Antara intipati ialah
1. Penjawat awam dapat pelbagai insentif menarik
KUALA LUMPUR: Bajet 2011 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak semalam memberi pelbagai insentif menarik kepada penjawat awam, pegawai kontrak dan pesara kerajaan di seluruh negara, antaranya pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan kadar bantuan mengurus jenazah.
bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.
“Kerajaan juga bersetuju memansuhkan PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun 2011.
“Ia adalah usaha berterusan dalam menyedia kerangka penilaian lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambil kira maklum balas penjawat awam,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini terhadap penjawat awam dan pesara kerajaan selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.
Beliau berkata, perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini juga akan disambung untuk tempoh setahun lagi dengan kementerian dan agensi tidak dibenar untuk menambah bilangan PKS baru.
Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman perumahan, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011.
“Kerajaan juga akan membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik, selain menggandakan kadar pinjaman untuk kerja tambahan rumah kos rendah kepada RM20,000 berbanding RM10,000 bagi Kumpulan Sokongan Dua dan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000.
“Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011,” katanya.
2. Peranan sektor swasta terus diperkasa
KERAJAAN akan memberi tumpuan kepada usaha mentransformasi Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi dengan memberi penekanan terhadap mendaya kembali pelaburan swasta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sudah tiba masanya sektor swasta kembali bertindak sebagai enjin pertumbuhan seperti ketika pra kegawatan
3.
Skim beli rumah tanpa deposit
KERAJAAN akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas Bhd (Cagamas) yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
Skim ini untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim
Pada masa sama, hanya pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah berharga tidak melebihi RM350,000.
Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama itu.
Bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah pula kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah.
Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet dan warga negara Malaysia untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun, menjangkau generasi kedua.
Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah kerajaan menggariskan tiga langkah penambahbaikan pada bajet ini.
Langkah pertama ialah membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik; menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000
berbanding RM10,000 untuk kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
Langkah ketiga, menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini.
Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011
4.
Kenaikan cukai perkhidmatan satu peratus
Pelaksanaan cadangan berkenaan akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Januari depan..... garu kepalalah kaki business
5. CUTI BERSALIN 90 HARI DAN PERMATA KAK ROS DAPAT RM111 JUTA
KUALA LUMPUR:
Penjawat awam wanita kini boleh memilih untuk cuti bersalin sehingga 90 hari dan menerima gaji penuh berbanding 60 harI
Najib juga meminta sektor swasta mengambil pekerja separuh masa wanita, terutama mereka yang sudah berumah tangga sejajar langkah kerajaan menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai pekerja separuh masa, termasuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober lalu.
Beliau turut meminta pihak swasta memberi lebih banyak peluang untuk wanita memegang jawatan pada peringkat pembuat keputusan, khususnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Sementara itu, peruntukan RM111 juta diberi untuk program PERMATA bagi memastikan pendidikan awal berkualiti untuk kanak-kanak di negara ini. Ia merangkumi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap serta meneruskan program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.
“Pendidikan anak adalah sesuatu yang dekat di hati saya. Justeru, kerajaan tidak berdikit dalam soal pendidikan mereka dan kita tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka mesti disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing menghadapi zaman penuh mencabar,” katanya.
Selain itu, bagi terus membantu meringankan kos membiayai perbelanjaan penjagaan ibu bapa, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 yang sedia ada, diperluaskan bagi meliputi perbelanjaan lain seperti bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluan harian yang lain seperti lampin pakai buang.
Ketika ini, pelepasan cukai itu terhad pada perubatan di klinik dan hospital, termasuk rawatan di nursing home serta rawatan pergigian.
PANDANGAN KRITIKAL
Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.
Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.
“Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari.
“Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya.
Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.
Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.
“Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.
“Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,”
6. Sistem pendidikan dirombak
Peruntukan RM6.4 bilion bentuk daya fikir, sahsiah, kreativiti pelajar
KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing,
7.
Talent Corp pacu modal insan baru
National Talent Blueprint (Pelan Induk Bakat Kebangsaan) dan membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
Menyedari pentingnya usaha berkenaan, cadangan kerajaan itu diharap dapat menambah bilangan tenaga kerja berbakat dan berkualiti di pasaran tempatan. Usaha diperkemaskan dengan menarik dan memotivasikan serta mengekalkan modal insan yang berkemahiran dari dalam dan luar negara
8. BARANGAN - 300 JENIS DIMANSUHKAN......WOW! SHOPPING SAKANLAH
BUKAN MANSUH TERUS TETAPI TURUNKAN DISKAUN KEPADA 30% (MAKSIMUM) DENGAN MINIMUM 5%
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memansuhkan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus .
BARANG APA TU.....
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu,” katanya.
PEMANSUHAN INI AKAN MENCABAR KUASA IMAGINASI, KREATIVITI DAN KEHEBATAN PEMASARAN PENGELUAR PRODUK TEMPATAN.....
Pemansuhan lima peratus sehingga 30 peratus duti import barangan berjenama yang diumumkan akan mewujudkan cabaran sihat buat pengeluar tempatan untuk menghasilkan barangan berkualiti dengan kadar harga jauh lebih rendah berbanding barangan imporT.
9.PENCEN SWASTA
KERAJAAN akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan rakyat yang bekerja sendiri membuat pilihan melabur untuk hari tua mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan meliputi caruman kepada dana baru itu, termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.
KERAJAAN akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan rakyat yang bekerja sendiri membuat pilihan melabur untuk hari tua mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan meliputi caruman kepada dana baru itu, termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.
10. MENARA WARISAN MERDEKA - JUTAAN RINGGIT DIBELANJAKAN......
Menara yang bakal menjadi kebanggaan negara menjelang 2020, dijangka siap pada 2015. Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.
Ia adalah antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
Turut diumumkan adalah projek transit aliran ringan (MRT) di Greater KL bernilai RM40 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta dan dijangka siap menjelang 2020.
Najib juga berkata, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia, di Sungai Buloh seluas 1,072 hektar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengandungi kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana bernilai RM10 bilion, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.
Perdana Menteri berkata, satu lagi projek impak tinggi adalah pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), bermula tahun depan dengan nilai anggaran RM26 bilion.
Projek akan dilaksanakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi.
KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional, termasuk pakar syariah
11.
Pengecualian cukai telefon bimbit berkuasa serta merta.....hanya tax jualan dimansuhkan dan bukannya tax import....
BAJET 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam, menggariskan beberapa strategi baru bagi meningkatkan kecekapan ekonomi negara dan meneruskan agenda memantapkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.
Selain itu, aktiviti penjanaan tenaga dari sumber diperbaharui dengan Kerajaan komited membangunkan teknologi hijau bagi memastikan pembangunan mampan yang berupaya diteruskan.
“Untuk tujuan itu, Elaun Pelaburan Cukai yang dikenakan untuk tenaga masa depan daripada sumber diperbaharui dan aktiviti tenaga efisien akan diteruskan sehingga akhir 2015,” kata Najib di Parlimen.
Sementara itu, pengecualian cukai daripada pendapatan dagangan dikategorikan Certified Emission Reductions dilanjutkan sehingga 2012 yang menunjukkan komitmen Kerajaan dalam mengurangkan pengeluaran karbon bagi memelihara alam sekitar.
“Kerajaan juga memperuntukkan RM411 juta pada 2011 bagi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan kerana ia landasan untuk meningkatkan nilai tambah dalam sektor ekonomi,” katanya, semalam.
No comments:
Post a Comment