===============
TRAGEDI...jenazah keempat-empat mangsa terbaring kaku di atas jalan.
PASIR MAS: Jalan raya dalam pembinaan di Kampung Banggol Chica di sini, yang dijadikan litar lumba haram bertukar menjadi litar berdarah apabila empat lelaki terbunuh selepas motosikal ditunggang bertembung antara satu sama lain, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu,  Mohamad Amirul Afiq  Baharon, 17, Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19  dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21, yang   berlumba disaksikan kira-kira  50  penonton dari kampung berkenaan dan kampung berhampiran, meninggal  dunia di tempat kejadian akibat  parah di kepala dan badan.
Kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang laju Mohd  Fikri tiba-tiba meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan Abdul  Muhaimin, juga menunggang motosikal jenis sama yang ketika itu berlumba  sesama sendiri hilang kawalan, bertembung dengan dua motosikal Yamaha  125Z ditunggang Mohamad Amirul Afiq dan Raja Ahmad Muzzammil.
Mayat  Mohamad Amirul dari Kampung Kubang Pak Amin, di sini, Raja Ahmad  Muzzammil (Kampung Kubang Panjang), Mohd Fikri (Kampung Banggol Setol)  dan Abdul Muhaimin (Kampung Kubang Panjang) di bawa ke Hospital Pasir  Mas (HPM), di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga  masing-masing kira-kira jam 10.05 malam kelmarin.
Jenazah semua mangsa dikebumikan di kampung masing-masing pagi semalam.

No comments:
Post a Comment