4.8.10

UBUNTU, BUDAYA BARU BERMULA DENGAN PENJIMATAN YANG TINGGI

Dari website www.jomlinux.com dan website seangkatan dengannya....

budaya baru ubuntu



imat Sehingga RM 870 Dengan Ubuntu.

ubuntu jimatBila kami katakan kami mampu memberikan penjimatan RM 870 untuk setiap PC -- ramai yang tak percaya! Tapi memang betul kami maksudkannya.

Hanya dengan melakukan satu perubahan sistem operasi (OS) yang anda gunakan kepada Ubuntu, kos pemilikan dapat dikurangkan dengan drastik sekali. Rujuk jadual di bawah dan lihatlah perbandingannya sendiri!

Item
Ubuntu
W
Sistem Operasi
-
RM 265
Anti Virus
-
RM 70
Aplikasi Pejabat
-
RM 535
Jumlah
RM 0
RM 870

perkakasanUbuntu bukan sahaja membantu anda berjimat dengan hanya perisian malah juga perkakasan -- Ubuntu memerlukan sistem perkakasan rendah tidak memerlukan anda melakukan pertukaran perkakasan yang melibatkan kos yang tinggi. Bayangkan anda boleh menggunakan komputer lama tapi diberikan nafas baru!

Ya, Ubuntu tidak memerlukan anda membeli lesen tambahan seperti suit pejabat (office suit), bebas virus -- maknanya jimat lagi kos anti-virus, laju, stabil dan selamat.

Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai perkara percuma lagi.


Ubuntu Selamat, Umpama Rumah Sendiri.

ubuntu virusSelamatnya Ubuntu melalui sekuritinya yang bagus dan sebab itu jugalah ia bebas virus.

Oleh kerana Ubuntu merupakan perisian sumber terbuka, sesiapa sahaja dapat melihat, menyunting dan menambah kod-kodnya. Hasilnya, komunit sedunia dapat menyumbang kepada penghasilan kod yang lebih baik. Jurutera perisian, penterjemah malah guru sekolah pun dapat membantu pengekodannya!

Apabila Ubuntu mengalami kecacatan atau kelompongan perisian -- ia cepat dibaiki dan dikemaskini. Hasilnya, wabak virus berjaya dikekang dan komputer menjadi lebih selamat.

sekuriti ubuntuKejuruteraan sosial Ubuntu juga menyumbang pada sekuriti yang lebih baik. Contohnya, apabila sesuatu fail itu hendak dijalankan (executed) ia akan meminta terlebih dahulu user dan password pengguna yang mempunyai kuasa Root. Tanpanya, ia sesuatu perisian itu tidak boleh melakukan kerosakan sesuka hati.


Fakta Ubuntu!

Beberapa kecacatan atau kerentanan Ubuntu mampu dibaiki dalam masa beberapa jam berbanding beberapa hari seperti mana yang berlaku pada OS lain.

Ini menjadikannya lebih selamat dan sentiasa reponsif terhadap serangan sekuriti.

Sumber: theregister.co.

Lebih Produktiviti.

openoffice ubuntuBerbeza dengan OS pesaing kami yang hanya memberikan perisian asas semata-mata, Ubuntu kami telah tersiap sedia dengan aplikasi produktiviti pejabat -- OpenOffice Writer (menulis dokumen), OpenOffice Calc (menghasil hamparan), OpenOffice Impress (membuat pembentangan) dan OpenOffice Draw.

Aplikasi OpenOffice Ubuntu juga dapat membuka, membaca dan menyunting fail-fail dokumen berasaskan Microsoft Office.

evolution ubuntuApa yang lebih penting, kesemua perisian yang bernilai lebih RM 5xx diberikan secara percuma sahaja!

Menguruskan kalendar, e-mel dan juga kontak kini lebih mudah dengan Evolution. Setanding dengan Microsoft Outlook. Ia juga mampu mengakses kebanyakan protokol e-mel popular seperti POP3, IMAP dan juga Microsoft Exchange.

brasero ubuntuMultimedia juga tidak ketinggalan dalam Ubuntu -- aplikasi menulis CD/DVD Brasero menjimatkan masa untuk anda menyimpan data penting tanpa perlu memasang perisian tambahan. Rhythmbox boleh digunakan untuk menyusun dan memainkan fail musik. Anda juga boleh berkomunikasi dengan rakan sekerja melalui Empathy tanpa perlu mendaftar akaun, hanya isikan nama dan terus sedia digunakan.

Masa dan tenaga juga dapat dijimatkan kerana Ubuntu amat jarang sekali rosak dan juga bebas virus -- jimat masa dari melakukan format yang kerap dan terpaksa melakukan semula proses instalasi.



Ubuntu Memberikan Pelbagai Percuma.

Ubuntu merupakan perisian bebas yang mana individu atau organisasi dapat mengubahnya mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan. Melalui Ubuntu Software Center, beribu perisian bebas dan percuma boleh dimuat turun dan digunakan tanpa perlu membayar lesen lain.

Ubuntu juga memberikan kemaskini sekuriti, pepijat dan juga naik taraf ke versi baru secara percuma. Tak perlu CD Key untuk kemaskini malah tak perlu melakukan proses pengaktifan terlalu rumit bagi mendapatkan kemaskini ini.

Kini anda boleh berfikir sejauh mana organisasi anda mampu mendapatkan penjimatan maksima hanya dengan satu perubahan. Jadi bertukarlah kepada Ubuntu sekarang.



No comments: