yang luar biasa
mempertahankan diri Rasulullah dari serangan Ibni Qami’ah dan
kuncu-kuncunya, di hari itu panji Islam di tangan Mus’ab, beliau telah
dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji
berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin
hingga terputus tangan kirinya, sekali lagi beliau mempertahankan
bendera Islam itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan
lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin, pembunuhnya
ialah Ibnu Qami’ah yang menyangkanya Rasulullah, kerana beliau hampir
menyerupai Baginda, hingga dengan itu Ibnu Qami’ah terus berlari menemui
musyrikin yang lain berteriak: “Muhammad telah terbunuh”.
BERITA KEMATIAN RASULULLAH DAN KESANNYA KEPADA PERJUANGAN
Tidak
berapa lama selepas teriakan Ibnu Qami’ah itu, maka tersebar luas
berita kematian Rasulullah di kalangan kaum muslimin dan kaum musyrikin,
itulah saat di mana semangat juang di kalangan tentera Islam sudah
merosot terutama para sahabat yang terkepung yang tidak bersama-sama
Rasul, kini semangat juang telah hancur, malah hingga berlaku kekacauan
di dalam saf Islam, suasana sudah tidak terurus dan huruhara, namun
seruan Rasulullah tadi telah mengurangkan asakan kaum musyrikin, kerana
mereka menyangka bahawa mereka sudah berjaya dan sudah mencapai
matlamat, maka sebahagian dari mereka sudah mabuk darah kerana mereka
tertumpu kepada mencerca dan memukul-mukul mayat syuhada’ Islam.
RASULULLAH MENERUSKAN PERJUANGAN DAN MENYELAMATKAN KEADAAN
Setelah
Mus’ab jatuh sebagai syahid, lantas ia menyerahkan panji Islam kepada
Ali bin Abi Talib, meneruskan pertempuran sehabis tenaga dan usaha,
dituruti oleh para sahabat yang lain yang berada di situ dalam satu epik
kepahlawanan yang jarang-jarang disaksikan.
Di
masa itu Rasulullah berjaya menembusi ke tengah-tengah tenteranya, yang
terus terkepung, Baginda meluru ke arah mereka, Ka’ab bin Malik
seawal-awal orang yang mengenali Rasulullah, beliau terus menarik
selendang saudaranya, wahai kalian muslimin, berbahagialah kamu, ini dia
Rasulullah, di masa itu Rasulullah memberi isyarat kepadanya supaya
berdiam, untuk tidak dilihat kedudukannya oleh kaum musyrikin: Namun
laungan beliau itu telah sampai ke pendengaran kaum muslimin, maka
bersegeralah mereka ke Rasulullah, hingga terkumpul di sisi Baginda
kurang lebih tiga puluh orang para sahabat.
Dari
situ Rasulullah mengatur langkah berundur secara tersusun ke suatu
lereng bukit, melalui celah-celah tentera musyrikin yang sedang membuat
asakan, pihak musyrikin pun semakin hebat membuat serangan untuk
menggagalkan unduran Rasulullah, namun mereka tidak berupaya semasa
berhadapan dengan singa-singa Islam itu.
Sebaik
sahaja Uthman bin Abdullah bin al-Mughirah salah seorang tentera
berkuda musyrikin, melihat Rasulullah, segera beliau menerkam dengan
kudanya ke arah Rasulullah dengan laungannya: “Wahai Muhammad kalau
selalunya kau boleh terlepas, tapi di hari ini kau tidak akan terlepas”.
Rasulullah pun segera bangun untuk melawannya, namun kudanya tersungkur
kerana kakinya terjerumus ke dalam sebuah lubang menyebabkan Baginda
terus terjatuh, dengan itu Uthman telah ditentang oleh al-Harith bin
al-Sammah, di mana al-Harith telah sempat mencantas
kakinya, menyebabkan beliau jatuh terduduk, sekali lagi al-Harith
melepaskan tetakannya yang kencang untuk menamatkan riwayatnya,
al-Harith mengambil senjatanya, dan mengekori Rasulullah.
Di
masa itu Abdullah bin Jabir seorang lagi tentera berkuda Quraisy meluru
kehadapan al-Harith bin al-Sammah menetak dengan pedang ke tengkoknya,
menyebabkan beliau luka, dan diusung, di masa itu juga Abu Dujanah
pahlawan Islam yang serba lincah dengan lilitan merah di kepalanya,
menerkam ke arah Abdullah bin Jabir dan terus memukul dengan pedangnya
menyebabkan kepalanya tercerai dari jasadnya.
Semasa
pertempuran yang amat sengit itu, tentera Islam terlelap sekejap, itu
adalah sebagai petanda memperolehi keamanan dari Allah, sebagaimana yang
diperihalkan oleh al-Quran. Kata Abu Talhah: “Daku di antara yang
dilelapkan di dalam peperangan Uhud, kiranya pedang ditanganku terjatuh
berkali-kali, jatuh aku mengambil semula, jatuh lagi ku mengambilnya
semula”.
Dengan
keberanian ini maka unit yang bersama-sama Rasulullah berjaya berundur
secara tersusun ke suatu lereng bukit, dan dituruti oleh
kelompok-kelompok tentera Islam lain, ke sudut yang selamat itu, hingga
dengan itu kepintaran Khalid tewas bila berhadapan dengan kepintaran
Rasulullah (s.a.w).
KEMATIAN UBAI BIN KHALAF
Ibnu
Ishak menceritakan: Setelah Rasulullah berehat di lereng itu rupanya
Ubai bin Khalaf memburu ke situ sambil melaung: Mana dia Muhammad, hari
lain ini kau tidak dapat lari lagi, kaum muslin. Wahai Rasulullah boleh
tak salah seorang dari membunuhnya? Jawab Rasulullah: Biarkan dia ke
mari sebaik sahaja beliau menghampiri Rasulullah, baginda mencapai
tombak dari al-Harith bin al-Sammah, Rasulullah bingkas bangun penuh
keberanian dan ketegasan, kepantasan tindakan Rasulullah seperti seekor
unta yang menerbangkan bulu-bulunya semasa dipecut laju, baginda
memerhati lehernya yang terdedah itu terus baginda meluncur tombak ke
sasarannya dan tepat kena pada tempat yang diluncurnya itu, Ubai bin
Khalaf terhuyung hayang di atas kudanya, setelah beliau berpatah balik
ke dalam barisan tentera Quraisy, didapati lukanya tidaklah teruk
sangat, namun darah terus mengalir beliau menjerit dengan katanya: Demi
Allah, Muhammad telah membunuh aku. Orangnya menjawab:
Demi
Allah, kau ini dah tak ada hati, sebenarnya bukan ada apa pun luka
sedikit sahaja. Jawab Ibnu Khalaf: Eh, jangan, Muhammad ini telahpun
mengugut daku semasa di Makkah dahulu dengan katanya: Akan ku bunuh kau,
demi Allah kalaulah Muhammad ludah ke atas ku nescaya aku mati, dan
memang beliau mati semasa dalam perjalanan ke Makkah.
Mengikut
riwayat Abi al-Aswad dari Urwah: Ibnu Khalaf menguak seperti lembu
jantan dan berkata: Kalaulah apa yang terkena ke atas ku ini terkena ke
atas seluruh penduduk Zul Majaz nescaya mereka mati semua.
TALHAH MEMBANTU RASULULLAH (S.A.W)
Semasa
Rasulullah bersama para sahabat berundur ke lereng bukit, seketui batu
besar menghalang pergerakan Rasulullah, baginda cuba mendakinya, pun tak
dapat juga, kerana Rasulullah telah bertambah berat badan, dibeban pula
oleh baju besinya. Selain dari luka yang melemahkan badan Baginda,
Talhah bin Abdullah pun duduk membongkok ke tanah, membiarkan Rasulullah
memijak ke belakangnya dan berjaya Rasulullah berdiri di atas batu
pejal itu, lantas Rasulullah bersabda: Talhah wajib menerima, iaitu
Syurga.
SERANGAN TERAKHIR KAUM MUSYRIKIN
Setelah
Rasulullah berjaya memperkukuhkan markaz pimpinannya di lereng bukit,
pihak musyrikin telah membuat percubaannya yang terakhir dalam rangka
usaha mereka untuk melenyapkan kekuatan tentera Islam. Dalam hal ini
Ibnu Ishak menceritakan; Semasa Rasulullah berada di lereng itu,
tiba-tiba sekumpulan tentera Quraisy mara ke atas bukit dibawah pimpinan
Abu Sufian dan Khalid bin al-Walid, maka Rasulullah melaung dengan
sabdanya: Ya Allah ya Tuhanku, tidak seharusnya mereka itu mengatasi
kita, maka dengan itu Saidina Umar dan beberapa orang Muhajirin yang
lain mara dan melawan mereka serta memaksa mereka turun.
Di
dalam kisah peperangan Banu Umawi menceritakan bahawa kaum musyrikin
telah naik ke atas bukit, lalu Rasulullah menyeru kepada Saad: Kalahkan
mereka, yakni undurkan mereka – jawab Saad: Bagaimana akan ku kalahkan
mereka daku hanya seorang sahaja, beliau mengulangi tiga kali, namun
akhirnya beliau mengambil anak panahnya maka dipanahkan, menyebabkan
terbunuh si Fulan, beliau mengambil satu lagi lalu dipanahkan sekali
lagi menyebabkan terbunuhnya mangsa yang kedua, sekali lagi beliau
berbuat demikian menyebabkan terbunuhnya orang depan ketiga, dengan itu
kafir Quraisy terpaksa turun dari tempat mereka itu. Aku berkata: Panah
ini adalah berkat, aku pun simpan ke dalam uncangannya, diceritakan
panah itu berkekalan bersama-sama Saad hingga ke akhir hayatnya,
kemudian diwarisi oleh anak-anaknya.
MENCACATKAN PARA SYUHADA’
Serangan
itu adalah serangan terakhir pihak musyrikin ke atas kedudukan
Rasulullah. Oleh kerana mereka tidak mengetahui sangat kesudahan
Rasulullah (s.a.w) malah mereka hampir yakin bahawa Rasulullah (s.a.w)
telah terbunuh, untuk itu mereka pun kembali semula ke markas, dan semua
mereka bersiap untuk berangkat pulang ke Makkah, di antara mereka ada
yang sibuk mencacatkan jasad para syuhada termasuk kaum ibu musyrikin,
ada yang memotong telinga hidung, kemaluan dan ada yang menikam perut
para syuhada dijadikan sebagai kalung dan gelang kaki.
KESUNGGUHAN PAHLAWAN BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
Detik-detik
terakhir, berlaku dua peristiwa yang membuktikan kesungguhan
pahlawan-pahlawan Islam untuk berperang dan betapa bersedianya mereka
untuk bersungguh-sungguh dan mati ke jalan Allah.
1.
Kaab bin Malik menceritakan: Daku adalah di antara kaum muslimin yang
telah keluar, sebaik sahaja ku melihat kaum musyrikin mencedera dan
mencacatkan jasad-jasad syuhada Islam, ku bangun dan keluar untuk
melihat di mana ku dapati seseorang musyrikin yang mengumpul baju-baju
besi melalui jasad seorang syuhada sambil berkata-kata:
Ayuh
berlonggoklah kamu seperti longgokan najis-najis kambing.Tiba-tiba
seorang muslim sedang menunggu si musyrik ini di hadapan juga berbaju
besi aku terus mengekori dari belakangnya hingga dapat aku membezakan
yang muslim dan yang musyrik, aku dapat melihat si kafir lebih baik
pakaiannya dan peralatannya dari si muslim, hinggalah kedua-duanya ini
bersemuka, maka si muslim terus meneiak si kafir dengan pedangnya hingga
sampai ke pangkal paha, dan terus terpelanting kakinya, lepas itu si
muslim membuka tudung mukanya sambil berkata: Bagaimana kau tengok wahai
Kaab, Akulah Abu Dujanah.
2.
Sebaik sahaja peperangan telah selesai,sekumpulan wanita Islam telah
datang ke medan , kata Anas: Ku telah lihat Aisyah binti Abi Bakar dan
Ummu Salim, sedang bersungguh-sungguh, hingga ternampak betis, mereka
menggalas uncang air untuk memberi minum terus ke mulut-mulut tentera
Islam yang mengalami sakit, apabila air habis mereka pulang untuk isi
semula dengan air. Begitulah kesungguhan mereka, cerita Umar bin
al-Khattab: Ummu Salit bertugas di hari Uhud dengan memberikan kami air
minuman.
Di
kalangan mereka terdapat juga Ummu Aiman, setelah beliau melihat
sekumpulan tentera Islam yang lari balik ke Madinah mencari
perlindungau, terus beliau mengambil tanah menabur ke atas kepala mereka
sambil berkata: Nah ambil pengumpul benang ini, penakut, berikan aku
pedang kamu itu, terus beliau ke medan perang, di sana beliau memberi
air kepada tentera Islam yang mengalami kecederaan, namun Hibban bin
al-Arafah memanah Ummu Aiman menyebabkan beliau terjatuh hingga
ternampak sebahagian badannya, Hibban pun ketawa bagaikan satu kelucuan
berlaku hal ini berat untuk Rasulullah melihatnya, dengan itu baginda
memberikan sebatang anak panah yang tidak bermata kepada Saad dengan
berkata, Ayuh kau panahkan seteru Allah itu, Saad pun membidaskan
panahnya tepat ke tengkok Hibban menyebabkan beliau jatuh hingga
terseiak auratnya, membawa Rasulullah tersenyum hingga kelihatan gigi
baginda, dan sabda Rasulullah: Saad telah menuntut bela untuk Ummu
Aiman, dan Allah telahpun memakbulkan doanya.
RASULULLAH TIBA KE LERENG BUKIT
Setelah
Rasulullah sampai ke lereng bukit dan mengambil tempat di situ, Saidina
Ali pun keluar mengambil air dengan uncangnya dari al-Mihras untuk
Rasulullah minum, oleh kerana air itu berbau, maka baginda tidak jadi
meminumnya cuma sekadar membasuh darah di mukanya, dan curah ke atas
kepalanya dengan berkata: Allah memurkai manusia yang melukakan
RasulNya.
Sahl
menceritakan: Sebenaranya daku mengetahui siapa membasuh luka
Rasulullah (s.a.w) dan siapa orangnya yang mencurah air serta mengubat
luka Rasulullah? Fatimah, puteri Rasulullahlah yang membasuh luka
Rasulullah, manakala Ali bin Abi Talib pula mencucur air dengan bijana,
namun bila Fatimah melihat bahawa air yang dicurah itu tidak juga
memberhentikan darah keluar, malah lebih banyak lagi, lalu beliau
mengambil carikan tikar dibakarnya dan diletakkan ke tempat luka
Baginda, dengan itu baru darah berhenti.
Tidak
berapa lama kemudian Muhammad bin Maslamah membawa air bersih kepada
baginda dan baginda pun minum darinya, Rasulullah mendoakan kebaikan
untuk beliau, di hari itu baginda duduk ketika mengerjakan sembahyang
zohor, kerana kesan luka, kaum muslimin pun duduk bersembahyang di
belakang Rasulullah.
ABU SUFIAN BONGKAK SELEPAS PEPERANGAN DAN MENGADAKAN DAILOG DENGAN UMAR
Apabila
tentera musyrikin bersiap untuk berangkat pulang ke Madinah, Abu Sufian
dengan sombong mendaki puncak bukit sambil melaung: Apakah Muhammad
masih hidup bersama kamu?. Tidak siapa pun menjawab. Sekali lagi beliau
melaung: Apakah anak Abu Quhafah masih hidup di kalangan kamu?. Tidak
siapa pun menjawab. Sekali lagi beliau melaung; Apakah anak al-Khattab
masih berada dengan kamu? Mereka tidak menjawab, kerana Rasulullah
melarang mereka dari menjawab, dan beliau tidak bertanya selain dari
tiga peribadi ini sahaja, kerana beliau mengetahui bahawa penerusan
Islam adalah melalui tiga peribadi ini, Abu Sufian melaung lagi: Apakah
kamu semua telah mempertahankan mereka, namun Saidina Umar tidak dapat
menahan dirinya hingga beliau menjawab: Hai seteru Allah, nama yang kamu
sebutkan tadi masih hidup, Allah mengekalkan mereka untuk keburukan
dirimu. Kata Abu Sufian: Berlaku penderaan dan pencacat celaan ke atas
askar-askarmu yang tewas. Namun aku tidak menyuruhnya dan tidak pula
menyakiti daku. Sekali beliau melaung:
Dirgahayu Berhala Habal.
Kata
Rasulullah: “Buat apa kamu tidak menjawabnya”. Kata mereka: “Apa yang
kami nak jawab” Kata Rasulullah: “Launglah: Allah Maha Mulia lagi Maha
Agung”. Jawab Abu Sufian: “Baguslah itu, baru seri satu sama satu tapi
ingat peperangan adalah berterusan.
Jawab Umar: “Tak sama, syahid kami di syurga, guguran kamu di dalam neraka”.
Kata
Abu Sufian: “Kemari wahai Umar”, Kata Rasulullah (s.a.w): “Kau pergi
tengok apa halnya”? Umar pun mara ke hadapan, tanya Abu Sufian: “Aku
benar-benar hendak tahu daripadamu Umar, apakah telah kami bunuh
Muhammad”? Jawab Umar: “Ya Allah, itu tidak benar, malah Baginda sedang
mendengar dan mengikuti percakapanmu ini”. Jawab Abu Sufian: “Ya engkau
lebih ku percayai dari Ibni Qami’ah dan lebih benar”.
JANJI BERTEMU SEMULA DI BADAR
Ibnu
Ishak menceritakan: Semasa Abu Sufian bergerak pulang sekali lagi
beliau melaung: “Janji! Kita akan bertemu di Badar di tahun hadapan”.
Rasulullah berkata kepada para sahabatnya: “Jawablah kepadanya: Ya!,
kami berjanji dan jangan pula kau mungkiri”.
MEMASTIKAN SIKAP MUSYRIKIN
Setelah
tentera musyrikin bergerak meninggalkan tapak pertempuran, Rasulullah
memerimah Ali bin Abi Talib dengan sabdanya: “Cuba kau ikuti jejak
mereka dan perhatikan apa yang mereka lakukan. Dan apa tindakan mereka
seterusnya? Sekiranya mereka menunggangi unta dan menuntun kuda bererti
mereka menuju Makkah, tapi kalaulah mereka menunggangi kuda dan menuntut
unta bererti mereka akan memasuki al-Madinah, demi jiwa ku di tangannya
sekiranya itulah tindakan mereka akan ku buru mereka”. Bila Saidina Ali
pulang, beliau memberi tahu bahawa mereka menonggang unta dan menuntun
kuda menuju ke Makkah.
MENINJAU DAN MENANGANI PARA SYUHADA’ DAN YANG CEDERA
Selepas
musyrikin Quraisy berlepas pulang ke Makkah seluruh kaum muslimin
bertungkus lumus mengenali para syuhada’ dan pesakit-pesakit yang luka.
Zaid bin Thabit mengisahkan dengan katanya: Rasulullah telah mengutus
daku di hari Uhud, untuk mendapatkan Saad bin al-Rabie, kata Baginda
kepada aku: Sekiranya kamu menemuinya sampaikanlah salam ku kepadanya
serta katakan kepadanya bahawa Rasul berkata kepadanya: Bagaimana kau
sekarang? Sambung Zaid: Jadi ku cuba ke sana ke mari di antara
jasad-jasad bergelempangan, akhirnya ku dapati beliau di saat menghembus
nafas terakhir pada jasadnya terdapat tujuh puluh tikaman, samada
tetakan pedang, tikaman-tikaman tombak atau anak panah, ku berkata:
Wahai Saad, sesungguhnya Rasulullah menyampaikan salamnya kepada kau,
dan Baginda telah berkata: Bagaimana kau sekarang wahai Saad? Kata Saad:
Wa’alaikum salam, wahai Rasulullah dan katakan kepada baginda: Wahai
Rasulullah sekarang ku menciumi bauan syurga, dan katakan lagi kepada
kaum ku al-Ansar: Tiada mengapa bagi kamu sekiranya ancaman sampai
kepada Rasulullah sedang kamu masih hidup, di masa itu Saad menghembus
nafasnya yang terakhir.
Di
kalangan mereka yang luka, tentera Islam mendapati Amru bin al-Thabit
yang masih boleh bernafas lagi, beliau ini pernah di suatu ketika diajak
memeluk Islam, tetapi beliau menolak; kata tentera Islam, si degil apa
ini yang bawa dia ke mari, dahulu pernah kita dakwahkannya, tetapi
beliau menolak, kemudian mereka bertanya: Apa yang mendorong kau kemari,
Apakah menuntut bela untuk kaum kau, atau menyukai Islam. Jawab beliau:
Malah menyukai Islam. Ku beriman dengan Allah dan Rasulnya, kemudian ku
berperang di pihak Rasulullah hinggalah ku menerima apa yang kamu semua
saksikan ini, kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir.
Peristiwa ini mereka ceritakan kepada Rasulullah. Lantas Rasulullah
menjawab: Beliau adalah penghuni syurga. Cerita Abu Hurairah: Beliau ini
tidak sempat bersembahyang walau serakaat sekali pun.
Tentera
Islam juga mendapati di kalangan yang luka ialah Qazman, beliau telah
bertempur sebagai seorang wira, beliau telah membunuh tujuh atau lapan
musyrikin, tetapi kini beliau tak berupaya untuk bergerak, lalu mereka
mengusungnya ke kampung Banu Zafar, kaum muslimin pun menyampaikan
hal-hal yang menghiburkan beliau, namun beliau menegaskan dengan
katanya: Demi Allah sesungguhnya daku ini berperang demi untuk
mempertahankan keturunan bangsaku, kalau tidak kerana itu nescaya tidak
ku sertai peperangan, setelah beliau mendapati dirinya terlalu penat dan
sakit menanggung luka yang parah di jasadnya, beliau pun membunuh diri.
Mengenai peristiwa ini Rasulullah berkata: Beliau ini dari kalangan
penghuni Neraka.
Sebaliknya
apa yang terjadi kepada seorang Yahudi dari qabilah Tha’labah yang mati
di dalam peperangan itu, beliau pernah menyeru kaumnya: Wahai kalian
Yahudi, demi Allah sesungguhnya kamu sudahpun mengetahui bahawa menolong
Muhammad itu adalah di antara kewajipan ke atas kamu, jawab mereka: Kan
hari ini hari Sabtu? jawab beliau:
Tidak ada Sabtu bagi kamu, terus beliau mencapai pedang dan peralatan perangnya yang lain. Kata beliau lagi:
“Kalaulah
aku terbunuh, maka hartaku adalah untuk Muhammad, biarlah apa yang
hendak dia lakukan”. . Terus beliau berperang hingga beliau terbunuh.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Mukhairiq adalah sebaik-baik Yahudi.
MENGUMPUL PARA SYUHADA DAN MENGKEBUMIKAN MEREKA
Rasulullah
mengurus jenazah para syuhada, sehingga Baginda bersabda: Daku saksikan
mereka ini semua, tidak seorang pun yang keluar ke jalan Allah kecuali
akan dibangkitkan Allah di Hari Qiamat besok dengan lukanya, berwarna
dengan warna darah manakala baunya adalah bau kasturi.
Terdapat
di antara kaum niuslimin yang telah membawa jenazah keluarganya ke
Madinah, maka Rasulullah memerintahkan supaya dikembalikan jenazah itu
dan dikebumikan di tempat mereka syahid, tanpa dimandikan malah
dikebumikan dengan pakaian jihad mereka setelah ditanggalkan peralatan
besi dan kulit, malah mereka ini dikebumikan berdua atau bertiga di
dalam satu lahad, ada yang dikapankan dua orang dalam satu kain, di sini
baginda bertanya: Mana.di antara mereka yang lebih banyak mengingati
al-Quran dan apabila diberitahu si pulan lebih dari yang lain maka
didahulukannya ke dalam liang lahad sambil baginda mengungkap: Aku
adalah saksi mereka di hari Qiamat. Abdullah bin Amru bin Hiram
dikebumikan bersama-sama Amru bin Jamuh di dalam satu lahad lantaran
persahabatan mereka berdua yang akrab.
Mereka
tercari-cari di mana keranda Hanzalah, akhirnya mereka dapati sedang
berada di suatu tempat berhampiran lelehan air yang menitis dari
celah-celah batu, dan diceritakan kepada Rasulullah. Baginda pun
memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau dimandikan oleh Malaikat,
nak tahu kenapa demikian tanyalah ahli rumahnya kenapa halnya itu?
Lantas mereka pun bertanyalah kepada isterinya. Isterinya pun
menceritakan kisah sebenarnya di mana beliau telah keluar ke medan jihad
sebelum sempat mandi wajib. Di sini Hanzalah dikenali sebagai syahid
yang dimandikan oleh Malaikat.
Setelah
Baginda mengetahui segala apa yang telah berlaku terhadap Hamzah bapa
saudaranya dan saudara sepenyusuannya, Rasulullah amat sedih dan
berduka, di masa itu emak saudaranya Sofiah datang untuk melihat
saudaranya Hamzah, namun Rasulullah menyuruh anaknya al-Zaid supaya
mengalih pandangannya dri situ, supaya tidak terlihat apa yang terjadi
kepada saudaranya itu, lantas beliau bertanya: Kenapa? Telahpun sampai
ke pengetahuan ku di mana saudaraku ini telah dicacatkan jasadnya, semua
ini kerana Allah, semoga semua ini meredhakan kami, akan ku bersabar
dan memohon restu keredhaan Ilahi, insyaAllah. Justeru itu beliau terus menziarahi jenazah saudaranya kerana hendak melihat dengan mata kepalanya dan terus beliau berdoa untuknya setelah mengucap“Innalillahi wainna ilaihi rajiuun” terus
beliau beristighfar untuk al-Syuhada, dengan itu Rasulullah pun
memerintah supaya dikebumikan Hamzah bersama Abdullah bin Jahsy anak
saudaranya malah saudara sepenyusuan.
Cerita
Abdullah bin Masud: Belum pernah lagi kami melihat Rasulullah menangis
seperti mana baginda menangis ke atas Hamzah bin Abdul Muttalib. Baginda
meletakkan jenazah Hamzah di sebelah Qiblat, di situ baginda berdiri di
samping jenazahnya lantas baginda menangis hingga kedengaran sedunya.
Pemandangan
para syuhada amat memilukan hati. al-Khabbab menceritakan: Sebenarnya
Hamzah sendiri tidak mempunyai kain kapan yang secukupnya, selain dari
kain serbannya jalur merah putih, kiranya kalau ditutup kakinya terbuka
pula kepalanya dan kalau ditutup kepala kakinya akan terbuka, akhirnya
beliau ditutup kepala dan kakinya ditutup dengan tumbuhan al-Izkhir.
Kata
Abdul al-Rahman bin Auf: Mus’ab bin Umair terbunuh di dalam peperangan
ini sedang beliau lebih istimewa dari ku, beliau pun sama juga, kerana
bila hendak ditutup kakinya kepalanya akan terbuka dan kalau ditutup
kepalanya kakinya akan terdedah. Dalam satu riwayat dari al-Khabbab yang
menyebut: Bahawa Rasulullah telah berkata, ayuh tutup sahaja kepalanya
sedang kakinya selimutkan dengan daun-daun Izkhir.
RASULULLAH MEMUJI ALLAH DAN BERDOA PADANYA
Al-Imam
Ahmad meriwayatkan mengenai keadaan selepas tentera musyrikin selesai
pulang ke Makkah di mana Rasulullah bersabda dengan katanya: Ayuh
berbaris lurus kamu sekalian yang ada, supaya ku memuji Tuhan
Azawajjala, maka dengan itu sekalian mereka pun berbaris di belakang
baginda dengan sabdanya:
“Ya
Allah ya Tuhanku bagimu jua segala puji-pujian, ya Tuhanku tiada
penghalang bagi apa yang Engkau berikan dan tiada pemberi bagi apa yang
Engkau pegangkan, tiada petunjuk bagi orang yang Engkau sesatkan dan
tiada penyesat bagi orang yang Kau hidayatkan, tiada pemberi barang
sesuatu yang Engkau sekatkan dan tiada penyekat barang sesuatu yang
Engkau berikan, tiada siapa dapat mendekatkan sesuatu yang Engkau
jauhkan dan tiada siapa pun dapat menjauhkan sesuatu yang Engkau
dekatkan Ya Tuhanku tebarkanlah ke atas kami barakan Mu, rahmat Mu, kelebihan Mu danrezekiMu Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon
nikmat yang berkekalan yang tidak terhalang dan tidak hilang ya
Tuhanku: Sesungguhnya daku memohon bantuan di hari kesuntukan, keamanan
di hari menakutkan ,
ya Tuhanku sesungguhnya daku berlindung dengan
Dikau dari kejahatan yang ada pada yang Kau berikan kami dan kejahatan
yang ada pada apa yang Kau halang pemberiannya kepada kami, Ya Tuhanku
perkenankanlah kecintaan iman itu kepada kami serta hiasilah di persada
hati nubari kami, hidupkanlah kebencian terhadap kafir, fasiq dan
pendurhakaan di dada kami, jadilah kami dari mereka yang terpimpin. Ya
Tuhan kami matikanlah kami sebagai muslim serta hidupkan kami sebagai
muslim, letakkanlah kami bersama mereka yang solih tanpa sebarang
kehinaan atau terfitnah. Ya Allah ya Tuhanku, hancurkanlah golongan
kafir yang mendusta utusanMu, menghalang di jalanMu, humbankan ke atas
mereka kemurkaanMu dan siksaanMu. Ya Tuhanku hancurkanlah golongan kafir
yang sebelum ini telah diturunkan kepada mereka kitab lalu mereka
mendustakannya. Ya Allah ya Tuhanku yang sebenar, perkenankanlah”.
KEPULANGAN RASULULLAH KE MADINAH DISAMBUT DENGAN KELUHURAN CINTA DAN KETULUSAN HATI
Sebaik
sahaja Rasulullah selesai menyelenggarakan pengkebumian para syuhada
serta berdoa restu kepada Allah Rabbu al-Jalil terus Baginda berangkat
pulang menuju ke Madinah, dan tertera di hadapan mata Rasulullah
gambaran yang jarang-jarang berlaku, kecintaan dan ketulusan hati nubari
kaum muslimat yang menunggu-nunggu kepulangan Baginda sebagaimana
tertera perilaku kaum muslimin di dalam peperangan.
Di pertengahan
jalan baginda telah diketemukan dengan Hamnah binti Jahsy, Baginda
menyampaikan berita syahid saudaranya Abdullah bin Jahsy beliau
mengucap “Innalillahi wainna ilaihi rajiuun” dan beristighfar
untuknya, beliau menyampaikan berita kematian bapa saudaranya (sebelah
emak) Hamzah bii-t Abdul Muttalib beliau mengucap “Innalillahi wainna ilaihi rajiuun” dan
beristighfar untuknya, kemudian Baginda menyampaikan berita syahid
suaminya Mus’ab bin Umair, terus beliau menangis dan meraung, maka jawab
Rasulullah: Sebenarnya suami bagi seseorang wanita adalah di suatu
kedudukan yang istimewa.
Seterusnya
Rasulullah melalui di hadapan seorang wanita dari qabilah Banu Dinar,
di mana suami dan saudaranya telah syahid di dalam peperangan Uhud dan
hadirin pun menyampaikan berita syuhada’ itu, lantas beliau berkata: Apa
yang berlaku ke atas diri Rasulullah, jawab hadirin: Wahai ibu, Baginda
baik, al-Hamdulillah seperti yang ibu harap-harapkan. Kata beliau lagi
Tunjukkan daku diri Rasulullah, hingga dapat ku pastikan kebenarannya,
maka ditunjukkan kepada si ibu tadi dan setelah pasti bagi ibu tersebut
kebenarannya, maka katanya: Keselamatan diri Rasulullah menjadikan
segala yang lain kecil sahaja.
Ibu
Saad bin Muaz datang berlari-lari ke hadapan Rasulullah, di masa itu
Saad sedang memegang tali kuda Rasulullah, beliau menyeru: Itu ibuku
wahai Rasulullah, jawab Rasulullah: Diucapkan selamat datang dengan
ibumu tu. Di situ Rasulullah berdiri untuk berhadapan dengan ibu Saad,
sebaik sahaja beliau berada di hadapan Rasulullah, Baginda pun
menghebahkan berita kematian anaknya Amru bin Muaz. Jawab beliau: “Namun
bila ku mendapati Rasulullah (s.a.w) selamat kesemu’anya adalah ringan
sahaja. Dengan itu Rasulullah pun berdoa untuk seluruh keluarga, yang
anak mereka terbunuh di dalam peperangan, kata Baginda: Bergembiralah
wahai ibu Saad dan sampaikanlah berita mengembirakan kepada keluarga
sekalian di mana anak-anak dan keluarga mereka yang terbunuh itu
diiringi masuk ke dalam syurga Allah, malah mereka akan memberi syafaat
kepada ahli keluarga mereka, jawab ibu Saad: Kami redha dan bersenang
hati dengan kesemuanya itu wahai Rasulullah, dan tiada siapa lagi yang
akan menangis, tambah beliau: Wahai Rasulullah doakanlah untuk keluarga
mereka yang masih ada ini, maka doa Rasulullah: “Ya Allah Ya Tuhanku!
Hilangkanlah duka nestapa dari hati-hati mereka, perbaikilah musibah dan
kesusahan mereka, dan jadikanlah yang tertinggal sebagai keluarga
terbaik bagi mereka yang telah pergi.
RASULULLAH DI MADINAH
Rasulullah
(s.a.w) telah sampai ke Madinah pada petang hari Sabtu tanggal 7 bulan
Syawal tahun 3 Hijrah sesampainya ke rumah, Baginda menyerahkan
pedangnya kepada anaknya Fatimah dengan sabdanya: Cucikan darah-darah
dari pedang ini, demi Allah ianya telah membenarkan kerja-kerjaku,
kemudian Ali bin Abi Talib pun menyerah pedangnya dengan katanya: Tolong
cucikan juga pedang ku ini, demi Allah sesungguhnya pedang ini telahpun
membenarkan daku, sabda Rasulullah: Sekiranya kau telah benar-benar
berperang, maka sesungguhnya Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah pun adalah
benar bersama-sama dengan kamu.
BILANGAN TERKORBAN KEDUA BELAH PIHAK
Keseluruhan riwayat
sebulat suara mengatakan, bilangan syuhada yang terkorban di dalam
peristiwa Uhud adalah seramai tujuh puluh orang, dart bilangan yang
terbesar adalah dari golongan al-Ansar, di mana seramai enam puluh lima
syuhada’ gugur dibumi Uhud, 13 orang dari kalangan al-Khazraj, 24 dari
al-Aws dan seorang Yahudi, manakala syuhada dari Muhajirin adalah
seramai 4 orang sahaja.
Yang
terbunuh dari kalangan al-Musyrikin adalah seramai 22 orang. Tapi
selepas meneliti dengan cermat ke atas peperangan Uhud dari perbagai
sudut, maka ahli sirah dan peperangan menyebut bahawa korban dari pihak
Quraisy adalah seramai 37 orang dan bukan 22 orang. Wallahu a’lam.
KEADAAN DARURAT DI MADINAH
Di malam
Ahad 8 haribulan Syawal tahun 3 Hijrah seluruh kaum muslimin berada
dalam keadaan dharurat sekelian mereka tidur dalam keadaan berjaga-jaga,
walaupun mereka sekalian mengalami keletihan dan kepenatan yang amat
sangat, namun sedemikian mereka tetap membuat pengawalan di setiap
penjuru Madinah dan pintu masuknya, mengawal dan menjaga keselamatan
pemimpin agung mereka Rasulullah (s.a.w) secara khusus, kerana mereka
mencurigai seperti ada beberapa perkara yang tidak kena dengan suasana
Madinah pada malam berkenaan.
PEPERANGAN HAMRA’ AL-ASAD
Di
malam itu Rasulullah dalam keadaan memikirkan mengenai situasi Madinah,
selepas peperangan Uhud itu, Baginda sangsi dengan sikap Quraisy yang
mungkin mereka membuat
perubahan sikap setelah mereka menilai semula peperangan yang mereka
sertai itu, yang tidak pun memberi sesuatu faedah kepada mereka.
Meskipun mereka menang di medan pertempuran, pasti mereka berdukacita,
kerana itu mereka mungkin akan berpatah balik untuk melanggar Madinah
buat kali kedua di dalam tempoh yang sama. Justeru itu, Rasulullah
terfikir untuk membuat operasi memburu tentera Makkah.
Ahli
sirah dan peperangan menyebut dalam satu kata sepakat: Di hari itu
Rasulullah menyeru sekalian kaum muslimin dan memerintah mereka bergerak
untuk berhadapan dengan musuh, seruan ini dibuat pada keesokan hari
selepas peristiwa Uhud, iaitu hari Ahad 8 haribulan Syawal tahun 3
hijrah, dengan sabdanya: “Tidak akan menyertai kita di hari ini kecuali
mereka yang menyertai peperangan Uhud kelmarin”. Kata Abdullah bin Ubai:
“Boleh
aku turut bersama kau”? Jawab baginda: “Tidak”. Sekalian kaum muslimin
menyahut seruan Rasulullah itu meskipun mereka mengalami kecederaan yang
amat sangat dan ketakutan, tetapi mereka menjawab: “Kami menurut
perintah Rasulullah penuh taat setia”.
Di masa itu Jabir bin Abdullah tampil ke hadapan Rasulullah meminta izin untuk turut serta dengan katanya:
“Wahai
Rasulullah sebenarnya daku ini tidak suka melihat sesuatu peristiwa itu
kecuali ku ingin bersama-sama Rasulullah, namun dalam peristiwa Uhud
itu daku tidak bersama-sama Rasulullah kerana bapaku mengamanahkan daku
untuk menjaga anak-anak perempuannya. Kali ini izinkanlah daku untuk
bersama-sama menyertai bersama tuan hamba. Justeru itu Rasulullah pun
membenarkan Jabir turut serta. Rasulullah bergerak bersama tentera
Islam, hingga tiba ke tempat bernama Sahra’ al-Asad, sejauh lapan batu
dari al-Madinah, di situ mereka berkhemah.
Semasa
di Hamra’ al-Asad, Ma’bad bin Abi Ma’bad al-Khazaie telah datang
menemui Rasulullah mengisytihar kemasukannya ke agama Islam – namtin ada
pendapat mengatakan yang beliau ini masih dalam musyriknya, Cuma beliau
datang untuk memberi nasihat kepada Rasulullah, kerana di antara Banu
Khuza’ah dan Banu Hasyim termeterainya perjanjian, dengan katanya: Wahai
Muhammad demi Allah, sesungguhnya apa yang menimpa kamu itu adalah
berat bagi kami, hanya doa restu kepada Allah semoga kamu disejahterakan
Allah – di sini Rasulullah meminta beliau terus menyertai bersama Abu
Sufian dan bertindak menggagalkannya. Sebenarnya apa yang Rasulullah
curigai selama ini memang benar terjadi kerana setibanya tentera
musyrikin di al-Ruha’ 36 batu ke Madinah mereka saling kecam mengecam,
di antara mereka menyebut dengan katanya Sebenarnya kamu tidak melakukan
sesuatu apa pun, walaupun dapat pecahkan kekuatan mereka, kemudian kamu
biarkan begitu sahaja, kepala-kepala mereka masih hidup dan dapat
bersatu semula, ayuh kita patah balik semula untuk memerangi mereka
hingga ke akar umbi. Nampaknya pendapat ini mutawatir, disuarakan oleh
orang tertentu, yang tidak sangat menilai kekuatan fizikal dan kejiwaan
kedua-dua pihak, oleh itu cadangan ini disanggah oleh ketua yang
bertanggungjawab, Safwan bin Umaiyah dengan jawapannya: “Wahai kalian
kaumku, jangan kamu tergesa-gesa bertindak sedemikian, kerana aku
mencurigai, nanti kalau akan ditentangi oleh mereka, (kaum muslimin)
yang dahulu tidak keluar berperang, lebih baik kamu pulang, kedaulatan
kamu sudah pun di dalam tangan kamu, Aku takut nanti kalau kamu berpatah
balik menyerang Madinah kedaulatan kamu itu akan dirampas kembali”,
namun pendapat beliau ini tidak mendapat restu dari suara
majoriti
tentera, malah sebaliknya mereka bersetuju untu. berpatah balik
bergerak menuju Madinah, tetapi sebelum Abu Sufian mengalih arah
pergerakan tenteranya beliau telah ditemui oleh Ma’bad bin Abi Ma’bad
al-Khuzaei yang tidak diketahui tentang kelslamannya, beliau telah
ditanya oleh Abu Sufian dengan katanya: Ada apa-apa yang tidak baik?
Sebagai satu perang saraf, Ma’bab menjawab: Sebenarnya Muhammad keluar
bersama-sama sahabatnya, memburu kamu dalam satu ketumbukan yang belum
pernah ku lihat lagi seperti itu, kelihatan perasaan mereka meluap-luap
untuk menuntut bela, ketumbukan ini telah disertai nampaknya oleh mereka
yang tidak bersamanya di dalam peperangan Uhud kelmarin, seolah-olah
mereka ini ingin menampung balik ketidakhadiran mereka kelmarin.
Jawab Abu Syfian: Jenis apa yang kamu kata itu:
Jawab
Ma’bad: Demi Allah, tidak percaya, kamu boleh maju sedikit ke hadapan
ke arah Madinah kamu akan melihat ketumbukan peninjaunya di sebalik
bukit itu.
Kata
Abu Sufian: Demi Allah sebenarnya kami sudah sebulat suara untuk
membuat serangan mengejut untuk menghapus mereka sama sekali. Jawab
Ma’bad: Aku menasihati kamu, jangan bertindak bodoh sedemikian, di masa
itu semangat juang tentera musyrikin mulai runtuh, malah mereka sudah
mula dalam ketakutan, pada mereka sebaik-baik jalan ialah meneruskan
pengunduran ke Makkah, sedang ,Abu Sufian terus memupuk semangat juang
di kalangan tentera Makkah, menyeru mereka untuk berpatah balik
melanggar Madinah, tujuannya ialah untuk menghalang tentera Islam dari
terus memburu mereka. Tepat sekali di mana Abu Sufian telah berjaya
dalam usahanya itu, kerana dengan takdir Allah satu rombongan qabilah
Abd al-Qais yang belayar melalui perhentian tentera Makkah menuju ke
Madinah, maka Abu Sufian berkata kepada ketua qabilah tadi : Sebaik
sahaja kamu bertemu dengan Muhammad dan sahabatnya tolong sampaikan
perutusan ini, aku berjanji akan ku muatkan buah-buah kismis ini ke atas
tunggangan kamu, di Ukaz bila kamu daiang ke Makkah nanti, setelah kamu
tunaikan perutusan ku ini. Jawab mereka: “Ya boleh”. Kata Abu Sufian:
“Kamu sampaikan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya bahawa kami telah
membuat keputusan untuk menyerang mereka, hingga dapat kami
menghapusnya dan pengikut-pengikutnya”.
Sebaik
sahaja kafilah, Abu Abd al-Qais menghampiri Rasulullah dan tenteranya
yang sedang singgah di ” Hamra’ al-Asad”, beliau pun terus menyampaikan
kepada Rasulullah, perutusan Abu Sufian itu, dengan katanya: “Sebenarnya
penduduk Makkah telah pun mengumpul seluruh tenaganya, maka hendaklah
kamu berwaspada dengan mereka, apa lagi kaum muslimin pun semakin
bertambah kental keimanan mereka”.
“Dan
mereka menjawab :Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adulah
sebaik-baik Pelindung. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali
dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak
disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan
Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar”.
(Al lmran: 173-174)
Rasulullah
(s.a.w) bersama tentera Islam berkhemah di Hamra’ al-Asad setibanya
dari Madinah pada hari Ahad, untuk selama 3 hari iaitu Isnin, Selasa dan
Rabu, kira-kira tanggal 9 hingga 10 dan 11 Syawal tahun 3 Hijrah,
setelah itu baginda pulang semula ke Madinah. Namun sebelum pulang
baginda menahan Abu Azzah al-Jumahi, beliau adalah di atara tawanan
Badar yang dibebaskan tanpa sebarang bayaran kerana kedhaifan beliau di
samping ramai pula anak-anak perempuan dibawah tanggungan beliau.
Setelah beliau berjanji untuk tidak melawan lagi, namun beliau
telah mungkir janji, di mana beliau telah merangsangkan kaum musyrikin
melalui syair-syairnya dan beliau sendiri pun turut bersama, sebaik
sahaja Rasulullah menahan, beliau sekali lagi berkata: Wahai Muhammad
bebaskanlah aku, seperti dahulu, berilah kesempatan untuk ku menjaga
anak-anak perempuan ku, dan aku berjanji tidak akan mengulangi lagi
perbuatan yang sama itu. Rasulullah menjawab: Aku tidak mahu bila kau
pulang ke Makkah nanti kau akan menunjuk dengan jarimu ke dahi, dan
berkata: Nah sekali lagi aku dapat menipu Muhammad, sebenarnya orang
mukmin tidak dipagut oleh ular dua kali dari lubang yang sama. Kemudian
baginda memerintah al-Zubair atau ‘Asim bin Thabit memancung lehernya.
Baginda
juga menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengintip Makkah, beliau
dikenali sebagai Muawiyah bin al-Mughirah Ibnu Abi Al-Aas, iaitu datuk
kepada Abdul Malik bin Marwan sebelah ibunya, kisah bermula, apabila
tentera,musyrikin pulang ke Makkah, maka Muawiyah ini datang menziarahi
anak saudaranya Uthman bin Affan (r.a), beliau telah memohon
perlindungan dari Uthman (r.a). dengan syarat tidak melebihi tiga hari.
Sekiranya beliau langgar syarat akan dibunuh namun setelah Madinah
lengang dari tentera Islam, beliau terus tinggal di sana lebih dari tiga
hari, dengan tugas mengintip bagi pihak
Quraisy,
setelah tentera Islam pulang, Muawiyah lari keluar secara
senyap-senyap, justeru itu Rasulullah memerintah Zaid bin Harith dan
Ammar bin Yasir memburunya, maka mereka berdua pun mengikuti jejaknya
hingga bertemu dan di tempat itu juga beliau dibunuh.
Suatu
hakikat yang tidak syak lagi bahawa peperangan Hamra’ al-Asad bukanlah
satu peperangan yang berasingan, malah ianya merupakan sebahagian dari
peperangan Uhud, malahan sambungan kepada peperangan Uhud dan siri
terakhir dari keseluruhah peperangan Uhud berkenaan.
Itulah
dia peperangan Uhud dengan keseluruhan tahap-tahap dan penceritaannya
secara terurai, di ketika para pengkaji menyelidiki mengenai kesudahan
peperangan ini, apakah ianya suatu kemenangan atau tidak? Tapi satu
hakikat yang jelas di mana kelebihan ketenteraan yang berbeza di antara
tentera Makkah dan tentera Madinah adalah ketara sekali, terutamanya di
dalam pusingan kedua, di mana pihak musyrikin menguasai pertempuran di
seluruh medan perang, kerugian tenaga manusia di pihak Islam lebih teruk
berbanding dengan apa yang dialami oleh pihak musyrikin, terdapat
sekumpulan tentera Islam di beberapa medan pertempuran kiranya tewas
sehabisnya di mana tentera musyrikin menguasai suasana pertempuran, oleh
kerana adanya faktor lain yang tidak membenarkan kita menyebut
pertempuran ini memberi kemenangan dan kejayaan kepada Islam, sebab
itulah kita tawaqquf.
Walau
bagaimana sekalipun, satu perkara yang tidak diragui, di mana tentera
Makkah tidak dapat menawan institusi ketenteraan Islam, disebabkan
.sebahagian besar tentera al-Madinah tidak berundur lari dari medan
pertempuran, meskipun berlaku huruhara di barisan tentera Islam, malah
seluruh mereka menentang tentera Makkah hingga
dapat mereka berkumpul semula di sekeliling qiada. (pimpinan), dan
tidak membiarkan tentera lawan memburu askar-askarnya, justeru itu tidak
seorang pun yang menjadi tawanan tentera musyrikin malah tentera
musyrikin tidak dapat sebarang harta rampasan pun dari kaum muslimin,
dan tentera musuh tidak pula membuka medan pertempuran ketiga meskipun
tentera Islam masih dipengkalan perjuangannya. Demikian juga tentera
musyrikin tidak pula bermukim di medan pertempuran untuk selama sehari,
dua atau tiga hari seperti yang biasa dilakukan oleh pihak yang menang,
sebagai tradisi amalan di masa itu, malah dengan segera pula berundur
dari situ terlebih dahulu, meninggal medan pertempuran lengang sahaja.
Sebelum tentera Islam meninggalkannya. dan tidak pula mereka berani
menyerang Madinah untuk menawan kaum wanita sebagai rampasan perang dan
harta-harta di sana, sedang jarak Madinah dengan medan pertempuran hanya
beberapa langkah sahaja dalam keadaannya ianya terdedah dan terbuka
kepada sebarang serangan.
Kesemuanya
ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dipungut oleh Quraisy dari
peperangan Uhud ini tidak lebih dari satu kesempatan dan peluang untuk
mereka, buat menimpa kerugian yang teruk ke atas kaum muslimin, di
samping kegagalan mereka untuk membenteras dan menghapus tentera Islam
sehabis mungkin, setelah mereka berjaya mengepung tentera Islam, yang
biasanya pihak penyerang, tidak teragak-agak untuk membunuh kesemua
tentera lawannya dalam keadaan sepertimana yang terjadi kepada tentera
Islam, maka sebab itu untuk dikatakan bahawa tentera Quraisy memperolehi
satu kejayaan adalah, tidak, dan jauh samasekali.
Malah
apa yang menguatkan lagi sikap kita di mana Abu Sufian bergegas pula
untuk berundur dari medan pertempuran kerana beliau takut tenteranya
akan mengalami kekalahan, seandainya beliau membuka semula medan
pertempuran yang ketiga. Penegasan ini dapat diperhatikan dari sikap Abu
Sufian terhadap peperangan Hamra’ al-Asad itu.
Untuk
itu maka kita menegaskan bahawa peperangan ini adalah sebahagian yang
tidak terpisah dari induknya, setiap pihak telah memperolehi bahagian
masing-masing kerugian dan keuntungan, dipenghujungnya setiap pihak
menarik diri, tanpa memperlihatkan di mata lawannya sebagai lari dari
medan peperangan dengan meninggalkan tapaknya ditawan oleh lawan, inilah
yang dikatakan yang ianya suatu peperangan yang bersambung dengan
awalannya. Untuk itu maka Allah menjelaskan di dalam firmanNya:
“Janganlah
kamu lemah melawan kaum itu, jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun
mendapat kesakitan juga, sebagaimana kamu mendapat kesakitan. Sedangkan
kamu mengharapkan dari Allah barang yang tiada mereka harapkan”
(An-Nisaa': 104)
Allah
menggambarkan perasaan yang dialami oleh satu kem sebagaimana yang
dirasainya oleh kem yang satu lagi, ini membawa erti di mana kedua-dua
situasi adalah setara, kedua-dua pasukan masing-masing pulang dengan
tidak membawa kemenangan.
AL-QURAN MEMPERKATAKAN SEKITAR PEPERANGAN BERKENAAN
Ayat
al-Quran turun untuk memberi penjelasan ke atas setiap marhalah
mengenai peristiwa Uhud ini, marhalah demi marlahah, diiringi dengan
ulasan-ulasan yang menjelaskan faktor-faktor yang membawa kepada
kerugian yang parah. Al-Quran juga bertanggungjawab menjelaskan
sudut-sudut kelemahan yang masih terdapat pada pendokong-pendokong
kebenaran dan iman, berbanding dengan tanggungjawab mereka di dalam
situasi yang sebegini cemas, juga berbanding dengan matlamat-matlamat
mulia yang hendak dicapai oleh kelompok ini, yang mana kerana
matlamat-matlamat inilah maka diprosesnya kelompok dan umat ini, yang
digambarkan oleh Allah sebagai suatu umat dengan ciri-ciri
keistimewaannya dilahirkan untuk manusia sejagat.
Sebagaimana
juga al-Quran memperkatakan mengenai golongan munafiqin, Allah
mendedahkan keburukan diri mereka, Allah mendedahkan perseteruan mereka
secara senyap-senyap, terhadap Allah dan RasulNya, disamping Allah
(s.w.t) membersihkan hati naluri kaum muslimin dari sangkaan dan
hasutan-hasutan syaitan yang selama ini menyelaputi hati-hati mereka,
perasaan dan hasutan ini ditimbul-timbulkan oleh golongan munafiqin dan
kroni-kroni mereka dari kaum Yahudi Madinah yang merupakan kepala
fitnah, batu api dan pakatan konspirasi. Seterusnya al-Quran mendedahkan
hikmah-hikmah dan pencapaian sejati dan murni di akhir peperangan.
Enam puluh ayat dari surah Ali Imran yang diturunkan khusus memperkatakan seawal-awal detik peristiwa:
“Ingatlah
ketika engkau keluar pagi hari dari keluarga kamu, kau tempatkan
orang-orang Mukmin pada beberapa tempat untuk berperang”.
(Ali Imran: 121)
Diakhiri dengan huraian lengkap terhadap kesudahan-kesudahan dan hikmat-hikmat peperangan ini dengan firmannya:
“Allah
tiada membiarkan orang-orang yang beriman menurut keadaan kamu,
sehingga ia membedakan orang yang jahat dari orang yang baik. Dan
bukanlah Allah hendak memperlihatkan .hal ghaib kepadamu, tetapi Allah
memilih di antara rasul-rasulNya siapa yang dikehendakiNya, maka
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, danjika kamu beriman
dan bertaqwa, maka untuk mu pahala yang besar”
(Ali Imran: 179)
HIKMAH-HIKMAH DAN MATLAMAT-MATLAMAT MURNI DARI PEPERANGAN INI
Ibnu
al-Qayyim menghuraikan secara meluas khusus mengenai tajuk ini, tegas
Ibnu Hajar dengan katanya: Para ulama telah menyebut: Bahawa
sesungguhnya di dalam peristiwa Uhud ini dengan apa yang telah terkena
ke atas kaum muslimin, terkandung kebaikan-kebaikan dan hikmah-hikmah
Ilahi yang luhur, antaranya: Mengajar kaum muslimin bahawa penderhakaan
itu buruk padahnya, pelanggaran perintah membawa kepada nahas yang
parah, iaitu ketika golongan pemanah meninggalkan tempat, sedang mereka
diperingatkan oleh Rasulullah supaya jangan berganjak dari tempat mereka
dalam keadaan apa jua sekali pun. Kebiasaannya para rasul diuji namun
kesudahan akan berpihak kepada mereka, sebagai hikmahnya, kalaulah
mereka ini sentiasa menang sahaja nescaya golongan yang tidak beriman
akan menyertai bersama kaumnya yang beriman itu, dengan erti kata lain
tidak akan berlaku satu proses pembezaan dan penapisan di antara mereka
yang benar dan yang tidak benar, malah sebaliknya pula, kalaulah mereka
ini sentiasa kalah dan gagal sahaja, pasti pula tujuan pengutusan para
rasul tidak tercapai, untuk membezakan di antara yang membenarkan dan
yang mendustai risalah Rasulullah. Kerana nifaq dan taqiah golongan
munafiqin adalah tersembunyi dari pengetahuan kaum muslimin, dengan
berlaku peristiwa ini maka tertonjollah golongan munafiq dan taqiah
melalui tindakan dan percakapan mereka, hingga dengan itu kaum muslimin
dapat mengenali seteru mereka dengan peranan-peranannya sekali, maka
untuk tindakan susulan mereka, mereka boleh berjaga-jaga, berwaspada dan
mengelak dari golongan ini. Kelewatan kemenangan dan pertolongan pada
sesetengah tempat boleh menjinak kebuasan hawa nafsu dan boleh melunak
kesombongannya, semasa diuji kaum muslimin pasti bersabar manakala kaum
munafiqin dan taqiah akan keluh-kesah, disamping itu Allah telah
menyediakan untuk hamba-hambaNya yang beriman kedudukan dipersada
kemuliaan dan karamahNya yang tidak mungkin dicapai atau tersampai di
sana melalui amalan-amalan mereka.
Untuk itu maka
Allah
membuka peluang dengan menyediakan sebab-sebab, iaitu ujian dan fitnah
hingga dengannya mereka berupaya sampai ke sana. Dari peristiwa ini
Allah rnenawarkan mati syahid yang merupakan kemuncak kedudukan para
awliya’Nya, kejadian ini juga menjelaskan kehendak Allah dan iradahNya,
untuk membinasakan musuh-musuhNya. Dengan menyediakan sebab musabab
iaitu kekufuran mereka keengganan dan penderhakaan mereka, kerana
menentang para auliyaNya sehingga dengannya maka terpadam dosa-dosa kaum
mukmin dan menghapuskan kaum kafirin.