Ilmu, kemahiran dipelajari dalam perjalanan menjadi jutawan setelah memulakan langkah pertama.....
Tak caya?
Ikuti pendedahan ini....
LONDON: Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain semalam membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca.
Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah.
 
Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu.
Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah  £400 juta (RM2  bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain  mengaku: “Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca.  
 
“Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu.” 
 
Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia  belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan  menghafal bentuk perkataan penting.
Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan  Greek Cyprot bagaimanapun berkata: “Saya menghadapi masalah besar  apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa.  
“Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan.  Ia sentiasa merisaukan saya.  
“Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah.”  
Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu  daripadanya jet Gulfstream berharga  £40 juta (RM200 juta), dan sebuah  kapal layar berharga  £12 juta (RM60 juta).  
Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang  kawasan tanahnya seluas  20 ekar.  
Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu  mereka yang  mengalami disleksia sepertinya berkata: “Ketika kanak-kanak, saya tidak  suka membaca.  Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya  supaya dapat mengelak daripada membaca.” - Agensi 
No comments:
Post a Comment