eading" align="right" width="100%">   
      |                           |      |    
 SHAH  ALAM – Wacana Tarbawi anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang  disampaikan Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin dihadiri  lebih 2,000 orang yang memenuhi dalam dan luar Dewan Jubli Perak,  Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam, Isnin 11  Julai 2011.
Wacana yang bertajuk “Tarbiah Ikhwan Muslimin dan Peranannya dalam  Membangunkan Masyarakat” disampaikan oleh Syeikh Jum’ah dalam bentuk  yang ringkas, mudah difahami dan meliputi seluruh aspek perubahan yang  dilakukan oleh Ikhwan Muslimin dalam rangka membangunkan masyarakat. 
Sebelum wacana, semua hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu rasmi IKRAM dan Allah Ghayatuna  dengan jemputan khas penyanyi rasmi, kumpulan Saff-One. Terjemahan  wacana disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar dari JK Tarbiah  IKRAM Pusat dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dari JK Perhubungan  Antarabangsa IKRAM Pusat. 
Pada permulaannya, Syeikh Jum’ah menekankan  bahawa Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu, bahkan Islam  tertegak dengan usaha secara kolektif iaitu dengan jamaah. Tanpa usaha  secara kolektif, tidak akan akan tertegak syariat Islam secara  menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Tambahnya, Islam bukanlah  milik individu atau jamaah, tetapi Islam adalah milik setiap Muslim yang  wajib diperjuangkan dan dibela oleh mereka. 
Katanya, apa yang diperjuangkan oleh Ikhwan  Muslimin mempunyai manhaj perubahannya yang tersendiri berasaskan  akidah, syariat dan akhlak, antaranya memperjuangkan hubungan kasih  sayang dan ukhuwah sesama ahli supaya kasih sayang itu tersebar kepada  masyarakat dan ke seluruh alam. 
![]()   ![]() 
Seterusnya, Ikhwan Muslimin berjuang  melahirkan umat yang berkorban dalam menegakkan Islam. Menurutnya dalam  perjuangan Islam, sudah pasti ada halangan dan cabarannya daripada musuh  Islam, yang memerlukan insan yang ditarbiah dan mampu menghadapi dan  mengatasi halangan daripada golongan tersebut. 
Beliau menegaskan di hadapan ribuan hadirin  bahawa tarbiah yang dibawa oleh Ikhwan Muslimin kepada masyarakat  adalah tarbiah ke arah tercapainya pengisian dua kalimah syahadah iaitu  jalan yang lurus, bertitik tolak dengan cahaya berupa petunjuk al-Quran  dan as-Sunnah, dan penghujungnya berakhir dengan syurga. Perubahan  masyarakat yang ingin dilakukan mestilah dengan menggunakan pendekatan  lemah lembut dan berakhlak mulia. Beliau menyebut kata hikmah Saiidina  Ali radiallahuanhu iaitu “Sesiapa yang lembut kata-katanya, maka wajiblah mencintainya.” 
Beliau menyorot kembali bagaimana  bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan  al-Banna di Mesir. Katanya, keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu  amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat  serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada  beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk  membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal  dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil,  dipandang rendah dan hina. 
Tambahan pula, kata beliau, gerakan  Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan  al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan  menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat  Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam  dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan  kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan  individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka  untuk  berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat. 
    ![]() 
Menurutnya, antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, (Solat Sebelum Islah_melakukan perubahan) iaitu mengubah diri sebelum mengubah masyarakat. Mereka yang mampu mengubah dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu mengubah masyarakat di sekelilingnya. 
Untuk mengubah ummah katanya, seseorang perlu menjadi abid  dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan  membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala. 
“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesannya. 
Beliau mengambil contoh program perubahan diri yang dilakukan oleh Ikhwan iaitu Katibah,  iaitu malam kerohanian melalui mendengar tazkirah (peringatan) pada  malamnya, pada paginya qiamulail dengan solat tahajud, berzikir  dan  membaca al-Quran dengan penekanan tarbiah individu sebagai elemen  perubahan. 
Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah  dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu  wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali  sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur  supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah  subhanahu wataala. Syeikh Jum’ah mengambil kata hikmah Saiyidina Abu  Bakr radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke  atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.” 
 Beliau  menyeru hadirin supaya rapatkan diri kepada Allah dengan solat apabila  ada masalah. Beliau juga menasihatkan supaya sebelum merancang dan  berbincang apa-apa program dakwah, hendaklah berwuduk dan melakukan  solat hajat supaya pendakwah itu ingat bahawa Allah sentiasa bersama  mereka. Setiap masalah dan ujian dalam dakwah akan mudah dihadapi dengan  mendirikan solat.
Beliau turut menggariskan usaha-usaha yang  dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat  antaranya dengan mengkaji  cabaran, halangan dan masalah yang  membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu  dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh  dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan  dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada  kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan  yang menentang. 
Syeikh Jum’ah turut berpesan supaya jangan  kedekut masa dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan Islam, jika  kedekut, nescaya Allah akan mengganti dengan kaum lain yang akan  memperjuangkannya. Antara tanda Allah subhanahu wataala mencintai kita  ialah Allah sentiasa memberi taufik kepada kita untuk taat kepada-Nya. 
Beliau juga mengingatkan usaha para  orientalis yang cuba memesongkan makna sebenar ayat-ayat al-Quran  daripada hati umat Islam supaya lahir individu Muslim yang cacat  kefahamannya terhadap Islam yang sebenar. Menurutnya, orientalis cuba  memomokkan bahawa isi kandungan al-Quran adalah isi lama, tiada yang  baru. 
Beliau menambah, dalam membangunkan  masyarakat, pentingnya pendakwah menunjukkan akhlak yang mulia yang  merupakan kurniaan daripada Allah swt. Allah kurniakan akhlak seperti  rezeki, berbeza antara satu sama lain. Dengan akhlak yang mulia,  pendakwah itu akan dicintai oleh Allah subhanahu wataala. 
“Allah subhanahu wataala memberi rezeki  kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi  agama  ini (untuk  diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya,” akhir pesanan  beliau. 
Gambar ehsan Abu Ikram (Wan Abdullah Mujahid) 
 | 


SHAH  ALAM – Wacana Tarbawi anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang  disampaikan Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin dihadiri  lebih 2,000 orang yang memenuhi dalam dan luar Dewan Jubli Perak,  Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam, Isnin 11  Julai 2011.
 
 
 
Beliau  menyeru hadirin supaya rapatkan diri kepada Allah dengan solat apabila  ada masalah. Beliau juga menasihatkan supaya sebelum merancang dan  berbincang apa-apa program dakwah, hendaklah berwuduk dan melakukan  solat hajat supaya pendakwah itu ingat bahawa Allah sentiasa bersama  mereka. Setiap masalah dan ujian dalam dakwah akan mudah dihadapi dengan  mendirikan solat.
No comments:
Post a Comment