Pengeluar terbesar secara teknikal datang daripada kumpulan Samsung,
syarikat yang bertanggungjawab memulakan perlumbaan menghasilkan tablet
pelbagai bersaiz besar menerusi disusuli Apple, ASUS, Microsoft dan
sebagainya.
Antara tablet popular pula yang menampilkan skrin
pertengahan atau besar termasuk iPad, Galaxy Tab dan Surface yang
mempunyai sekurang-kurangnya paparan definisi tinggi penuh.
Namun dengan lambakan tablet di pasaran, pastinya memeningkan kepala anda untuk memilih tablet yang terbaik untuk anda?
Mungkin ada sedikit tip yang boleh anda fikirkan dan kaji sebelum membeli tablet.
BajetSoalan
yang sukar dijawab namun jika anda perlu memikirkan soal poket dan
masih mahukan tablet, lebih baik jika membeli jenama yang berharga
sekitar RM500 ke bawah namun perlu bersedia dengan beberapa kekurangan
fungsi.
Anda perlu ingat, lebih murah, kurang pula spesifikasinya
jadi bersedia untuk memperoleh tablet dengan saiz, pemprosesan dan
kualiti skrin yang tidak seberapa.
Kalau anda bersedia untuk
bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh mendapatkan
tablet yang disediakan dengan subsidi namun terikat pula bersama kontrak
sekitar satu hingga dua tahun.
Bezanya, kalau anda bersedia
menerima subsidi, tempoh kontrak sehingga satu hingga dua tahun sedikit
membebankan tetapi anda boleh jimat hingga 40 peratus berbanding
membelinya secara langsung dari kedai.
Berat dan ketebalanPada
kebiasaannya, tablet dianggarkan mempunyai berat sekitar 700g atau
kurang manakala tahap nipisnya mampu menjangkau hingga 8.0mm yang mana
purata pengeluar menghasilkan sekitar 7.0mm saja.
Saiz yang
bersesuaian untuk anda pastinya bergantung kepada tahap genggaman
individu. Pastikan anda membeli tablet yang ringan dan boleh dimuatkan
poket atau beg tangan tanpa mendatangkan masalah.
Berat dan
ketebalannya mungkin agak subjektif tetapi jika anda memegang tablet
anda untuk tempoh masa yang lama atau dalam satu tangan, anda pasti akan
perasan tablet lebih berat selepas beberapa ketika.
SkrinAntara
faktor penentu dalam pembelian termasuk saiz skrin yang perlu
dipertimbangkan apabila membuat keputusan membeli tablet terbaik untuk
anda.
Terdapat dua saiz biasa iaitu tujuh inci dan 10 inci. Kalau anda individu yang mempunyai mata yang baik, tujuh inci sudah cukup.
Pada kebiasaan pengeluar tablet masa kini, format saiz skrin 1280 x 800 piksel mungkin format minimum.
Selain
itu, ia turut berkait rapat dengan keselesaan anda memegangnya
memandangkan perbezaan tiga inci sekalipun ada perbezaan ketara.
PemprosesanBoleh
dikatakan, semua tablet berdasarkan teknologi pemproses ARM sama
seperti hampir keseluruhan pemprosesan dalam telefon mudah alih.
Syarikat
pengeluar menghasilkan versi mereka sendiri selain reka bentuk cip ARM
dan kebanyakannya menawarkan kelajuan sekurang-kurangnya Dual Core bagi
memproses data.
Sebaik-baiknya, pilih ciri di atas memandangkan ia akan mengoperasikan aplikasi dan grafik anda dengan lebih baik.
Kalau ikutkan kelajuan pemprosesnya, sila pilih tablet yang mempunyai kelajuan minimum 1.2GHZ.
KameraPengeluar
membangunkan kamera depan untuk fungsi panggilan video membolehkan anda
menggunakan Skype atau aplikasi seperti Google Talk.
Fungsi
kamera belakang pula sudah diketahui sebagai merakam foto atau video
seperti telefon mudah alih, namun kebanyakan kamera tablet pada masa
kini belum memiliki lensa kamera yang baik.
Namun begitu,
terdapat kamera tablet mampu mengambil video definisi tinggi 720p, jadi
periksa sama ada fungsi ini penting untuk anda atau tidak.
3G atau WiFi saja?Semua
tablet menyokong WiFi membolehkan anda menyambungkannya ke rangkaian
rumah anda atau ketika berada di kafe atau pejabat anda.
Walau
bagaimanapun, tablet datang dalam dua versi. Jika anda mahukan 3G, ia
membolehkan anda menempatkan kad SIM mudah alih yang memuatkan rangkaian
Internet dan menggunakannya ketika bergerak.
Versi 3G lebih mahal dan anda juga perlu berdaftar dengan syarikat telekomunikasi yang ditetapkan secara kontrak.
Berita baik apabila kebanyakan kedai menawarkan tablet pada kadar subsidi seperti yang mereka lakukan dengan telefon pintar.
Kalau anda menggunakan tablet dengan 3G, biasanya langganan Internet sebulan dianggarkan dalam sekitar RM30 hingga RM250.
Periksa
tabiat penggunaannya, kalau anda kerap berada di kawasan yang mempunyai
liputan WiFi, tidak perlu membeli tablet dengan 3G.
AplikasiApple
App Store mempunyai aplikasi yang paling banyak setakat ini dengan
lebih 700,000 aplikasi kini boleh didapati manakala Android mengejar
hampir dari belakang.
Lain-lain sistem operasi (OS) mungkin jauh
ketinggalan namun pastikan aplikasi yang anda mahukan bersesuaian dengan
keperluan anda.
Sambung ke TV anda?Ada yang
bertanya persoalan sama ada tablet boleh menyambung ke televisyen
melalui kabel HDMI sekiranya anda mahu stream kandungan foto atau video
pada tablet anda. Jika ia penting untuk anda, cari saiz penuh atau mini
HDMI output yang boleh didapati pada pelbagai tablet.
SetoranBerapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan tablet.
Saiz
16GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar
tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.
Jika anda tidak menyimpan banyak muzik atau video, saiz yang lebih kecil mungkin bersesuaian.
iPad
tidak mempunyai slot kad memori tetapi banyak tablet lain mempunyai
slot microSD/microSDHC, jadi anda boleh mengembangkan simpanan.
Sistem operasiBoleh
dikatakan, terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza tersedia untuk
tablet tetapi yang paling popular untuk tablet setakat ini adalah iOS
dikeluarkan Apple yang terdapat pada iPad dan iPhone.
Android yang tersedia untuk pelbagai jenama pula seperti Samsung, Sony, Huawei, ASUS dan sebagainya.
Banyak
tablet dikeluarkan sejak 2011 beroperasi pada Android 3.0 dan sekarang
ia mempunyai versi sehingga Android 4.1 Jelly Bean.
Sistem
operasi lain adalah pada tablet daripada Blackberry dan HP. Walaupun
terdapat beberapa tablet yang beroperasi pada Microsoft Windows 8, ia
masih sistem operasi yang merangkak namun boleh diberi perhatian, cuma
ada kekurangan dari segi aplikasi.